Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

BMM3112

1.0 Pengenalan
Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti
atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang
lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna, hubungan antara makna
dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang
bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang
diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik
merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky
berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur
permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja
merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut
semantik sejarah (M.Breal, 1893)

Bidang makna atau pun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu
linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa
menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan
salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Ogden dan Richard dalam
buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi
makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata
peristiwa yang diharapkan. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi
inti dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh
diatas, makna merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca
sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka
tidak sempurnalah. Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita
baca, kita tulis. Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji
makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001).

BMM3112

Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan


apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan
daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari
menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan
Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Kajian makna
dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik adalah cabang linguistik
yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal mulanya
dan bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan
makna dalam sejarah bahasa.
Menurut

Ullmann

(1975)

makna

dalam

bahasa

bergantung

pada

cara

penggunaannya dalam sesuatu pertuturan. Sesuatu kata juga mempunyai makna


kabur dan jelas yang hanya diperoleh dengan cara melihat tentang penggunaannya
terlebih dahulu. Situasi penggunaan sesuatu bahasa pertuturan merupakan fakta
utama dalam menentukan makna bagi sesuatu perkataan, frasa, klausa dan ayat. Ini
bermaksud bahawa erti sesuatu ayat tidak semata-mata ditentukan oleh makna bagi
setiap perkataan. Dalam pengertian lain, makna ayat tidak hanya ditentukan oleh
pertalian struktur antara perkataan dalam pembinaan sesuatu ayat, tetapi
bergantung pada bahasa pertuturan, iaitu intonasi pengucapan, keperihalan situasi,
kewujudan ayat dan penutur dan tujuan sesuatu ayat diujarkan oleh penutur.
Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna iaitu linguistik, sejarah,
sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru. Makna bahasa
diperoleh daripada ujaran dan tulisan. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh
faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan dan menangani, faktor
tanggapan penutur; contoh : abang, faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwaperasaan ), faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana,
pendeta, faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan
teruna), maksud personifikasi dalam puisi.
Berikut adalah faktor perubahan makna dalam Bahasa Melayu:
1. Perubahan kerana perkembangan bahasa itu sendiri
2

BMM3112

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataanperkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna
asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu
digunakan untuk perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna
kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian
juga perkataan tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makna itu telah berubah mencakupi makna menguruskan, mengendalikan,
dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya
makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam
bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran.

Gejala

penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu. Dalam


contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi
sebagai suatu kejadian.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada
asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya
telah berubah menjadi kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan
kawasan alam semula jadi seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan
perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada bapa
kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orangorang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlan perubahan berlaku kerana proses
perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna
bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.
2. Perubahan Kerana Tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa iru sendiri
tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan
maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah
panggilan kepada saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga
untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak.
Disamping itu ada juga sesetengah orang menggunakan perkataan abang sebagai
3

BMM3112

panggilan untuk suaminya. Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan


kepada saudara kandung tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada
semua orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu
ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan
perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas misalnya saudara sesame
Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana
pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan
penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan
makna perkataan itu sendiri.
3. Perubahan kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna
memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya
bermaksud orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan
meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi
sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya
kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak
perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan
taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun
bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna
tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindusterian, dan kawasan
alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar. Selain daripada dua perkataan di
atas, perkataan semangat juga mengelami perubahan kerana perluasan maksud.
Pada asalnya makna perkataan semangat ialah jiwa atau roh. Tetapi perkataan
ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi perasaan misalnya semangat
kemerdekaan, semangat petriotisme dan juga kepada kemahuan atau keinginan
yang tinggi seperti dalam contoh berikut, Dia mempunyai semangat ingin berjaya
dalam hidup.
4. Perubahan Kerana Pembatasan Atau Penyempitan Maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Sebagai contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk
4

BMM3112

merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini,
perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada
orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana
Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama, seperti Sarjana Sastera dan Sarjana
Ekonomi. Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu,
seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut
Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna guru agama
Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu, perkataan daging telah disempitkan
makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja, tetapi bagi daging lain
pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab, sedangkan makna
perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan
tulang ( Kamus Dewan, 1994). Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi
sesuatu perkataan ini pada umumnya adal untuk menentukan istilah supaya
penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu. Contohnya perkataan sendi
yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa
perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan
di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

5. Perubahan kerana Tujuan Simbolik Dan Stilistik


Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan kumbang
dan bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti
kumbang = lelaki dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama
sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga
dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah
dimaksudkan dengan keberanian , hitam dipadankan dengan kesedihan dan
putih adalah kesucian. Selain daripada itu unsur-unsur personafikasi juga
menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh daun melambai
dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan
perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai
dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau
perumpamaan kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan
5

BMM3112

dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi. Contoh -contoh seperti ini
menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat
menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim
Syam, 1984: 290-4).
Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai
fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-faktor
sosial seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu
seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.
Dalam sesuatu bahasa, perubahan bukan hanya berlaku pada peringkat
perbendaharaan kata, sistem pembentukan kata, sebutan dan struktur ayat sahaja
bahkan perubahan itu meliputi juga bidang makna.

2.0 Kelas makna, Makna Leksikal, perubahan Semantik dan ketaksaan Makna
dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel Majalah Dewan Masyarakat
Keluaran Tahun 2014
Dalam artikel Wira Di Dasar Laut tulisan Aninah Janang dari Dewan Masyarakat
keluaran Mac 2014,Terdapat beberapa contoh kelas makna.

Berikut saya akan

perjelaskan maksud kelas makna dan contoh-contoh kelas makna yang terdapat
artikel yang telah saya pilih.
Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur,
iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau
makna sesuatu tanda atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyibunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan.
Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur
makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang
lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat ekstrabahasa.

