JMS316E

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pengenalan

Sayyid Abul Ala Maududi (25 September 1903 22 September 1979)


merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami (Parti
Islam). Sayyid Abul Ala Maududi atau Imam Abul Ala Al Maududi amat berpengaruh
dalam linkungan Jamaati Islami di Benua India dan juga merupakan seorang ahli
falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di
seluruh dunia. Imam Maududi. Imam Maududi mendapat ilham daripada perjuangan
Sayyid Qutb di Mesir iaitu Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Beliau mempunyai

keunikan keperibadiannya dengan pelbagai bakat yang

membuat dirinya berada pada kedudukan yang tinggi. Malahan beliau amat cerdas
sejak dari kecil lagi. Bahkan beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang
Islam dan mempunyai interaksi dengan pergerakan-pergerakan secara sempurna.
Selain itu, Iman Al Maududi seorang yang berani dan kuat dalam menghadapi kesulitan
serta teliti dalam memberi pandangan dalam hal-hal yang baru dari perspektif konsep
Islam yang sahih. Sebagaimana Qutb, Maududi merupakan tokoh pembangunan dan
perjuangan Islam seluruh dunia.

Latar Belakang
Imam Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 Hijrah bersamaan 25 September 1903
di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra),

Selatan India. Beliau

merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang pemimpin


spiritual bertaraf wali / Sufi. Bapa Imam Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada
1855 adalah seorang peguam. Sungguhpun kebanyakan nenek moyangnya terdiri
daripada ahli utama dalam kumpulan sufi tetapi beliau dikatakan tidak mempunyai apaapa hubungan dengan kumpulan sufi.1 Imam Maududi merupakan anak bongsu
daripada 3 adik beradik yang kesemuanya lelaki. Beliau telah mendapat pendidikan
awal di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang
dipanggil Madrassah, bukan sekolah Islam tradisional . Kemudiannya melanjutkan
pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad dalam masa yang singkat memandangkan
bapanya sakit. Beliau amat mahir berbahasa Arab, bahasa Parsi, bahasa Inggeris, dan
bahasa ibundanya iaitu Urdu. Selain itu, sebahagian besar ilmu pendidkan dan
pengetahuannya adalah dengan belajar sendiri.
Pada tahun 1918 iaitu ketika Imam Maududi berusia 15, beliau telah mula
bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara
kehidupannya. Tahun 1920, beliau telah menyandang jawatan editor surat khabar Taj,
yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang dikenali sebagai Madhya Pradesh, India.
Artikel-artikel yang ditulis pada waktu tersebut mempunyai corak warna politik yang
kental, di mana beliau begitu gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem
1

Ahmad Bashir Aziz, Amir Hamzah Abdul, Kamaruddin Ahmad, Mohd Liki Abdul Hamid &
Munif Zariruddin Fikri Nordin, Tamadun Islam & Tamadun Asia 1, Pusat Pendidikan Profesional
dan Lanjutan (PACE) UUM. 2006

khilafah. Kali ini artikel-artikel yang ditulis juga menjadi penyebab akhbar harian ini
ditutup dan pimpinan redaksinya diajukan ke meja hijau. Tidak lama kemudian ia
berpindah ke Delhi pada tahun 1921 untuk bergabung bersama ketua Himpunan
Ulama' India dalam penerbitan akhbar harian Al Muslim(1921-1923), dan ia pun dipilih
menjadi ketua redaksinya. Dan kemudiannya editor al-Jamiyat (1925-1928), yang
diterbitkan oleh Jamiyat-i Ulama-i Hind, yang merupakan sebuah pertubuhan politik
Deoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor, al-Jamiyat menjadikan surat khabar
utama untuk orang Islam di Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka dan
Maldive).

Tuduhan palsu telah dilemparkan

terhadap diri Al- Maududi bahawa

mengeluarkan fatwa yang melarang berjihad di Kasymir (wilayah Muslim yang masih
dikuasai India) lalu dimasukkan ke dalam penjara bersama sejumlah sahabatsahabatnya pada 4hb. Oktober 1948. Al-Maududi telah berada dalam sel tahanan
selama 6 bulan tetapi masih belum dikeluarkan hingga keluar keputusan dari
mahkamah agung bahawa masa penahanan tidak boleh lebih dari lapan belas bulan.
Pada 28hb. Mei 1950 Al-Maududi dibebaskan setelah 20 bulan menghabiskan waktu
dalam penjara. Pemerintah meneruskan tindakannya, akan terapi penjara tidak
membuatkan Al-Maududi putus asa dengan tekad dan dakwahnya, Jama'ati Islami dari
waktu ke waktu menuntut penerapan syariat islam.

