Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Bill Gates

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bill Gates

Nama lahir

William Henry Gates III

Juga dikenali

Bill Gates

sebagai
Lahir

28 Oktober 1955 , Seattle, WA,Amerika


Syarikat

Pekerjaan

Pengerusi, Pengasas Microsoft, Yayasan Bill &


Melinda Gates

Kekayaan bernilai

Anggaran USD$58.0 Billion (2008)

Isteri

Melinda French Gates

Anak-anak

Jennifer Katharine Gates, Rory John Gates dan


Phoebe Adele Gates

Laman web

Laman rasmi

William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill
Gates, ialah ahli perniagaanAmerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama
Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua
Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer
peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara
pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara
adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada
banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada
tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturutturut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai
saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan
Carlos Slim Helu.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Masa muda

2 Microsoft Corporation
o

2.1 BASIC

2.2 Kerjasama dengan IBM

2.3 Windows

2.4 Strategi dan pengurusan

3 Kehidupan peribadi
o

3.1 Kekayaan dan pelaburan

3.2 Dana sumbangan dan kebajikan

3.3 Anugerah dan penghormatan

4 Karya penulisan

5 Pembacaan lanjut

6 Rujukan

7 Pautan luar
o

7.1 Profil dan biografi

7.2 Gambar

7.3 Temu ramah

Masa muda[sunting | sunting sumber]


William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattles Swedish Hospital di
Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955, sejurus selepas 9.00 malam. Bill Gates diberi nama
timangan Trey, oleh neneknya merujuk kepada pemain kad ke-3 dan juga anak lelaki ke-3
dalam salasilah nama Gates (Berdasarkan III dalam nama akhirnya).
Salasilah Nama Gates

Moyang - William Henry Gates

Datuk - William Henry Gates II

Bapa - William Henry Gates Jr

Beliau - William Henry Gates III

Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, seorang peguam ternama, dan
Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Mary Maxwell merupakan wanita pertama yang memegang
jawatan Presiden di United Way, juga bekas ahli lembaga pengarah First Interstate Bank
dan juga ahli kehormat University of Washington . Mary berhenti mengajar apabila mendirikan
rumahtangga dan aktif dalam kerja-kerja amal. Beliau meninggal dunia pada 1994. Ibu bapa Bill
Gates berkahwin pada tahun 1951, dan mempunyai 3 anak, yang pertama ialah Kristi, diikuti
dengan Bill Gates dan anak bongsu, Libby, 9 tahun muda darinya.
Beberapa sumber luar mengatakan ibunya menyimpan unit amanah yang bernilai berjuta dollar
Amerika untuk Bill Gates yang menyumbang kepada harta kekayaannya tetapi kenyataan itu
dinafikan menerusi wawancara pada tahun 1994 dan juga menerusi buku yang ditulisnya The
Road Ahead.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata
pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun, Bill Gates dihantar belajar keLakeside
School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah
USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred
8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33
dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric
Computer(GE). Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE
menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya
itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk
kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain.
Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC)
untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan
membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka. Pada suatu musim
panas, para pelajar termasuk Bill Gates tertangkap apabila syarikat CCC mendapati mereka
menyalahgunakan keistimewaan mereka dengan mengeksploitasikan pepijat supaya mereka
boleh menggunakan komputer untuk lebih lama. Sebagai hukuman, para pelajar Lakeside
School diharamkan memasuki makmal komputer pada cuti musim panas.
Setelah habis tempoh hukuman, Bill Gates dan 3 rakannya Paul Allen, Ric Weiland, and Kent
Evans ditawarkan peluang sekali lagi oleh CCC untuk mencari pepijat di dalam aplikasi syarikat
tersebut dan sebagai ganti, mereka boleh menggunakan komputer di situ secara percuma.
Bill Gates tidak menggunakan teletaip pada kali ini, tetapi mula mempelajari kod punca (source
code) dari pelbagai program yang digunakan oleh sistem tersebut. Beliau bukan saja
mempelajari BASIC, tetapi juga mempelajari FORTRAN, LISP dan bahasa mesin (machine
language).

Mereka membantu CCC sehingga syarikat itu ditutup pada tahun 1970. Pada tahun berikutnya,
Syarikat Information Sciences Inc menawarkan pelajar-pelajar dari Lakeside School untuk
menulis program pembayaran (payroll) menggunakan COBOL. Mereka bukan sahaja ditawarkan
dengan peluang menggunakan komputer secara percuma malah akan dibayar upah royalti.
Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul
Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di
dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan
untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka
mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama. Walau bagaimanapun
apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang
perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates.
Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk
memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard
pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut,
beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif, Microsoft Corporation.