BMM3112

Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem


merupakan lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara
perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang
dirujuk oleh makna itu. Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil
hubungan referensial dan lazimnya digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik.
Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau
konsep bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia
bahasa bersifat khusus.
Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan.
Berdasarkan jenis semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan
makna gramatikal. Wujud atau tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem
dapat dibezakan dari segi adanya makna referensial dan makna nonreferensial.
Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah perkataan/leksem dapat
dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.

Dalam artikel Wira Di Dasar Laut tulisan Aninah Janang dari Dewan Masyarakat
keluaran Mac 2014,Terdapat beberapa contoh makna leksikal. Berikut saya akan
perjelaskan maksud makna leksikal dan contoh-contoh makna leksikal yang terdapat
artikel yang telah saya pilih.

Makna Leksikal adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon
yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. Unit leksikon ialah leksem
iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad, 1994). Makna leksikal
bermaksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya,
makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata
(Adrienne Lehrer,1992).
Menurut Kamus dewan melayu Edisi Pelajar (1985:316), leksikografi merujuk
kepada penyusunan kamus, hal-hal yang berkaitan dengan kamus. Ahli bahasa
Soviet, Maslov(1987:90) pula menyatakan makna leksikal sebagai Rujukan kepada

BMM3112

sesuatu kandungan tertentu, yang spesifik bagi sesuatu perkataan hanya sebagai
perbezaan dengan semua perkataan lain, dinamakan leksikal.
Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya
terdiri daripada kata sahaja, tetapi juga terdiri daripada beberapa kata.
Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya.
Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata.
Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna
denotatif ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan. Pada suatu ketika
ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan
lanjut perkataan tersebut berubah maknanya.
Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas,
perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan
penghalusan serta pengasaran. Perubahan makna secara meluas bermaksud
sesuatu perkataan/leksem yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada
beberapa makna disebabkan faktor tertentu.
Dalam artikel Wira Di Dasar Laut tulisan Aninah Janang dari Dewan Masyarakat
keluaran Mac 2014,Terdapat beberapa contoh makna leksikal. Berikut saya akan
perjelaskan maksud perubahan makna dan contoh-contoh perubahan makna yang
terdapat artikel yang telah saya pilih.
Bahasa berkembang terus sesuai dengan perkembangan pemikiran pemakai
bahasa. Manusialah yang menggunakan kata-kata dan kalimat dan manusia pula
yang menambah kosa kata yang sesuai dengan keperluannya. Semua bahasa
bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan
satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian
makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama
diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah
jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu.

BMM3112

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada
konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.
Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan maknamakna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan rujukan.
Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan
hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud
konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku
dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan
akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasabahasa lain, serta faktor-faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan
perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa
menampilkan perubahan makna.
Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya
termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh
luar, dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula
menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut
beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna,
penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan
ameliorasi. Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah
apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum
pernah dinyatakan lagi
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi
sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang
membaca sesuatu yang ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan
salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia
ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai
fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
9

BMM3112

1. Faktor perkembangan bahasa itu sendiri


2. Faktor tanggapan penutur
3. Faktor peluasan maksud
4. Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
5. Faktor tujuan simbolik dan stilistik
Dalam Wira Di Dasar Laut tulisan Aninah Janang dari Dewan Masyarakat keluaran
Mac 2014,Terdapat beberapa contoh ketaksaan makna.

Berikut saya akan

perjelaskan maksud ketaksaan makna dan contoh-contoh ketaksaan makna yang


terdapat artikel yang telah saya pilih.
Taksa atau ketaksaan bermaksud ayat yang tidak pasti maknanya ataupun
mengandungi lebih daripada satu makna. Menurut Nik Safiah Karim et.al
mendefinisikan ketaksaan sebagai kekaburan makna dalam ayat yang dapat diatasi
jika tanda baca digunakan dengan betul. Menurut Hajar Abdul Rahim (1999),
ketaksaan merujuk kepada lebih daripada satu makna ataupun kata atau ayat yang
bermakna ganda. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009)
menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau ayat yang tidak pasti
maknanya.

3.0 Teori Segitiga Semiotik


Salah satu teori yang terkenal ialah Teori Segitiga Semiotik yang dipelopori oleh
Richard & Ogden. Berdasarkan kepada teori ini, satu leksikal itu telah dipecahkan
kepada tiga unsur atau entiti yang berhubungan antara satu dengan yang lain.
Ketiga-tiga unsur tersebut ialah lambang atau bentuk kata, rujukan, dan konsep,
seperti dalam rajah di bawah:

10

BMM3112

Menurut sumber Jurnal Bahasa (2009), lambang merujuk kepada aras hubungan
yang wujud antara bentuk tanda dengan referen yang bersifat arbitrari dan
konvensional. Sebagai contoh adalah seperti tulisan, bahasa-bahasa bagi perkataan
tersebut dan sebagainya. Lambang juga boleh berubah-ubah dari semasa ke
semasa mengikut kehendak sesebuah masyarakat. Kemusian, konsep ialah fikiran
seseorang mengenai bentuk atau ciri-ciri yang terdapat pada benda yang diucapkan.
Misalnya, konsep bagi burung ialah mempunyai sayap, berbulu, berkaki dua dan
sebagainya. Manakala, rujukan ialah gambaran yang ada dalam dunia nyata dan
juga ada pada pemikiran seseorang. Contohnya ialah rujukan bagi burung ialah imej
atau gambar burung yang ada dalam otak seseorang.
Ketiga-tiga unsur tersebut menunjukkan adanya hubungan langsung atau pun tidak
langsung. Perkara ini dapat digambarkan melalui bentuk segitiga sepertimana yang
digambarkan dalam rajah berikut:

Konsep atau fikiran mempunyai hubungan secara langsung (direct relationship)


dengan kedua-dua unsur yang lain iaitu bentuk kata (lambang) dan benda
(referen). Bentuk kata iaitu lambang dan benda atau dengan kata lain ialah
referen mempunyai hubungan yang tidak langsung (indirect relationship iaitu
11

BMM3112

antara hubungan bahasa dan hubungan dunia sebenar (Palmer, 1981: 24).
Justeru itu, perhubungan antara keduanya ditandai dengan garis yang putus.

