Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

LAMPIRAN Q

(Kew.284-Pin. 5/94)
Bila menjawab sila nyatakan
Nombor ini.
IPPP/S/016/035
KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEBUT HARGA UNTUK MENYEWA DAN MENJUAL MAKANAN/MINUMAN
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
Kepada :

)
)
)
)
)

Pelawaan Sebut harga dikeluarkan oleh


Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar,
Perlis.

No. Telefon :

) 04 - 9781522

No. Pendaftaran dengan Kementerian


Kewangan : ..
Syarat : Bertaraf Bumiputera dan berdaftar
Dalam Kod Bidang Pendaftaran 080600atau 080501

Tarikh :

1. Sila beri sebut harga untuk perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan:1.1 Syarat Perkhidmatan

- seperti dilampirkan

1.2 Tempoh perkhidmatan dikehendaki

- 16 November 2013 31 Disember 2015

1.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda No.
Sebut Harga IPPP/S/016/035.
1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran tidak lewat pada jam 12.00
tengahari sebelum atau pada 16 November 2013 di alamat seperti berikut:Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Behor Pulai,
01000 Kangar,
Perlis.
1

LAMPIRAN Q1
Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan
menawarkan butiran-butiran seperti berikut:A.

MINUMAN PANAS DAN SEJUK


Harga Seunit

Bil

Perkara

Sukatan/kuantiti

Ditawarkan (isi
tiap-tiap item) RM

Kecil

Besar

LAMPIRAN Q1

Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan
menawarkan butiran-butiran seperti berikut:B.

MAKANAN RINGAN/KUIH-MUIH (UNTUK SARAPAN PAGI)

Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan
menawarkan butiran-butiran seperti berikut:Harga Seunit
Bil

Perkara

Sukatan /saiz/

Ditawarkan (isi

kuantiti

tiap-tiap item)
RM

LAMPIRAN Q1
Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan
menawarkan butiran-butiran seperti berikut:C.

MAKANAN BERAT
Harga Seunit

Bil

Perkara

Unit/kuantiti

Ditawarkan (isi
tiap-tiap item) RM

LAMPIRAN Q1
Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan
menawarkan butiran-butiran seperti berikut:D. BUAH-BUAHAN/DESERT
Harga Seunit
Bil

Perkara

Unit/kuantit

Ditawarkan (isi
tiap-tiap item)
RM

LAMPIRAN Q1 (T)
SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENJUAL MAKANAN/MINUMAN DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS
RINGKASAN HARGA MENGIKUT KUMPULAN MAKANAN/MINUMAN
Bil

Kumpulan

A. MINUMAN

2.

B. MAKANAN RINGAN/KUIH MUIH

3.

C. MAKANAN BERAT

4.

D. BUAH-BUAHAN/DESERT

Jumlah Harga (RM)

________________________
JUMLAH:5.

=====================

MAKANAN/MINUMAN TAMBAHAN

..
(Nama & Cop Syarikat)
Tarikh:
MUSTAHAK
1.

Penyebut harga (Pengusaha Kantin) dikehendaki menawarkan harga bagi kesemua


makanan/minuman yang disenaraikan di Lampiran Q1. Kegagalan berbuat demikian, boleh
menyebabkan tawarannya ditolak.

2.

Sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi sila gunakan lampiran yang berasingan.

LAMPIRAN Q1 (T1)
Menyewa Dan Menjual Makanan/Minuman Di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis Bagi
Tempoh Mulai 15 November 2013 Hingga 31 Disember 2014
Bil

Nama Premis

1.

Blok Kantin (JKR 2406 A)

Kadar Sewa
Sebulan (RM)

Jumlah Sewa
12 bulan (RM)

350.00

4,200.00

Nota : Sewa bulanan termasuk cuti semester


Sila lengkapkan Lampiran Q1 untuk harga makanan/minuman yang akan dijual
(i)

Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan tetap.

