Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)

Penambahbaikan UPSR dan PMR

MODUL PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI


TAHAP1

KANDUNGAN
1) Pengenalan PAJ

2) Tujuan PAJ

3) Perlaksanaan PAJ

4) Komponen PAJ

5) Kekuatan PAJ

6) Objektif Modul PAJ

7) Garis Panduan Penggunaan Modul PAJ

8) Contoh Modul Perkembangan Fizikal

9 -17

9) Contoh Modul Penjagaan Kesihatan

18 - 26

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (SPPK)


DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI
TAHAP1
PENGENALAN PAJ
Aktiviti Jasmani adalah aktiviti melibatkan pergerakan tubuh badan yang ada kaitannya
dengan perkembangan fizikal dan kesihatan badan. Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) pula
adalah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan fizikal dan penjagaan
kesihatan murid. Melalui pelbagai aktiviti PAJ, maklumat tentang kecerdasan dan kesihatan
murid dapat dikumpul. PAJ ditaksir secara formatif, iaitu pentaksiran dilakukan sepanjang
proses pembelajaran, melalui pemerhatian oleh guru dan rakan sebaya. Kemahiran dan
kebolehan murid sama ada yang wujud secara semula jadi (innate), atau yang diperoleh
(acquired) melalui aktiviti latihan dan gerak kerja yang boleh dilihat melalui pergerakan atau
perlakuan, akan ditaksir melalui PAJ. Aspek jasmani yang tidak boleh dilihat seperti
pengetahuan, pemikiran dsb. tidak ditaksir melalui PAJ tetapi boleh menggunakan kaedah
pentaksiran yang lain seperti Pentaksiran Psikometrik melalui komponen Pintar Jasmani.
PAJ menjurus kepada pentaksiran holistik yang berupaya meningkatkan kualiti murid dari
segi binaupaya insan (human capacity building) dalam era globalisasi, memberi tumpuan
bukan hanya kepada keupayaan kognitif tetapi juga kekuatan dalaman yang boleh
memastikan kebolehdidikan (educability), kebolehlatihan (trainability), kebolehkerjaan
(employability) dan kebolehpasaran (marketability) yang tinggi pada masa akan datang.
Kemahiran PAJ yang berupaya merentasi kurikulum dapat memberi gambaran menyeluruh
tentang penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk
melalui pendidikan iaitu:
Berketrampilan
Berinovasi
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab
Bersikap patriotik
Keusahawanan
TUJUAN PAJ
1.

Di akhir pentaksiran, PAJ menyediakan peluang kepada Murid Tahap 1 untuk


mencapai tujuan berikut:
1.1

Aktiviti Jasmani:
a. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul.
b. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
c. membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai
variasi pergerakan.
d. memerihal pergerakan dan kemahiran motor yang dilakukan berdasarkan
prinsip mekanik.
e. membina tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum.
f. melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala.
3

g.
h.
i.
j.
k.

mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.


mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal.
melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamat.
mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
l. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
1.2

Kesihatan:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

2.

menjaga kebersihan tubuh badan


mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat
mengenali ubat
mengurus emosi
menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain
menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan
mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit
menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat awam dan tempat
permainan

Di akhir pentaksiran, PAJ memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk
mencapai tujuan berikut:
2.1
2.2
2.3
2.4

menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup
kepada murid.
merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan instrumen
sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
menghasilkan pelaporan Murid Tahun 1 untuk dijadikan eviden dan
dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan
pemulihan ke atas murid dilaksanakan.
menjadikan pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan
ibu bapa dalam usaha penambahbaikan P&P.

PELAKSANAAN PAJ
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Melaksanakan pentaksiran secara berterusan sepanjang P&P mengikut


kesesuaian guru dan kesediaan murid atau berkala mengikut jadual yang
ditetapkan oleh sekolah/PPD/JPN.
Mentaksir pada bila-bila masa di luar waktu sekolah sewaktu sukan, lawatan,
gotong-royong dsb.
Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan, kuiz
dsb. oleh guru serta rakan sebaya, sama ada secara berkumpulan atau secara
individu bersama guru atau murid lain.
Melakukan pentaksiran secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid
dalam satu kelas atau kumpulan adalah besar.
Mentaksir beberapa gabungan kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan.
Merekod menggunakan Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan Borang
Penskoran Aktiviti Kesihatan (BPAK) oleh guru yang mengajar Aktiviti Jasmani dan
Kesihatan (selepas pemerhatian).
4

7.