3.1 Permasalah Teori Segitiga Semiotik Dalam Menganalisis makna


Richards dan Ogden telah memperkukuhkan kajian mereka dalam kajian semantik
iaitu dengan mewujudkan teori segitiga semiotik sebagai kesimbungan daripada
kajian perlambangan linguistik oleh Ferdiand De Saussure. Walau bagaimanapun,
sepertimana teori semantik yang lain, teori ini juga tidak sempurna yang mana
kelemahan juga wujud di dalamnya.
3.1 Kelemahan Teori
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan iaitu yang pertama teori ini pada
hakikatnya tidak dapat menjelaskan hubungan di antara lambang dan rujukan.
Kedua, teori ini juga tidak mampu untuk menghuraikan kata-kata yang terbentuk dari
perkataan yang bersifat metafora atau bahasa kiasan, ketiga teori ini tidak berupaya
untuk menjelaskan perkataan-perkataan yang berbentuk abstrak dan keempat teori
ini tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan disebabkan ambiguiti.
3.1.1

Tidak dapat menunjukkan hubungan referen dengan lambang


Kelemahan yang sangat ketara pada teori ini ialah ia tidak dapat
menunjukkan hubungan referen dengan lambang sesuatu perkara. Ini
kerana kita tidak dapat menggambarkan sesuatu benda itu seperti bentuk
khususnya setiap kali kita menyebut nama atau perkataan yang merujuk
kepadanya. Tidak semestinya jika penutur dan pendengar itu merujuk
kepada rujukan yang sama. Ini mungkin berbeza dari segi saiz, bentuk,
warna dan lain-lain lagi.
Sebagai

contoh,

perkataan

<jam> merupakan

lambang

yang

menggambarkan sebuah jam dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran


dengan <jam>, dan ada juga hubungan antara fikiran dengan benda
sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan <jam> adalah tidak
12

BMM3112

langsung. Sesuatu lambang itu boleh berubah mengikut pengalaman dan


pemikiran seseorang. Mungkin ada yang melambangkan <jam> sebagai jam
tangan, jam dinding, jam digital,jam lonceng dan sebagainya.
Begitu juga, dengan perkataan konkrit yang lain seperti <kasut> merupakan
lambang yang dapat dikenali melalui konsepnya iaitu digunakan untuk
berjalan dan dipakaikan kepada bahagian kaki sahaja. Jadi jelas yang di
antara

lambang

dan

konsep

itu

ada

hubungan

langsung.

Walau

bagaimanapun, lambang dan referen itu tidak mempunyai hubungan


langsung kerana lambang <kasut> boleh saja dilambangkan sebagai
<shoe> dalam bahasa Inggeris atau <sepatu> dalam bahasa Indonesia.
Namun, hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama.
Oleh yang demikian, hubungan diantara lambang dan benda pada
umumnya tiada hubungan yang mutlak. Hubungan ini dapat dikatakan
sebagai arbitari iaitu bergantung kepada tanggapan yang ditentukan oleh
sesuatu kumpulan penutur bahasa atau komuniti bahasa.
Gambar rajah di bawah merujuk kepada teori segitiga semiotik yang tiada
hubungan langsung di antara lambang dan benda:

3.1.2

Tidak mampu menjelaskan perkataan yang bersifat metafora

Kelemahan lain teori segitiga semiotik ini juga dapat diketahui melalui
penggunaan metafora iaitu penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna
13

BMM3112

yang lain daripada makna tersurat, atau disebut sebagai bahasa kiasan.
Penggunaan perkataan yang bersifat metafora tidak mampu untuk
dijelaskan dalam teori segitiga semiotik ini kerana sifat metafora adalah tidak
tetap dan berubah jika dilihat dari sudut referen atau rujukan. Sebagai
contoh, perkataan <ibu> merujuk kepada konsep seorang wanita yang
sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi jika ia merujuk kepada <ibu
kota> referennya sudah berlainan daripada makna leksikal. Jika dilihat dari
segi lambang <ibu> setentu mempunyai hubungan langsung kepada
konsep. Tetapi konsep dan rujukan tidak dapat dihubungkan kerana
mungkin sahaja konsep yang difikirkan itu merujuk kepada ibu sebenar atau
ibu kota.
Terdapat juga contoh yang lain dalam penggunaan perkataan metafora
seperti <badan> iaitu jika merujuk kepada konsep anggota tubuh manusia.
Tetapi perkataan <badan> itu juga boleh berubah makna dan sifatnya jika
ianya telah ditambah dengan perkataan lain sebagai bahasa kiasan.
Sebagai contoh <badan kebajikan> telah berubah referennya daripada
makna leksikalnya iaitu anggota tubuh manusia kepada kumpulan orang
yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu perkara yang
membawa kebaikan. Ini bermakna hubungan di antara konsep dan referen
juga tidak mempunyai hubungan yang secara langsung.
Oleh itu, perkataan yang berbentuk metafora susah untuk mencapai makna
dalam teori segitiga semiotik kerana rujukan itu bersifat tidak tetap dan
bergantung kepada situasi dan penggunaan ayat tersebut. Di bawah ialah
gambar rajah teori segi tiga semiotik yang berasaskan metafora.

14

BMM3112

3.1.3

Tidak mampu menjelaskan perkataan yang berbentuk abstrak.

