Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

bklgru.blogspot.

com

http://bklgru.blogspot.com/2014/10/perbandinganteori-rasional-emotif.html

PerbandinganTeori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan Teori


Pemusatan Perorangan
Latar Belakang Teori

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (RET) dikenali juga sebagai terapi A-B-C, merupakan suatu teori yang
berbeza sekali dari teori Pemusatan Perorangan (PCC). Hal ini adalah disebabkan teori RET hanya
mementingkan ketiga-tiga aspek atau alam yang terdapat pada seseorang individu itu, iaitu aspek kognitif, aspek
emotif dan aspek tingkah laku. Ia menekankan pemikiran, penilaian, penganalisaan, perlakuan serta membuat
keputusan. Pendekatannya juga berbeza sekali kerana ia amat bercorak didaktik atau mengajar, amat mengarah,
dan lebih mengutamakan pemikiran daripada perasaan.

Jauh berbeza daripada teori PCC yang terlebih dahulu dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien
pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan. Teori PCC ini menggunakan istilah Pemusatan Perorangan
hasil daripada kepercayaan pelopornya iaitu Carl Rogers terhadap individu dan keperluan melihat manusia dari
sudut pandangan positif. Teori ini juga menekankan bahawa manusia mempunyai desakan semula jadi untuk
memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri. Seseorang individu juga berupaya memberi
penilaian positif kepada pengalaman yang dirasai sebagai positif dan penilaian negatif bagi pengalaman yang
dirasai sebagai negatif baginya. Secara tidak langsung, teori ini juga percaya bahawa individu dapat
mengasingkan hasil daripada pengalaman yang positif dan negatif dalam pertubuhan hidupnya.

Sebagai contoh perbezaan, teori RET memfokuskan tiga aspek iaitu aspek kognitif, emotif dan tingkah
laku. Ia bercorak didaktif atau mengajar, amat mengarah dan lebih mengutamakan pemikiran daripada perasaan.
Teori PCC amat berbeza dengan teori RET kerana teori ini sebagai teori tanpa arahan dan tidak bersifat
mengajar. Teori ini juga tidak seperti teori RET yang hanya memfokuskan pemikiran daripada perasaan. Teori
PCC hanya menekankan penilaian sahaja. Akan tetapi, teori RET pula menekankan pemikiran, penilaian,
penganalisaan, perlakuan dan juga membuat keputusan.

Pelopor Teori

Teori RET diperkenalkan oleh Albert Ellis. Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.
Beliau merupakan pelopor kepada terapi ini atau lebih dikenali sebagai terapi A-B-C. Semasa zaman kanakkanak beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima
rawatan nefritis sebanyak sembilan kali. Ellis mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mula mempraktikkan terapi
perkahwinan, keluarga dan seks. Pada masa itu, Ellis yakin bahawa Terapi Psikoanalisis merupakan satu teori
yang mengkaji manusia dengan begitu mendalam. Dari tahun 1947 hingga tahun 1953, beliau telah menjalankan
analisis dan analitikal secara klasikal berorientasikan psiokoterapi. Kesimpulan yang beliau perolehi ialah Terapi
Psikoanalisis tidak begitu mendalam dan tidak saintifik.

Melihat kepada teori PCC pula, teori tersebut dipelopori oleh Carl Rogers. Beliau dilahirkan pada tahun

1902 di Oak Park, dan meninggal dunia pada tahun 1987. Latar belakang keluarga beliau adalah berdisiplin,
penuh dengan keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian
tetapi selepas dua tahun beliau bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York.
Kemudian, Rogers keluar daripada kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama dan
mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau merupakan seorang ahli psikologi klinikal dan seterusnya
melanjutkan pelajaran ke Teacher College, Columbia Universiti serta mendapat gelaran ph.D pada tahun 1928.

Pandangan Terhadap Manusia

Pandangan RET tentang manusia didominasi oleh prinsip bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat dengan
kemas di dalam pisik manusia. RET menekankan semua manusia yang normal berfikir, berperasaan dan
bertindak dan mereka melakukannya secara bertukar ganti. Pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan
tingkah laku. Perasaan pula memberi kesan kepada pemikiran dan tindakan. Tindakan pula memberi kesan
kepada pemikiran dan perasaan. Walau bagaimanapun Albert Ellis (1974) lebih menekankan kepada proses
berfikir.