Microsoft Corporation[sunting | sunting sumber]


BASIC[sunting | sunting sumber]

Gambar bersama pekerja-perkerja awal Microsoft pada Disember 7, 1978

Selepas membaca majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan
Altair 8800, Bill Gates menghubungi MITS(Micro Instrumentation and Telemetry Systems),
syarikat yang mencipta mikro komputer tersebut. Walaupun pada ketika ini beliau masih belum
memulakan sebarang penulisan kod untuk Altair 8800, beliau memberitahu president syarikat
MITS bahawa kerja-kerja membina pengantaraan BASIC sedang dibuat oleh rakan - rakan
kongsinya. Bill Gates dan Paul Allen masih tidak dapat memulakan penulisan kod punca kerana
mereka masih belum mempunyai Altair, tujuan beliau menelefon hanyalah untuk mendapat
perhatian dari pihak MITS.
Presiden syarikat MITS bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan Paul Allen untuk memberi
demonstrasi. Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan
(emulator) untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates
dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut
yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat
MITS di Albuquerque.
Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil
cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya.
Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber
kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti komuniti peminat komputer. Pada
Februari 1976, Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to Hobbyists) di
dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa MITS tidak boleh meneruskan pengeluaran,
mengedar dan mengekalkan perisian yang berkualiti tinggi tanpa bayaran. Penjelasan itu tidak

diendahkan oleh oleh ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya
bahawa pembina perisian berhak mendapat bayaran di atas kerjanya.
Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan
pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai
sistem.
Menurut Bill Gates, pekerja - perkarja awal di Microsoft biasanya membuat lebih dari satu kerja
pada awal penubuhannya, seperti contoh, sesiapa yang menjawab telefon yang meminta barang
dihantar, adalah orang yang harus membungkus barang dan menghantarnya. Bill Gates
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam syarikatnya tetapi tetap membantu di dalam
penulisan kod. Dalam 5 tahun yang pertama penubuhan Microsoft, beliau sendiri akan
memeriksa setiap satu baris kod sumber dan juga membuat pembaikian kod, jika perlu, sebelum
ia diedarkan.

Kerjasama dengan IBM[sunting | sunting sumber]

Bill Gates muncul dalam majalah Time pada 1984

Pada 1980, IBM menawar Microsoft untuk membina mengantaraan BASIC untuk komputer
peribadi terbaru syarikat tersebut yang dipanggil IBM PC. Apabila diberitahu oleh IBM bahawa
mereka mengkehendaki sistem operasi (Operating System), Bill Gates mencadangkan system
operasi CP/M yang dibina oleh Dr. Gary Kildall dari syarikat Digital Research (DRI).
Walau bagaimanapun, apabila perbincangan IBM dan DRI tidak berjalan lancar, wakil IBM, Jack
Sams meminta Bill Gates mendapatkan mereka satu sistem operasi yang boleh digunakan.
Menurut Jack Sams, perbincangan beliau dengan DRI menghadapi jalan buntu berkaitan
dengan masalah lesen perisian. Beberapa minggu kemudian, Bill Gates mencadangkan 86-DOS
(QDOS), sebuah sistem operasi yang hampir sama dengan CP/M, dibina oleh Seattle Computer
Products (SCP), Microsoft berjaya mendapat persetujuan dari SCP untuk menjadi ajen untuk
QDOS dan kemudiannya menjadi pemilik tunggal untuk lesen tersebut. Walau bagaimanapun,
Bill Gates tidak pernah menyatakan bahawa IBM adalah bakal pelanggan untuk QDOS. Setelah
kerja adaptasi dibuat untuk membolehkan QDOS berfungsi di dalam computer peribadi ,
Microsoft menjualkannya kepada IBM, yang dikenali sebagai PC-DOS. PC-DOS adalah sistem
operasi untuk semua komputer peribadi IBM yang dijual oleh Microsoft kepada IBM tanpa syarat
dan pembayaran hanya dibuat sekali sahaja. Dalam masa yang sama Microsoft membina MSDOS, sebuat sistem operasi untuk komputer bukan milik IBM yang juga dikenali sebagai
klon. [3].
Bill Gates tidak faham mengapa DRI tidak berminat dengan projek system operasi bersama IBM
dan bererapa tahun kemudiannya, beliau mendakwa Dr. Gary Kildall sebagai seorang yang
mengambil sikap sambil lewa, dakwaan itu dinafikan oleh DRI.