8. Melapor berdasarkan borang-borang tersebut bagi murid Tahap 1 (sekurangkurangnya sekali dalam setahun/satu semester, atau apabila diperlukan oleh
murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar
sekolah).
Mendokumentasikan dalam Portfolio Murid sebagai eviden.

8.

KOMPONEN PAJ

Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) Tahap 1


Aktiviti Jasmani

Perkembangan
Fizikal
PF1
PF2
PF3

Penjagaan
Kesihatan

Kecekapan Kemahiran
Pergerakan
Kecergasan
Meningkatkan Kesihatan dan
Prestasi Fizikal
Kesukanan

PK1

Kesihatan
Fizikal
PK2
Kesihatan
Mental, Emosi dan
Sosial
PK3
Kesihatan
Persekitaran
-

KEKUATAN PAJ
1. Untuk murid yang tidak hadir, sakit, belum bersedia untuk ditaksir atau belum
menguasai sesuatu kemahiran tertentu (dan memerlukan pentaksiran ulangan), guru
boleh mentaksir kemahiran tersebut pada masa-masa lain menggunakan aktiviti
berbeza yang mempunyai kemahiran sama dengan yang perlu ditaksir.
Contoh:
Kemahiran menggunting boleh ditaksir melalui kelas lukisan, jahitan,
pendidikan jasmani dan kesihatan dsb.
2. Untuk murid kes khas (murid kurang upaya/mempunyai penyakit kronik/penyakit luar
biasa), PAJ adalah setakat mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut.
Contoh:
Kemahiran melompat murid ini tidak perlu diulang bagi mencapai
penguasaan kemahiran seperti mana murid normal.
5

3. Untuk kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan PAJ, pentaksiran
boleh dilakukan menggunakan instrumen Pintar Jasmani di bawah Pentaksiran
Psikometrik.
Contoh:
Untuk menguji kefahaman dan pengetahuan yang tidak boleh ditunjukkan
secara pergerakan fizikal atau perlakuan.
4. Untuk murid yang bertukar sekolah, maklumat tentang penguasaan kemahiran murid
boleh diketahui seawal mungkin oleh guru baru melalui Pelaporan Murid.
OBJEKTIF MODUL PAJ
Dengan mengikuti modul ini jurulatih akan dapat melatih guru untuk:1.
2.
3.
4.
5.

memahami bagaimana untuk menjalankan PAJ di sekolah.


mengenalpasti kemahiran yang boleh ditaksir melalui PAJ.
menggunakan instrumen PAJ untuk mentaksir kemahiran murid berdasarkan kurikulum.
merekod penguasaan kemahiran murid di Borang PAJ.
menghasilkan pelaporan sebagai eviden PAJ.

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL PAJ


Cara Melatih Guru/Peserta
1.

Bersama-sama modul ini, jurulatih akan dibekalkan dengan sekeping CD-Rom yang
mengandungi perkara-perkara berikut:
a.

rakaman video (bagi menggambarkan aktiviti sebenar yang dijalankan di sekolah)


yang merangkumi aspek-aspek berikut:
i- Perkembangan Fizikal (PF):
a) Rakaman video A menunjukkan contoh aktiviti Kecekapan Kemahiran
Pergerakan.
b) Rakaman video B menunjukkan contoh aktiviti Kecergasan Meningkatkan
Kesihatan dan Prestasi Fizikal.
c) Rakaman video C menunjukkan contoh aktiviti Kesukanan.
ii- Penjagaan Kesihatan (PK):
a) Rakaman video D menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Fizikal.
b) Rakaman video E menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Mental, Emosi
dan Sosial.
c) Rakaman video F menunjukkan contoh aktiviti Kesihatan Persekitaran.

2.

b.

Contoh Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) yang mengandungi instrumen


pentaksiran berdasarkan Standard Pembelajaran Tahap 1 yang boleh dilihat,
dilaksanakan dan diukur oleh guru PAJ.

c.

Contoh borang pelaporan PAJ Murid Tahun 1.

Jurulatih akan memainkan rakaman video untuk 1-3 minit.

Cara Mentaksir
1.

Peserta diminta melihat video dan mengenal pasti aktiviti yang sepadan dengan
instrumen yang disediakan dan melihat penguasaan murid secara am sebelum melihat
secara khusus kepada murid yang belum/tidak menguasai kemahiran tersebut.

