Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

TAJUK 1

KELAB
DEFINISI
Perkumpulan atau persatuan
A group of persons organized together for a common purpose
A group of people who meet together regularly, especially for a particular activity such
as a sport
Sejenis kumpulan atau persatuan yang berasaskan suatu aktiviti utama yang tertentu
dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran, kerjaya atau
latar belakang yang sama.

PERSATUAN
DEFINISI
Gabungan, ikatan, kumpulan
An association of people with mutual aims or interest
An organization of people formed for a particular and shared purpose: an association
Sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu
yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan


berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai
minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk
saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

TAJUK 2
1. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN
Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada 4 langkah tatacara
penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.
2.1 LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja
2.1.1 Atas kesedaran diri Pemimpin pelajar (semua yang ada dalam bengkel
ini) menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penaja
dengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penaja
ini terdiri dari:a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 6-7 Ahli AJK biasa
2.1.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan
perkara berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi
kelulusan,peraturan-peraturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan
lain-lain maklumat berkaitan kelab .
2.1.2 Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap perbincangan diminitkan dan
difailkan /didokumentasikan
2.1.3 Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat ikut adalah mengikut jawatan masingmasing.

2.2 LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dari


Warga/Komuniti
2.2.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan
dengan keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan
mendapat restu persetujuan semua ahli.
2.2.2 Urusan surat-menyurat , jemputan yang dikeluarkan adalah atas nama

AJK Penaja.
contohnya: Kelab Pengguna IPG Kampus Tuanku Bainun
Alamat:..
2.2.3 Semua surat ditandatangani oleh Pengerusi AJK Penaja.
3.2.4 Cadangan Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pembentangan Senarai Nama JK Penaja (Bayangan) untuk mendapat
persetujuan ahli mesyuarat.
3. Penjelasan/Penerangan tujuan Penubuhan Kelab
2.2.5 Setia usaha minit dan dokumentasikan mesyuarat.
2.3 LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan
2.3.1 Tanggung Jawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar
2.3.1.1 Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan Mengikut nasihat
pendaftaran (Boleh dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan).
2.3.1.2 Mengadakan Mesyuarat Agung Khas - Membentangkan Perlembagaan
untuk bincang dan meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung
yang lalu telah memberi mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja
untuk meluluskan perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.
2.3.1.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pendaftar
(Pengarah,Pengetua atau Guru Besar) dengan menyertakan dokuman termasuk
perlembagaan yang telah dipersetujui di atas.
2.3.1.4 Merancang/merangka aktiviti Tahunan. (Aktiviti hanya boleh dilaksanakan
apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara sah oleh
pendaftar surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk rujukan)
2.3.2 Selepas Mendapat Kelulusan
2.3.2.1 JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG
2.3.2.2 Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan
usul.
2.3.2.3 Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab
2.3.2.4 Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.
2.3.2.5 Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung

Antara Agenda Mesyuarat:1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut
perlembagaan)
AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.
5. Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli
(Sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)
6. Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan persatuan/Kelab berakhir
pada..(jika sebelum ini JK penaja mendapat sumbangan/kutipan
kewangan drp mana-mana pihak).
7. Bincang Usul-usul yang diterima termasuk usul-usul dari JK
8. Ucapan Penangguhan

2.4 LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru


2.4.1 JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu
mengadakan Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan
usul atau aktiviti yang telah dirancangkan.
2.4.2 Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada:
.
5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah
diluluskan dlm mesyuarat agung yang lalu).
6. Membincangkan aktiviti tahunan
7. Hal-hal lain
2.4.3 Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukan
tindakan