Sementara rejim Ghulam Muhammad, salah seorang tokoh Pakistan yang


paling keras menentang Islam, memandang perlunya menghapuskan Jama'ati
Islami dengan menghancurkan pertubuhan tersebut. Untuk itu beliau memanfaatkan
kesempatan atas tulisan Al-Maududi tentang serangannya terhadap aliran Qadianiyah,
lalu Ghulam Muhammad menggerakkan kakitangannya untuk melakukan kekacauan,
kemudian setelah itu mengumumkan keadaan darurat dengan tujuan dapat
memenjarakan Al-Maududi beserta sahabat-sahabatnya. Pada 28hb. Mac 1953 mereka
dipenjarakan dengan alasan mengancam keamanan dan menimbulkan rusuhan dalam
negeri. Al-Maududi dijatuhi hukuman mati dan para anggota mahkamah tentera yang
mengeluarkan hukuman ini mengatakan kelak bahawa hukuman ini telah diputuskan
melalui tulisan yang sampai ke tangan mereka dari penguasa tertinggi, sedangkan
majlis hakim tenrera ini hanya tinggal membacakannya sahaja. Mereka keluar
berdemonstrasi di dalam negeri Pakistan dan di luar negeri menuntut pembebasan AlMaududi. Pemerintah terpaksa memenuhi tunturan rakyat lalu pada mulanya
membatalkan hukuman mati kemudian diubah menjadi penjara seumur hidup.Kemudian
terpaksa membebaskanya pada tahun 1955 setelah tinggal dalam penjara selama 25
bulan. AI-Maududi keluar penjara tanpa mengatakan sepatah kata pun yang meminta
belas kasihan dari penguasa zalim.

Sumbangan
4

Beliau layak digelar sebagai seorang mujaddid kerana kepintaran ,kecerdikan


dan membolehkan beliau menghadapi segala keadaan dengan tabah dan sabar
Al Maududi juga bersikap terbuka dan berfikiran luas , tidak fanatik kepada mana-mana
mazhab. Malahan beliau lebih mengutamakan jalan yang benar, berkeupayaan untuk
mengeluarkan umat Islam dari lembah kesesatan dan membawa mereka ke arah
kebenaran dan petunjuk. Bahkan beliau berkeupayaan membezakan ajaran Islam yang
suci murni daripada ajaran yang mendatang yang mencemarkan kejernihan Islam.
Kepimpinan Al Maududi bermutu tinggi dan dapat menyatupadukan umat Islam
walaupun terpaksa menghadapi dan mengatasi segala cabaran dan rintangan
Sayyid Abul Ala Maududi telah banyak memberikan sumbangan kepada
perkembangan Islam pada abad ke 20. Imam Maududi terlibat dalam membentuk
Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang bertujuan
untuk menentang penjajahan kolonial British. Beliau menggesa Muslim India berhijrah
ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British. Pada ketika itu, Imam Maududi
mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu.
Bahkan beliau juga turut menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam (Jihad dalam Islam)
yang diterbit secara bersiri dengan nama al-Jamiyat tahun 1927 dan dijilid sebagai
buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau. Pada tahun
1933, Imam Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Quran (Tafsiran al
Quran). Bidang penulisan beliau ialahberkisar

tentang Islam, konflik antara Islam

dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau turut mengemukakan penyelesaian Islam


dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.

Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Imam Maududi
mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab.
Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik
Islam. Imam Maududi mengkritik habis-habisan mengenai konsep-konsep Barat seperti
nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk
menjajah umat Islam. Beliau mencadangkan dunia Islam berdikari, jihad (berjuang)
sehingga berjaya menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah
dan mentafsir Quran ke bahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udangundang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.
Tahun 1941, Imam Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk
mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai
Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan
kesihatan. Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara
Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India,
Imam Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat
Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar
sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.
Imam Maududi telah ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya
yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Imam Maududi disebarkan yang
mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik. Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk
perasaan di Pakistan. Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau.
Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu
6

dibebaskan berucap. Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman


mati ke atas beliau.
Imam Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam
sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap
untuk umat Islam. Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan
mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad. Konsep ini merupakan alasan
utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh
hidup, berkembang di mana sahaja.
Al-Maududi, adalah seorang penulis yang sangat produktif dan tajam
pengungkapan kata-katanya serta padat isinya, hingga banyak ungkapan kata-katanya
menjadi kata mutiara yang sentiasa berpindah dari seorang kepada seorang lain yang
menyertai perjalanan masa.