2.

Peserta diminta mentaksir tahap penguasaan murid yang melakonkan aktiviti tersebut
dan memberi ulasan kepada jurulatih.

Cara Merekod
1.

Peserta diminta membuat andaian bahawa murid di dalam video tersebut adalah murid
mereka yang akan ditaksir. Senaraikan nama murid-murid tersebut di dalam Borang
Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) yang disediakan.

2.

Bagi setiap murid yang didapati telah menguasai kemahiran tersebut, peserta diminta
merekod angka satu (1) di dalam lajur-lajur tertentu pada Borang PAJ tersebut. Setiap
lajur mewakili satu kemahiran mengikut standard pembelajaran yang ditetapkan oleh
kurikulum. Andaikan terdapat murid yang tidak hadir, sakit atau murid yang belum/tidak
menguasai sesuatu kemahiran, tinggalkan ruang kosong di baris nama atau lajur
kemahiran mereka.

3.

Dalam keadaan sebenar, angka satu (1) menggambarkan bahawa murid tersebut telah
menguasai kemahiran itu. Sekiranya murid belum menguasainya, guru hendaklah
memberi bimbingan ulangan sehingga murid menguasai kemahiran itu. Di akhir
tahun/semester, sekiranya murid itu masih lagi gagal, maka guru hendaklah merekod
angka sifar (0) dalam Borang PAJnya untuk kemahiran itu sahaja.

4.

Angka satu (1) akan dijumlahkan pada lajur di hujung setiap kemahiran. Jumlah ini
boleh dijana untuk dicetak dan dijadikan Pelaporan PAJ murid sekiranya diperlukan
oleh murid, guru atau ibu bapa.

Cara Melapor
1. Pelaporan PAJ dalam bentuk pemberian bintang akan dijana secara automatik melalui
jumlah yang tercatat pada lajur di hujung sesuatu kemahiran di Borang PAJ. Jumlah
kemahiran ada dicatatkan dalam kurungan dalam pelaporan ini. Oleh kerana itu, guru
mesti mencatat angka satu (1) atau sifar (0) apabila melapor supaya angka-angka ini
dapat dijumlahkan.
2. Pelaporan PAJ ini boleh dicetak dan disimpan dalam Portfolio Murid.
NOTA:
Contoh-contoh aktiviti di dalam modul ini adalah hanya sebagai garis
panduan bagi melaksanakan PAJ di sekolah. Guru-guru boleh menggunakan kreativiti
masing-masing bersesuaian dengan keadaan murid dan kemudahan di sekolah.

CONTOH MODUL
PERKEMBANGAN FIZIKAL

10

PF1
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran untuk
ditaksir

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh Aktiviti
Tempoh masa
Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

Bahan Pentaksiran
Sumber Rujukan:

Kecekapan Kemahiran Pergerakan


Pergerakan Lokomotor
Murid melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan
lakuan yang betul.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:1.8 melakukan pergerakan berjalan dan berlari.
1.10 melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras,
laluan, satah dan kelajuan dengan rakan dan objek.
2.3 menggunakan ruang am dengan pelbagai arah dan aras ruang
yang berbeza.
5.4 mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan
di tempat melakukan aktiviti.
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk menunjukkan
pergerakan lokomotor seperti berjalan dan berlari dengan
membawa gelung.
(b) Murid melakukan pergerakan berjalan biasa dan berlari secara
rawak dalam bulatan, zig-zag atau lurus.
(c) Murid melakukan pergerakan menukar arah.
(d) Murid melakukan pergerakan berjalan lebih laju secara
berkumpulan.
(e) Murid melakukan pergerakan berlari laju secara kumpulan.
(f) Murid mematuhi arahan dan peraturan keselamatan semasa
melakukan aktitivi fizikal.
[Rujuk rakaman video PF1A1 Lakonan Memandu Kereta]
20 minit
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh
guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa pergerakan lokomotor adalah satu
amalan kecergasan diri, mematuhi arahan dan melakukannya
dengan betul dapat menjamin keselamatan diri dan persekitaran.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
borang BPAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua
murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid
direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau
belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa
melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang Penskoran Aktiviti Jasmani
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

11

Modul Perkembangan Fizikal Tahun 1 Video Aktiviti


PF1
Aktiviti 1
Langkah-Langkah

PF1
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran untuk
ditaksir

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh Aktiviti
Tempoh masa
Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber Rujukan

