Penulisan Esei

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Guru perlu menyedari

bahawa

terdapatnya

kepelbagaian

sosio-budaya

penduduk negara kita. Kepelbagaian sosio-budaya membawa implikasi secara


langsung kepada pembelajaran khususnya kepada guru, murid, sekolah dan
kurikulum tersirat, kepelbagaian ini juga boleh mewujudkan ketaksamaan
peluang pendidikan.
Mengikut norma, golongan pendidik merupakan agen terpenting yang mampu
membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri pelajar
mengenai kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya kepada diri sendiri,
bangsa dan agama. Pendidik bertanggungjawab memberikan pendedahan awal
kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain.
Tanggungjawab ini harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh guru
bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan
menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin
kepada proses mencapai perpaduan yang dihasratkan.
Dalam bahagian ini, terdapat tiga tajuk utama yang ingin diketengahkan iaitu
konsep

ketaksamaan

peluang

pendidikan,

unsur-unsur

mewujudkan

ketaksamaan dan cara mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan.

KJ K
CUK M
E
T
aeo n u au A
s r
K
i
S
mn l A u
a d
r M
A
tas B p M
- A
e
N
ise eu u P r
nk
E
L
np g s Ue l
uu p
A
N
aS a r e
r a
r G
l
o n n uP K
g a E
N
Ms k D e n a
I
D
I
Ki K w i n
h A
N
a n a Iu
s
sj
u lo
u
d
a r
i
n
t
i
Rajah 1: Tajuk utama dan pecahan tajuk yang akan dibincangkan
2.0 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, ketaksamaan merupakan perihal (sifat,


keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Menurut Noran Fauziah
Yaakub pula, ketaksamaan merupakan keadaan di mana manusia tidak
memperoleh ganjaran sosial yang sama, sama ada perbezaan semulajadi seperti
sahsiah, kecondongan yang berlainan mahupun perbezaan darjat atau taraf
seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan.1
Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah
sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan kuasa politik.
Walaubagaimanapun, semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua
pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah
dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.
Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensinya.
Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota
atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan
negatif.. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu
atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi iaitu semasa zaman sistem feudal.
Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana
menerima sistem pendidikan yang berbeza. Ketaksamaan ini diteruskan lagi
pada zaman penjajah apabila golongan pembesar mewariskan kecerdikan
sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.
3.0 UNSUR MEWUJUDKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
Terdapat empat unsur-unsur yang mewujudkan ketaksamaan

peluang

pendidikan. Unsur-unsur ini dikira dari aspek kelas sosial, jantina, kumpulan
minoriti dan murid berkeperluan khas.

3.1 Kelas Sosial

1 Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad & Zuraidah

A.Majid. (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul
Ehsan :Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2

eKaskGAtnwBogPljhr

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang.

Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian


pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan,

kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki. Persepsi atau


pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang

mempunyai kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam
masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah bersawah
atau makan gaji.
R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai a level in
society made up of people consider themselves equal due to similarities in

family backgrounf, level of education, occupation, race, and attitudes

toward social issues. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa


cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup
atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.
Ahli-ahli sosiologi ada hari ini termasuk Max Weber bersetuju, terdapat

lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan,


pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan bawah.

Rajah 2: 5 kelas sosial mengikur Max Weber

Akibat daripada pengelasan sosial ini, ia memberi kesan terhadap

pendidikan pelajar. Latar belakang keluarga mempunyai hubungan yang


rapat dengan tahap pencapaian akademik pelajar di dalam pendidikan.

a h
T
a p ke sih a
t a
n
e a
K
M
km a
n
isk a
i a
n
n
a wa
K
l n P
e n
y a
k it

T ia d
a n
y a
p u
s a
t tu isy e
n
Me m
b a
n tu ib u
b a
p a me
n ca ri e
z e
k i

P se e
k ta
i ra n
S tru kt u
r e
k lu a
rg a
F iz ka
i lru m a
h

J a
r in
g a
n in te rn
e t
So
K
k p
e
m
l a
o
h
te r
u

Me
mb
a n
t u
i b
u b
a p a
me n
c a
ri re z
e k
i
ia d a
T
n y
a p
u s
a t u
is y
e n