Beberapa lama kemudiannya, syarikat Compaq berjaya meniru BIOS IBM dan menjual komputer
peribadi yang lebih murah. Tidak lama kemudian, pasaran komputer melimpah dengan
komputer-komputer klon IBM di mana sistem operasinya menggunakan MS-DOS. Komputer
peribadi mendapat permintaan yang banyak serata dunia dan dengan sekelip mata, Microsoft
menjadi sebuat syarikat yang besar dan penting di dalam senarai syarikat perisian di dunia.
Microsoft sehingga kini meneruskankan pembinaan sistem-sistem operasi, perisian applikasi dan
banyak lagi.

Windows[sunting | sunting sumber]

Gambar bersama Mitch Kapor dan Fred Gibbons pada 1984.

Pada tahun 1980 an, Microsoft memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical
User Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox corporation, dan
diperkemaskinikan oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan
Windows untuk menandingi pasaran perisian untuk menjadikan perisian lebih mudah
digunakan (user friendly).
Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mendapat kejayaan besar, dijual sebanyak 10 juta unit
dalam tempoh 2 tahun pertama dan memahatkan nama Microsoft sebagai syarikat terunggul
dalam penjualan sistem operasi.
Bagi memastikan produk Microsoft kekal sebagai nombor 1 di dalam perniagaan sistem operasi,
Microsoft berkerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan
Windows secara sedia ada di dalam semua komputer-komputer baru. Dengan kejayaan
kerjasama itu, Microsoft Corporation menjadi syarikat gergasi di dalam arena sistem operasi dan
menjadikan Bill Gates sebagai orang terkaya di dunia sehingga ke hari ini.

Strategi dan pengurusan[sunting | sunting sumber]

Bill Gates memberi keterangan di mahkamah pada Ogos 27, 1998.

Semenjak Microsoft ditubuhkan pada 1975 sehingga ke 2006, Bill Gates bertanggungjawab
keatas strategi syarikat dan pemasaran. Beliau secara agresifnya telah memperluaskan peluang
pemasaran produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali sebagai
syarikat perisian gergasi. Beliau juga adalah seorang yang bertanggungjawab meluluskan

hampir semua keputusan besar syarikat itu yang menyebabkan beliau kerap ditarik ke
mahkamah untuk memberi penjelasan terhadap tindakan -tindakan pemasaran beliau yang
dikatakan berlaku tidak adil terhadap syarikat lawannya. Di dalam keterangannya di mahkamah
pada 1998, Bill Gates dilaporkan oleh wartawan sebagai memberi keterangan sukar dilawan.
Beliau berhujah kepada peguam dari Jabatan kehakiman US, David Boies, mengenai maksud
Lengkap, Ambil Berat, Jihat dan sebagainya yang walau bagaimanapun membuatkan hakim
Jackson ketawa mendengarnya. [4]
Bill Gates kemudiannya berkata kepada wartawan bahawa beliau sengaja melawan David Boies
yang menurutnya cuba menenukarkan fakta-fakta beliau dan bersikap angkuh ketika
menyoalnya. Bill Gates menambah Walau apa pun tindakan yang akan dikenakan kepada saya,
sikap biadap saya kepada David Boise adalah yang terbesar. Walaupun dinafikan oleh Bill
Gates, hakim membuat keputusan bahawa Microsoft telah melanggarkan kanun perniagaan di
dalam Akta Sherman dengan melaku pembolotan dalam perniagaan dan cuba menyekat
persaingan.
Bill Gates kerap bertemu dan membuat perbincangan dengan ketua-ketua pengurus dan juga
pengurus-pengurus program syarikat. Beliau juga boleh menjadi keterlaluan apabila tidak
menyukai apa yang didengar atau apa yang berlaku di dalam mesyuarat. Kerap kali beliau
didengari menjerit Ini adalah benda terbodoh yang pernah saya dengaratau Apa pasallah kau
tak masuk pasukan keamanan sahaja? kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, beliau
biasanya mengalah apabila mendapat penjelasan yang sewajarnya dari pekerja yang
dimarahinya. Jikalau beliau tidak berpuas hati dengan kerja kerja yang dihadapi oleh pengurus
teknikal, sesekala beliau dikatakan bertanya mereka Apa, kau nak aku habiskan kerja ni pada
hari minggu ni ke?
Tugas utama Bill Gates di Microsoft adalah lebih kepada bahagian pengurusan perniagaan,
pemasaran dan pentadbiran. Tetapi pada awal penubuhan Microsoft, beliau aktif di dalam
pembinaan perisian terutamanya di dalam bahasa pengaturcaraan syarikat tersebut.
Pada tahun 2000, Bill Gates mengumumkan sahabat baiknya, Steve Ballmer sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif dan melantik dirinya "Ketua Perisian Arkitek".
Pada 15 Jun 2006, Bill Gates mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi bekerja sepenuh
masa dalam masa dua tahun untuk meluangkan lebih banyak masa kepada kerja amal. Beliau
menlantik Ray Ozzie sebagai "Ketua Perisian Arkitek" yang baru dan hanya mengekalkan
jawatan "Pengerusi" dan sebagai penasihat untuk projek-projek utama syarikat sahaja. Salah
satu usaha beliau sebelum melepaskan jawatan hariannya di Microsoft ialah menghasilkan
kumpulan perisian robotik.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]


Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal
dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer
Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates
(2002). Ibu Bill Gates, Mary Maxwell meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas majlis
perkahwinannya. Bapanya, Willian Henry Gates Jr, berkahwin semula dengan pengarah muzium
Seattle, Mimi Gardner. Seluruh keluarga, termasuk kakak dan adik perempuan beliau menetap di
Seattle.
Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan
dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak
membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau
akan memastikan anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata,
anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.
Rumah beliau yang beralamat di 1835, 73rd Ave NE, Medina, WA St98039-2328, terletak di
pinggir tasik Washington yang dipanggil rumah ekologi mengambil masa 7 tahun unutk siap.
Rumah yang sebesar 40,000 kaki persegi ini dibina oleh James Cutler bernilai USD $97 juta
pada awal pembinaan tetapi kemudiannya melebihi 40% dari harga asal setelah siap
sepenuhnya. Jumlah keseluruhan tanah dan rumah sesudah siap ialah USD $125 juta

menjadikannya rumah termahal di dunia. Cukai tahunan rumah itu sahaja hampir mencapai
USD1 juta.
Antara koleksi antik peribadi milik Bill Gates ialah Codex Leicester, sebuah koleksi penulisan
Leonardo da Vinci. Beliau membelinya dengan harga USD $30.8 juta di dalam jualan lelong
pada tahun 1994.
E-mail Bill Gates telah diedarkan secara meluas dan pada 2004, beliau menerima lebih kurang
4,000,000 e-mail sehari, yang mana kebanyakannya adalah spam. Microsoft Corporation
mempunyai sebuah jabatan yang mana tugas mereka adalah untuk menapis e-mail spam
sahaja. Menurut Bill Gates, kebanyakan e-mail spam yang diterimanya ialah e-mail skim cepat
kaya atau meminta wang darinya yang kadangkala amat lucu apabila dibaca tetapi selalunya
amat menyakitkan hati.

Kekayaan dan pelaburan[sunting | sunting sumber]


Bill Gates telah menjadi senarai tetap majalah Forbes untuk "400 Orang terkaya di Amerika
Syarikat (dari tahun 1993 sehingga 2006; dan mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang
terkaya di dunia dari 1995 sehingga 2007 (kecuali 1997).
Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau
membuka syarikat Corbis, syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau
menjadi pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh rakannya
Warren Buffett.
Menurut senarai Forbes orang-orang paling kaya dalam dunia[5][6]:

1996 - $18.5 billion, #1

1997 - $36.4 billion, #2

1998 - $51.0 billion, #1

1999 - $90.0 billion, #1

2000 - $60.0 billion, #1

2001 - $58.7 billion, #1

2002 - $52.8 billion, #1

2003 - $40.7 billion, #1

2004 - $46.6 billion, #1

2005 - $51.5 billion, #1

2006 - $50.0 billion, #1

2007 - $60.0 billion, #1

2008 - $58.0 billion, #3

Dana sumbangan dan kebajikan[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates Foundation, sebuah yayasan
amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang
kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu
pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi.
Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti
Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill & Melinda Gates juga
telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada banyak organisasi termasuk United Negro
College Fund.
Menurut majalah Forbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29
billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.
Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di
Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyak sumbangan untuk mencapai matlamat beliau
dan juga muncul dalam Oprah Winfrey untuk menekankan issue-isue yang ada di dalam sistem
pembelajaran Amerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk
membentangkan issue tersebut.