PF1
Aktiviti 2

Kecekapan Kemahiran Pergerakan


Video PF1A1 Lakonan memandu kereta
(a)
Murid melakukan aksi memandu kereta dan bergerak.
(b)
Guru memberi isyarat bergerak ke kiri, murid menukar arah
pergerakan ke kiri.
(c)
Ulang pergerakan ke kanan, depan, belakang dan aras
tinggi dan rendah.
Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Kesedaran Ruang
Murid melakukan pergerakan menukar arah dari depan ke
belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat
dalam ruang yang terhad.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:1.4 menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan
mengikut tempo, irama dan isyarat dalam ruang yang
terhad.
1.27 meniru atau mereka pergerakan mengikut irama dan muzik.
5.7 berkomunikasi antara rakan dan guru semasa melakukan
aktiviti fizikal.
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk kemahiran
pergerakan menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke
kanan dengan menggunakan muzik/tiupan wisel.
(b) Murid melakukan pelbagai kemahiran pergerakan menukar
pelbagai arah dalam ruang yang dibataskan mengikut tempo,
irama dan isyarat.
(c) Murid berkomunikasi (memberi dan menerima arahan sesama
sendiri) sambil melakukan aktiviti dalam kumpulan.
(d) Murid dapat melakukan aktiviti dalam ruang yang terbatas dan
mengamalkan sikap toleransi, bertimbang rasa, bersabar dan
tidak tergopoh-gapah.
[Rujuk rakaman video PF1A2 Tarian Anak Kanggaroo]
20 minit
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua
murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid
direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau
belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa
melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang BPAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

Kecekapan Kemahiran Pergerakan


Video PF1A2 Tarian Anak Kangaroo
12

LangkahLangkah

PF2
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran
untuk ditaksir

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh
Aktiviti
Tempoh
masa
Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

(a)

Murid melakukan aksi seekor kanggaroo melompat-lompat di


dalam gelung.
(b)
Apabila drum berbunyi, murid melompat keluar gelung.
(c)
Lompat kanggaroo mengikut tempo drum:
i.
perlahan (lompatan yang rendah)
ii.
kuat (lompatan yang tinggi)
iii.
perlahan dan berterusan (lompatan yang rendah dan
laju
(d)
Apabila wisel dibunyikan masuk semula ke dalam gelung.
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Regangan dan Kelonggaran
Murid dapat melakukan pergerakan memanaskan dan menyejukkan
badan.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:3.1 melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, regangan
dan pergerakan bulatan untuk memanaskan badan.
3.3 melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot
utama untuk menyejukkan badan.
5.1 menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan
selepas melakukan aktiviti.
(a) Guru memilih aktiviti regangan dan kelonggaran badan yang sesuai
untuk memanaskan dan menyejukkan badan.
(b) Murid melakukan aktiviti yang sesuai bagi memanaskan dan
menyejukkan badan.
(c) Murid berdialog/bersoal-jawab bersama guru tentang keperluan dan
kepentingan aktiviti memanaskan menyejukkan badan.
(d) Murid menilai pergerakan rakan-rakannya yang diarah melakukan
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.
[Rujuk rakaman video PF2B1 Mencapai Awan]
20 minit
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Guru secara khusus membuat pemerhatian dan bimbingan terhadap
murid-murid yang belum menguasai kemahiran.
(c) Pemerhatian secara berperingkat-peringkat/berkumpulan sekiranya
bilangan murid dalam satu kelas adalah besar.
(d) Guru menerangkan bahawa sebelum melakukan sebarang aktiviti,
persiapan mental dan fizikal adalah penting untuk mengelakkan
rencatan/kejutan.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan
dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum
menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui
13

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.


Borang PAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

PF2
Aktiviti 1
LangkahLangkah
PF2
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran
untuk ditaksir

Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal


Video PF2B1 Mencapai awan
(a)
Murid cuba mencapai/menyentuh tali atau riben yang digantung
(tidak boleh melompat).
(b)
Bertahan selama beberapa saat.
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Jantung Sihat dan Kuat
Murid melakukan aktiviti berterusan dan aktiviti bebanan sebagai ujian
jantung.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:3.2

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh
Aktiviti
Kaedah
Pentaksiran

