Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.i.Laporan Barnes (1950)a.Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. b.

Laporan
ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasatkeduclukan clan memperbaiki
pendidikan orang Melayu.
c.
Terdapat beberapa
cadangan di dalam Laporan Barnes
ini, iaitu:i.Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.ii.Satu jenis sekolah
menggunakan bahasa Melavusebagai bahasa pengantar.iii.Pelajaran bahasa Cina
clan Tamil akan disediakan jikaterdapat 15 orang murid atau lebih yang
inginmempelajari bahasa ibunda mereka.iv.Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah
Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
d.
Terdapat beberapa
syor di dalam Laporan Barnes
. Antaranya ialah:i.Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasaMelayu.ii.Sekolah-sekolah vernakular
dalam bahasa Melayu,Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolahkebangsaan. Di
mana sekolah-sekolah ini akanmenggunakan bahasa kebangsaan, iaitu
bahasaMelayu.

Penyata Razak (1956)


1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa


perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum


dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan


masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan


berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan


progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan


sistem pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak


P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G AT 6 : 4 1 P M 1 C O M M E N T S

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan


Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah


dan di sekolah-sekolah agama.
2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an.
Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam
Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu
dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi
meja).
4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah.
Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden
kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular
1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun
1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:

i.

ii.

Pagi

i.

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

ii.

dan mata pelajaran vokasional

Petang

i.

Bahasa Arab

ii.

dan al-Qur'an

b. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu
itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i.

MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan

ii.

MPPM di Melaka pada tahun 1935.

c. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka
oleh orang perseorangan.
d. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa
pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
e. Contoh sekolah vernalular Cina ialah

i.

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan

ii.

SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

f. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau
Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
g. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T)
Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
h. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib
menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
i. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
j. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan
Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah
Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris
ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.


b. Kurikuium sekolah berbeza.
c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.

d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya


ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan
pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan
diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan
Kampung Gelam.
4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula
diperkenalkan. Contohnya,
a. King Edward VII, Taiping di Perak dan
b. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

ii.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah


vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.

iii.

A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah
Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.

iv.

Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah


ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga.
Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah
menengah.

v.

Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan
dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu

1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan
dari Negara China atau kerajaan tempatan.
vi.

Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam


sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil
telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah
sahaja.

vii.

Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun


1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan
mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.

viii.

Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh


Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan
agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang
mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.

ix.

Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah


`monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos
perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley
pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit
lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil
belajar" telah diperkenalkan.

x.

Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional.
Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara
untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud
untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 )
dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935)
untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

xi.

Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang


pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej

berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan


kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan
elepas kemerdekaan, iaitu:

i.

Laporan Barnes (1950)


a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan
clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,
iaitu:

i.

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

ii.

Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai


bahasa pengantar.

iii.

Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika


terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka.

iv.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa


lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya


ialah:
i.

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang


digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii.

Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan


Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana
sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan
Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat
Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa
dan budaya orang Cina.
3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk


menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan
untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)


a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
(1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan
kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
kenyataan disebabkan masalah kewangan.
Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza
antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan
lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masingmasing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang
berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

Penyata Razak 1956.

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan


Pelajaran 1952. jawatankuasa ini dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin
Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang
dikemukekan pada bulan April 1956. Cadangan dalam Penyata Razak telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Tujuan utama Penyata Razak 1956 adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
Pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan
mengeratkan perpaduan antara kaum melayu, cina dan india sebagai rumpun
bangsa di tanah melayu. Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran
bermaksud hendak menyatukkan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara
ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar besar.
Walaupun perkara ini tidak dapat dilakukan dengan serta-merta melainkan
hendaklah dibuat secara beransur-ansur. Tambahan pula memeriksa akan dasar
Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang dan mengesyorkan
sebarang perubahan kepadanya atau menyesuaikan denganya yang mana wajib
dengan tujuan hendaklah menubuhkan satu peraturan pelajara yang munasabah
yang dapat diterima oleh rakyat di dalam Persekutuan Tanah Melayu in amnya dan
dapat memenuhi kemahuan mereka sebagai suatu bangsa di dalam bidang
kebudayaan masyarakat, ekonomi dan politik dengan tujuan dengan tujuan hendak
menjadikan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu
memelihara bahasa dan kebudayaan lain-lain bangsa yang ada didalam negeri ini.
(Penyata Razak: Paragraph 12, 115 and 1(a))

