Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah festival kesenian Islam

Bermulanya langkah Festival Kesenian Islam adalah dengan nama Minggu


Kesenian Islam atas dasar tugasan projek guru pelatih Pengajian Agama
Semester 3 pada pertengahan tahun 2009. Berbekalkan kerjasama yang
utuh antara semua guru pelatih Pengajian Agama dengan pihak JAPIM,
Minggu Kesenian Islam telah dilaksanakan dengan jayanya.
Pada

mulanya,

hanya

beberapa

acara

sahaja

yang

dicadang

untuk

dipertandingkan. Antaranya ialah Musabaqah Tilawah Al-Quran, Hafazan,


Tafsir Al-Quran dan Nasyid.

Walau bagaimanapun, selepas bermesyuarat

dengan ahli jawatankuasa seterusnya dibincangkan bersama pihak JAPIM,


pihak ajk pelaksana telah bersepakat dan sebulat suara untuk turut
mengadakan pertandingan lain yang berunsurkan seni Islam iaitu Busana
Muslim/Muslimah, pertandingan Khat, sketsa dan melukis komik yang
bertemakan akhlak islamiah. Keseluruhan pertandingan pada masa itu hanya
melibatkan guru pelatih IPGKBL tanpa penglibatan daripada pihak luar.
Minggu Kesenian Islam tersebut mendapat sambutan hangat daripada
semua pihak termasuklah guru pelatih bukan muslim. Hal ini demikian
kerana mereka tidak diberi halangan untuk menyertai pertandingan yang
dirasakan sesuai bagi mereka seterusnya melibatkan diri secara langsung
dalam

sambutan

Minggu

Kesenian

Islam.

Bertunjangkan

idea

dan

permintaan daripada mantan Pengarah IPGKBL yang kini menjawat jawatan


sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, En. Abdillah bin Adam,
Minggu Kesenian Islam secara rasminya dimuatkan dalam takwim IPGKBL
dan akan dijalankan setiap tahun.
Setelah 2 tahun berturut-turut diraikan dengan nama Minggu Kesenian
Islam, akhirnya ia ditukar kepada Festival Kesenian Islam memandangkan
sambutannya bukan lagi selama seminggu, tetapi sebulan. Setiap tahun,
pastinya akan bertambah aktiviti-aktiviti baru bagi menyemarakkan suasana
sambutan festival tersebut. Cadangan penambahbaikan daripada pelbagai

pihak dibincangkan dan dimurnikan untuk memeriahkan sambutan Festival


Kesenian Islam.
Pada tahun 2012, semestinya semakin banyak percambahan idea daripada
pihak ajk pelaksana. Jika dulu pelaksananya secara keseluruhan adalah
hanya guru pelatih Pengajian Agama, kini festival tersebut berada di bawah
naungan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang turut melibatkan
beberapa guru pelatih bukan muslim sebagai AJK pasti menjanjikan hasil
yang luar biasa dan pengalaman yang lebih bermakna. InsyaAllah.

You might also like