Kekuatan pengungkapan bahasa yang digunakan

mempunyai nilai yang besar pada karya-karyanya itu melalui terjemahan buku-buku
yang ditulis sebab terjemahan adalah gaya penterjemahnya. Akan tetapi pengamati
yang tajam menegaskan bahawa Al-Maududi adalah seorang sasterawan yang mantap
dan mampu mengolah bahasa dengan cara yang sangat mengkagumkan.

Al-Maududi telah memberi pengaruh yang besar terhadap berbagai kalangan


umat dan karya-karyanya tersebar luas di Pakistan dan negeri-negeri Islam. Diyakini
karya para penulis Islam lainnya tidak tersebar luas seperti karya- karya Al-Maududi.
Dalam karya-karyanya itu, pemilihan kata-katanya adalah begitu baik dengan
maknanya yang mendalam. Pandangannya dalam sastera lebih tertumpu pada makna
7

dan gagasan daripada ungkapan dan penggunaan kata-kata AI-Maududi adalah salah
seorang pemikir Muslim moden jika diungkapkan dengan kata-kata pendek, kiranya
tidak berlebihan bahawa ia adalah pemikir pergerakan Islam moden. Para tokoh
pemikiran yang ada di dunia Islam banyak mengambil pemikiran-pemikirannya dan
mereka rnengakui hal itu.

Al-Maududi memerangi fahaman nasionalisme dj India, sebab fahaman ini telah


tersebar di kalangan kaum Muslimin yang menyerukan untuk bergabung dengan warga
Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu perjuangan untuk mengusir penjajah dari
bumi India. Al-Maududi menjelaskan bahaya fahaman ini sebab orang-orang Hindu dan
Britain menurutnya sama sahaja. Kedua-duanya memerangi Islam dan bekerja untuk
menghancurkan kaum Muslimin. la juga menjelaskan bahawa slogan mereka yang
mengatakan bahawa bangsa berdiri di atas asas kesamaan tanah air, hanyalah salah
satu cara untuk menundukkan umat Islam agar dapat jatuh di bawah kaki penganut
Hindu.

Dalam mengemukakan paradigmanya ini Al-Maududi menunjukkan prinsipprinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan ini. Sedangkan
konsep "ummah lslamiyyah" berdiri hanya di atas asas aqidah Islam. Al-Maududi
membuka selubung kepalsuan peradaban Barat dan kelemahan ideologinya serta
membicarakan teori Darwin yang memperlecehkan manusia iaitu bahawa manusia
berasal dari kera dan penerusan hidup hanyalah bagi yang lebih kuat. Darwin
8

berpendapat bahawa secara alamiyyah yang berhak hidup adalah yang dapat
menunjukkan kekuatan penerusan hidupnya. Dalam sistem kejam ini yang lemah akan
binasa kerana ia lemah bahkan ia harus musnah, bahawa yang bertahan hidup, akan
hidup kerana ia kuat, oleh kerana itu ia harus tetap hidup.

AI-Maududi memerangi kelompok pengagum peradaban Barat. Ia mencurahkan


perhatian besar pada pembahasan mengenai nilai-nilai peradaban Barat dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik, lalu menjelaskan bagaimana keunggulan Islam dari
berbagai sudutnya agar dapat mengembalikan kepercayaan diri kaum Muslimin pada
agama mereka secara mempunyai rasa bangga pada identiti yang mereka miliki serta
dapat mengambil manfaat dari segi positif peradaban Barat dan membuang yang
negatif. Al-Maududi memerangi kejumudan yang ada pada sebahagian ulama' dan
sikap ekstrim Serta berlebihan pada sebahagian lainnya. AI-Maududi seorang penda'i
yang menekuni dakwah secara awal kehidupannya melalui tulisan dan lisan untok
membuka kebatilan, menjelaskan aspek-aspek Islam sebagai satu sistem hidup yang
utuh kepada khalayak agar rerbuka wawasan mereka Sehingga diharapkan akan
menjauhi fahaman nasionalisme sempit yang semakin dipropagandakan, kemudian
mendekati ajaran dan identiti islam. Dan pada akhirnya, AI-Maududi telah mendirikan
Jama'ati islami sebagai satu organisasi Islam di mana ia menjadi ketuanya. Dia
mengalami apa yang juga dialami para da'i lainnya dalam melaksanakan misinya;
penjara, pengusiran, tekanan penguasa, fitnah dan persekongkoIan dari musuh-musuh
Islam, serta tuduhan keji dari kalangan kaum Muslimin yang tidak memahami misinya.