(ii) Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dan pengesahan taraf bumiputera dengan Kementerian
Kewangan.
Saya /kami dengan ini menawarkan untuk memberikan perkhidmatan di atas dengan harga dan syaratsyarat yang dikembarkan bersama-sama ini.
Tandatangan
Penyebut harga: .
Nama : .
No. K/P:
Alamat :
Dan Cop .
Syarikat
Tarikh: .

MUSTAHAK: Sila baca syarat-syarat sebut harga di Lampiran Q3 dan Q4

LAMPIRAN Q2
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
1. Nama Syarikat

: .

2. Alamat Syarikat

: .

3. No. Telefon Dan No. Fax

: .

4. No. Pendaftaran Kementerian Kewangan

: .

5. Tarikh Tamat Pendaftaran

: .

6. Taraf Syarikat

: .

(Bumiputra/Bukan Bumiputra) (Sila serta Sijil)


7. Nama Bank

: .

Alamat Bank

: .
.
.

8. Modal yang dibenarkan

: .

9. Modal Berbayar

: .

10. Kemudahan Overdraf

: .

11. Nama Bank:

Nilai:

12. PENGALAMAN
Sila senaraikan butir-butir kontrak perkhidmatan kantin/bekalan makanan bermasak yang lepas
atau sedang dijalankan sekiranya ada. Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi.
Jenis Kontrak

Kerajaan/Swasta

Nilai

Tahun

(a)

..

..

(b)

..

..

(c)

....

..

13. Nama Pengusaha Kantin/Kafeteria

:.

14. Nama Tukang Masak

:.

15. Pengalaman

: i) .
ii)....
iii) ...

16. No. Telefon/Fax:

Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah benar:
Tandatangan

Nama

Jawatan

Cop Syarikat

Tarikh:

10

LAMPIRAN Q3
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
Pelawaan ini adalah terikat kepada Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas yang dikeluarkan
bersama-sama dengan borang sebut harga ini. Semua penyebut harga hendaklah mematuhi semua
syarat yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat membolehkan sebut harga tersebut
tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
SYARAT-SYARAT AM
1.

2.

BORANG SEBUT HARGA


1.1

Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruang yang
disediakan. Borang ASAL yang diisi lengkap adalah diperlukan bagi maksud sebut harga
ini. Borang-borang mestilah DITAIP.

1.2

Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan
ditandatangani ringkas serta dicop dengan cop syarikat setentang dengan apa-apa pindaan
yang dibuat. Penggunaan pemadam/pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.

HARGA
2.1

Harga yang ditawarkan bagi sewaan kantin adalah sebanyak RM350.00 sebulan.

2.2

Harga makanan/minuman dan kadar sewaan kantin dan kafeteria hendaklah harga tetap
dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama
tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya
hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian. Kerajaan tidak akan
mempertimbangkan sebarang rayuan untuk mengurangkan kadar sewa atau harga
makanan/minuman.

2.3

Harga makanan/minuman dan kadar sewaan yang ditawarkan hendaklah mengambil kira
segala perbelanjaan termasuk kos buruh, pengangkutan, alat kelengkapan memasak/
menghidang (yang tidak disediakan oleh Institut), kos mengganti / membaiki kerosakan,
gas memasak, air, elektrik, bahan-bahan pencuci dan lain-lain perbelanjaan yang terlibat
dalam menguruskan kantin dan kafeteria.

11

3.

4.

ANGGARAN BILANGAN PELAJAR YANG AKAN TINGGAL DI ASRAMA


3.1

Anggaran jumlah pelajar yang akan belajar di Institut ini ialah 1,000 orang. Daripada jumlah
ini adalah dianggarkan kira-kira 750 1000 orang akan tinggal di asrama institut.

3.2

Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak menjamin atau terikat dengan apa-apa jua cara
bahawa anggaran bilangan pelajar yang akan makan adalah tepat atau sepenuhnya.