2.
LAMPIRAN 1 : RUMUSAN PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

Prosedur Penubuhan:
1. Mewujudkan/Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Minimum 7 org Ahli)
2. Mengadakan Mesyuarat JK Penaja- Bincang Persediaan Penubuhan.
3. Membina dan menyediakan Draf Perlembagaan Persatuan dan Peraturan
Persatuan Kelab/Persatuan.
4. Draf Aktiviti Tahunan.
5. Mengadakan Majlis perjumpaan / Mesyuarat Agung Penajaan dgn ahli
5. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan (Penaja).
6. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan
(Pengarah/Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.
7. Pengendalian Mesyuarat Agung (Tjwb Jawatankuasa Penaja):
i. Notis Mesyuarat Agung, Edar borang Usul
ii. Surat Jemputan Mesyuarat
iii. Mesyuarat Agung.
a. Pelantikan pengerusi dan AJK
b. Perbincangan Perlembagaan (persetujuan/pindaan)
c. Peraturan-peraturan
d. Sumber Kewangan Persatuan
e. Cadangan Aktiviti
f. Hal-hal lain
iv. Mencatat Minit
8. Pengurusan, Pelaksanaan aktiviti kelab dan Pemantauan(T/Jwb AJK Kelab)
9. Dokumentasi dan system fail
10. Pengauditan.

TAJUK 3

CONTOH UNDANG-UNDANG
BAGI
PERTUBUHAN YANG MEMPUNYAI
CAWANGAN

TAJUK 4

PENGURUSAN
KEWANGAN

TAJUK 5

SISTEM FAIL DAN SURAT MENYURAT

PENGENALAN

Sistem fail merupakan satu proses menyimpan rekod & dokumen untuk
simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula & berakhir pada
titik yang sama. Prosesnya seperti mengklasifikasikan, menyusun,
menyimpan fail-fail bagi memudahkan pengurusannya apabila diperlukan.

SISTEM FAIL DAN JENIS-JENIS FAIL


Sistem fail mengandungi beberapa ciri-ciri yang sistematik supaya:

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

vii.

Dokumen mudah dicari & diperolehi dgn cepat


Sistem fail tidak kompleks, mudah dikendali / difahami / tidak
mengelirukan
Perlu disesuaikan dgn keperluan organisasi
Boleh diubahsuai jika perlu : membesarkan / mengecilkan
Melibatkan kos yang paling minimum
Dokumen yang difailkan perlu mendapat perlindungan
keselamatan dpd kebakaran, kekotoran, bencana alam &
kebocoran rahsia organisasi
Menggunakan ruang yang paling minimum

Jenis-jenis fail ialah:


i.

Fail Operasi

Meliputi fail-fail yang berkaitan dengan fungsi asas sesuatu organisasi


seperti rekod tanah untuk pejabat tanah, rekod cukai pendapatan (hasil)
untuk Jabatan Hasil Dalam Negeri.

ii.

Fail House Keeping

Meliputi perkara-perkara seperti perjawatan & senarai pentadbiran dan


kakitangan (personal file) Lima kategori utama seperti berikut:o Pentadbiran Am
o Bangunan dan Harta
o Kelengkapan dan Bekalan
o Kewangan
o Perkhidmatan dan Personel

PROSEDUR PENULISAN SURAT RASMI


Penulisan surat rasmi hendaklah menepati prosedur yang telah ditetapkan.
Berikut adalah prosedur yang perlu dipatuhi:
1) Kepala Surat Bercetak
o Hanya perlu digunakan pada muka surat pertama sahaja.

2) Nombor Rujukan

o Tulis nombor rujukan fail sendiri (rujukan kami)


o Jika menjawab surat, perlu dicatat nombor rujukan pengirim (rujukan tuan) di
bahagian atas rujukan kami.

3) Tarikh

o Tidak perlu dicatat hb. atau hari bulan di hadapan


2003.

angka, cth : 17hb Ogos

o (b) Dua cara untuk menulis bulan :


(i)
(ii)

Semua huruf besar, cth : OGOS (gaya KPM).


Huruf besar pada huruf pertama sahaja, cth :Ogos (gaya INTAN).

4) Alamat Penerima
o Perkataan "kepada" tidak perlu ditulis.
o Taip (u.p.........................................................)
untuk tindakan pegawai yang berkenaan.
o Semua baris ditaip dari tepi sebelah kiri tanpa menggunakan indensi.

