Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KERTAS KERJA 1 :

CADANGAN BAGI MELAKSANAKAN KAEDAH DAN SISTEM


KENAIKAN PANGKAT / GRED BERDASARKAN TEMPOH
PERKHIDMATAN (TIME-BASE PROMOTIONAL SYSTEM) BAGI SKIM
PERKHIDMATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
1.1

TUJUAN
Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian
yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar melaksanakan kaedah
pemberian kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan (Time Based)
kepada Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P)
khususnya yang berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang
Bandar dan Desa di Malaysia yang sedang berkhidmat disemua Jabatan dan
Agensi Kerajaan terutama bagi pegawai di dalam gred atau kumpulan
Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu yang berada di gred 41 ke atas.

1.2

LATAR BELAKANG BIDANG PERANCANGAN BANDAR


Dalam menuju arus pemodenan, pembukaan dan pembangunan sesuatu
kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan penempatan amat
memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang bersistematik. Ini
bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu tidak
mendatangkan masalah jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran serta
pembangunan persekitaran yang tidak teratur. Tambahan, bidang sebegini
mencabar kerana sebarang pelan yang bakal dilakukan akan mempengaruhi
perasaan, sikap dan tindakan manusia dalam menjalani kehidupan seharian.
Dengan itu, matlamat mengurangkan jurang perbezaan dan memajukan antara
bandar dan wilayah adalah intipati rangka pelannya. Sekiranya arkitek
memerlukan kreativiti untuk merekabentuk bangunan begitu juga mereka yang
bergelumang di dalam profesion perancang bandar dan desa ini khususnya bagi
mereka yang berkhidmat di sektor Kerajaan yang sentiasa tertakluk kepada
kehendak perundangan dan juga prosedur kerja yang tertentu.
Selain mempunyai latar belakang dunia perancangan, kemahiran komunikasi
dan kreativiti diperlukan. Pengetahuan terhadap penggunaan alat bantuan atau
alat sokongan dalam membuat keputusan seperti perisian AutoCAD dan GIS
(Sistem Maklumat Geografi) merupakan satu kelebihan kepada pegawai yang
berkenaan. Ia berguna dalam menganalisis kependudukan, kegunaan tanah,
ramalan iklim, pengurusan hutan dan sebagainya. Profesion perancangan
bandar dan desa samada di sektor Kerajaan mahupun di sektor swasta sejak
1990-an telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam bidang dan
penghasilan tugas.

Di sektor swasta contohnya kerjaya ini merangkumi penyediaan pelan susun


atur pembangunan juga meliputi dalam menghasilkan laporan seperti Laporan
Cadangan Pembangunan (LCP) selain mungkin juga terlibat didalam penyediaan
kajian-kajian tertentu yang kebiasaanya firma-firma ini dilantik menjadi pakar
runding kepada pihak Kerajaan melalui peranan Jabatan dan Agensi Teknikal
khususnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBDSM)
mahupun Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada menjalankan kajiankajian yang berkiat rapat dengan perancangan bandar. Dalam erti kata lain,
profesion perancangan bandar di sektor swasta ini bersama-sama Agensi
Kerajaan bertanggungjawab dalam menjemahkan dasar dan aspirasi Kerajaan
ke dalam bentuk pembangunan supaya selesa didiami rakyat.
Sekiranya arkitek memerlukan kreativiti untuk mereka bentuk bangunan, begitu
juga perancang bandar. Walaupun kerja sebagai perancang bandar tidak gah
seperti arkitek atau jurutera, namun peranan mereka amat penting dalam
mencorakkan kawasan pembangunan. Pelan yang dihasilkan bukan sahaja
harus menarik malah perlu mengambil kira penerapan elemen-elemen penting
terutama melibatkan kepentingan sosial dan alam sekitar.
Ini bersesuaian dengan matlamat asas sebagai perancang bagi memastikan
setiap pembangunan yang dipacu mampu meningkatkan taraf sosial
masyarakat secara keseluruhannya. Dengan itu perancang perlu sentiasa peka
terhadap isu-isu semasa dan keperluan semasa masyarakat. Secara tidak
langsung melahirkan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif serta
berpandangan jauh.
Begitu juga halnya di sektor Kerajaan, sekiranya sebut sahaja perancang bandar
orang mesti berfikiran kerjanya hanya merancang bandar. Tetapi ramai yang
kurang sedar, tugasnya meliputi perancangan dan pengurusan jangka masa
panjang dari pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi, alam sekitar, pelancongan,
pengangkutan begitu juga kemudahan awam. Namun misi utamanya adalah
menghasilkan satu pembangunan yang mampan untuk kemajuan bersama bagi
generasi sekarang dan generasi akan datang.
Dari aspek tanggungjawab dan peranan dan juga beban tugas profesion ini di
sektor Kerajaan, telah banyak dilihat peningkatan dan pengupayaan yang
dilakukan khsususnya dari aspek bidang tugas yang semakin luas dan lebih
menonjol sehingga diberikan pengiktirafan diperingkat Kerajaan Persekutuan
dengan adanya bahagian khas yang diwujudkan bagi membantu pihak Kerajaan
Persekutuan didalam menguruskan hal-hal Negara seperti Bahagian Rancangan
Fizikal Negara, Unit NKRA Bandar Selamat dan sebagainya yang berperanan
memberikan maklumbalas berhubung perkara-perkara pembangunan fizikal
dan sosial negara kepada pihak Kerajaan Persekutuan.
Pegawai-pegawai Perancang Bandar dan Desa juga kini mempunyai ruang yang
lebih luas untuk turut serta didalam pelbagai agensi pelaksana pembangunan
seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Landskap Negara (JLN), Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
yang menempatkan pegawai-pegawai di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
di Malaysia dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan
Kerajaan.

