Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

MINIT MESYUARAT
SMK SERI RAUB
27600 RAUB
PAHANG
1.

MINIT MESYUARAT PANITIA ICT

2.

BIL

3.

TARIKH

: 28 DISEMBER 2010 (SELASA)

4.

MASA

: 12.30 TENGAHARI

5.

TEMPAT

: MAKMAL ICT

6.

KEHADIRAN

6.1

: 01/2011

Hadir:
6.1.1

En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim

- Ketua Panitia

6.1.2

En. Mohd Sabri bin Mohd Salleh

- Setiausaha

6.1.3

Ahmad Kamal bin Mohd Ali

- Ahli

6.2 Hadir Bersama: 6.3 Tidak Hadir Bersebab: 6.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab: 6.5 Urus Setia: Panitia ICT
7.
7.1

CATATAN MESYUARAT
Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat Panitia ICT kali pertama tahun 2011.
Tindakan: Untuk Makluman

7.2

Pengesahan minit mesyuarat terdahulu


Cadangan: En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim
Minit mesyuarat terdahulu disahkan tanpa pindaan. Dua ahli panitia lain tidak boleh memberi sokongan kerana
baru menjadi ahli panitia pada tahun 2011.
Tindakan: Untuk Makluman

7.3

Perkara-perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Untuk Makluman

7.4

Sukatan & Rancangan Pelajaran Tahunan


Semua guru ICTL dimaklumkan sebanyak 5 modul telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum yang
merangkumi modul Pengenalan Kepada Komputer, MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan MS Access.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.5

Jadual Waktu
Jadual waktu P&P telah diterima oleh semua guru. Semua penggunaan makmal ICT mesti dicatatkan oleh guru
dalam fail log penggunaan makmal. Guru mata pelajaran mesti memastikan semua pelajar yang masuk ke dalam
makmal ICT mencatatkan maklumat yang diperlukan dalam kertas log penggunaan komputer yang diletakkan di
atas meja setiap komputer walaupun murid tidak menggunakan komputer pada hari tersebut.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran

7.6

Dasar Kurikulum

Semua dasar kurikulum sekolah dan keputusan mesyuarat kurikulum sekolah yang telah ditetapkan mesti dipatuhi.
Rancangan Pelajaran Tahunan ICT & ICTL mengikut format yang ditetapkan sudah diserahkan kepada semua guru
mata pelajaran untuk dilaksanakan dalam P&P.
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL
7.7

Post Mortem Peperiksaan


Tidak berkaitan
Tindakan: Untuk Makluman

7.8

Perancangan / Takwim Panitia 2011


Antara perancangan Panitia ICT 2011 ialah

Kursus dalaman perisian MS Excel dan MS Powerpoint untuk guru-guru baru mata pelajaran ICTL akan diadakan
untuk memantapkan lagi penguasaan guru-guru tersebut untuk P&P ICTL

Membina blog panitia ICT


Tindakan: Untuk Makluman

7.9

PKKP
TOV untuk untuk pelajar 5ICT diambil dalam peperiksaan akhir tahun lepas. TOV untuk pelajar 4ICT akan diambil
daripada markah ujian Mac 2011 (P1)
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT

7.10

P&P

Setiap waktu P&P ICTL dan ICT mesti menggunakan makmal ICT. Peraturan makmal ICT mesti dipatuhi boleh
dirujuk pada kenyataan yang terletak di luar makmal dan kertas yang ditampal pada kenyataan bahagian hadapan
makmal.
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL
7.11

Kerja Kursus

Kerja kursus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan dimulakan pada bulan Januari. Semua
kerja kursus mesti disiapkan sebelum atau pada 15 Julai 2011
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT
7.12

Jadual Pencerapan

Jadual Pencerapan belum dikeluarkan lagi oleh pihak pentadbir skolah.


Tindakan: Untuk makluman
7.13

Kewangan

Gran Perkapita (PCG) yang dijangka diterima pada tahun 2011 adalah berjumlah 20 X RM65 = RM1300 iaitu
berdasarkan jumlah pelajar mata pelajaran ICT tingkatan 4 dan 5. Sila rujuk lampiran untuk maklumat anggaran
perbelanjaan tahunan 2011.
Tindakan: Untuk Makluman
7.14

Hal-hal lain

Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh:

(MOHD SABRI BIN SALLEH)


Setiausaha

Disemak oleh:

(MUHAMAD FAUZI BIN ABDUL RAHIM)


Ketua Panitia

You might also like