RET menekankan bahawa individu dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak rasional. Oleh
kerana itu mereka berupaya mencintai, bergembira, berkembang, berinteraksi degan orang lain dan mencapai
kesempurnaan kendiri. Manusia juga mempunyai kecenderungan untuk merosakkan kediri, menyalahkan kendiri,
mempunyai kepercayaan karut, tidak bertolak ansur, membuat kesilapan yang tidak berhenti, suka
menangguhkan kerja, tingkah laku menghalang perkembangan dan pencapaian kesempurnaan kendiri.

Manusia adalah unik kerana ia menciptakan kepercayaan yang mengganggu dan mengulanginya kepada diri
sendiri dan ini akan meneruskan gangguan kepada diri mereka. Individu juga mempunyai keupayaan menukar
proses kognitif, emotif dan tingkah laku dengan memilih untuk bertindak balas secara berbeza daripada corak
sebelumnya. Ini melibatkan seseorang melatih diri untuk menolak daripada merasa terganggu dan menepis
pemikiran tidak rasional dengan mengulangi pemikiran rasional kepada diri sendiri.

Pandangan manusia teori Pemusatan Perorangan pula menyatakan bahawa manusia bersifat rasional,
gemar bersosialisasi, berpandangan ke depan, dan realistik. Sebagai contoh penjelasan, Carl Rogers telah
menyenaraikan ciri-ciri manusia seperti berikut :

I.

Mempunyai maruah serta harga diri dan harus dihormati.

Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri dan berkebolehan untuk membuat
yang bijak sekiranya diberi peluang.

penilaian

III.

Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing

IV.

Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif.

V.

Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing.

VI.
Berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi
arah kehidupan yang memuaskan.

ke

Kedua-dua teori ini sangat menunjukkan perbezaan yang ketara terhadap pandangan manusia. Sifat tidak
rasional yang ditunjukkan oleh manusia dalam teori RET kebiasaannya akan menggunakan perkataan seperti
mesti, harus, dan patut dalam mengharungi liku-liku hidup masing-masing. Jika tidak, mereka akan sering
mengalami gangguan emosi, kemarahan, kebimbangan, kemurungan, putus asa, kekecewaan dan perasaan
negatif lain yang akhirnya membawa kepada tingkah laku yang merosakkan. Cukup berbeza dengan pandangan
teori PCC terhadap manusia yang menyatakan bahawa berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan
tingkah laku masing-masing. Sebagai contoh, rujuk kepada rajah di bawah mengenai tingkah laku manusia yang
tidak rasional atau tidak dapat menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku.

Matlamat Teori

Dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh teori RET ia bermatlamat untuk mengubah pemikiran tidak rasional
klien kepada rasional dan menerima setiap yang berlaku dengan seadanya. Teori ini juga akan membantu klien
dengan menerangkan kenapa dan bagaimana tingkah laku tidak rasional dan tidak normal itu terjadi. Sebagai
contoh, kaunselor akan cuba mengaitkan perasaan tidak rasional dengan pemikiran tidak rasional klien sekali gus
menghasilkan tindakan yang tidak rasional. Oleh itu, klien akan sedar akibat atau kesan daripada tindakan yang
tidak rasional tersebut. Selain itu, kaunselor juga boleh menekankan konsep ABCDE kepada klien iaitu :

A.

Peristiwa yang berlaku kepada klien.

B.

Kepercayaan tidak rasional klien yang terbentuk daripada peristiwa-peristiwa yang dialami.

C. Emosi terhasil daripada kepercayaan yang tidak rasional.


D. Kaedah yang digunakan mahupun cabaran yang akan mengubah emosi yang tidak stabil dan kepercayaan
tidak rasional dalam diri klien.
E.

Lahir emosi yang normal dalam diri klien.

Berbeza dengan teori PCC, ia lebih spesifik matlamat kaunselor adalah menolong klien menjadi lebih
matang dan dapat bergerak ke arah kesempurnaan kendiri kerana sudah jelas bahawa teori ini berpandangan
manusia berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah
kehidupan yang memuaskan. Objektif kaunseling adalah untuk membebaskan individu daripada kebimbangan
dan keraguan yang menghalang individu daripada memperkembangkan potensinya.

Konsep Asas Teori

Dalam teori RET menjelaskan bahawa fikiran, emosi dan tingkah laku manusia adalah saling berkaitan. Misalnya
pemikiran manusia akan sering membina perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula akan memberi kesan
kepada pemikiran dan tingkah laku manusia. Tindakan turut memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan.
Teori PCC pula menyatakan bahawa individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang,
boleh dipercayai dan manusia berkemampuan untuk menyelesaikan masalah demi menuju ke arah

kesempurnaan (self actualization). Setiap manusia sentiasa akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk
mencapai kecenderungan ini seperti dalam keterangan Hierarki Maslow.