2.0 CADANGAN MELAKSANAKAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT


/ GRED BERASASKAN TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) SKIM
PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
Perjawatan di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam di Negara ini dibuat melalui
peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan dibuat
melalui waran perjawatan yang diwujudkan. Waran Perjawatan ialah satu dokumen
rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia di bawah
Akta Prosedur Kewangan 1957 [Seksyen 15(3)] bagi tujuan untuk meluluskan sesuatu
perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan yang digunakan oleh semua
Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Bagi Kerajaan Negeri, Menteri Besar atau Ketua
Menteri menurunkan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk mengeluarkan
waran perjawatan. Waran Perjawatan Persekutuan atau Negeri, antara lain
mengandungimaklumat-maklumat berikut :

Maksud Perbelanjaan;
Butiran / Program / Aktiviti / Jawatan;
Gred Jawatan;Kod Gaji;Kod Skim;
Bilangan Jawatan;
Taraf / Jenis Jawatan; dan
Butir-butir Perubahan.

Dalam konteks sesuatu skim perkhidmatan awam Rajah 1 menjelaskan secara ringkas
berkaitan struktur dan kedudukan sesuatu jawatan di dalam sesuatu skim
perkhidmatan awam.
Rajah 1 : Struktur Perjawatan Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

Sumber : Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya.

2.1

SISTEM SEMASA KENAIKAN PANGKAT / GRED


PERANCANG BANDAR DAN DESA DI SEKTOR KERAJAAN

PEGAWAI

Umumnya terdapat beberapa sistem dan kaedah yang diamalkan didalam


Perkhidmatan Awam di Malaysia dalam urusan kenaikan pangkat / gred bagi
sesuatu perjawatan. Sistem yang diamalkan adalah tertakluk kepada badanbadan suruhanjya perkhidmatan yang berkenaan dengan sesuatu kumpulan
skim perkhidmatan dibawah naungannya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran Malaysia (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).
Bagi SPA, sistem dan kaedah kenaikan pangkat atau gred yang diamalkan
adalah berdasarkan kepada kelayakan seseorang penjawat awam untuk
dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat berdasarkan syarat-syarat
kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan juga
berdasarkan kepada kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan
skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.
Dan menurut pekeliling yang dikeluarkan bagi maksud tersebut (PeraturanPeraturan Pegawai Awam-Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan 2005 P.U(A)176/2005), faktor untuk seseorang penjawat
awam itu sesuai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;


Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;
Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan
pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu;
Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat;
Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat dan gred dikalangan penjawat awam khususnya bagi


profesion perancangan bandar dan desa adalah tertakluk kepada sistem dan
kaedah kenaikan pangkat yang tertakluk kepada waran yang diperuntukkan
oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia kerana skim perkhidmatan Perancangan
Bandar dan Desa ini terletak dibawah naungan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) berbeza dengan skim perkhidmatan pendidikan yang diletakkan
dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Di dalam skim perkhidmatan perancang bandar ini, kaedah kenaikan pangkat
antaranya tertakluk kepada beberapa senario seperti wujudnya kekosongan
perjawatan yang sediada samada disebabkan oleh jawatan belum diisi, pegawai
telah bersara ataupun jawatan telah dikosongkan atas beberapa faktor.
Disebabkan oleh keadaan ini, kebanyakan pegawai yang dilantik di gred lantikan
J41 mengambil masa yang lama untuk dinaikkan ke satu pangkat atau gred
yang lebih tinggi iaitu gred J44 dan seterusnya memandangkan pegawai yang
berada di gred yang lebih tinggi itu masih berkhidmat dan tiada sebarang
kekosongan gred yang boleh menaikkan gred seseorang pegawai di gred
lantikan untuk dinaikkan pangkatnya. Melainkan jawatan tersebut diwujudkan
melalui penyediaan kertas kerja bagi pengwujudan jawatan dan melalui
keputusan pihak JPA/SPA.

Berdasarkan kepada faktor-faktor yang tertera diatas, bagi kebanyakan skim


perkhidmatan awam terutama di skim perkhidmatan perancangan bandar dan
desa, kemungkinan untuk seseorang penjawat awam itu berada pada gred
lantikan dan gred semasa adalah tidak terikat kepada mana-mana tempoh
tertentu dan berkemungkinan seseorang penjawat awam itu akan berada pada
gred lantikan atau gred semasa pada satu tempoh yang agak lama. Malahan
tidak dinafikan berkemungkinan seseorang penjawat awam itu akan berada
pada gred lantikan atau gred semasa sehingga mencapai umur berpencen wajib
samada pada umur 58 tahun mahupun 60 tahun tanpa mendapat sebarang
kenaikan baru.
Keadaan ini dilihat amat berbeza dengan skim perkhidmatan di bawah
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang mana skim
perkhidmatan mereka telah ditetapkan kenaikan pangkat berasaskan kepada
tempoh masa perkhidmatan minimum bagi satu-satu gred. Sebagai contoh, bagi
seseorang guru siswazah di bawah lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang dilantik pada gred lantikan DG41 akan berada pada gred kenaikan DG44
selepas 8 tahun berkhidmatan selain tertakluk kepada beberapa syarat yang
ditetapkan oleh skim perkhidmatan tersebut.
Sistem kenaikan pangkat / gred yang diamalkan dalam skim perkhidmatan
perguruan ini dilihat sebagai satu sistem yang amat baik dan menjurus kepada
kebajikan penjawat awam secara keseluruhannya tanpa berpihak kepada satusatu skim perkhidmatan tertentu selain mengatasi isu peluang kenaikan
pangkat amat terhad kerana kekosongan jawatan hanya akan berlaku apabila
ada pegawai bersara dan berhenti selain berusaha menyediakan kertas kerja
bagi mewujudkan sesuatu jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).

2.2

CADANGAN MELAKSANAKAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED


BERASASKAN TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI KUMPULAN
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) SKIM PERKHIDMATAN
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditubuhkan sejak 22hb. Ogos 1934
adalah berperanan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia
sektor awam meliputi menggubal dasar pembangunan organisasi dan
perkhidmatan; kerjaya dan latihan; saraan dan perhubungan pekerja-majikan;
pengurusan maklumat sumber manusia; perkhidmatan kaunseling dan
pengurusan faedah persaraan. Sejak penubuhan itu, sehingga kini kaedah
kenaikan pangkat / gred bagi penjawat awam khususnya pegawai-pegawai di
dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) skim perkhidmatan
perancangan bandar dan desa tidak mengalami sebarang perubahan
berbanding penjawat awam dalam kumpulan Sokongan yang telah diberikan
nafas baru dalam kaedah kenaikan pangkat secara automatik bagi manamana penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan keatas dan
masih berada di gred lantikan atau gred semasa diberikan kenaikan satu gred
lebih tinggi sepertimana keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 14hb. Mei 2009 (ruj.JPA(S)NP.134/1
Klt. 19/s. K 2 (11).