Pada asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk


kepada maksud sesuatu benda. Contohnya ini gitar, sambil menunjuk ke
arah sebuah gitar. Makna perkataan tersebut boleh diperolehi apabila kita
melihat sebuah gitar. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak
mempunyai benda yang hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti
perasaan, maka perkataan tersebut tidak akan dapat diberikan makna.
Abstrak juga mempunyai bentuk atau ciri-ciri yang sukar untuk difikirkan
atau dilambangkan ke dalam otak. Oleh itu, benda yang bersifat abstrak
tidak dapat diaplikasikan kepada teori ini.
Ini merupakan salah satu lagi kelemahan teori segitiga semiotik iaitu tidak
mampu menjelaskan kata-kata yang berbentuk abstrak. Perkataan abstrak
ini susah untuk digambarkan dalam pemikiran seseorang kerana ia boleh
jadi dalam bentuk apa saja. Tegasnya, perkataan abstrak ini tidak dapat
ditunjukkan oleh konsep atau referen secara nyata dan objektif. Sebagai
contoh,

perkataan

marah,

jika

diandaikan

konsepnya

terdiri

dari

mempunyai adrenaline yang tinggi pada badan seseorang itu, maka apa
halnya pula jika dikaitkan dengan perkataan gembira, ia juga mempunyai
adrenaline yang tinggi juga.
Perasaan marah ini juga boleh digambarkan dengan seseorang yang
mengeluarkan suara yang tinggi. Tetapi jika seseorang itu marah dengan
mendiamkan dirinya, apakah konsepnya itu dapat diselaraskan dengan
pemikiran orang lain? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini kerana konsep bagi
benda yang bersifat abstrak boleh sahaja menjadi bentuk yang berlainan.
Sebagai contoh persoalan, adakah situasi meninggikan suara itu hanya ada
pada ciri kata bagi marah? Tidak semestinya. Ini kerana meninggikan
suara bukanlah suatu ciri yang mutlak bagi kata marah. Justeru itu juga,
bagaimana pula jika seseorang itu mengeluarkan suara yang tinggi untuk
menjalankan aktiviti perbarisan berkawat seperti yang selalu dibuat oleh
pasukan-pasukan polis, askar dan sebagainya. Rajah segi tiga semiotik bagi
perkataan abstrak dapat digambarkan seperti di bawah:
15

BMM3112

Menerusi gambar rajah di atas, maka jelaslah bahawa hubungan lambang,


fikiran dan benda mempunyai garis putus yang bermaksud tiada hubungan
yang langsung dalam menyampaikan makna abstrak dalam bentuk segi tiga
semiotik. Ini kerana hubungan lambang marah itu tidak dapat dihubungkan
dengan fikiran dan juga benda.
3.1.4 Tidak dapat menjelaskan di antara konsep dan rujukan disebabkan
ambiguiti
Secara ringkasnya, ambiguiti ini bermaksud ketaksaan dalam konsep. Ia
dapat mengandungi lebih daripada satu makna. Ambiguiti boleh terbahagi
kepada beberapa jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna,
sesuatu benda/barang atau frasa, kekurangan penentuan pada makna
sesuatu benda dan akhir sekali makna benda melibatkan pertentangan
tafsiran yang berlainan.

Contoh iklan yang dianalisis oleh pengkaji adalah ambiguiti jenis keempat
iaitu makna benda melibatkan pertentangan tafsiran yang berlainan dengan
menggunakan teori segi tiga semiotik adalah iklan yang terdapat di dalam
iklan minuman pepsi sempena world cup 2010 yang membawa tema
refresh your world.

16

BMM3112

Daripada rajah di atas dapat diandaikan bahawa keseluruhan iklan


merupakan lambang dalam segi tiga semiotik. Manakala dari segi
konsepnya pula boleh membawa dua makna yang berbeza sama ada iklan
tersebut menerangkan tentang bola sepak atau minuman berkabonat iaitu
pepsi. Sementara rujukan bagi iklan ini adalah temanya yang berjudul
refresh your world
Dalam iklan ini telah memaparkan mengenai adanya kesamaran di dalam
konsep iaitu terdapat ambiguiti di dalamnya. Iklan ini mungkin ingin
menyampaikan sama ada tentang pemainan bola sepak sempena piala
dunia 2010 atau tentang minuman berkarbonat Pepsi. Maka timbul
kekeliruan tentang konsep yang ingin disampaikan di dalam iklan ini.
Ambiguiti ini terjadi apabila terdapat 2 interpretasi yang berbeza iaitu yang
pertama bagi yang tidak mengetahui permainan bola sepak. Sementara
yang kedua pula adalah bagi yang mengetahui tentang permainan bola
sepak. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi dari segi konsep
terhadap iklan yang ditayangkan.
Dari segi konsep interpretasi yang pertama, permainan bola sepak dapat
dilihat daripada peraturan yang berbeza dalam permainan bola sepak di
Afrika Selatan. Iklan ini memperlihatkan padang bola sepak itu tidak
mempunyai kawasan yang tetap dan terhad. Oleh itu, timbul satu konsep
yang baru dalam permainan bola sepak iaitu di Afrika Selatan tidak
mempunyai sistem peraturan yang tetap seperti yang terdapat dalam Piala
Dunia. Maka tema Refresh your world itu merujuk kepada peraturan yang
baru dalam permainan bola sepak. Manakala bagi yang tidak mengetahui
17

BMM3112

bola pula mereka beranggapan bahawa iklan ini adalah iklan berkaitan
tentang

perbezaan

budaya

dari

segi

kesatuan

dan

kemuafakatan

masyarakat Afrika.
Bagi mereka yang tidak mengetahui tentang bola sepak, pada pandangan
awal mereka akan menganggap bahawa iklan ini berkisar tentang minuman
ringan berkarbonat iaitu Pepsi. Dalam iklan tersebut pemain bola sepak
yang datang dari Eropah telah datang ke sebuah pekan yang terdapat di
Afrika. Dalam satu babak iklan tersebut mereka telah bertanya kepada
sekumpulan remaja Afrika bagaimana untuk mendapatkan Pepsi yang
sedang

mereka

minum.

