Bar Kompaun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SOALAN 1

SOALAN 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kedudukan guna tenaga buruh mengikut sektor di
Malaysia antara tahun 2004 hingga tahun 2006.

Bilangan guna tenaga buruh sesebuah negara bergantung pada perkembangan

ekonomi negara berkenaan. Pada tahun 2004, jumlah guna tenaga buruh di Malaysia
ialah 10 905.6 ribu orang.
Pada tahun 2004, 5352.2 ribu orang bekerja dalam sektor perkhidmatan. Dalam
sektor pembuatan, bilangan guna tenaga buruh yang terlibat ialah 2813.1 ribu orang.
Dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pula, bilangan guna tenaga buruh
ialah 1512.9 ribu orang. Sementara itu, bilangan guna tenaga buruh dalam sektor
pembinaan ialah 765.6 ribu orang atau 7.02% daripada jumlah keseluruhan guna
tenaga buruh pada tahun 2004. Bilangan guna tenaga buruh dalam sektor
perlombongan dan kuari adalah paling rendah dengan 461.8 ribu orang.
Jumlah guna tenaga buruh pada tahun 2005 menunjukkan peningkatan
sebanyak 1428.6 ribu orang atau 13.10% berbanding dengan tahun 2004. Bilangan
guna tenaga buruh dalam sektor perkhidmatan masih mendahului sektor lain dengan
peningkatan 1392.3 ribu orang berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, sektor
pembinaan juga mengalami peningkatan sebanyak 46.4 ribu orang berbanding
dengan tahun 2004, manakala sektor perlombongan dan kuari mengalami sedikit
pertambahan sebanyak 0.6 ribu orang berbanding tahun 2004, manakala sektor
pembuatan mengalami peningkatan sebanyak 58.5 ribu orang.
Jumlah guna tenaga buruh di Malaysia terus meningkat pada tahun 2006
berikutan kewujudan peluang pekerjaan baru dalam pelbagai sektor kecuali sektor
pertanian, perhutanan dan perikanan. Jumlah guna tenaga buruh dalam sektor
pertanian, perhutanan dan perikanan merosot sebanyak 41 ribu orang atau 2.84%
berbanding dengan tahun 2005. Ekoran tiada lombong baru dibuka dan kemerosotan
pengeluaran bijih timah, bilangan guna tenaga buruh dalam sektor ini mengalami
sedikit penurunan, iaitu sebanyak 1.9 ribu orang. Sektor perkhidmatan masih
mendahului sektor lain dengan sumbangan guna tenaga buruh paling tinggi, iaitu
sebanyak 55.5% atau 7016.8 ribu orang. Guna tenaga buruh dalam sektor pembuatan
bertambah sebanyak 1.14% kepada 2904.2 ribu orang. Sektor pembinaan juga
menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 45.1 ribu orang pada tahun 2006
berbanding dengan tahun 2005.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi

2005/2006,
Kementerian Kewangan Malaysia)