Dengan keputusan baik yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada penjawat
awam kumpulan Sokongan, pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan
Desa (PERSADA) memohon pertimbangan pihak Kerajaan supaya kaedah
pemberian kenaikan pangkat secara time-based tersebut diperluaskan
perlaksanaannya kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan
Desa dan tempoh minimum bagi seseorang pegawai berada pada satu-satu gred
juga dikaji semula dengan menggunakan kaedah yang diamalkan di dalam
kaedah pemberian kenaikan pangkat sistem perkhidmatan pendidikan dan
perubatan.
Bagi yang sedang berada di dalam gred lantikan hendaklah dinaikkan pangkat
selepas tempoh 8 tahun berkhidmat dengan prestasi yang baik dan selepas itu
dinaikkan ke gred kenaikkan pangkat seterusnya setelah tempoh 8 tahun. Ini
bermakna selepas 16 tahun berkhidmat (iaitu 8 Tahun + 8 Tahun), seorang
penjawat awam berkenaan telah berada dalam jawatan tertinggi dalam skim
perkhidmatan masing masing. Sebagai contoh, jika seorang pegawai yang
mula berkhidmat di gred lantikan 41 pada 2007 berumur 27 tahun, selepas 8
tahun berkhidmat secara automatik pegawai tersebut akan berada di gred J 44
pada tahun 2015 berumur 35 tahun dan selepas 8 tahun berada di gred J 44,
pegawai tersebut secara automatik akan berada di gred J 48 pada tahun 2023
berumur 45 tahun dan sekiranya pegawai berpencen pada umur 60 tahun,
bermakna pegawai berpeluang untuk berpencen pada gred maksimum J 52
atau J 54 sekurang-kurangnya.
Apabila kerajaan menaikkan umur paksa pesaraan ke 60 tahun, maka timbul
pula isu berkaitan dengan peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai
Perancang Bandar dan Desa yang telah lama berkhidmat tetapi tidak
berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Ini
memandangkan pegawai yang menjawat jawatan kenaikkan pangkat masih lagi
berkhidmat dan ini telah melambatkan tempoh kenaikan pangkat bagi lain-lain
penjawat dibawahnya di dalam skim perkhidmatan yang sama dan keadaan ini
sedikir sebanyak akan memberikan kesan kepada peningkatan prestasi
dikalangan pegawai yang merasakan demoralised sekiranya tiada peluang
untuk kenaikan pangkat.
Kenaikan pangkat secara time-based yang telah diberikan kepada warga
pendidik/guru perlu dan wajar dipanjangkan juga kepada Skim Perkhidmatan
Pegawai Perancang Bandar dan Desa memandangkan mereka juga telah
memberikan perkhidmatan dan melaksanakan skop fungsi tugas yang khusus
berdasarkan kepada pengalaman dan bakat-bakat bersesuaian dengan tugastugas hakiki yang dipikul. Selain itu, kaedah kenaikan pangkat ini juga perlu
mengambilkira kelebihan yang dimiliki oleh pegawai yang telah lulus dengan
cemerlang di dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang kini telah ditambah
baik dengan kaedah lain. Prinsip Kenaikan Gaji Tahunan tidak mengambil kira
kelebihan Pegawai yang telah lulus dengan Aras 4 (Cemerlang). Penghargaan
keatas pegawai yang terlibat telah dinafikan. Oleh itu, Penjawat Awam
berkenaan hendaklah diberikan dua (2) Hadiah Kenaikan Gaji.
Tujuan kenaikan pangkat time-based ini adalah untuk mengekalkan bakat, dan
kecemerlangan perkhidmatan. Namun, kenaikan pangkat secara biasa
berdasarkan merit hendaklah dikekalkan untuk mengisi kekosongan jawatan
kenaikan pangkat yang kosong.

