Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL 2


KUALA LUMPUR
KALI KEDUA SESI 2014
Tarikh

: 02.09.2014

Masa

: 1.30 - 2.30 petang

Tempat

: Bilik Tun Sri Lanang

Kehadiran:
1. En. Zainin b.Johari GPK HEM
2. En. Azlan b. Dollah Setiausaha 1
3.

En. Mohamad Rafi b. Mohd Zain Setiausaha 2

4.

En. Imran b. Amir Salim

5. En. Faiz b. Basir

Tidak Hadir Bersebab :


1. Pn. Noorerna Yuliaty bt. Ibrahim

1. Ucapan Pengerusi
1.1En.Azlan b. Dollah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli
mesyuarat. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kerjasama
menjayakan program kawad kecemasan kali pertama yang lepas dengan jayanya
serta melaksanakan program Unit Keselamatan yang berkaitan hal hal
keselamatan sekolah dengan efektif.
Tindakan: Makluman
2. Ucapan GPK HEM
2.1 En. Zainin b. Johari mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
2.2 Beliau mengharapkan agar kerjasama antara guru terus dipertingkatkan supaya dapat
merancang program yang lebih berkesan bagi menjamin keselamatan sekolah di tahap
terbaik .
UNIT KESELAMATAN HEM

2.3 En. Zainin juga telah memaklumkan skop perbincangan mesyuarat pada kali ini lebih
diberi
tumpuan kepada program yang akan dirancang mengikut perancangan strategik unit.
Tindakan: Makluman
3. Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
4. Pengesahan Minit Mesyuarat
4.1 Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan minit mesyuarat terdahulu. Minit
Mesyuarat
disahkan dan disokong seperti berikut ;
Disahkan

: En. Imran b. Amir Salim

Disokong

: En. Mohd Zulfadli b. Mohd Abd Hakim

Tindakan: Makluman
5. Agenda 1: Pengurusan Fail
5.1En.Zainin meminta fail pengurusan Unit Keselamatan dikemaskinikan.
Tindakan : Setiausaha
5.2 Segala program yang dijalankan perlu didokumentasikan dan dimasukkan ke dalam
fail pengurusan.
Tindakan: Makluman
6. Agenda 2 : Pelantikan Setiausaha 2
6.1 En. Mohamad Rafi b. Mohd Zain telah dilantik sebagai Setiausaha 2 Unit Keselamatan.
Tindakan : Makluman
7. Agenda 3 : Perancangan Strategik dan Aktiviti Tahunan (2014 )
7.1 En .Azlan Dollah telah membentangkan tentang perancangan strategik yang akan
dilaksanakan
pada tahun ini.

Aktiviti latihan kebakaran iaitu Kawad Kecemasan

akan diadakan

pada 5 Mac 2014 ( Rabu ) , 6 0gos 2014 ( Rabu ) dan 24 September ( Rabu ) Kertas
Kerja hendaklah dirancang dengan perbincangan AJK supaya aktiviti yang dirancang
kelak dapat memberi impak yang baik serta menjamin tahap keselamatan sekolah.
7.2 Unit Keselamatan diminta menjalankan aktiviti sepanjang tahun secara
berperingkat.
7.3 AJK diminta menghias papan kenyataan Unit Keselamatan.
Tindakan : Makluman
8.

Hal hal lain

UNIT KESELAMATAN HEM

8.1 Pengerusi berharap segala hal yang berkaitan keselamatan yang berlaku di sekolah
dicatat agar dapat diberi tindak balas dan tindakan segera.
Tindakan : Makluman
9. Penutup
9.1 Pengerusi mengharapkan semua AJK dapat memberikan komitmen yang baik
untuk menjayakan semua program yang dirancang dan bersama sama memberi
buah
fikiran untuk penambahbaikan aktiviti yang lalu.Segala usaha yang dilakukan
akan
memberikan impak yang baik pada tahun ini.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang
Disediakan oleh ;
.
( En. Mohd Rafi b. Mohd Zain )
Setiausaha 2
Unit Keselamatan HEM
Disahkan oleh ;
.
( Pn. Siti Awa bt Jamil )
Guru Besar Sk Sentul ( 2 )
Kuala Lumpur

UNIT KESELAMATAN HEM

Disemak oleh ;

( En.Azlan b. Dollah )
Setiausaha 1
Unit Keselamatan HEM

You might also like