SEBUT HARGA SEBAHAGIAN


4.1

5.

6.

SETUJU TERIMA SEBUT HARGA


5.1

Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga. Kerajaan adalah berhak menyetuju terima sebut harga tersebut sama ada
kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya.

5.2

Tawaran bagi sesebuah kantin akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang
berasingan.

5.3

Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat
menyurat yang berupa rayuan dari penyebut harga mengenai sebab-sebab tawaran
mereka tidak berjaya.

TEMPOH PERJANJIAN
6.1

7.

Penyebut harga dikehendaki menyenaraikan kesemua harga makanan seperti di Lampiran


Q1. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran mereka ditolak.

Tempoh perjanjian adalah selama dua (2) tahun bermula daripada 16.11.2013 hingga
31 Disember 2015. Walau bagaimanapun Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh
perjanjian yang sebenarnya.

PERJANJIAN /KONTRAK
7.1

Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki menandatangani satu perjanjian


Kerajaan.Perjanjian tersebut perlu dimatikan setem dan dijilid dengan kulit keras
(Hardcover) yang mana semua kos ditanggung oleh pihak penyebutharga yang berjaya.
Syarat-syarat dalam sebut harga ini dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi
sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian.

12

8.

DEPOSIT SEWAAN
8.1

9.

PENAMATAN PERJANJIAN
9.1

10.

Penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi deposit sewaan dalam bentuk deraf
bank atau Money Order berpalang. Nilai deposit sewaan ini adalah sebanyak 3 bulan
sewa kantin yang ditawarkan di atas nama Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Perlis dan hendaklah diserahkan sebelum kantin beroperasi.

Kerajaan berhak menamatkan perjanjian dengan memberi 14 hari notis bertulis sekiranya
pengusaha kantin melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat dalam perjanjian.

PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI


10.1 Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh
mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam
pelawaan ini.

11.

PENGIKLANAN
11.1 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan
Kerajaan.

12.

TAFSIRAN
12.1 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan
mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju
tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa
pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau
apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

13

LAMPIRAN Q4
SYARAT-SYARAT KHAS
1.

2.

SEWA BULANAN
1.1.

Bayaran sewa bulanan kantin hendaklah dijelaskan setiap bulan tidak lewat dari 7
haribulan berkenaan termasuk waktu cuti semester/penggal.

1.2.

Kelewatan pembayaran sewa kantin atau apa-apa bayaran lain yang tidak dibayar
selepas tarikh akhir kena dibayar, maka denda baginya atas kadar 12% per annum.

WAKTU PERNIAGAAN
2.1 Kantin Institut ini hendaklah dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
kecuali hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.

3.

2.2

IPGK Perlis berhak untuk mengarahkan pengusaha untuk membuka perniagaan pada
hari-hari yang ditentukan sekiranya ada kuliah ganti, aktiviti-aktiviti pembelajaran dan
kursus-kursus dalam cuti.

2.3

Pengusaha Kantin perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan dalam tempoh (tiga)
3 hari melalui surat sekiranya berhasrat menutup sementara kantin atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.

KUALITI DAN KUANTITI MAKANAN/MINUMAN


3.1

Harga makanan dan minuman hendaklah berdasarkan sukatan bahan-bahan


makanan/minuman yang dinyatakan dalam jadual harga di Lampiran Q1 dan
penentuan harga berdasarkan harga tawaran.

3.2

Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis-jenis bahan dan cara
pemprosesan yang HALAL.

3.3

Senarai makanan/minuman yang mengandungi harga dan sukatan hendaklah


ditunjukkan di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan pada setiap masa dengan
menggunakan papan tanda.

3.4

Pengusaha Kantin adalah dilarang menjual rokok dan minuman keras dengan apa cara
sekali pun serta dilarang mempamerkan apa-apa alat, benda atau gambar barangan
tersebut.

14

3.5

4.