Tempoh masa

melakukan aktiviti untuk menguji kesihatan dan kekuatan


jantung.
(a) Murid mengambil kadar nadi rehat masing-masing.
(b) Murid melakukan aktiviti ringan yang dicadangkan oleh guru.
Murid mengulang mengambil kadar nadi sebaik sahaja selesai
aktiviti. Jika berlaku peningkatan nadi bermakna jantung sihat.
(c) Murid melakukan aktiviti berat/beban dalam tempoh masa tertentu
seperti berlari menaiki bukit/tangga. Jika berupaya melakukannya
menandakan jantung kuat. Murid mengulang mengambil kadar
nadi sebaik sahaja selesai aktiviti.
(d) Jika berlaku peningkatan kadar nadi dari kadar nadi di (b)
menunjukkan jantung kuat.
(e) Murid melakukan aktiviti ini bergilir-gilir bersama
pasangan/berkumpulan.
[Rujuk rakaman video PF2B2 Cabut Ekor Kawan]
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Pemerhatian dan bimbingan guru secara khusus terhadap muridmurid yang belum menguasai kemahiran.
(c) Pemerhatian secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan
murid dalam satu kelas adalah besar.
(d) Guru menerangkan kepentingan penjagaan jantung supaya
sentiasa sihat dan kuat.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
20 minit
14

Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan
PF2
Aktiviti 1
LangkahLangkah

PF3
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran
untuk ditaksir

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran
Contoh Aktiviti
Tempoh masa

Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua
murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid
direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau
belum menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa
melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang PAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my
Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Video PF2B2 Cabut ekor kawan
(a)
Setiap murid akan menyelitkan riben atau tali di belakang
seluarnya.
(b)
Apabila syarat diberikan semua murid akan berlari dan
mengelak ekornya daripada dicuri dan dia juga cuba mencuri
ekor dari seluar kawannya yang lain.
(c)
Murid yang mengumpul paling banyak ekor dan dapat
mengelakkan ekornya daripada dicabut dikira sebagai
pemenang.
Kesukanan
Pasangan Dinamik
Murid mengamalkan nilai kerjasama dengan pasangannya.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:1.19 menangkap atau menerima objek yang dilontar lembut dengan
lakuan yang betul.
1.20 menangkap bola yang dilambung sendiri.
1.21 menendang bola yang digolek daripada kedudukan statik.
1.22 menendang bola yang statik dan seterusnya berlari ke hadapan.
1.23 memukul belon ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki
berterusan.
1.24 memukul belon ke atas menggunakan pemukul berlengan
pendek/bet pingpong.
1.25 kelecek bola ke depan menggunakan bahagian dalam kaki.
1.26 kelecek bola berterusan menggunakan satu kaki.
5.8 melakukan aktiviti secara berpasangan.
(a) Murid memilih pasangan masing-masing.
(b) Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.
(c) Murid menunjukkan rasa seronok dan bekerjasama dengan
pasangan semasa melakukan aktiviti.
(d) Murid bertukar pasangan selepas satu pusingan.
[Rujuk rakaman video PF3C1 Pasanganku]
20 minit

15

Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

PF3
Aktiviti 1
LangkahLangkah

PF3
Konteks
Objektif
Pentaksiran

(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.


(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa kerjasama penting dalam melakukan
sesuatu di dalam kumpulan supaya memudahkan kerja dan
mencapai kejayaan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan
dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum
menguasai, hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui
aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang PAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

Kesukanan
Video PF3C1 Pasanganku
(a) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
(b) Murid mencari pasangan masing-masing.
(c) Murid membuat bulatan dalam kumpulan dan diberikan nombor.
(Contoh: Pasangan A1, A2, A3)
(d) Pasangan akan masuk dalam bulatan.
(e) Guru akan memberikan sebiji bola bagi setiap kumpulan.
(f) Pasangan A1 akan melontar bola menggunakan tangan dan
memberikannya kepada pasangannya.
(g) Setelah pasangannya mendapat bola, bola tersebut akan dilontar
semula kepada pasangannya.
(h) A1 akan melontar bola kepada A2 dan seterusnya sehingga semua
pasangan diberi peluang.
(i) Setelah langkah (f) (h) dikuasai, aktiviti tersebut diulang dengan
kemahiran lain (seperti menyepak bola/mengelecek bola) kepada
pasangannya.
(j) Bilangan bola ditambah bagi setiap kumpulan setelah kemahiran
dapat dicapai sehinggalah aktiviti tamat.
Kesukanan
Kemahiran Memukul dengan Tepat
Murid membuat pukulan dengan tepat pada sasaran.
16