Lalu

remaja

tersebut

membalas

dengan

mengatakan untuk mendapatkan minuman tersebut mereka hendaklah


bermain terlebih dahulu dengan pemain tempatan. Setelah selesai
permainan, permain Eropah tersebut telah diberikan minuman Pepsi seperti
yang dijanjikan. Penerangan ini menunjukkan bahawa minuman

yang

diberikan setelah permainan tamat dapat memberi kesegaran dan


menghilangkan rasa dahaga. Maka boleh dikatakan bahawa dari segi
konsep minuman dalam Refresh your world itu membawa maksud
menghilangkan rasa dahaga dan memberikan kesegaran.
Secara keseluruhannya, teori ini mempunyai kelemahan dari pelbagai
aspek. Pada hakikatnya, ia tidak mampu untuk menunjukkan hubungan di
antara referen dan lambang. Kedua, teori ini tidak dapat menjelaskan makna
dari bentuk abstrak kerana teori lebih kepada bentuk konkrit. Bentuk-bentuk
abstrak itu adalah seperti perasaan, adjektif dan sebagainya. Ketiga, teori ini
tidak dapat menentukan makna dari bentuk metafora iaitu bahasa kiasan
kerana sifat metafora adalah tidak tetap dan boleh sahaja berubah jika
dilihat dari sudut referen.
Oleh yang demikian, sebagaimana dengan teori-teori semantik yang lain,
teori segitiga semiotik tidak boleh dikatakan sebagai teori yang sempurna.
Seperti yang telah diterangkan di atas,sudah jelas teori ini lebih mempunyai
banyak kelemahan. Jadi, kegunaan teori ini sangat terbatas dalam
menjelaskan sesebuah makna.
18

BMM3112

4.0 Sumber Istilah Bahasa Melayu Dan Skema Tatacara Pembentukan Istilah
Baharu Bahasa Melayu
Peristilahan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembinaan Bahasa
Melayu. Istilah serta perkataan baharu dicipta demi memperkayakan lagi kosa kata
Bahasa Melayu. Kekurangan istilah telah menjadi masalah dalam pelaksanaan
Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awalnya. Namun, ia berubah apabila
timbul kesedaran akan keperluan dan kepentingan peristilahan. Maka, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menggubal sebanyak mungkin istilah-istilah dalam
pelbagai bidang dalam memenuhi keperluan penggunaannya pada bidang-bidang
berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa
Istilah dengan ahlinya adalah dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi
Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan dengan pelbagai latar belakang pendidikan.
Secara amnya, peristilahan berkembang seiring bersama-sama perkembangan ilmu
dan teknologi, namun peristilahan Bahasa Melayu terkebelakang daripada
perkembangan ilmu dan teknologi tersebut. Situasi ini adalah disebabkan oleh
penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah
sekunder. Dalam konteks pembentukan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam
pelbagai bidang ilmu menjadi simbol telah berlakunya proses intelektualisasi dalam
Bahasa Melayu. Istilah merupakan lambang linguistik berupa huruf, bentuk bebas
atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik serta
mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.
Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) pada 1956. Pada awalnya, tidak ada satu pun sistem organisasi
yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Penubuhan
jawatankuasa istilah adalah berdasarkan permintaan individu yang berwibawa
sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Pertumbuhan konsep
yang pesat dalam semua bidang kegiatan manusia telah menimbulkan masalah
komunikasi yang begitu serius. Konsep yang jumlahnya tidak terkira banyaknya
menyebabkan

komunikasi yang

taksa, sekaligus memberikan kesan

yang

maksimum terhadap komunikasi antara orang dengan mesin, mesin dengan mesin
19

BMM3112

atau pun individu dengan individu. Namun begitu, walaupun istilah lazimnya dapat
dikaitkan dengan kata tetapi kata itu sendiri tidak sentiasa dapat dikaitkan dengan
istilah disebabkan oleh tidak semua kata itu adalah istilah. Perbezaan antara kata
dan istilah diperlihatkan melalui huraian tentang kata dan istilah daripada beberapa
sumber. Perbezaan antara istilah dan kata adalah melalui kekhususan sesuatu
makna kerana kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks
penggunaannya manakala istilah pula mempunyai makna khusus yang tidak akan
berubah walau dalam konteks yang berlainan. Setiap konsep baru perlu dilambangi
dengan kata-kata yang dapat diperoleh menggunakan kaedah tertentu seperti,
pembentukan kata dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada. Contohnya,
perkataan Lejas daripada Jelas, Legap daripada Gelap dan Jerap daripada Serap.
Pembentukan perkataan baru dengan menggabungkan bahagian kata. Contohnya,
Asbut daripada asap dank abut, Puyam daripada puyuh dan ayam, Selembu
daripada Seladang dan Lembu. Peminjaman perkataan asing, contohnya, proses,
material dan hos. Oleh itu, konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan
istilah serta merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu
konsep.
Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi pun yang memberi
panduan serta mengawal kerja-kerja peristilahan. Dewan Bahasa dan Pustaka
merupakan pengerak kepada pembinaan istilah Bahasa Melayu pada tahun 1957.
Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatannya telah ditubuhkan untuk mencipta
nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu.
Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerjanya yang pertama bermula pada 15
Januari 1957. Jawatankuasa istilah terawal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah
Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Malah beliau
merupakan Pengerusi dan Pengarah pertama DBP selain pejuang bahasa.Hasil
buku jawatankuasa ini ialah Istilah Jawatan dan Jabatan diterbitkan pada tahun 1960
dengan terciptanya 2 514 istilah baru. Kerja-kerja peristilahan secara terancang atau
sistematik bermula pada tahun 1975.
Buku berjudul Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM)
merupakan hasil kerjasama berkaitan bahasa diantara Malaysia, Brunei dan
Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia, Brunei dan Malaysia (MABBIM).
20