5) Perkataan "Melalui

o Perkataan "Melalui Guru Besar atau Pengetua" ditulis jika surat keluar dari
persatuan di sekolah kepada agensi luar. Surat ini ditandatangani oleh
penasihat/pengerusi persatuan. Jika surat ini ditandatangani oleh Guru Besar
atau Pengetua, perkataan "melalui" tidak perlu.
o Perkataan "melalui" ditulis di sebelah bawah alamat penerima

6) Mengadap atau Pembukaan Surat

o Menggunakan perkataan penghormatan seperti tuan/puan, Ybhg. Dato', Yang


Berhormat dan sebagainya.
o Jarak di antara alamat dengan pembukaan surat ialah empat jarak antara
barisan (spacing).

7) Tajuk Surat

o Jarak di antara tajuk surat ialah dua barisan di bawah mengadap atau
pembukaan surat.
o Tidak perlu ditulis perkataan "PER" atau "PERKARA", hanya memadai
dengan menggariskan di bawah tajuk atau perkara.
o Tajuk surat ditaip huruf besar bagi huruf pertama setiap perkataan.

8) Pembukaan dan Kandungan Surat

o Jarak di antara pembuka surat dengan tajuk ialah dua barisan.


o Pembukaan surat dan perenggan pertama tidak perlu ditulis nombor.
Penulisannya bermula dari tepi sebelah kiri surat.
o Perenggan kedua, ketiga dan seterusnya perlu ditulis nombor seperti 2, 3 dan
seterusnya.
o Jarak di antara perenggan ialah dua barisan.
o Apabila menggunakan perenggan yang mempunyai dua atau lebih peringkat
pecahan, pemberian nombor menggunakan peringkat pecahan pertama

seperti 2.1, 2.2. 2.3 dan seterusnya. Huruf abjad atau huruf roman juga bo!
eh digunakan.
o Pecahan perenggan tidak boleh melebihi dua peringkat.
o Elakkan menggunakan ayat yang panjang, berbunga-bunga dan meleretleret.

9) Cogan Kata

o Cogan kata menggunakan semua huruf besar, contohnya 'BERKHIDMAT


UNTUK NEGARA'.
o Baris seterusnya ditulis dengan perkataan "yang menjalankan tugas" dan
sebagainya.
o Jarak dua barisan dan tidak menggunakan indensi.

10) Tandatangan, Nama dan Gelaran Jawatan

o Jaraknya ialah empat barisan di bawah cogan kata.


o Nama pengirim ditulis dengan huruf besar dan dalam kurungan. Contoh-nya:
(AB. ALIM BIN ABDUL RAH1M).
o Gelaran Jawatan ditulis dengan huruf pertama bagi setiap perkataan.
o Nama dan gelaran Jawatan tidak perlu menggunakan indensi.

11) Salinan

o Ditaip dengan perkataan "s.k.".


o Apabila salinan surat lebih daripada satu,
ditulis. Contohnya:

nombor urutan 1, 2, 3 tidak perlu

s. k.
Pesuruhjaya Daerah
Guru Besar
PK. Kokurikulum
o Tidak perlu menggunakan indensi.

12) Kependekan (initial) Nama Penulis dan Jurutaip

o Ditaip huruf ringkas nama penulis dengan huruf besar dan jurutaip dengan
huruf kecil, contohnya AA/na.
o Ditaip di bahagian paling bawah di sudut kiri surat.

Jenis Surat Rasmi Yang Biasa Di Peringkat Sekolah

i.

Surat Panggilan Mesyuarat

ii.

Surat Pemberitahuan

iii.

Surat Memohon Mengadakan Lawatan

iv.

Surat Memanggil Penceramah

3.2.2 Perkara Asas Dalam Surat Rasmi

i.

Logo, nama dan alamat sekolah/persatuan.


ii.

Nombor fail (rujukan kami dan rujukan tuan)

iii.

Tarikh

iv.

Alamat penerima

v.

Perkataan Melalui

vi.

Mengadap atau membuka surat

vii.

Perkara (tujuan surat itu ditulis)

viii.

Kandungan surat (seringkas mungkin)

ix.

Ucapan terima kasih dan penghargaan

x.

Cogan kata (jika perlu)

xi.

Yang menurut perintah/Yang menjalankan tugas

xii.

Tandatangan

xiii.