3.0 CADANGAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI


URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED
BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PENJAWAT
AWAM KHUSUSNYA DALAM SKIM PERKHIDMATAN
PERANCANGAN BANDAR DAN DESA.
Kaedah dan kriteria yang disyorkan untuk dipertimbangkan bagi cadangan untuk
melaksanakan kaedah pemberian kenaikan pangkat secara time-based kepada
penjawat awam khususnya pegawai dalam kumpulan Profesional dan Pengurusan
(P&P) di Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah sama
sepertimana kaedah dan kriteria yang digunapakai di dalam skim Perkhidmatan
Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinaungi oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Pemakaian Kriteria Kecemerlangan tersebut adalah bagi urusan kenaikan pangkat
secara Time-Based berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi semua pegawai seperti
berikut :Jadual 1: Contoh Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Berdasarkan Time-Based
SKIM PERKHIDMATAN

PEGAWAI KUMPULAN P&P


DI BAWAH SKIM
PERKHIDMATAN AWAM
(SPA)
(Skim Perkhidmatan
Perancangan Bandar dan
Desa)

TEMPOH

Pegawai Di Bawah Skim


Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS)

Gred J 52 ke Gred J 54

(Gred DG52 ke Gred DG54)

Gred J 48 ke Gred J 52

(Gred DG48 ke Gred DG52)

Gred J 44 ke Gred J 48

(Gred DG44 ke Gred DG48)

Gred J 41 ke Gred J 44

(Gred DG41 ke Gred DG44)

Jumlah Tahun

25

Sumber Rujukan: http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

Syarat umum dan syarat khusus kenaikan pangkat secara TBBK seperti berikut :
Syarat Umum

Disahkan dalam perkhidmatan;


Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti jadual di bawah
dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011,
35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013 ;

GRED

MARKAH MINIMUM LNPT

J 54 (DG54)
J 52 (DG52)
J 48 (DG48)
J 44 (DG44)

80%

78%

Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

Bebas daripada tindkan tatatertib dan mahkamah;


Telah mengisytiharkan harta;
Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya PencegahanR asuah Malaysia
(SPRM);
Menjadi Ahli dalam Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) atau
Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)
Diperakui oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus

Tempoh perkhidmatan yang ditetapkan seperti berikut ;


URUSAN

TEMPOH
PERKHIDMATAN

PEGAWAI KUMPULAN P&P DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN AWAM


(SPA) SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
(CONTOH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH -PPPS)
Gred J 52 ke Gred J 54
(Gred DG52 ke Gred DG54)

Gred J 48 ke Gred J 52
(Gred DG48 ke Gred DG52)

Gred J 44 ke Gred J 48
(Gred DG44 ke Gred DG48)

Gred J 41 ke Gred J4 4
(Gred DG41 ke Gred DG44)

Tempoh Perkhidmatan Ke Gred J 54


(Tempoh Perkhidmatan Ke Gred DGA54)
Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

25 TAHUN

Mencapai markah minimum kriteria kecemerlangan (KC) dan markah


minimum keseluruhan yang ditetapkan iaitu 80% dan ke atas seperti
jadual berikut :
GRED

J 54
(DG54)
J 52
(DG52)
J 48
(DG48)
J 44
(DG44)
J 41
(DG41)

MARKAH
MINIMUM
LNPT

MARKAH
MINIMUM
KC

80%

80%

MARKAH MINIMUM
KESELURUHAN
(LNPT=60%+KRITERIA
KECEMERLANGAN=40%

80%
78%

80%

80%

80%

Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

Pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus


adalah layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat ini termasuklah
pegawai-pegawai berikut :

Pegawai pinjaman atau kader;


Pegawai sedang cuti belajar, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji;
Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan;
Pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walaubagaimanapun,
kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan
Pegawai yang telah layak sebelum bersara atau meninggal dunia.

4.0 PENUTUP
Pihak PERSADA melihat adalah tidak wajar Pegawai Perancang Bandar dan
Desa yang masih dan telah berkhidmat melebihi 30 tahun tidak dapat
menikmati kenaikan pangkat walaupun mempunyai kemahiran dan ilmu
pengetahuan di dalam bidang Perancangan Bandar.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa berasa tidak puas hati kerana kekosongan
jawatan Gred yang lebih tinggi adalah terhad. Maka peluang kenaikan pangkat
ke Gred yang lebih tinggi tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan Pegawai
Perancang Bandar dan Desa berbanding profesion Guru yang telah berkhidmat
melebihi 20 tahun ke 30 tahun.
Dengan terlaksananya sistem kenaikan pangkat dan gred yang dicadangkan ini,
merupakan satu pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan dan dapat
menaikkan dan meningkatkan prestasi kerja dan moral mereka yang sentiasa
taat setia serta telah berkhidmat begitu lama dengan Kerajaan.Jika Kenaikan
Pangkat secara Time Based di luluskan ianya merupakan satu pengiktirafan
kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa sebelum bersara dan memberi
peluang kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang mencapai tahap 3
maksimum bergerak ke Gred Gaji yang lebih tinggi sebelum bersara.
Pihak PERSADA memohon kepada Kerajaan agar cadangan ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya serta dapat diwujudkan sistem kenaikan
pangkat secara Time Based terutamanya bagi mereka yang telah berkhidmat
lebih 8 tahun dan masih berada pada gred lantikan atau gred yang sedang
disandang.