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]


Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam 100 yang paling
berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah
Winfrey adalah 2 orang yang mendapat tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut.
Majalah TIME juga menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2,
Bono sebagai Persons of the Year pada tahun 2005 untuk sumbangan besar yang diberi di
dalam misi kemuanusiaan. Pada tahun yang sama, pada bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan
darjah kesatriaan Knight Commander of the Order of the British Empire daripada Ratu
Elizabeth II. Pada tahun 2006, beliau dianugerahkan dengan Premio Prncipe de Asturias en
Cooperacin Internacional. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh majalah New Statesman
pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time.
Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times Power List pada tahun 1999, sebagai CEO of the
year oleh majalah Chief Executive Officers pada tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50
Cyber Elite" oleh majalah TIME pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada
tahun 1999 dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in media"
pada tahun 2001.
Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari Nyenrode Business Universiteit, Breukelen,
Belanda pada tahun 2000, Royal Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002
dan Waseda University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan
bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.
Bill Gates dan Melinda menerima Prince of Asturias Award dari International Cooperation pada
Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan.
Pada November 2006, beliau dan isterinya dianugerahkan dengan Order of the Aztec Eagle
untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia,
terutamanya di Mexico untuk program "Un pas de lectores".

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Gates, Bill (1999). Business @ The Speed of Thought. ISBN 0-446-67596-2.

Gates, Bill (1995). The Road Ahead. ISBN 0-14-026040-4.

Pembacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Manes, Stephen; and Paul Andrews (1993). Gates: How Microsoft's Mogul Reinvented
an Industry and Made Himself the Richest Man in America. Touchstone. ISBN 0-671-880748.

Wallace, James; and Jim Erickson (1993). Hard Drive: Bill Gates and the Making of the
Microsoft Empire. Harper Business. ISBN 0-88730-629-2.

Wallace, James (1997). Overdrive: Bill Gates and the Race to Control Cyberspace. John
Wiley & Sons. ISBN 0-471-18041-6.

Edstrom, Jennifer; and Marlin Eller (1998). Barbarians Led by Bill Gates: Microsoft from
the Inside. Henry Holt & Company. ISBN 0-8050-5755-2.

Lowe, Janet (1998). Bill Gates Speaks: Insight from the World's Greatest Entrepreneur.
John Wiley & Sons. ISBN 0-471-29353-9.

Lesinski, Jeanne M. (2000). Bill Gates. Lerner Publications Company. ISBN 0-82259689-X.

Rivlin, Gary (2000). The Plot to Get Bill Gates. Three Rivers Press. ISBN 0-8129-9073-0.

Bank, David (2001). Breaking Windows: How Bill Gates Fumbled the Future of Microsoft.
Free Press. ISBN 0-7432-0315-1.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1.

Panjat http://web.archive.org/web/20080311081128/http://www.forbes.com/billionaire
s/2008/03/05/buffett-worlds-richest-cx_mm_0229buffetrichest.html

2.

Panjat http://web.archive.org/web/20080313161516/http://www.forbes.com/business
/forbes/2008/0324/080.html

3.

Panjat http://www.computermuseum.li/Testpage/MSDOS-PCDOS.htm

4.

Panjat http://edition.cnn.com/TECH/computing/9811/17/judgelaugh.ms.idg/index.htm
l

5.

Panjat http://www.forbes.com/lists/2006/10/Worth_1.html

6.

Panjat http://www.forbes.com/2008/03/05/richest-people-billionaires-billionaires08cx_lk_0305billie_land.html

Tajuk Gantian: William Henry Gates III


Bill Gates, sepenuhnya William Henry Gates III (lahir 28 Oktober
1955, Seattle , Washington , Amerika Syarikat), Amerika komputer programmer dan
pengusaha yang menjadi pengasas bersama Microsoft Corporation , peribadikomputer terbesar di dunia perisian syarikat.
Gates menulis pertamanya perisian program pada usia 13. Di sekolah tinggi beliau
membantu membentuk sekumpulan pengaturcara yang berkomputer sistem
penggajian sekolah mereka dan mengasaskan Traf-O-Data, sebuah syarikat yang
menjual sistem trafik mengira kepada kerajaan tempatan. Pada tahun 1975 Gates,
kemudian menjadi mahasiswa di Universiti Harvard, menyertai rakan
kampungnya Paul G. Allen untuk membangunkan perisian untuk
pertamamikrokomputer . Mereka bermula dengan menyesuaikan BASIC , bahasa
pengaturcaraan popular digunakan pada komputer besar, untuk digunakan pada
mikrokomputer. Dengan kejayaan projek ini, Gates meninggalkan Harvard pada