Nama dan jawatan

3.3

KOMUNIKASI RASMI MELALUI MEDIA ELEKTRONIK

Urusan rasmi dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas. Maklumat
dapat disampaikan dengan serta-merta setelah urusan rasmi surat-menyurat
disiapkan melalui e-mail.terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi dengan
menggunakan e-mail, diantaranya ialah:
i.

e-mail sangat mudah dan cepat sampai

ii.

e-mail juga tidak perlu respons spontan seperti telefon.

iii.

Si penerima e-mail boleh melakukan tugas-tugas biasa tanpa diganggu


oleh e-mail.

iv.

Membolehkan komunikasi secara bertulis dilakukan

v.

e-mail boleh dihantar kepada banyak penerima.

Sesi Penggunaan E-mail:


i.

Melancarkan perisian e-mail, jika terdapat e-mail


memaklumkan kepada anda.
Pilih e-mail yang hendak dibaca dalam peti e-mail.
Balas kepada penghantar atau kirim mesej orang lain.
Simpan mesej untuk kegunaan masa hadapan.
Karang e-mel baru
Kirim e-mail.
Hapuskan e-mail yang lama.
Tamat perisian e-mail.

ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

baharu,

ia

akan

Laman-laman e-mail yang biasa digunakan ialah:


i.
ii.
iii.
iv.

.Yahoo.com
Google mail(gmail)
Hotmail
Rocketmail

TAJUK 6

PENGURUSAN
MESYUARAT

DAN AGENDA
MESYUARAT

APA ITU MESYUARAT?


Mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea dan
penyatuan fikiran bagi mendapatkan keputusan.
Bentuk dan proses mesyuarat boleh dilaksanakan secara informal dan formal.
APA ITU AGENDA ?
Perkara yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat.
Untuk menentukan tiada perkara-perkara mustahak yang tertinggal.
Untuk menentukan perbincangan dijalankan dengan teratur.
Untuk memberitahu ahli-ahli mesyuarat perkara-perkara yang hendak dibincangkan.

TUJUAN MESYUARAT:
1. Cara paling berkesan untuk menyelesaikan tugas dan masalah berkaitan dengan
organisasi @ persatuan. Contoh; membincangkan cara mencari dana untuk aktiviti
persatuan.
2. Menyebarkan maklumat dan rancangan baharu kepada masyarakat atau ahli secara
khususnya.
3. Perlu diadakan bagi membuat sesuatu keputusan atau mandat penting yang berkaitan
dengan organisasi @ persatuan.
4.

Bagi merancang sesuatu strategi dan program atau untuk mendapatkan idea-idea
baharu bagi melaksanakan aktiviti.

JENIS MESYUARAT
1.
2.
3.
4.
5.

Mesyuarat Agung Tahunan


Mesyuarat Agung Tergempar
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
Mesyuarat Jawatankuasa Sementara

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Setiap persatuan perlu adakan.
Diadakan mengikut undang-undang, iaitu dibawah Akta Pendaftar Pertubuhan.
Mesyuarat ini membincangkan mengenai persatuan secara menyeluruh dan
melaksanakan pemilihan ahli jawatankuasa kerja yang baharu.
Sesetengah persatuan mengadakan mesyuarat ini dua tahun sekali dan dikenali
sebagai mesyuarat agung dwitahunan dan ada juga yang mengadakan sekali mesyuarat
agung tahunan tetapi pemilihan jawatankuasa kerja adalah dua kali.
Agenda yang perlu dimasukkan ke dalam mesyuarat agung tahunan atau
dwitahunan;
1.Ucapan pengerusi
2.Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang lepas.
3.Membentangkan dan menerima penyata tahunan tahun lalu.
4.Membentang dan mengesahkan penyata kewangan lalu.
5. Memilih jawatankuasa kerja yang baharu.
6. Membincangkan dan meluluskan usul atau cadangan.

7. Ucapan penangguhan.
Notis mesyuarat diedarkan dalam tempoh 14 hari dan perlu ditandatangani oleh setiausaha.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA


Sebuah mesyuarat yang biasa diadakan oleh sesebuah persatuan bagi menggerakkan
persatuan berkenaan.
Dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa kerja yang dilantik semasa mesyuarat agung
tahunan.
Agenda mesyuarat biasanya berkaitan dengan aktiviti, perkembangan, pengurusan, dan
pentadbiran persatuan berkenaan.
Agenda ditentukan oleh pengerusi melalui perbincangan dengan setiausaha dan
jawatankuasa lain.
Mesyuarat sebegini boleh dilaksanakan beberapa kali mengikut keperluan persatuan.
Notis dikeluarkan dalam tempoh 2-3 hari kerana urusan penyampaian notis mudah
dilakukan. Contoh, notis diedarkan kepada guru yang bekerja di sekolah tersebut.