5.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1:-

Cuepacs setuju kenaikan pangkat time-based


diperluas
21 November 2012
ALOR SETAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara
'timed-based', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada
perkhidmatan awam lain.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat
awam lain.
"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat
ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat
meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.
"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based
mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang
betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak
payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad
Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr
Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.
Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu
laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan
terbabit dilakukan.
Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah
temu duga.
"Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru
kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit
saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya.
Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui
kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.
"Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai
sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya. - Bernama

LAMPIRAN 2:-

Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara Time


Base Selepas Ini?
by Staff Agenda Semasa on November 21, 2012 0 comments

Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara Time Base: Sebelum ini, kenaikan pangkat secara time
base tidak melibatkan semua sektor dalam pentadbiran kakitangan awam dan ianya hanya terhad
kepada kakitangan awam dalam sektor perguruan dan juga kesihatan. Tetapi, kenyataan Ketua
Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa semalam menyatakan bahawa besar kemungkinan
kenaikan pangkat secara time base akan diperluaskan ke semua perkhidmatan sektor awam yang lain.
Dengan kapasiti seramai 1.42 juta kakitangan awam di Malaysia, 430,000 kakitangan awam dalam
sektor perguruan sedang menikmati kaedah kenaikan pangkat secara time base ini.Jumlah yang agak
ramai juga bagi kami. Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengatakan cadangan ini kenaikan pangkat secara
time base ini sedang diteliti secara terperinci oleh kerajaan termasuk mengambil kira keseimbangan
hasil dan perbelanjaan negara & menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi
Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Namun, faktor lain yang perlu diambil
adalah, samada keputusan ini akan memberi kesan besar kepada kantung kerajaan bagi menanggung
emolumen, harus diperhalusi dahulu.Secara amnya, kami menganggap cadangan daripada Datuk Seri
Dr Ali Hamsa ini adalah adil terhadap semua kakitangan awam, tetapi pada pendapat kami, lebih
baik sekiranya skim kenaikan pangkat secara time base ini diperhalusi dan diterapkan dalam semua
kakitangan awam. Sepatutnya, kaedah kenaikan pangkat secara time base ini diberi kepada penjawat
awam yang benar-benar berkualiti, bukan sekadar dah keje 8 tahun atau 15 tahun, kemudian boleh
naik pangkat walaupun mutu kerja sekadar biasa sahaja. Antara cadangan kami ialah:

Kakitangan awam yang ingin menikmati kenaikan pangkat secara time base ini perlu
mendapat markah LNPT purata untuk 3 tahun minimum 85%. Ini adalah untuk memastikan
hanya yang layak sahaja mendapat kenaikan pangkat.
Diadakan satu peperiksaan khas untuk memastikan yang kakitangan awam yang dipilih
tersebut, mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan kenaikan pangkat.
Sekiranya kakitangan awam yang menikmati skim kenaikan pangkat secara time base
melakukan kesalahan tatatertib, kenaikan pangkat beliau wajar dibatalkan dan menjawat
semula jawatan lama sebelum kenaikan pangkat.

Cadangan kami ini adalah sebagai pandangan dan juga pendapat untuk memajukan lagi sektor
perkhidmatan dan servis kakitangan awam. Kami berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya
membuang duit dan masa kepada orang yang tidak layak.Biarlah jawatan kenaikan pangkat secara
time base ini merupakan satu hak eksklusif dan hanya diberikan kepada kakitangan awam yang benarbenar berkebolehan.
Read more: http://agendasemasa.com/kenaikan-pangkat-time-base#ixzz2prvrHB8A

You might also like