Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN

Lesson study berasal dari bahasa Jepun, jugyokenkyu yang merupakan gabungan dua
perkataan iaitu jugyo bermaksud pelajaran dan kenkyu yang bererti pengkajian. Oleh itu,
lesson study boleh didefinisikan sebagai penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran.
Terdapat empat ciri utama Lesson Study iaitu;
(i)
(ii)
(iii)

Lesson Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka panjang,
Lesson Study berfokus kepada pembelajaran murid,
Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam

(iv)

konteks,
Lesson Study bersifat kolaboratif

Didalam amalan lesson study, guru-guru mengamalkan sikap kolaborasi dimana guru-guru akan

Merancang dan menyedia rancangan mengajar


Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
Membuat refleksi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya
Mengubahsuai untuk menambaik rancangan mengajar

OBJEKTIF LESSON STUDY


Meningkatkan kulaiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru
Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama
dalam kalangan guru
Mewujudkan semangat kerja berpasukan
Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam
Membudayakan lesson study sebagai salah satu strategi perlaksanaan kursus dalam
meningkatkan profesionalisme guru

Meningkatkan keupayaan guru sama ada dalam pengetahuan dan kemahiran


Meningkatkan kerjasama dikalangan guru-guru
Meningkatkan keupayaan guru dalam mengurus, menyusun sesi pembelajaran
Meningkatkan sensitiviti dalam pembangunan pendidikan guru terutamanya mengambil kira
dinamik pelajar

Refleksi
Pembentangan oleh wakil kumpulan adalah baik. Pujian harus diberikan kepada wakil setiap
kumpulan kerana berani datang ke depan kelas dan membuat pembentangan hasil daripada
eksperimen yang dilakukan. Namun penggunaan kertas sebak (kertas manjung) kurang efisen
dan boleh digantikan dengan penggunaan marker dan papan putih. Murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyalin balik jadual eksperimen ke dalam kertas sebak.
Cadangan:
Perlu wujudnya kerjasama diantara guru dan murid didalam kelas terutamanya penggunaan
arahan. Walaupun murid terdiri daripada pelbagai bangsa namun arahan yang tegas perlu
diberikan bagi menunjukkan
Pembentangan oleh murid perlu diperhalusi dengan cara guru menyediakan jadual di papan
putih dan murid hanya perlu mengisi jadual jadi hasil eksperimen dapat dilihat dengan lebih
jelas oleh semua murid dan guru pemerhati.

Apabila soalan dilontarkan kepada murid, hanya sesetengah murid yang aktif mengambil
bahagian namun terdapat murid-murid lain hanya pasif sambil mengomel sendirian. Ini mungkin
kerana kurangnya ganjaran atau peneguhan yang perlu diberikan oleh guru
Cadangan:
Ganjaran atau peneguhan tidak semestinya bersifat kebendaan namun boleh wujud dengan
pujian daripada guru atau tepukan daripada kawan-kawan. Menurut pembelajaran sosial oleh
Albert Bandura, murid akan belajar melalui pemerhatian. Jika mereka mendapat peneguhan
daripada guru berupa pujian, maka murid-murid lain akan cuba untuk mengambil bahagian
dalam soalan yang diberikan oleh guru demi mendapat pujian yang sama seperti rakan-rakan
yang lain.

You might also like