Kemahiran
untuk ditaksir

Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh Aktiviti
Tempoh masa
Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

Di akhir pentaksiran, murid dapat:1.23 memukul belon ke atas menggunakan tangan, lengan dan kaki
berterusan.
5.5 memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam
pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran.
(a) Guru mengenal pasti aktiviti yang sesuai untuk kemahiran memukul
dengan tepat.
(b) Murid melakukan aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran
secara berpasangan/berkumpulan menggunakan teknik yang betul
semasa memukul objek ke atas.
(c) Murid mengulang aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran
menggunakan teknik yang betul pada jarak yang berbeza.
(d) Murid mengulang aktiviti pukulan dengan tepat menepati sasaran
menggunakan pelbagai peralatan.
[Rujuk rakaman video PF3C2 Anak Monyet]
20 minit
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa sesuatu cabaran yang baru apabila
berjaya dibuat dengan betul akan memberikan keseronokan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan
dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai,
hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang
sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang PAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

17

CONTOH MODUL
PENJAGAAN KESIHATAN

18

PK1
PF3
Konteks
Aktiviti 2
Objektif
LangkahPentaksiran
Langkah
Kemahiran
untuk
ditaksir
Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

Contoh
Aktiviti
Tempoh
Masa
Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

Kesihatan Fizikal
Kesukanan
Kesihatan
Diri dan
Reproduktif
Video
PF3C2
Anak
Monyet
Murid
mengamalkan
kebersihan
diri, penjagaan
pakaian
dan
alatan
(a) Guru membahagikan
kelas kepada
kumpulan
kecil (3
orang
setiap
keperluan
diri.
kumpulan). Murid-murid ini disusun sebaris dengan Murid B
Di akhir
pentaksiran,
murid
dapat:berada
di tengah
Murid
A dan C.
1.2.2
mengamalkan
kebersihan
diri. tangan kepada murid C.
(b) Murid A memukul belon dengan
1.3.1
mengamalkan
penjagaan
pakaian
dan alatan
keperluan diri.
(c) Murid C memukul semula kepada murid
A.
(a) Guru
menentukan
aktiviti bagi
mengenal pasti kebersihan serta
(d)
Murid
B cuba menangkap
belon.
penjagaan
pakaian
dan
peralatan
(baju,
seluar,
setokin,
kasut,
(e) Gilirkan kedudukan murid yang dimurid
tengah
supaya
semua
murid
sikat
dsb.) menangkap belon.
berpeluang
(b) Murid membuat penilaian dan perbandingan tahap kebersihan
pakaian sesama mereka.
(c) Murid membezakan gambar-gambar yang menunjukkan tahap
kebersihan yang berbeza (sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam,
peralatan makan minum dsb.)
(d) Murid-murid berbual/berucap/bercerita/menjawab kuiz tentang
amalan kebersihan yang perlu dipatuhi dan pentingnya menjaga
kebersihan diri setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.
[Rujuk Video PK1D1 Permainan Memakai Pakaian Seragam
Sekolah]
20 minit
(a) Guru memerhati secara am pelaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa menjaga kebersihan diri, pakaian dan
peralatan yang digunakan adalah penting bagi menghindarkan diri
dari sebarang penyakit.
(d)
Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
borang BPAJ Tahun 1.
(e)
Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum
mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui
aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang PAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul Teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