BMM3112

Bahagian peristilahan terus diberi mandat dalam mengumpul, membentuk,


menggubal, memperbanyakkan istilah seterusnya menerbitkan istilah Bahasa
Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Pelaksanaan mandat ini adalah menerusi
pelantikan ratusan profesional ilmuan yang rata-rata mempunyai pengalaman dan
kepakaran. Malah mereka yang dilantik itu dianggap sebagai pakar bidang yang
mewakili Institusi Pengajian Tinggi, Sektor Swasta, Sektor Awam dan Sektor
Pendidikan negara. Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah berjaya menerbitkan
sebanyak 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1 002 438 istilah yang dibentuk
dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM pada peringkat serantau juga diberi
mandat dalam menyelaraskan sejumlah 123 885 istilah ilmu pengajian tinggi dan
profesional untuk penggunaan bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.
Pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) melalui bahagian-bahagian di dalam operasinya adalah bersifat
revolusi tetapi teratur dan sitematik. Antara peranan-peranan penting DBP ialah
membina korpus dan menyebarkannya melalui buku istilah, tatabahasa dan
perkamusan. Melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa pula
tugasnya ialah memnina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan
dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka selain mengawal penggunaan bahasa
dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan swasta
disamping menyediakan khidmat nasihat. Pada tahun 1980, satu lagi unit telah
ditubuhkan iaitu Unit Pelaksanaan Bahasa yang bertanggungjawab menggalakkan
penggunaan Bahasa Melayu dengan mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus,
rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,
mengadakan kempen Cintai Bahasa Kita serta mengawasi penggunaan Bahasa
Melayu di sektor awam mahupun swasta.
Disamping itu, antara peranan-peranan utama DBP dalam Peristilahan ini ialah,
mengumpul, membentuk, memperbanyak dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu
dalam pelbagai bidang ilmu. DBP turut mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan
yang bersistem serta sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan
istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah Bahasa Melayu selain
mengadakan kerjasama dengan Indonesi dan Brunei Darussalam melalui MABBIM.
Manakala peranan MABBIM pula ialah membina dan mengembangkan bahasa
21

BMM3112

rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan.
MABBIM juga bertanggungjawab dalam mendaulat, menyebar dan mengangkat
martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradaban yang tinggi bukan sahaja di
rantau ini malah di persada dunia. Usaha MABBIM adalah meliputi semua bidang
keilmuan seperti Sains, Teknologi, Komunikasi Maklumat, Perubatan, Perundangan,
Perekonomian, Kesusasteraan dan sebagainya.

4.1 PRINSIP-PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH


Selepas 1975, usaha-usaha dalam memajukan istilah melayu telah menjadi lebih
proaktif. Penubuhan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentukan Istilah oleh
kerjasama antara DBP dan MABBIM bertanggungjawab dalam menghasilkan istilah
yang seragam antara Malaysia dan Indonesia selain memperkembangkan istilah
melayu yang lebih khusus, abstrak, dan tepat serta bersesuaian dengan bidang ilmu
di Malaysia. Keutamaan terhadap asas bahasa melayu dan bahasa-bahasa
serumpun menjadi keutamaan kepada jawatankuasa ini. Diantara prinsip-prinsip
dalam pembentukan istilah itu ialah:

1. Istilah Kata Tunggal


Istilah kata ini merupakan kata tanpa imbuhan iaitu hanya kata dasar. Ia dipilih
antara golongan kata utama, seperti Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Contohnya,
Kata Kerja: pecut accelerate
Imbas scan reka invent
Kata Adjektif: kenyal elastic rawak random cemas anxious
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), Akronim juga tergolong sebagai Kata
Tunggal Tanpa Imbuhan kerana ianya ditulis dan dilafazkan sebagai kata.

22

BMM3112

Contohnya: cereka, cerpen, tabika, tadika, pawagam, kugiran, MARA, ADUN,


BERNAMA, PLUS, KOBENA, BERNAS.
2. Istilah Kata Terbitan
Kata yang terbina daripada Kata Dasar dengan Imbuhan Awalan, Akhiran, Sisipan
atau Apitan. Istilah ini malahan termasuk sebagai Kata Dasar yang menerima
Imbuhan Bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
Paradigma kata dengan imbuhan ber- contohnya: belajar pelajar pelajaran bertapa
pertapa pertapaan bertani patani pertanian
Paradigma dengan penambahan me(N)- contohnya: menulis penulis penulisan
tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan
amalan membesar pembesar pembesaran mengubah pengubah pengubahan
mengairi pengairan
Paradigma dengan me(N)-, ber- contohnya: memberhentikan pemberhentian
perhentian perkecualian pembelajaran pelajaran
Paradigma kata dengan me(N)-, per- contohnya: mempersatukan pemersatu
pemersatuan

persatuan

memperoleh

pemeroleh

pemerolehan

perolehan

mempelajari pelajar pelajaran


Paradigma kata dengan ke an contohnya: saksi kesaksian bermakna
kebermaknaan terbuka keterbukaan penduduk kependudukan sesuai kesesuaian
Paradigma kata dengan sisipan en-, -er-, -el-, -em-, -in- contohnya: gigi gerigi susu
tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung

3. Istilah Kata Ganda

23

BMM3112

Istilah yang terdiri daripada Kata Ganda boleh juga merupakan gandaan kepada
Kata Dasar sepenuhnya atau sebahagian sahaja dengan atau tanpa imbuhan
ataupun perubahan bunyi.
Ganda Penuh, contohnya: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku
guru-guru
Ganda Suku Kata Awal, contohnya: tetikus rerongga cecair rerambut gegua jejari
Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan, contohnya: dedaunan pepohonan jejarian
Kata Ganda Berentak, contohnya: warna-warni batu-batan serta-merta bengkangbengkok bolak-balik hingar-bingar dolak-dalih mundar-mandir pupu-poyang rempahratus