Tujuan kedua Penyata Razak adalah mengembangkan system pendidikan agar


jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan. Selain itu, menyediakan
kemudahan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
Pengembangan sistem pendidikan ini boleh dilihat dari sudut peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah dan sistem peperiksaan.

Sekolah rendah dibahagikan kepada sekolah rendah kebangsaan (SRK) yang


menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan bahasa inggeris, cina dan tamil
sebagai bahasa pengantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris dijadikan
matapelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Selain itu, murid-murid keturunan
cina dan tamil di sekolah aliran inggeris diberi peluang mempelajari bahasa
ibundanya jika ada lima belas orang atau lebih murid yang ingin belajar. Sementara
itu, guru-guru yanng mengajar di peringkat sekolah rendah harus mempunyai Sijil
Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan
separuh masa 2 tahun.

Peringkat sekolah menengah pula dibahagi kepada tiga peringkat iaitu sekolah
menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
Dalam konteks ini, satu jenis sekolah menengah sahaja dengan bahasa melayu dan
bahasa inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Sekolah menengah ini terbuka
kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Selain itu, murid-murid
harus lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah bayi memasuki sekolah
menengah.

Mengikut Penyata Razak, sistem peperiksaan pada peringkat sekolah telah dibahagi
kepada 2 iaitu sistem peperiksaan sekolah menengah rendah dan sistem
peperiksaan sekolah menengah. Dalam sekolah menengah rendah iaitu pada
peringkat tingkatan 3, pelajar seharusnya lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi
memasuki sekolah menengah atas. Peperiksaan Sekolah Menengah Atas (tingkatan
3) untuk memperoleh Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan
Cambridge Overseas Certificate. Sementara itu, dalam konteks pra-U, peperiksaan
pra-U tahun kedua diadakan untuk memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC)
untuk memasuki universiti.

Selain itu, kewujudan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
merupakan tujuan ketiga Penyataan Razak 1956. Tujuan ini berkeupayaan
melahirkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif
dari berkeupayaan memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan.

Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Pelaksanaan perlakuan Jawatankuasa Razak in agak
berjaya dalam kebanyakan hal. Jawatankuasa ini juga mengambil berat terhadap

keperluan untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan


mengekalkan dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain
yang tinggal di negara ini ( Penyata Razak 1956). Namun demikian, jelas wujud
banyak masalah dan kekuranganya seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks,
bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru
Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan
melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits
Budget, Okt. 18, 1956).
Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus
perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah
Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak
Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri.
Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya.
Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular dalam kalangan murid-murid bukan
Melayu.
Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak
menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang
diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang
menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

Penyata Barnes 1961

Pada Ogos 1950, satu Jawatankuasa yang diketuai oleh L.J Barnes ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di tanah melayu. Setelah menjalankan
kajian satu penyata yang dikenali sebagai penyata Barnes disediakan dan
dikemukekan kepada kerajaan British pada tahun 1951. penyata ini mengandungi
syor-syor yang dikemukekan oleh Jawatankuasa ini. Antara syor-syor ialah;

Lapaoran Barnes mengajukan satu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua
rakyat. Selain daripada cirinya multietnik itu, ciri-ciri utama sekolah kebangsaan itu
adalah seperti kewujudan satu sistem yang menyediakan pendidikan rendah secara
percuma bagi semua kanak-kanak daripada pelbagai kaum etnik yang berumur
antara enam hingga dua belas tahun. Selain itu, sistem ini bertujuan menghasilkan

kanak-kanak dwibahasa, terdidik dalam bahasa inggeris dan melayu dan


kemudianya akan menyambung pengajianya pada peringkat menengah dan tinggi
dalam bahasa inggeris (Barnes 1950). Cadangan ini bermaksud semua sekolah
rendah menjadi satu jenis sahaja iaitu sekolah kebangsaan atau sekolah melayu.
Dengan ini, Jawatankuasa Barnes boleh dikatakan pemikiran yang agak serius
terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa. Selain itu, menurut penyata Barnes,
pada peringkat darjah tiga, bahasa inggeris menggantikan bahasa melayu dan
akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur 12 tahun.
Keadaan ini membolehkan murid-murid dapat menentukkan kedua-dua bahasa
sepadan dengan umur mereka.