Imam Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun
yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah. Beliau
menyatakan umat Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.
Imam Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami
benar-benar. Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100%.
Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi
jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti.
Apabila ini disertai dengan revolusi pemikiran yang diharapkan maka perubahan
itu akan dapat dicapai dengan cara yang lebih baik dan risiko yang lebih kecil.
Barangkali kelompok ini memandang bahawa inilah cara yang ideal untuk mengadakan
perubahan dan dapat bertahan lama. Al-Maududi memandang bahawa perubahan
dapat dilakukan melalui apa yang telah ia lakukan. Sebab revolusi yang dilahirkan dari
kekerasan senjata biasanya tidak bertahan lama dan tidak menemui jalan yang dapat
menjadi pegangan dalam hati rakyat yang tidak mendukung revolusi itu. Sedangkan
revolusi yang muncul dari perubahan pandangan dan cita rasa, membawa prinsipprinsip dan rukun-rukun yang tidak mudah goyah dan lebih mendalam pengaruhnya
dalam hati individu masyarakat serta cita rasa mereka yang peka. Kemudian AlMaududi menjelaskan bahawa keperibadian Islam berbeda dengan keperibadian
gerakan-gerakan revolusi yang ada pada abad moden ini.

Al-Maududi memandang bahawa perubahan dapat dilakukan melalui apa yang


telah ia lakukan. Sebab revolusi yang dilahirkan dari kekerasan senjata biasanya tidak
10

bertahan lama dan tidak menemui jalan yang dapat menjadi pegangan dalam hati
rakyat yang tidak mendukung revolusi itu. Sedangkan revolusi yang muncul dari
perubahan pandangan dan cita rasa, membawa prinsip-prinsip dan rukun-rukun yang
tidak mudah goyah dan lebih mendalam pengaruhnya dalam hati individu masyarakat
serta cita rasa mereka yang peka. Kemudian Al-Maududi menjelaskan bahawa
keperibadian Islam berbeda dengan keperibadian gerakan-gerakan revolusi yang ada
pada abad moden ini. Sebab gerakan-gerakan revolusi pada masa sekarang ini, pada
mulanya bersumber dari dendam yang mendalam dari kalangan orang-orang yang
mempercayai cara-cara kekerasan, kelicikan, pengkhianatan, dan pemerasan, agar
dapat menyingkirkan regim untuk digantikan dengan regim yang lain tanpa
memperhitungkan berapakah yang menjadi korban untuk mencapai tujuan ini. Berbeza
dengan Islam, ketika sampai pada tahap kejayaan, iaitu pemerintahan, ia mengikuti
politik yang bersifat halus, tenang dan bertahap tanpa kekerasan serta menghindarkan
kehidupan manusia sedapat mungkin dari perubahan mendadak dan drastik.
Pengalaman perubahan moden, dalam skala nasional, revolusi berhaluan kiri mahupun
kanan tidak berlebihan jika dikatakan - oleh salah satu pelaku revolusi Perancis bahawa revolusi ini memakan korban putera-puterinya sendiri.
Jika dibandingkan dengan perintah rabbani kepada kaum Muslimin Makkah agar
mereka menahan diri supaya tidak membalas dendam agar tidak menimbulkan dalam
rumahtangga penduduk Makkah; pembantaian, balas dendam dan kebencian antara
sesama keluarga dan kabilah. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam di Madinah ketika
beliau tidak mahu membunuh tokoh munafiq kenamaan agar tidak dikatakan bahawa

11

beliau membunuh pengikutnya, maka dari sini lalu dapat difahami sejauh manakah
dalamnya visi Al-Maududi mengenai hal ini.
Imam Maududi menulis lebih 120 buah buku dan risalah dan lebih 1000 ucapan
(700 ucapan telah dirakam dan disebarkan). Tumpuannya ialah (Tafsir), etika, kajian
sosial dan permasalahan perjuangan Islam. Karya termasyhur beliau dalam bahasa
Urdu ialah analisis terhadap Tafhim al-Quran (Ke arah Memamahi Quran), mengambil
masa 30 tahun untuk siap. Tafhim al-Quran telah diterjemah kebahasa Arab, English,
bahasa Turki, bahasa Farsi, Hindi, bahasa Perancis, bahasa Jerman, Swahili, bahasa
Tamil, bahasa Bengali, Malayalam dan Kannada.