Modul Penjagaan Kesihatan Tahun 1 Video Aktiviti


19

PK1
Aktiviti 1
LangkahLangkah

Kesihatan Fizikal
Video PK1D1 Permainan memakai pakaian Seragam Sekolah
(a) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
kecil.
(b) Seorang murid dipilih menjadi model bagi setiap kumpulan.
(c) Murid dalam setiap kumpulan membuat satu barisan dan model
berdiri di hadapan barisan sejauh lebih kurang 25 meter.
(d) Guru meniupkan wisel untuk memulakan permainan.
(e) Peraturan untuk model:
i. berdiri tegak di hadapan.
ii. model hanya berpakaian singlet/baju T dan berseluar sekolah.
(f)
Peraturan untuk ahli kumpulan:
Setiap ahli kumpulan akan berlari mengikut giliran menuju
kepada model dan memakaikan kelengkapan pakaian sehingga
selesai mengikut turutan berikut:- baju sekolah
- tali pinggang
- tali leher
- setokin
- kasut
(g) Kumpulan yang selesai cepat, lengkap, rapi dan betul adalah
pemenang.
PK1
Kesihatan Fizikal
Konteks
Pemakanan
Objektif
Murid memilih jenis makanan serta mengamalkan amalan pemakanan
Pentaksiran harian yang bersih, selamat dan berkhasiat.
Kemahiran
Di akhir pentaksiran, murid dapat:untuk
2.1 memilih makanan harian yang sesuai.
ditaksir
2.2 mengamalkan amalan pemakanan yang bersih, selamat dan
berkhasiat.
Panduan
(a) Guru memilih aktiviti yang sesuai untuk menjelaskan beberapa
Pelaksanaan
jenis makanan bersih, selamat dan berkhasiat.
Pentaksiran (b) Murid mengenalpasti jenis-jenis makanan yang bersih, selamat dan
berkhasiat.
(c) Murid memilih jenis-jenis makanan yang sesuai diambil semasa
sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
(d) Murid membuat perbandingan antara:
- makanan yang bersih dengan yang kotor
- makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat
- makanan yang selamat dan tidak selamat dimakan
(e) Murid-murid menilai amalan pemakanan sesama sendiri semasa
di kantin.
Contoh
Aktiviti
Tempoh
Masa

[Rujuk Video PK1D2 Aktiviti Gunting dan Lekat Memilih


gambar-gambar makanan yang berkhasiat]
30 minit

20

Kaedah
Pentaksiran

Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

PK1
Aktiviti 2
LangkahLangkah

PK2
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran

(a)

Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.


(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh
guru sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa amalan makanan yang betul serta
makan makanan yang berkhasiat, bersih dan selamat adalah
penting untuk kesihatan.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua
murid menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid
direkodkan manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau
belum mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa
melalui aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang BPAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

Kesihatan Fizikal
Video PK1D2 Aktiviti Gunting dan Lekat Memilih gambar-gambar
makanan yang berkhasiat.
(a)
Guru mengedarkan lembaran kerja 1 yang mengandungi
gambar-gambar makanan yang berkhasiat dan kurang
berkhasiat/makanan ringan.
(b) Murid memotong gambar-gambar makanan yang
berkhasiat
sahaja dan melekatkan pada lembaran kerja 2.
Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga
Mengamalkan nilai yang baik sebagai ahli dalam keluarga
Di akhir pentaksiran, murid dapat:21

untuk
ditaksir

2.1.1 menamakan ahli dalam keluarga/penjaga


2.1.2 menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam
keluarga/rumah
2.1.3 menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam keluarga/penjaga
2.1.6 menamakan ahli dalam rumah
Panduan
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk murid menamakan ahliPelaksanaan
ahli dalam keluarga/rumahnya.
Pentaksiran (b) Murid memperkenalkan dirinya, ahli keluarga/penjaganya dan ahli
dalam rumahnya.
(c) Murid bercerita tentang keistimewaan salah seorang ahli
keluarga/ahli dalam rumahnya.
(d) Murid boleh membezakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
dalam keluarga/rumahnya.
(e) Murid boleh membandingkan antara nilai yang baik dan tidak baik
sebagai ahli keluarga.
Contoh
[Rujuk Video PK2E1 Aktiviti membina carta salasilah keluarga]
Aktiviti
Tempoh
20 minit
Masa
Kaedah
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
Pentaksiran
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa setiap ahli keluarga perlu tahu nilai
kekeluargaan yang baik, peranan dan tanggungjawab masingmasing untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

PK2
Aktiviti 1
LangkahLangkah

Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum
mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui
aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang BPAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial


Video PK2E1 Membina carta salasilah keluarga
(a) Guru mengedarkan carta kosong salasilah keluarga.
(b) Murid mengisi carta salasilah keluarga masing-masing.
22