tahun junior dan, dengan Allen, Microsoft ditubuhkan. Huyung Gates ke atas
bayi mikrokomputer industri sangat meningkat apabila Microsoft berlesen sistem
operasi yang dipanggil MS-DOS kepada International Business Machines
Corporation -then pembekal komputer terbesar di dunia dan industri perintis-untuk
digunakan pada mikrokomputer yang pertama, IBM PC ( komputer
peribadi ).Selepas dibebaskan mesin pada tahun 1981, IBM cepat menetapkan
piawaian teknikal bagi industri PC, dan MS-DOS juga ditolak keluar bersaing sistem
operasi. Walaupun kebebasan tegang hubungan Microsoft dengan IBM, Gates
cekap dimanipulasi syarikat yang lebih besar supaya ia menjadi secara kekal
bergantung kepada dia untuk perisian penting. Pembuat komputer peribadi IBM riba
atau klon, juga beralih kepada Microsoft untuk perisian asas mereka. Pada

permulaan tahun 1990-an beliau telah menjadi penentu muktamad industri PC.
IMEJ
VIDEO
KUIZ
SENARAI

Sebahagian besarnya kekuatan kejayaan Microsoft, Gates mengumpulkan kekayaan


kertas besar sebagai pemegang saham individu terbesar syarikat. Beliau menjadi
jutawan kertas pada tahun 1986, dan dalam tempoh satu dekad aset bersihnya telah
mencapai ke dalam berpuluh-puluh bilion dolar membuat dia oleh sesetengah
anggaran individu persendirian terkaya di dunia. Dengan beberapa kepentingan di
luar perisian dan potensi teknologi maklumat , Gates pada mulanya memilih untuk
tinggal daripada mata awam, mengendalikan hal ehwal sivik dan dermawan tidak
langsung melalui salah satu daripada asas-asas itu. Walau bagaimanapun, sebagai
kuasa Microsoft dan reputasi berkembang, dan terutamanya kerana ia menarik
perhatian bahagian antitrust Jabatan Kehakiman AS, Gates, dengan beberapa
keengganan, menjadi tokoh yang lebih ramai. Rivals (terutamanya dalam syarikat
yang bersaing di Lembah Silikon ) menggambarkan beliau sebagai didorong,
kependuaan, dan berazam untuk mendapat keuntungan daripada hampir setiap
transaksi elektronik di dunia. Penyokongnya, di sisi lain, beliau disambut kepintaran
luar biasa perniagaan, fleksibiliti, dan selera makan terbatas beliau untuk mencari
cara-cara baru untuk membuat komputer dan elektronik yang lebih berguna melalui
perisian.
Semua kualiti ini dapat dilihat sebagai tindak balas lincah Gates untuk kepentingan
awam secara tiba-tiba dalam Internet . Bermula pada tahun 1995 dan 1996, Gates
tergesa-gesa menumpukan semula Microsoft pada pembangunan penyelesaian
pengguna dan perisian perusahaan untuk Internet , membangunkan Windows CE

beroperasi platform sistem untuk rangkaian peranti noncomputer seperti televisyen


rumah dan pembantu peribadi digital, menciptakan Microsoft Network untuk bersaing
dengan America Online dan pembekal Internet yang lain, dan, melalui Gates ini
syarikat Corbis, memperolehi besar arkib foto Bettmann dan koleksi lain untuk
kegunaan dalam pengedaran elektronik.
Selain kerja di Microsoft, Gates juga dikenali untuk kerja-kerja amal beliau. Dengan
isterinya,Melinda , beliau melancarkan William H. Gates Foundation (dinamakan
semula Rang Undang-undang & Melinda Gates Foundation pada tahun 1999) pada
tahun 1994 untuk membiayai program-program kesihatan global serta projek-projek
di Pacific Northwest. Pada bahagian akhir tahun 1990-an, pasangan itu juga dibiayai
perpustakaan Amerika Utara melalui Gates Foundation Perpustakaan (dinamakan
semula Gates Pembelajaran Yayasan pada tahun 1999) dan mengumpulkan wang
untuk geran kajian minoriti melalui program Millennium Ulama Gates. Pada bulan
Jun 2006 Warren Buffett mengumumkan hadiah berterusan untuk yayasan itu, yang
akan membenarkan asetnya berjumlah kira-kira $ 60 bilion dalam 20 tahun akan
datang. Pada awal abad ke-21, yayasan itu terus memberi tumpuan kepada
kesihatan global dan pembangunan global, dan juga masyarakat dan pendidikan
punca di Amerika Syarikat.Selepas tempoh peralihan yang singkat, Gates
melepaskan sehari-hari pengawasan Microsoft pada bulan Jun 2008 walaupun
beliau kekal pengerusi lembaga-untuk menumpukan lebih banyak masa kepada Bill
& Melinda Gates Foundation. Pada Februari 2014 beliau meletak jawatan sebagai
pengerusi tetapi terus berkhidmat sebagai ahli lembaga.
Ia masih belum dapat dilihat sama ada kejayaan luar biasa Gates akan menjamin
beliau tempat yang berkekalan dalam pantheon rakyat Amerika yang
besar. Sekurang-kurangnya, ahli sejarah seolah-olah mungkin melihat beliau
sebagai seorang tokoh perniagaan yang penting untuk komputer sebagai John D.
Rockefeller adalah untuk minyak. Gates sendiri dipaparkan kesedaran akut peril
kemakmuran pada tahun 1995 penjual yang terbaik, Jalan yang perlu dilalui, di
mana beliau diperhatikan, "Kejayaan adalah seorang guru buruk. Ia membujuk
orang pintar untuk berfikir mereka tidak akan rugi. "