Untuk menghormati, mengambil perhatian serta menurut dengan sempurna hukumhukum agama para pelanggan semasa menyediakan makanan atau minuman untuk
dijual kepada mereka.

TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA MENGGUNA DAN MENJAGA PERALATAN


INSTITUT
4.1

Kemudahan peralatan yang disediakan tetapi telah rosak disebabkan kecuaian


Pengusaha dan pekerjanya adalah tanggungjawab pengusaha untuk membaiki atau
mengantikannya.

4.2

Pengusaha adalah bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya untuk


mengatasi masalah yang mungkin timbul jika berlaku gangguan bekalan air atau
elektrik.

4.3

Peralatan yang ada disediakan oleh IPGK Perlis seperti kerusi, meja makan, kipas
angin dan lain-lain boleh digunakan dan hendaklah dijaga dengan baik. Pembinaan
ruang dapur yang berasingan di luar atau di dalam bangunan adalah tidak dibenarkan.

4.4

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan segala perabot, bahagian bangunan dan


lain-lain yang perlu bagi penyelenggaraan sesuatu perkhidmatan kantin yang
sempurna dalam bangunan kantin tersebut sentiasa di dalam keadaan baik dan bersih
dari segi kesihatan.

4.5

Pengusaha kantin hanya dibenarkan menggunakan ruang bangunan dan tidak


dibenarkan menambah, atau memperluaskan atau mengubah apa-apa bentuk asal
kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan.

4.6

Semua alat yang disediakan oleh pihak IPGK Perlis adalah tetap menjadi hak milik
IPGK Perlis dan penggunaannya adalah terhad kepada kerja-kerja di dalam perjanjian
kontrak ini sahaja.

4.7

Pengusaha Kantin bertanggungjawab menyerahkan kembali kepada IPG Kampus


Perlis segala benda dipasang mati dan alat pelekat serta kelengkapan dan perabut di
dalam bangunan kantin dalam keadaan baik serta layak digunakan apabila perjanjian
ini ditamatkan.

4.8

Pengusaha kantin hanya menggunakan bangunan kantin tersebut semata-mata untuk


menjalankan perniagaan tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

4.9

Pengusaha kantin adalah dilarang mencacat, memotong, mengudung atau merosakan


mana-mana bahagian dinding atau lantai bangunan kantin serta melibatkan struktur
bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada IPGK Perlis.

15

5.

4.10

Pengusaha adalah bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan dan menyelenggara


bangunan kantin dengan perbelanjaan sendiri selepas penyerahan penyewaan
disempurnakan.

4.11

Pengusaha dan kakitangannya juga adalah dilarang daripada melakukan apa-apa jua
perbuatan yang mendatangkan kemudaratan atau angkara, gusaran atau gangguan
terhadap pelanggan dan tidak mempamerkan apa-apa jua bentuk iklan atau apa-apa
tanda luar perniagaan kecuali plat nama yang bentuknya dibenarkan oleh IPG Kampus
Perlis.

4.12

Pengusaha juga bertanggungjawab untuk menjaga bangunan kantin supaya sentiasa


berada di dalam keadaan baik serta bersih dari segi kesihatan dan layak digunakan
serta dapat dinikmati dengan selesanya oleh para pelanggan.

4.13

Apabila tamat tempoh perkhidmatan kontrak sewaan, Pengusaha mestilah


membersihkan semua kawasan yang digunakan.

KEBERSIHAN PREMIS KANTIN/KAFETERIA


5.1

Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab di atas kebersihan ruang bangunan yang


digunakan dan kawasan sekelilingnya. Pengusaha Kantin adalah sepanjang masa
kontrak berkuatkuasa tertakluk kepada perkara-perkara berikut:(i)

Peraturan-peraturan semasa mengenai kebersihan dan kesihatan kantin yang


dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Kamps Perlis.

