Tanggungjawab Pemuda Pada Zaman Globalisasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

. .

.



. . ,
.
)( " ".....
.

. ,

. .
.
. ,

.
:
. .
.

.
.

TANGGUNGJAWAB PEMUDA PADA ZAMAN GLOBALISASI

Sebagaimana yang diketahui pemuda merupakan kumpulan penting masa kini,


sebagai tonggak utama bagi negara. Setiap pemuda mempunyai tanggungjawab yang
tertentu dalam kehidupannya. Para pemuda wajib memberi tunjuk ajar kepada individu lain
yang berada di sekitarnya bagi membentuk keimanan yang mantap dan aqidah yang
sejahtera di dalam diri. Tidak dapat dinafikan merekalah bakal pemimpin pada masa akan
datang. Hanya di bahu mereka umat akan maju.
Patut diingat pemuda hendaklah berusaha untuk meningkatkan taraf negara
dalam setiap bidang kehidupan sama ada dari segi kemasyarakatan, ekonomi dan
pendidikan. Pemuda juga hendaklah mengagihkan masa dan mengisinya dengan cara yang
sistematik. Mereka memenuhkan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah
seperti mengulangkaji pelajaran, membaca sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. rebutlah
lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu waktu muda sebelum tua.. dan dalam
masa yang sama mereka hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk.
Dari sudut lain pemuda hendaklah memerangi segala penyakit masyarakat seperti
mencuri, penagihan dadah dan lain-lain. Begitu juga pemuda hendaklah menjadi seorang
yang alim dan hendaklah belajar dalam pelbagai bidang. Pemuda juga hendaklah sentiasa
berpegang teguh kepada agama di dalam melaksanakan segala tugas mereka. Mereka juga
hendaklah sentiasa menyukai kebaikan dan membenci kejahatan dalam kehidupan seharian
mereka.
Di samping itu para pemuda hendaklah menunaikan segala perkara yang wajib
dan sunat dalam bidang agama dengan cara yang sebaik-baiknya seperti solat lima waktu,
membaca al-Quran, puasa, sedekah dan lain-lain. Para pemuda juga hendaklah
membudayakan pemikiran mereka dengan menuntut pelbagai ilmu dengan bersungguhsungguh di antara ilmu dunia seperti matematik, sejarah dan lain-lain. Di samping itu
pemuda juga hendaklah mementingkan juga ilmu akhirat seperti akidah, fiqh, akhlak,
syariah, al-Quran dan yang seumpama dengannya.
Patut diingat pemuda hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan, pemikiran dan
spiritual. Juga menjaga pengambilan makanan dan minuman sepertimana firman Allah:
Wahai manusia makanlah apa yang ada di muka bumi ini makanan yang halal lagi baik. Di
samping itu mereka hendaklah menjauhkan diri dari rokok, arak dan lain-lain.
Kesimpulannya, para pemuda yang soleh akan mengislahkan masyarakat dan
mereka menjadi tonggak terhadap negara dan mereka juga memainkan peranan penting
dalam zaman globalisasi

You might also like