Penutup
Al Maududi merupakan tokoh kontroversi. Golongan sekular dan Islam massa
mengkritik beliau.Ramai ulama yang terlibat dalam penubuhan Jamaat menentang balik
dasar dan gaya kepimpinan beliau. Antaranya ialah aliran Barelwi dan Deobandi. Aliran
Barelvi yang dipimpin oleh Shaikh al-Islam Sayyid Muhammad Madani Ashrafi
12

mendakwa Maududi tidak memahami terminologi tradisional Islam. Aliran Deoband


yang dipimpin oleh Shaikh Muhammad Zakariyya Kandhalwi yang menghasilkan
Jamaah Tabligh.Buku tulisan Kandhalwi ialah Fitna-e Mawdudiyyat mengkritik dan
bertentangan dengan falsafah Maududi.

Golongan muslim sekular membidas teori

politik Maududi yang berakar daripada Sayyid Qutb di Mesir. Ia menyerupai Stalin atau
Mussolini berbanding dengan Quran dan Hadith. Negara Islam Madinah yang
majoritinya Islam pada abad ke-7 adalah amat berlainan sama sekali dengan realiti hari
ini.
Imam Abul Ala Maudoodi selaku Amir (Ketua) Jamaati Islami , adalah hasil
pendidikan teologinya pada tahun 1927. Itu adalah berdasarkan pendidikan dan stail
Urdu . Kritikan Maududi terhadap ulama sekolah Deoband dan Lucknow
memaparkan kelemahan ketara beliau dalam disiplin teologi . Beliau mengkritik Jamiyat
Ulamai Hind berkaitan dengan teori Nasionalime, telah meletakkan umat Islam dalam
bahaya .Ini akan menyebabkan umat Islam bermusuhan dengan Hinduisme dan
Muhammad Ali Jinnah seorang Muslim nasionalis.
Imam Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang
sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat,
antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik
peribadi, satu dasar sekular. Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat.
Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat, menggantikan
undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah
hudud. Imam Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam
13

ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di
Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London,
New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat
penyelidikan di rab Saudi, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 19591960 dan menggesa al-Quran diangkat sebagai panduan utama.
Bagi Al-Mauddui penglibatannya dalam poitik Islam setelah sekian lama
berkecimpung dalam bidang kewartawanan adalah berpegang kepada prinsip setiap
umat Islam mesti aktif dalam apa sahaja kegiatan yang dapat merealisasikan kalimah
Allah S.W.T. Dalam konteks semasa, politik adalah media yang tidak dapat dielakkan
untuk mengelakkan dari ia dikuasai oleh golongan yang zalim, tidak beriman dan
beramal soleh. Al-Maududi juga menegaskan jihad atau revolusi kadangkala perlu
untuk menghapuskan pemerintah yang zalim. Walaubagaimanapun, beliau tidak
menggalakkan umat Islam melancarkan revolusi berdarah dalam penegakan daulah
Islamiyah, jika ada jalan damai. Hikmah mesti diutamakan berdasarkan tempat dan
suasana

dan

juga

bergantung

kepada

keadaan

semasa.

Pada 22 September 1979, Imam Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun
di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tapi batu nisan peringatan
dibina di (Ichra) di Lahore oleh pengikut setianya.

14

BIBLIOGRAFI
1. Ahmad Bashir Aziz, Amir Hamzah Abdul, Kamaruddin Ahmad, Mohd Liki Abdul
Hamid & Munif Zariruddin Fikri Nordin, Tamadun Islam & Tamadun Asia 1, Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM. 2006
2. Mustafa Haji Daud, Beberapa aspek Pemikiran Al Maududi, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, K.L, 1988.
3. en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_Maududi
4. www.jamaat.org/overview/founder.html
5. www.newworldencyclopedia.org/entry/Sayyid_Abul_A'la_Maududi
15

16

You might also like