Pelaksanaan perakuan ini bermakna murid-murid cina dan india terpaksa


menggunakan bahasa ibundanya dan memasuki sekolah melayu. Walau
bagaimanapun, jawatankuasa itu menyedari bahawa cadangan sistem itu akan
menjadi lemah, jika setiap kaum etnik cina, india dan melayu terus berkeinginan
mengadakan sekolah rendah mereka sendiri secara berasingan daripada usaha
kerajaan (Barnes 1951).
Masyarakat cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap cadangan
kerajaan akan membunuh bahasa mereka. Penolakan kaum cina mengakibatkan isu
ini menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu.
Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa
Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menetangnya serta
menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa perakuan tersebut berupaya
membunuh bahasa melayu dan menghidupkan bahasa inggeris (Straits Budget, 18
November 1952).
Sementara itu, penyata Barnes juga menyarankan pemberian pendidikan percuma
selama 6 tahun pada peringkat sekolah rendah.
Sebagai kesimpulanya, Penyata Barnes mendapat tentangan hebat daripada
masyarakat tanah melayu. Kaum melayu lebih rela mempertahankan Bahasa
melayu dengan membantah kerana kedudukan bahasa melayu tidak diberi
kedudukan yang wajar. Kaum cina pula, mengganggap sekolah kebangsaan sebagai
ancaman kepada kebudayaan dan bahasa cina yang mereka banggakan. Selain
kaum cina, kaum india turut mengalami kebimbangan apabila permintaan mereka
untuk mengkaji kedudkan sekolah tamil telah ditolah oleh kerajaan.

Laporan Barnes
Jawatankuasa Barnes telah ditubuhkan pada tahun 1949 bagi menyiasat
kedudukan dan membaiki pendidikan orang Melayu. Laporan Barnes diwujudkan

pada tahun 1950 bertujuan laporan membubarkan sistem persekolahan vernakular


dan digantikan dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum.cadangan Laporan
Barnes ialah:
i)

Mencadangkan satu corak pendidikan untuk murid berbilang bangsa

yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Bahasa pengantar yang digunakan di


sekolah kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun, mata
pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina terus diajar sebagai mata pelajaran di
sekolah masing-masing. Di sekolah menengah pula Bahasa Inggeris digunakan
sebagai bahasa pengantar.
ii)

Seterusnya, semua kanak-kanak yang belajar dari darjah 1 hingga


darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan diberi pendidikan secara percuma.

iii)

Bagi meningkatkan taraf akademik ke peringkat yang lebih tinggi,


sekolah vokasional moden dan maktab perguruan berasrama dibina.

iv)

Jemaah Nazir Persekutuan dan Penguasa Pelajaran Tempatan


ditubuhkan untuk mengembangkan pendidikan sekolah rendah.

Penyata Barnes, 1950

Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi
mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan
kajian, satu penyata yang dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan
dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951. Panyata ini mengandungi
syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini. Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.
b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari
pelbagai kaum dan keturunan.
c. Sekolah rendah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.
d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.
Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah
kerana kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina,
sekolah kebangsaan dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa

Cina yang mereka banggakan. Orang India menentang kerana permintaan mereka
supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak oleh kerajaan.

Penyata Razak 1956


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan
Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada
bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak
Hussein.
Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan
antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem
pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tugas jawatankuasa [sunting]


Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan
penduduk berbilang bangsa

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.

Cadangan [sunting]
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem
pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:
1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah
Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan.

You might also like