4. Istilah Bentuk Gabungan (Majmuk)


Istilah boleh dibentuk hanya dengan membuat penggabungan dua kata atau lebih.
Semua unsur yang terdapat dalam gabungan ini adalah terdiri daripada yang
berbentuk bebas tanpa mengira samaada sudah ataupun belum ditambah dengan
imbuhan.
Tanpa Imbuhan, contohnya: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur
huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam
Dengan Imbuhan pada salah satu unsurnya, contohnya: saksi pendakwa pelarasan
gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji
gelombang melintang
Dengan Imbuhan pada kedua-dua unsur, contohnya: jagaan perlindungan
kedudukan anggaran perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi

24

BMM3112

4.2 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH


Secara amnya, proses pembentukan istilah itu dapat ditentukan melalui beberapa
faktor. Mari kita lihat beberapa faktor dalam pembentukan istilah ini. Antaranya ialah,
Pemilihan kata daripada Bahasa Melayu. Pembentukan Istilah merupakan proses
mengambil kata daripada perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu termasuklah
kata dari dialek-dialek ataupun bahasa-bahasa lama. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum pemilihan sesuatu kata itu dibuat. Antara
syarat-syarat tersebut ialah, kata yang akan diambil perlu tepat dalam memberi
makna, konsep, proses, keadaan atau ciri-ciri yang dimaksudkan, kata yang dipilih
pula perlu atau merupakan kata yang paling singkat seandainya wujud sekelompok
sinonim. Contohnya: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital. Fisiologi dan Kaji
Tugas Organ, dipilih Fisiologi. Selain itu, kata tersebut juga perlu tidak mempunyai
konotasi buruk atau sebutan yang sumbang. Faktor seterusnya ialah Pemilihan Kata
daripada Rumpun Melayu. Pembentukan Istilah sebenarnya boleh dibentuk daripada
Perbendaharaan Kata bahasa serumpun dengan Bahasa Melayu seandainya tidak
terdapat istilah yang diperlukan daripada Bahasa Melayu. Contoh-contohnya ialah
gambut (daripada bahasa Banjar) peat, nyeri (daripada bahasa Sunda) pain dan
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut.
Faktor yang seterusnya ialah, Perbendaharaan Kata Bahasa Asal. Kata-kata
daripada bahasa asal atau bahasa asing adalah dibenarkan pengambilannya
sekiranya istilah yang diperlukan itu tidak diperoleh daripada Bahasa Melayu dan
bahasa serumpun dengan Bahasa Melayu. Keutamaan terhadap ejaannya dalam
bahasa sumber adalah penting dan perlu disesuaikan dalam penulisan istilah
tersebut, namun penyebutannya pula perlu mengikut sistem bunyi Bahasa Melayu.
Manakala Bahasa Inggeris pula dianggap paling internasional bagi tujuan
penyeragaman untuk tujuan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang
berkenaan tidak wujud istilahnya dalam Bahasa Inggeris. Contoh-contohnya ialah
television dalam Bahasa Asal manakala televisyen dalam Bahasa Melayu, Structure
dalam Bahasa Asal manakala struktur dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya pula ialah Penyerapan Istilah Asing. Peminjaman terhadap istilah asing
ini dibuat apabila sesuai penggunaanya dari segi makna kata itu, singkat dari segi
25

BMM3112

terjemahan bahasa melayunya dan mempermudahkan penyelarasan bagi istilah


asing yang diserap itu sekiranya istilah bahasa melayunya mempunyai banyak
sinonim. Bentuk-bentuk Serapan. Pengambilan kata daripada Bahasa Asing itu
hanya terdiri daripada bentuk akarnya atau terbitannya. Namun, ia bergantung pada
konteks situasi dan penggunaanya dalam ayat, kemudahan untuk belajar bahasa
dan dari segi kepraktisannya. Oleh itu, bentuk tunggal adalah digunakan. Contohnya
spectrum kecuali jika bentuk jamaknya merupakan lebih biasa dipakai.
Disamping itu, Istilah Asing yang sudah lazim juga adalah antara faktor-faktor dalam
Pembentukan

Istilah.

Penggunaannya

boleh

terus

digunapakai

walaupun

penggunaanya kadangkala tidak sesuai dengan peraturan. Walaubagaimanapun, ia


dilakukan hanya untuk mengelakan daripada berlakunya kekeliruan. Contohnya,
campaign (Istilah Asing) dan kempen (Istilah Bahasa Melayu). Pension (Istilah Asing)
dan Pencen (Istilah Bahasa Melayu). Faktor seterusnya ialah, Ejaan Istilah
(Ungkapan) Asing yang tetap. Penggunaan Istilah Asing atau ungkapan-ungkapan
tertentu yang mana sebutan dan ejaannya adalah dikekalkan dalam semua bahasa
malah turut digunapakai dalam Bahasa Melayu dengan syarat diletakkan dengan
garisan bawah ataupun dicetak miring (italic). Contohnya 9.2.2 bona fide dan 9.2.5
weltanschauung.

4.3 PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG


Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
bahasa yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam
pelbagai bidang kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah
baru akan menjadikan sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang
Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk dalam pelbagai
bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam menggubal dan membentuk istilah
dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan membantu seseorang dalam
proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain menjadi rujukan
dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut bidangbidang tertentu.

