Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MSL3173

TUGASAN 2 : ESEI (UNIT 1 : TEORI PENDIDIKAN KANAK-KANAK)


TAJUK:

PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL MEMPERKASAKAN TEORI


KREATIVITI LAURA H.CHAPMAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN
Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran
kreatif dalam seni visual. Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Laura
merupakan seorang pakar dalam bidang pendidikan seni visual terutama untuk golongan
kanak-kanak. Matlamat Wawasan 2020 juga menekankan kepentingan melahirkan warga
Malaysia yang kreatif dan inovatif . Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai individu yang kreatif dan
inovatif bagi membangunkan negara. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan
aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di
sekolah untukmengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan
penjanaan idea, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual banyak memberi peluang dan
kebebasan kepadamurid untuk melakukan ekplorasi dan percubaan bagi menghasilkan satu
karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kankkanaklagi oleh insan yang bergelar guru. Guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu
menguasai kaedah merangsang minda kea rah pembentukan individu kreatif.
2.0 ISI KANDUNGAN
Laura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan.
Oleh itu guru yang terlibat dengan seni visual perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam
1

MSL3173

menghasilkan karya. Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk
dirinya dan bukan mengarah mereka melakukan kerja-kerja mengikut kehendaknya. Guru
perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman
mereka bertambah dari masa ke semasa.
Laura H.Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches is Art Education (1978)
menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir
sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses
artistik yang dikemukakan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan
berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, tiga disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan
objektif menghasilkan karya seni tercapai. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah, model yang diperkenalkan oleh Chapman ini sesuai diguna pakai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran agar perkembangan artisitik dan kreativiti kanak-kanak tidak
terbantut dan membantu mereka menambahkan lagi ilmu pengetahuan di dalam bidang seni
visual di samping mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam penulisan bukunya Approches is Art Education (1978), Chapman menekankan
guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami pelbagai cara dan kaedah boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah. Selain mengajar, seorang guru juga berperanan sebagai
pengurus, pembimbing, motivator, fasilitator dan inisiator bagi meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan. Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman
bagi menghasilkan karya seni iaitu:
(i)

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)


Guru Pendidikan Seni Visual berperanan memberikan pengetahuan baru kepada
murid mengenai seni dan proses artistic, menambah baik pengalaman sedia ada serta
2

MSL3173

mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran seni visual.
Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan di dalam kumpulan di
mana murid digalakkan mengambil peranan di dalam hasil pembelajarannya (Van
Maurik, 1994). Guru berperanan untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi
kolaboratif di kalangan murid.
Guru juga berperanan untuk mengajak murid menghayati keindahan atau artistik
dalam seni di samping menerapkan kreativiti dalam penghasilan karya. Sebagai
contoh, jika seorang guru ingin mengajar murid-muridnya melukis bunga, beliau
perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid terlebih dahulu. Guru boleh
menyebut nama-nama bunga yang diketahui oleh murid malah boleh menayangkan
gambar beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik supaya murid-murid dapat
merasai dan menghayati keindahan bunga itu. Kemudian, guru perlu membimbing
murid-murid melukis bunga dengan memberikan input-input baru mengenai perkara
tersebut. Seterusnya murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan
bimbingan guru dan menggunakandaya kreativiti mereka. Maka dengan itu guru
perlu memupuk minda murid kea rah penjanaan idea melalui empat pendekatan
iaitu:
(a)
(b)
(c)
(d)

Alam semulajadi dan objek di persekitaran


Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi
Aliran dan tema sejagat
Keperluan dan pengalaman hidup harian.