PK3
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran
Untuk
Ditaksir

Kesihatan Persekitaran
Penyakit Berjangkit
Mengenal pasti punca penyakit berjangkit dan mengamalkan langkahlangkah mengelakkannya.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:1.2.2 menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.
1.2.3 mengamalkan langkah-langkah mengelakkan jangkitan penyakit
berjangkit pada diri dan kepada orang lain.
Panduan
(a) Guru menentukan aktiviti yang sesuai untuk menerangkan jenis-jenis
Pelaksanaan
penyakit dengan menayangkan carta/slaid.
Pentaksiran (b) Murid bercerita punca berlakunya penyakit-penyakit
berjangkit dan caranya merebak.
(c) Murid-murid membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum
makan sebagai salah satu cara mengelakkan diri daripada jangkitan
penyakit berjangkit.
(d) Murid menilai sesama sendiri cara mereka membasuh tangan.
(e) Murid menunjukkan cara-cara lain bagi mengelakkan penyakit
berjangkit.
Contoh
[Rujuk Video PK3F1 Membasuh tangan sebelum makan]
Aktiviti
Tempoh
20 minit
Masa
Kaedah
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
Pentaksiran
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan bahawa salah satu cara mengelakkan penyakit
berjangkit (seperti penyakit kulit, demam selesema, jangkitan
cacing) ialah dengan menjaga kebersihan diri.
(d) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang PAJ Tahun 1.
(e) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan,
kemampuan dan keperluan mereka.
Kesimpulan

Bahan
Pentaksiran
Sumber
Rujukan

Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum
mengamalkan hendaklah ditaksir semula pada bila-bila masa melalui
aktiviti yang sama/berbeza sehingga mencapai objektif.
Borang BPAJ
(a) Dokumen Standard Kurikulum Tahap Satu
23
(b) Modul teras Asas Pendidikan Jasmani
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my

PK3
Aktiviti 1
PK3
Konteks
Objektif
Pentaksiran
Kemahiran
untuk
ditaksir:
Panduan
Pelaksanaan
Pentaksiran

LangkahLangkah

Contoh
Aktiviti
Tempoh
Masa
Kaedah
Pentaksiran

Kesihatan Persekitaran
Video PK3F1 Membasuh tangan sebelum makan
Kesihatan Persekitaran
Keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam.
Di akhir pentaksiran, murid dapat:2.1.3 mengenal pasti situasi tidak selamat dan mengambil langkahlangkah keselamatan
(a)
Guru menentukan aktiviti menyediakan dan menyimpan sendiri
nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nombor telefon dan
tempat kerja ibu bapa atau penjaga murid.
(b)
Murid-murid melakonkan satu situasi tidak selamat dan
menunjukkan cara tindakan keselamatan.
(c)
Murid bercerita tentang pengalaman mereka berdepan dengan
situasi tidak selamat semasa di rumah/ sekolah/ taman
permainan/ tempat awam.
(a)
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
(b) Guru membuat tunjuk cara membersihkan kedua belah
tangan yang betul.
(c)
Murid secara bergilir-gilir membersihkan tangan.
[Rujuk Video PK3F2 Membuat Kad Maklumat Diri]
30 minit
(a) Guru memerhati secara am perlaksanaan aktiviti.
(Guru mengenal pasti murid yang tidak hadir dan yang belum
menguasai kemahiran.)
(b) Murid-murid yang belum menguasai kemahiran dibimbing oleh guru
sehingga menguasai kemahiran.
(c) Guru menerangkan kepentingan menggunakan Kad Maklumat Diri
semasa menghadapi situasi tidak selamat.
(d) Guru menerangkan bahawa menjaga keselamatan di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam adalah penting.
(e) Guru merekodkan hasil pemerhatian dan pentaksirannya dalam
Borang BPAJ Tahun 1.
(f) Murid yang kurang upaya ditaksir mengikut kebolehan, kemampuan
dan keperluan mereka.

24

Kesimpulan

Sesi ini perlu diulang oleh guru sepanjang masa sehingga semua murid
menguasai amalan/kemahiran ini. Semua pencapaian murid direkodkan
manakala yang tidak hadir, sakit, belum bersedia atau belum menguasai,
PK3
Kesihatan
hendaklahPersekitaran
ditaksir semula pada bila-bila masa melalui aktiviti yang
Aktiviti2
Video
PK3F2 sehingga
Membuatmencapai
Kad Maklumat
Diri
sama/berbeza
objektif.
Langkah(a)
Guru
menunjukkan contoh kad maklumat diri kepada murid.
Bahan
Borang
BPAJ
Langkah
(b)
Guru
menerangkan butir-butir yang terdapat dalam kad
Pentaksiran
maklumatStandard
diri.
Sumber
(a) Dokumen
Kurikulum Tahap Satu
(c)
Guru
mengedarkan
kad maklumat
diri yang kosong kepada
Rujukan
(b) Modul teras Asas Pendidikan
Jasmani
setiap
murid.
(c) Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lpm.gov.my
(d)
Murid mengisi kad maklumat diri.

25

You might also like