biograf
Bill Gates

Biograf >> Usahawan


Pekerjaan: Usahawan, Pengerusi Microsoft
Dilahirkan: 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington
Terkenal kerana: Pengasas Microsoft, salah seorang lelaki terkaya di dunia

biograf:

Di mana Bill Gates membesar?

William Henry Gates III dilahirkan di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955.
Beliau adalah anak tengah William H. Gates II, seorang peguam Seattle
menonjol, dan Mary Gates, yang bekerja sebagai seorang guru sebelum dia
mempunyai anak-anak. Rang Undang-undang mempunyai seorang kakak, Kristi,
dan adik perempuan, Libby.

Rang Undang-Undang suka bermain permainan papan dan kompetitif paling


banyak setiap perkara yang dilakukan. Beliau adalah seorang pelajar pintar dan
tertakluk terbaik di sekolah gred adalah matematik. Walau bagaimanapun, Rang
Undang-Undang mendapat mudah bosan dengan sekolah dan akhirnya
mendapat ke dalam masalah banyak. Ibu bapanya menghalangnya diduduki
dengan aktiviti luar seperti Boy Pengakap (beliau mendapat beliau Pengakap
Eagle lencana) dan membaca buku-buku fksyen sains.

Apabila Rang Undang-Undang menjadi tiga belas ibu bapanya menghantarnya ke


Sekolah Persediaan Lakeside berharap ia akan membuktikan lebih daripada satu
cabaran untuk beliau. Ia adalah di mana Rang Undang-Undang Lakeside bertemu
rakan kongsi perniagaan di masa hadapan Paul Allen. Beliau juga telah
diperkenalkan kepada komputer di Lakeside.

komputer

Pada masa yang apabila Rang Undang-undang itu, semakin besar, tidak ada
komputer rumah seperti PC, komputer riba, atau tablet seperti kita ada hari ini.
Komputer telah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar dan mengambil banyak
ruang. Sekolah Lakeside dibeli masa di salah satu komputer yang pelajar boleh
menggunakan. Rang Undang-undang mendapati komputer yang menarik.
Program komputer pertama yang ditulisnya ialah versi tic-tac-toe.

Pada satu ketika, Rang Undang-undang dan beberapa rakan-rakan pelajar


dilarang menggunakan komputer kerana mereka digodam untuk mendapatkan
masa tambahan pengkomputeran. Mereka kemudian bersetuju untuk mencari
bug dalam sistem komputer sebagai balasan untuk masa komputer. Kemudian,
ketika masih di sekolah tinggi, Rang Undang-Undang telah menulis program
untuk senarai gaji sebuah syarikat dan program penjadualan untuk sekolahnya.
Dia juga mula perniagaan dengan rakannya Paul Allen menulis program
komputer yang membantu untuk mengesan corak trafk di Seattle.

Kolej

Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi pada tahun 1973, Gates


menghadiri Universiti Harvard. Pada mulanya dia merancang untuk belajar
sebagai seorang peguam, tetapi dia terus menghabiskan banyak masa pada
komputer. Beliau juga terus berkaitan dengan rakannya Paul Allen yang bekerja
untuk Honeywell.

Apabila komputer peribadi Altair keluar pada tahun 1974, Gates dan Allen
memutuskan mereka boleh menulis program perisian BASIC untuk berjalan pada
komputer. Mereka dipanggil Altair dan memberitahu mereka bahawa mereka
telah bekerja pada program ini. Altair mahu demonstrasi dalam beberapa
minggu, tetapi Gates telah belum bermula pada program ini. Beliau bekerja
keras dalam tempoh sebulan ini atau lebih dan, apabila mereka akhirnya pergi ke
New Mexico untuk menjalankan perisian, ia bekerja dengan sempurna kali
pertama.