Untuk merangsang minda murid supaya dapat mengaitkan elemen di atas, guru
boleh menggunakan gambar foto selain mengajak murid menghayati alam sekeliling
dan memerhati persekitaran kehidupan. Penggunaan gambar foto boleh digunakan
sebagai bahan murid meniru untuk dimanifeatasikan dalam karya mereka. Teknik
imitasi ini merupakan teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak
3

MSL3173

di peringkat awal di atas kelebihan-kelebihan tertentu. Teknik imitasi gambar ini


dapat menajamkan pengamatan muriddi dalam proses penghasilan imej yang serupa,
seterusnya melahirkan murid yang lebih peka dan menitik beratkan penelitian.
Teknik

ini juga menajamkan daya ingatan murid terhadap objek alam kerana

mereka perlu tahu ciri-ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

(ii)

Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)


Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan
lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu, pembelajaran secara
bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan
bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual. Bagi mendapatkan hasil yang
baik dan catik, guru berperanan sebagai motivator kerana motivasi guru juga dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang
terbaik dalam penghasilan karya seni. Guru boleh memberi komen yang positif di
samping mewujudkan persaingan positif dan kerjasama di kalangan murid.
Guru boleh merangsang murid untuk membuat olahan kepada idea asal seperti
contoh dalam proses menggambar iaitu membuat lukisan. Sebagai contoh, daripada
penjanaan idea pengetahuan murid mengenai bunga, nilai tambah terhadap bunga
diolah kepada beberapa idea baru menjadikan bungaitu lebih menarik dan bersifat
imaginasi. Guru perlu menjadi demonstrator semasa proses olahan ini kerana murid
amat memerlukan pemerhatian dan bimbingan daripada guru semasa melakukan
aktiviti.

(iii)

Kemahiran Menggunakan Bahan (Exucution In A Medium)

MSL3173

Pada peringkat ini, murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini
akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Murid
membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.
Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung.
Pemilihan bahan memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi
menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum
menghasilkannya. Dalam Pendidikan Seni Visual, guru perlu membimbing murid
melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru
perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Guru seni perlu berperanan sebagai
inisiator iaitu individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha.
Sebagai seorang guru seni, sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan
ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru
menunjukkan kesungguhan dalammelaksanakan PdP, pasti murid-murid akan turut
berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik, bahan dan alatan yang sesuai
perlu digunakan. Namun, bagi murid yang berada di luar bandar, masalah kewangan
menjadi kekangan kepada kegiatan seni dan artistik ini. Sebagai inisiator, guru boleh
menggalakkan murid menggunakan bahan terbuang atau kitar semula

untuk

melakukan kerja seni. Murid akan berinisiatif untuk mencari bahan yang sesuai
dengan adanya bimbingan dan panduan daripada guru.

MSL3173

3.0 KESIMPULAN
Proses penghasilan sebuah karya perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada murid dan
sebagai seorang guru, pengalaman dan pengetahuan sedia ada perlu digunakan secara total
di samping menambahkan ilmu pengetahuan agar menjadi teladan kepada murid. Kaedah
Laura H. Chapman seharusnya menjadi salah satu kaedah yang diguna pakai oleh guru seni
supaya perkembangan artistik dan kreativiti kanak-kanak tidak sekadar di sekolah rendah
sahaja. Kecenderungan guru yang relektif membantu murid memperolehi kemahiran
berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bukan setakat dalam pengajaran seni visual, malah murid dapat mengaplikasi keistimewaan
artistik mereka dalam semua mata pelajaran yang dipelajari. Seorang guru harus berperanan
membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah mereka melakukan
kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Ini kerana keupayaan dan kesediaan setiap
murid dalam menghasilkan karya seni adalah berbeza Antara satu sama lain berdasarkan
perkembangan mereka dari segi usia, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya.
Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar
dengan cara mereka belajar.

MSL3173

Rujukan
1. H.Chapman, L.(1978), Approaches to Art Education. New York. Harcourt Brace Jovanovich.
2. Maswan. D.S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open University
Malaysia. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
3. http://lifeofnuyunandart.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
4. http://www.scribd.com/doc/92679420/Laura-Chapman
5. www.slideshare.net/aliasafia/laura-chapman
6. http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

You might also like