26

BMM3112

Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar
dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa diwujudkan istilah
ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu.
Contohnya audioconferencing (Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa
Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian
berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris)
manakala pengarau data (Bahasa Melayu).
Istilah Undang-undang. Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk
mereka memberi penerangan tentang sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka.
Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa yang dinyatakan
oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-undang tidak kira samaada
di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order
(Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender
(Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT
atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris
yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa
Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam
ICT dan komputer pada era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah
Komputer ialah, access (Bahasa Inggeris) manakala capaian (Bahasa Melayu),
Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa Melayu), integrated circuit
(Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).
Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta
bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan mahupun bidang Pentadbiran
Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan orang ramai
dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan dengan
ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa
Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris)
manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris)
manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak
ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah27

BMM3112

istilah yang biasanya digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP
yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah
Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris) manakala dewan besar
(Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa
Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).
Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim
dikalangan jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah
bagi jurukamera untuk melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah
bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak
(Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa
Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa
Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang
terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar
terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah
dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin
(Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan
aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa
Melayu).
Pembentukan serta pembinaan istilah-istilah baru dalam Bahasa Melayu telah
berlangsung sejak awal 1960-an lagi. Ia mencerminkan keupayaan Bahasa Melayu
itu dalam mencorak budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Tugas dan
tanggungjawab yang digalas oleh jawatankuasa istilah adalah sesuatu yang sangat
mencabar. Pelbagai kritikan terutamanya dari kalangan mereka yang kurang arif
mengenai perkara ini menjadi inti dalam tugasan mereka. Pembentukan Peristilahan
merupakan perkara yang berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa malah
penting dalam pembinaan budaya ilmu. Oleh kerana kepentingan itulah, maka
diwujudkan jawatankuasa istilah serta kerjasama serumpun antara Malaysia,
Indonesia dan Brunei Darussalam atau gabungan yang dikenali sebagai MABBIM
bagi merealisasikan kerja-kerja pembentukan istilah. Melalui kerjasama ini dapat kita
ketahui secara tersirat bahawa bidang Pembentukan Istilah merupakan suatu
perkara

yang

serius

kerana

ia

merupakan

antara

usaha-usaha

dalam

memartabatkan penggunaan serta pentingnya Bahasa Melayu. Dalam memajukan


28

BMM3112

bidang peristilahan di Malaysia, usaha pembangunannya adalah berterusan di


bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta seiring dengan kemajuan teknologi
masakini. Bak kata pepatah, ibarat dayung sudah di tangan dan perahu sudah di air,
segala usaha dan prasarana telah disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh
pengguna bahasa dalam membantu usaha DBP dan MABBIM dalam pembentukan
istilah.

4.4 SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Konsep istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep
yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu
istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (2007:591).
Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah
Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses
pembentukan istilah.
Langkah 1 - Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan
dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :gaya, garis
pusat, tapak hasil keluaran, deficit, kuasa
Langkah 2 - Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim
digunakan. Contohnya :peka,cerakin, mendap, hablur, jisim,ketuhar
Langkah 3 - Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang
lazim digunakan. Contohnya :gambut (Banjar), nyeri (Sunda), engkabang (Iban),
awet (Jawa), dermaga (Jawa), labur (N.Sembilan
Langkah 4 - Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak
lazim

digunakan. Contohnya

:dening

(Iban),nyeri (Sunda)

29

(Kelantan),

riam

(Johor),

engkabang

BMM3112

Langkah 5 - Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya : atom


atom, electron - electron, professional professional, psychology psikologi,
structure struktur
Langkah 6 - Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing
(ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa,
digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak
sendeng. Contohnya : bona fide,esprit de corps, fait accompli, weltanschauung
Langkah 7 - Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa
kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di
atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :
Ungkapan yang paling singkat
Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang
Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk
Ungkapan yang sedap di dengar

Penggunaan Popular:
Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak,
dan tulisan-tulisan kreatif .
Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui
terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya.
Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.
Antara contoh perkataan ialah :temu ramah,tarik diri, meja berita, tajuk kecil,
ibu kota, sidang media, lidah pengarang, nama pena, kempen
Syarat-Syarat pembentukan istilah:
Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah mestilah tepat untuk mengungkap
konsep yang dimaksudkan dan stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.
Kata atau frasa hendaklah paling ringkas antara pilihan yang ada dan
mempunyai rujukan yang sama
30

BMM3112

Kata atau frasa mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau
boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan
hubungan antara bangsa.
Dari aspek bunyi pula : Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap
didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni.

Pembentukan Istilah Baharu

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian
Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul, membentuk dan memperbanyak istilah bahasa

Melayu di

dalam pelbagai bidang ilmu.


Menerbitkan istilah bahasa Melayu.
Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan
matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
Menyelaraskan

istilah

dan

penggunaan

istilah

bahasa

Melayu

dan

mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui


MABBIM, dan negara-negara lain.
Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.

Hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel


bagi bahasa Melayu moden,

Hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat
pemakai bahasa,

Diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

Memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang


mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia

Memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.
31

BMM3112

5.0 Penutup

Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya
mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah
dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna
dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna
konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang
mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi
makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan),
hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),
homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi
maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),
dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah memberi fokus kepada aspek kajian
tradisional iaitu perubahan makna. Namun demikian, selepas tahun 1930,
perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan
struktur dalam semantik (Ullmann, 1966). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah
dalam sejarah semantik. Ini adalah kerana pada tahun itu telah muncul tulisan
Gustaf Stern yang berjudul Meaning and change of meaning with special reference
to English language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baru dalam bidang
semantik. Menurut Ullmann (1966), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi
memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya,
kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga
daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna
dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan
menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan
32

BMM3112

Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna


sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang
lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya berlayar, dulu digunakan dengan
pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan
mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut berlayar . Dahulu
kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang
lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut bapa sedangkan segala orang
yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara.
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi
makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf
(1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses
perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih
khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ahli membawa makna yang lebih luas
iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan.
Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang
mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu
bidang.

33

You might also like