Agenda mesyuarat jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil:1. Ucapan pengerusi


2. Mengesahkan minit mesyuarat lepas
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Agenda-agenda yang ingin dibincangkan @ laporan daripada ketua biro @
pengerusi jawatankuasa kecil.
5. Hal-hal lain.
RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim (2004), Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Laman web www.scribd.com . Dicetak pada 09.07.2009.

CONTOH:

Minit Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan


Kg. Baru
Layang-Layang Kanan, 32800 Parit, Perak.

Tarikh

: 5 Mei 2007

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Dewan Orang Ramai Kg. Baru.

Kehadiran

: 56 orang

Turut hadir bersama

: Wakil Wanita Pn. Kamariah Bt. Bongyamin.

Wakil Bahagian

: Ustaz Nizar Bin Zakaria.

Pengerusi majlis

: Tn. Hj. Ahmad Teridi Bin Harun.

Agenda 1

UCAPAN ALU-ALUAN

Pengerusi mendahului ucapan dengan salam dan terima kasih kepada semua
kerana diberi peluang untuk mempengerusikan mesyuarat pada petang ini dan
berharap supaya mesyuarat kali ini akan berjalan lancar.

Agenda 2

BACAAN DOA

Bacaan doa telah disempurnakan oleh Cikgu Meor Ishak Bin. Ismail.

Agenda 3

NYANYIAN LAGU UMNO BERSATU DAN LAGU NEGARAKU

Telah dinyanyikan beramai-ramai oleh Ahli UMNO yang hadir dengan penuh
semangat.

Agenda 4

PENGUMUMAN PENGERUSI JUMLAH KEHADIRAN

Pengerusi mengumumkan kehadiran seramai -56 orang.


Ahli UMNO Cawangan Kg. Baru seramai

- 157 orang.

Ahli yang beryuran

- 157 orang.

Agenda 5
AHMAD )

UCAPAN KETUA CAWANGAN ( TN. HJ.

ZAHADI BIN YEOP

5.1
5.2
5.3

5.4

Mengucapkan selamat datang kepada wakil bahagian dan wakil wanita yang
sudi hadir dan seterusnya kepada semua Ahli UMNO yang hadir pada petang
ini.
Sebelum beliau memulakan bicara beliau ingin meminta maaf jika ada tutur
kata atau terkasar bahasa semasa beliau berucap.
Ketua Cawangan berharap supaya kita semua sebagai Ahli UMNO dapat
bekerjasama menjaga kawasan kampung kita daripada anasir-anasir jahat
yang sedang berleluasa di mana-mana sahaja terutama tentang pendatang
tanpa izin yang membanjiri terutamanya di kampung-kampung kita ini.
Beliau juga berharap supaya kita pandai mencari peluang memajukan
kampung kita dengan mengusahakan tanah-tanah terbiar dengan projekprojek yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kampung kita.

Agenda 6

6.1
6.2
6.3

Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua Ahli UMNO yang hadir
pada petang ini.
Beliau berharap supaya semuanya dapat hidup bersatu-padu untuk
memajukan kampung kita ini.
Beliau juga berharap agar kita semua memberi sepenuhnya kepercayaan
kepada pucuk pimpinan kita untuk melaksanakan segala bentuk perubahan
yang akan kita rasai bersama.

Agenda 7

7.1
7.2

8.3

UCAPAN DARIPADA WAKIL WANITA (PN. KAMARIAH BT.


BONGYAMIN)

Pn. Kamariah juga berharap supaya semua penduduk dapat bekerjasama


terutamanya kaum wanita demi untuk agama, bangsa dan negara yang kita
cintai ini.
Harapan beliau juga supaya kaum wanita dapat berikrar untuk memajukan
diri dengan merebut peluang-peluang yang ada didepan mata kita untuk
meningkatkan taraf ekonomi keluarga kita.

