Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KAFE SIBER

Kebaikannya
1. Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
2. Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet
di rumah
3. Membantu para pelajar mendapatkan maklumat
4. Menggalakkan perhubungan antara manusia
5. Mengembangkan peluang perniagaan
6. Menambah kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia
Kesan Penyalahgunaannya
1.Melihat dan menyebarkan gambar lucah
2. Menggunakan kata-kata lucah ketika berbual dalam ruangan sembang
3. Penggunaan identiti palsu dalam menjalinkan hubungan
4. Kafe siber menjadi sarang ponteng sekolah, melepak dan pengumpulan kegiatan
gengsterisme
5. Kafe siber menjadi tempat bermadu kasih di kalangan remaja
6. Pemikiran pengguna kafe siber dicemari dengan unsur-unsur negatif
7. Kafe siber juga menjadi tempat pelajar belajar merokok, melayari dan berjudi dalam
internet.
Langkah-langkah mengatasinya
1. Penubuhan kafe sber harus mendapat pemantauan pihak berkuasa
2. Peraturan ketat harus diperkenalkan kepada pengusaha kafe siber yang ingin menjalankan
perniagaan.
tersebut.
3. Kafe siber harus dijadikan tempat larangan pelajar yang berpakaian uniform, merokok dan
pelayaran laman web lucah.
4. Pusat siber tidak dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya 2 kilometer dari sekolah atau
pusat tuisyen
5. Ibu bapa harus mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka.
6. Pemantauan juga harus dilakukan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Kebaikan Dan Keburukan Kafe Siber


Komputer dan teknologi maklumat(IT) sudah dianggap sinonim dengan kemajuan tamadun
masa kini.Berikutan itu,perkhidmatan internet telah menjadi darah daging bagi mereka yang
ghairah mengejar kemajuan.Seiringan dengan itu,pelbagai perniagaan yang bersangkut paut

dengan teknologi maklumat muncul bagai cendawan tumbuh berceracak selepas


hujan.Antaranya,

termasuklah

kafe

siber.

Pada asasnya, kafe siber merupakan restoran yang menyediakan berbagai-bagai kemudahan
komputer kepada para pengunjungnya untuk mendapatkan maklumat dalam internet dan
seumpamanya sambil menikmati hidangan makanan dan minuman.Kewujudan kafe siber
telah membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menikmati kepelbagaian
aplikasi

internet

yang

ditawarkan.

Walaupun internet merupakan fokus utamanya di kafe siber,terdapat juga perkhidmatanperkhidmatan

lain

seperti

menaip,permainan

komputer,dan

kursus

penggunaan

komputer.Menerusi perkhidmatan-perkhidmatan ini pengguna didedahkan kepada cara-cara


penggunaan komputer yang betul.Selain itu , melalui internet kita akan dapat memperoleh
pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia dengan hanya menekan butang-butang pada
papan kekunci komputer.Hal inilah merupakan kelebihan internet untuk membentuk
masyarakat bermaklumat.Malah internet juga turut membolehkan seseorang berhubung
dengan

manusia

di

seluruh

pelosok

dunia

melalui

perkhidmatan

e-mel.

Namun di sebalik kebaikan tersebut,terdapat juga aspek-aspek negatifnya yang turut


menuntut pihak pengusaha agar melakukan penapisan dan pengawalan terhadap pelanggan
yang cenderung menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Walau bagaimanapun yang
lebih penting adalah kesedaran yang ada pada pihak pengguna.Justeru,ketika meluncur di
ruang siber,pihak pengguna tidak seharusnya menerima unsur-unsur negatif yang
terhidang,apatah

lagi

membantu

untuk

menyebarkannya.

Terdapat juga pengguna yang cuba mengeksploitasikan kecanggihan teknologi internet di


kafe siber untuk mewujudkan dan menyebarkan khabar-khabar angin,menyebarkan mesej
yang bersifat menghasut,menceroboh serta membangunkan laman web lucah.Malah ,terdapat
segelintir pengguna yang menggunakan internet untuk menjalankan aktiviti haram seperti
skim cepat kaya,skim piramid,surat berantai dan baru-baru ini perjudian ala kasino melaui
internet.Sementelahan itu,yang paling dikhuatiri ialah ketaksuban golongan remaja,lebihlebih lagi pelajar sekolah yang sanggup ponteng sekolah hanya sekadar untuk melepak dan
berseronok-seronok dengan melayari internet di kafe-kafe siber.Justeru ,ibu bapa perlu
memainkan peranan agar anak-anak mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif di kafe
siber.

Konklusinya,walaupun kafe siber ditubuhkan dengan niat baik untuk melahirkan masyarakat
yang celik komputer,namun jika disalahgunakan akan membawa padah yang mampu
merosakkan akhlak dan minda masyarakat.Oleh itu, pihak pengurusan kafe siber mempunyai
tanggungjawab sosial untuk mengelakkan perkara ini dan bukannya mementingkan
keuntungan semata-mata lalu tutup sebelah mata asalkan pengunjungnya mampu membayar
untuk perkhidmatan yang disediakan

You might also like