(ii)

Undang-undang Kecil dan Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan oleh PihakPihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah/Pejabat Kesihatan Daerah)

5.2

Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kebersihan


ruang premis dari segi kebersihan lantai, meja, kerusi dan semua peralatan /
kemudahan yang disediakan.

5.3

Pengusaha Kantin juga bertanggungjawab dalam menyediakan tong sampah untuk


digunakan oleh pelanggan bagi mengelakkan sampah bertaburan di merata tempat.

5.4

Pengusaha kantin hendaklah memastikan supaya bahan-bahan makanan mentah


disimpan dalam setor (jika disediakan) dan setor hendaklah sentiasa dalam keadaan
kemas dan bersih.

5.5

Peti sejuk hendaklah mencukupi dan berfungsi bagi menyimpan makanan yang mudah
atau cepat rosak. Luar dan dalam peti sejuk hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.

5.6

Semua peralatan yang digunakan untuk menyedia, memasak dan menyimpan


makanan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
16

6.

5.7

Pengusaha Kantin juga bertanggungjawab memastikan semua kawasan kantin


dibersihkan pada setiap masa bagi mengelakkan serangan makluk perosak seperti
tikus dan sebagainya.

5.8

Pengusaha kantin hendaklah bertanggungjawab membuang sampah dan sisa


makanan kantin di luar kawasan Institut dan bukannya di tempat pembuangan sampah
milik Institut.

5.9

Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kebersihan


ruang makan tertutup dan ruang makan terbuka dari segi kebersihan lantai, meja,
kerusi dan semua peralatan / kemudahan yang disediakan.

5.10

Pengusaha kantin juga bertanggungjawab dalam menyediakan bekas (besen besar)


untuk meletakkan pinggan dan gelas yang telah digunakan oleh pelanggan bagi
mengelakkan ianya bertaburan di atas meja.

5.11

Pengusaha kantin bertanggungjawab untuk membersihkan dinding, jendela serta pintu


dengan menggunakan kain lembab dengan bahan pembersih sekurang-kurangnya 1
kali sehari.

5.12

Pengusaha kantin hendaklah memastikan lantai kantin, meja makan pelajar, staff di
mop dua (2) kali sehari sebaik-baiknya sebelum waktu tengahari dan dibersihkan
selepas digunakan.

PEKERJA/KAKITANGAN KANTIN
6.1

Semua pekerja yang membantu di dapur dan menyajikan makanan di dewan makan
hendaklah disyaratkan memakai apron, bertutup kepala serta berpakaian seragam
yang bersih (memakai kasut). Pekerja lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
Pemakaian selipar di dalam kantin adalah dilarang bagi mengelakkan kemalangan
semasa bekerja.

6.2

Pengusaha kantin hendaklah bertanggungjawab memastikan semua pekerja sentiasa


dalam keadaan bersih dan sihat. Pekerja-pekerja yang sakit (seperti demam selsema,
batuk, luka dan sakit berjangkit) hendaklah diarah mendapatkan rawatan perubatan
dengan segera dan tidak dibenarkan bertugas sehingga disahkan sihat.

6.3

Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja dengan


memastikan bahawa semua peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa yang
berkaitan dengan buruh dipatuhi.

6.4

Pengusaha kantin hendaklah memastikan semua pekerja-pekerjanya menjalani


pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan TY2 oleh pegawai perubatan sebelum
dibenarkan bertugas.

6.5

Pengusaha kantin dihendaki menyediakan perkara seperti berikut:17

7.

i)

Menyerahkan lesen perniagaan yang diperakui oleh Suruhanjaya Syarikat


Malaysia SSM);

ii)

Surat perakuan doktor (suntikan TY2) dan hendaklah diserahkan kepada pihak
institut untuk rekod dan pemeriksaan;

iii)

Memberikan senarai nama semua pekerja yang diambil bekerja dari semasa
ke semasa dan menyakinkan pihak IPG Kampus Perlis bahawa pekerja
tersebut berkelakuan baik; dan

iv)

Pengusaha juga diminta menyediakan kad pengenalan diri kepada semua


pekerjanya.