Agenda 8

8.1
8.2

UCAPAN DARIPADA WAKIL BAHAGIAN PARIT ( USTAZ NIZAR B.


ZAKARIA )

PESANAN PENGERUSI MESYUARAT

Pengerusi berharap supaya mesyuarat dapat berjalan lancar.


Segala masalah peribadi atau bersangkutan dengan orang perseorangan
tidak boleh ditimbulkan.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan memperkenalkan diri terlebih
dahulu.

Agenda 9

MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN

Setiausaha membentangkan Penyata Tahunan Cawangan.


Disahkan oleh En. Baharuddin b. Tasi.

Agenda 10 MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN YANG LALU

Disahkan oleh En. Mior Ishak b. Ismail.


Disokong oleh En. Idris b. Munai.

Agenda 11 MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR


( 31.12.2007 )

Agenda 12 MELANTIK PERWAKILAN UMNO CAWANGAN KE MESYUARAT


PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PARIT

1.
2.
3.

En. Abdul Aziz b. Resat.


Tn. Hj. Teridi b. Harun.
En. Meor Ishak b. Meor Ismail.

Agenda 13 MELANTIK 7 ORANG PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN AGUNG


UMNO DI KUALA LUMPUR

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

En. Jebat b. Din.


En. Fadzil b. Hj. Mohd Lazim.
En. Mohd Daim b. Dahalan.
En. Yusuf b. Nordin.
Dato Hj. Nasruddin b. Hj. Alang Saidin.
En. Khairuddin b. Hj. Mohd Kadri.
Tn. Hj. Arshad b. Abd Aziz.

Agenda 14 MEMBAHASKAN USUL-USUL

1. Setiap Ahli JKKK yang telah berkhidmat selama lebih kurang 20 tahun, supaya
dapat diberikan kepada mereka ini sebidang tanah.
2. Tuan punya senjata api yang telah meninggal dunia telah diambil oleh
kerajaan. Minta supaya senjata ini diberikan kepada waris.
3. Tn. Hj. Mior Ishak memberitahu bahawa kawasan jalan menuju ke beberapa
buah rumah di tempatnya masih kekurangan lampu jalan ini sangat
membahayakan kerana kawasan sekitarnya sangat gelap.
4. Memohon untuk membina pondok untuk menunggu bas atau teksi, depan
bengkel menuju ke Bota.
Jawapan daripada En. Khairuddin b. Mohd. Kadri.

1. Masalah senjata api, jika tuan punya meninggal dunia senjata tersebut tidak
akan diberikan kepada waris kerana ia bukannya hak persendirian.
2. Beliau memberitahu bahawa satu kampung akan cuma mendapat 7 buah
lampu jalan sahaja.
3. Perkara tentang pembinaan pondok menunggu bas, kita akan usulkan ke
bahagian untuk tindakan selanjutnya.

UCAPAN PENANGGUHAN

Ketua UMNO Cawangan Kg. Baru Tn. Hj. Zahadi b. Yeop Ahmad merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua Ahli UMNO yang hadir pada petang ini kerana dengan
kerjasama semua mesyuarat telah berjalan dengan lancarnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Senarai Aktiviti Dan Mesyuarat Cawangan


Sepanjang 28hb. Februari 2006 hingga 31 hb. Mei 2009 Sahaja

BIL
1.

PERKARA
Program Bakti Siswa UITM Seluruh Malaysia

2.

Program membasmi musuh tanaman bersama Anggota Rela

3.

Program Anak Angkat Jabatan Perdana Menteri

4.

Sambutan Maulidul Rasul

5.

Mesyuarat AJK UMNO CAWANGAN kali ke-2

6.

Program SAmbutan Malam Kemerdekaan Bersama Pemuda dan Ketua UMNO Bhg

7.

Program Sekolah Rakyat Kekwa dengan Penduduk Kampung Layang-Layang Kanan

8.

Program bersunat beramai-ramai. Perasmian Dato Pegawai Daerah

9.

Menjayakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Mukim di Layang-Layang Kanan.

Tandatangan
Ketua UMNO Cawangan

Tandatangan
Setiausaha UMNO Cawangan

You might also like