Sebagai contoh perbezaan, pada asalnya teori RET menyatakan bahawa manusia adalah unik tetapi apabila
kepercayaan telah diganggu dan mengulangi pada diri sendiri menyebabkan gangguan akan berlaku secara
berterusan. Manusia berupaya menukar pemikiran, emosi dan tingkah lakunya dengan memilih tindak balas yang
berbeza. Hal ini akan menggalakkan manusia berfikir daripada tidak rasional kepada rasional. Teori PCC pula
menolak teori RET memandang manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial, berupaya memusnahkan diri sendiri
dan kurang dapat mengawal diri. Teori PCC menolak idea ini dan menekankan bahawa individu boleh
membimbing dan mengawal diri sendiri.

Matlamat Kaunseling

Matlamat teori RET adalah bertujuan untuk membantu klien memperkembangkan pemikiran rasional dan logikal
melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu. Klien
dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami. Sangat
berbeza dengan teori PCC yang bermatlamat untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk
suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang
bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk mencari suatu jalan
penyelesaian sendiri.

Pencapaian matlamat teori RET hanya berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang
menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan gantian kepercayaan rasional atau logikal.
Sebagai contoh, individu yang mengalami gangguan emosi iaitu sering gagal peperiksaan dapat difahami dengan
jelas dan dihapuskan dengan kepercayaan yang rasional bahawa dia gagal adalah untuk berjaya. Teori PCC pula
akan mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-benarnya.
Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara
berterusan. Contohnya, klien akan berusaha secara berterusan untuk membaiki dirinya dalam proses mencapai
kesempurnaan kendiri. Secara amnya, klien tidak pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.

Peranan Kaunselor

Peranan kaunselor dalam teori RET ini ialah:


i.

Kaunselor amat bersikap mengarah di dalam pendekatannya,

ii.

Kaunselor amat aktif di dalam usahanya mencabar, menunjuk dan menyoal;

iii.

Membantu klien memahami kepercayaan tidak rasional

iv.

Mengajar klien idea dan alternatif baru

v.

Beritahu kebaikan idea baru

Tindakan dalam teori ini tidak semestinya terbatas kepada sesi kaunseling sahaja tetapi kadang-kadang klien

perlu menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu di luar sesi seperti mengelak daripada melakukan sesuatu yang
menyebabkan emosi klien terganggu.
Peranan kaunselor dalam teori PCC pula ialah :

I.
Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. Kaunselor haruslah
mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat
menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang
disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus menganggap klien
sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnya.
II.
Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen dan klien
berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak
beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai
dan dialami oleh klien.
III.
Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan
dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya.
IV.
Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan
membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

Peranan kaunselor dalam teori PCC tidaklah seperti dalam teori RET yang bersifat mengarah. Peranan kaunselor
dalam teori PCC bersifat sebagai fasilitator dan akan memberi kebebasan kepada klien dan menganggap setaraf
dengan klien.

Peranan Klien

Peranan klien dalam teori RET ialah :

i.

Klien lebih merupakan seorang pelajar.

ii.
Klien perlu membicarakan perkara-perkara masa kini yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan
tingkah laku.
iii.

Di peringkat celik akal, klien perlu menyedari sistem kepercayaan yang mengganggu emosinya.

iv.
Klien harus menerima hakikat bahawa jika ia sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk
menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional, maka selama itulah ia akan menderita.
v.
Klien perlu menggantikan set kepercayaan tidak rasional dengan sistem kepercayaan dan falsafah
hidup yang rasional dan realistik.
Peranan klien dalam teori PCC pula menekankan :
I.
II.

Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri
Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri

III.
Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien
dalam membuat pilihan
IV.
V.

Klien berupaya dan bersedia untuk berubah


Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

Perbezaan yang dapat dilihat dalam kedua-dua teori ini ialah usaha klien. Dalam teori RET klien akan berusaha
untuk mengenal pasti tingkah laku yang menyebabkan fikiran atau kepercayaan yang tidak rasional dan
mengubahnya kepada fikiran yang rasional. Contohnya, klien yang berfikiran tidak rasional disebabkan tingkah
laku yang kurang baik akan berusaha mengubah tingkah laku tersebut untuk mencapai kepercayaan atau fikiran
yang rasional. Dalam teori PCC pula, klien berperanan untuk berusaha mencari matlamat baharu dengan
bersedia untuk terus berkembang. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya dalam usaha tersebut dan
kaunselor hanya bertindak sebagai membantu klien dalam membuat pilihan.

You might also like