6.6

Pengusaha kantin juga perlu dari semasa ke semasa melaporkan kepada pihak IPG
Kampus Perlis tentang apa-apa perubahan yang berlaku mengenai kesihatan,
pertambahan dan kekurangan kakitangan kantin dan meminta persetujuan IPG
Kampus Perlis mengenainya.

6.7

Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab terhadap disiplin pekerja-pekerjanya.


Pengusaha kantin hendaklah memastikan pekerja-pekerjanya tidak menganggu
pelajar-pelajar dan tenteraman Institut sebagai tempat belajar. Pengusaha kantin
institut berhak meminta pengusaha kantin membuang pekerjanya jika didapati tidak
berdisiplin.

PEMERIKSAAN PREMIS DAN MAKANAN


7.1

IPGK Perlis adalah sentiasa berhak untuk memeriksa peralatan, premis serta bahan
mentah dan makanan yang sudah dimasak pada bila-bila masa.

7.2

IPGK Perlis adalah berhak untuk menghantar contoh-contoh makanan atau bahan
mentah untuk ujian dan menolak semua makanan jika tidak menepati kualiti yang
sepatutnya.

7.3

IPGK Perlis berhak memberikan arahan supaya kantin menutup operasi sekiranya
didapati pihak kantin tidak memenuhi spesifikasi dalam kontrak.

7.4

Pemeriksaan bulanan akan dibuat terhadap mutu perkhidmatan kantin dan pengusaha
adalah dengan rela atau telus membenarkan pemeriksaan kantin dibuat oleh IPGK
Perlis atau pegawai kesihatan yang telah dilantik untuk membuat pemantauan
tersebut.

18

KEMUDAHAN TAMBAHAN
8.1

LARANGAN MENYEWA KEPADA PIHAK LAIN


9.1

10

Pengusaha kantin boleh menambah kemudahan dengan tujuan menarik pelanggan


dengan memasang apa-apa dekorasi atau sistem alat pandang dengar yang sesuai
dengan syarat memberitahu Kerajaan terlebih dahulu dan sedia menerima apa-apa
teguran dari Kerajaan dari masa ke semasa.

Semua atau mana-mana bahagian bangunan kantin tidak boleh disewakan kepada
orang lain.

BANGUNAN KANTIN
10.1

Pengusaha kantin bertanggungjawab ke atas seseluruhan bangunan kantin yang


merangkumi keluasan ruang tapak kantin yang terbuka dan keluasan ruang tapak
kantin yang tertutup.

19

SENARAI SEMAK

Tuan,
Tawaran Untuk Menyewa dan Menguruskan Kantin Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Merujuk kepada perkara tersebut di atas, bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut
untuk tindakan tuan selanjutnya:i.

Borang Sebutharga (Lampiran Q)

ii.

Jadual Harga (Lampiran Q1)

iii.

Ringkasan Harga (Lampiran Q1 (T)

iv.

Kadar Sewa Sebulan (Lampiran Q1(T1)

v.

Keterangan Mengenai Penyebutharga (Lampiran Q2)

vi.

Syarat-Syarat Sebutharga (Lampiran Q3)

vii.

Syarat-Syarat Khas (Lampiran Q4)

viii.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat

ix.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat

x.

Penyata Bank bagi bulan Ogos 2013, September 2013 dan Oktober 2013 (Dokumen wajib)
hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Bank berkenaan dan salinannya memadai diakui oleh
Pegawai Kerajaan dalam Pengurusan dan Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / ADUN / Ahli
Parlimen / Jaksa Pendamai. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang
dinyatakan tidak akan diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


Yang Benar,
Nama

: ..

Cop Syarikat

Alamat

No. Telefon
Fax

:
: .
20

You might also like