bermula Microsoft

Pada tahun 1975, Gates digugurkan daripada Harvard untuk memulakan sebuah
syarikat perisian dengan Paul Allen dipanggil Microsoft. Syarikat itu telah
melakukan dengan baik, tetapi ia adalah pada tahun 1980 bahawa Gates dibuat
perjanjian dengan IBM yang akan mengubah pengkomputeran. Microsoft
mencapai kesepakatan untuk menyediakan sistem operasi MS-DOS pada IBM PC
baru. Gates dijual perisian untuk IBM dengan bayaran sebanyak $ 50,000,
bagaimanapun beliau memegang hak cipta ke atas perisian. Apabila pasaran PC
berlepas, Microsoft juga dijual MS-DOS untuk pengeluar PC lain. Tidak lama lagi,
Microsoft adalah sistem operasi dalam peratusan yang besar daripada komputer
di seluruh dunia.

Windows

Pada tahun 1985, Gates dan Microsoft mengambil risiko lain. Mereka
mengeluarkan sistem operasi Microsoft Windows. Ini adalah jawapan kepada

Microsoft sistem operasi yang sama yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun
1984. Pada mulanya, ramai orang mengadu bahawa Microsoft Windows tidak
adalah seperti baik sebagai versi Apple. Walau bagaimanapun, Gates terus tekan
konsep PC terbuka. Microsoft Windows boleh dijalankan pada pelbagai mesin
serasi PC, manakala sistem operasi Apple hanya berlari pada mesin Apple.
Microsoft memenangi pertempuran sistem beroperasi dan tidak lama kemudian
dipasang pada hampir 90% daripada komputer peribadi di dunia.

Microsoft Meningkat

Gates tidak berpuas hati dengan hanya memenangi bahagian sistem operasi
pasaran perisian. Sejak beberapa tahun akan datang dia memperkenalkan
produk baru seperti program Windows Pejabat seperti Word dan Excel. Syarikat
itu juga memperkenalkan versi baru dan lebih baik daripada Windows.

Manusia Terkaya di Dunia

Pada tahun 1986, Gates mengambil Microsoft awam. Saham syarikat itu bernilai
$ 520,000,000. Gates yang dimiliki 45 peratus daripada saham itu sendiri yang
bernilai $ 234,000,000. Syarikat itu terus pertumbuhan yang pesat dan harga
saham melonjak. Pada satu ketika, saham Gates bernilai lebih daripada $ 100
bilion. Beliau adalah orang yang paling kaya di dunia.

Mengapa adalah Bill Gates berjaya?

Seperti kebanyakan usahawan yang berjaya, kejayaan Bill Gates datang dari
gabungan kerja keras, kecerdasan, masa, rasa perniagaan, dan nasib. Gates
sentiasa dicabar pekerjanya bekerja lebih keras dan inovasi, tetapi dia juga
bekerja sebagai keras atau keras daripada orang-orang yang bekerja untuk
beliau. Gates juga tidak takut untuk mengambil risiko. Beliau mengambil risiko
apabila beliau turun daripada Harvard untuk memulakan syarikat sendiri. Beliau
juga mengambil risiko apabila beliau menukar sistem operasi Microsoft dari MSDOS kepada Windows. Walau bagaimanapun, risiko beliau telah dikira. Beliau
mempunyai keyakinan di dalam dirinya dan produk beliau.

Kehidupan peribadi

Gates berkahwin Melinda French pada Januari 1994. Mereka telah sejak
mempunyai tiga orang anak termasuk dua anak perempuan dan seorang anak
lelaki. Pada tahun 2000, Gates dan isterinya membentuk Bill dan Melinda Gates
Foundation. Hari ini, ini adalah salah satu asas amal terbesar di dunia. Gates
secara peribadi telah menderma lebih $ 28000000000 untuk amal.

Fakta Menarik Mengenai Bill Gates


Nama panggilan Rang Undang-undang sebagai seorang kanak-kanak adalah
"Trey" yang telah diberikan kepadanya oleh neneknya.
Beliau menjaringkan 1590 daripada 1600 pada SAT.
Pada mulanya Microsoft mempunyai tanda sempang dalam nama "Micro-soft". Ia
adalah gabungan mikrokomputer dan perisian.
Apabila Microsoft pertama bermula, Gates akan melihat setiap baris kod sebelum
produk perisian baru dihantar.
Pada tahun 2004, Gates meramalkan bahawa spam e-mel akan hilang menjelang
tahun 2006. Beliau adalah salah satu yang!
Beliau digelar seorang kesatria kehormat oleh Queen Elizabeth. Beliau tidak
menggunakan gelaran "Sir" kerana beliau bukan seorang warganegara United
Kingdom.

You might also like