S tru k
t u
r k
e lu a
rg a
Fe
P
iz e
s
ia ita
k
lru ra
mn
h
a

Km
o p te
u r
J a
r in
g a
n n
i te rn
e t
Se
k lo a
h

Ka
M
wa
k la
n P
n e
n ya kit
Ta
h a
p k e
s ih
a ta n
Ke
m is ki n
a n

3: Faktor
Ketaksamaan
Peluang Pendidikan
Faktor Rajah
kelas sosial
yangKewujudan
jelas mempengaruhi
pencapaian
akademik murid
adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada.
Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih
baik. Tahap kesihatan, makanan

berkhasiat dan kawalan penyakit

menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.


Wujudnya kemiskinan di luar bandar mungkin merupakan salah satu faktor
penting yang telah membawa kepada pencapaian pelajar-pelajar sekolah
luar bandar yang pada puratanya masih ketinggalan berbanding pelajarpelajar di bandar.

Kajian telah mengesahkan adanya hubungan yang

rapat antara latar belakang sosio-ekonomi pelajar-pelajar dan prestasi


akademik mereka. Pelajar-pelajar yang miskin dari segi ekonomi mungkin
terpaksa membantu ibubapa dalam mencari rezeki atau dikehendaki
mengurus urusan rumahtangga.

Ini bererti masa untuk belajar dan

membuat kerja rumah akan berkurangan. Kemiskinan juga membawa


4

kepada kurangnya kemudahan-kemudahan seperti komputer dan bukubuku rujukan tambahan di rumah yang boleh membantu mereka mencapai
tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi. Para pelajar di luar bandar
yang miskin dari segi ekonomi tidak dapat hadir kelas-kelas tuisyen.
Ketidakseimbangan pencapaian dalam pendidikan antara pelajar mengikut
pengkelasan sosial ini menimbulkan konflik dalam diri pelajar, ibu bapa
dan masyarakat.2
Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal
rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang
pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang
kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar
terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan
terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat. Kajian Anderson
(1994)2 mengenai kesan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian
akademik pelajar mendapati jika ibu bapa terlibat secara langsung dan
aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, anak-anak mereka akan
mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan jika
dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak tidak
terlibat secara langsung dengan pendidikan mereka.
Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga
wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini
juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah
penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang
pendidikan

telah

menyumbang

secara

ketara

terhadap

tahap

sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus


mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam
perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk
menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail. (2011).
Hubungan antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Pelajar Miskin di Negeri
Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) , 31-40.
2

2
5

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan


dalam peluang pendidikan. Masih ada sekolah yang belum mempunyai
bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa
terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT).
3.2 Jantina
Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing
memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian.
Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus
dalam masyarakat kita.
Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan
untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada
lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua
jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan
cirri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.
Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga
kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor
yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita.

KPFFFP aaaeee kkkmrl tttuoooumrrrsdaabnhu hananndDae nak ospnerlumEakinoygna npmge nipdBeias arkutad(n1a9yn7ap1ne-gru9sba am0h)ayna nndtgaa lrtemla h m e m p e rc e p a tk a n p e ra lih a n p e n g lib a t n w a n ita h a m p ir s a m a
wpPKKd reeeonrdtnsitguiaeaamndapyeanrninlged uda sikstiurima nb a n g k a n o le h le a k i
Rajah 4: Faktor Penyumbang Peningkatan Status Wanita
Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan
sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender
6

dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional


dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politeknik.
Mengikut kajian, kebanyakkan ruang dan peluang untuk berjaya
dimonopoli oleh golongan perempuan.
Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian
beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan
ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil kira
faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas.

KK
ss
fm
bm
K
sK
Us
sU
Ks
tP
u

uu
e
P

yy

rr
me

rl

u
u
u d
nd
tn
i
et
i
r
e

i
i
a

nn

ee

aa

ss

ae
as
s
v
v

r
r i
ii
:i
u
:j
ar
g

uu
nc

e
e
r
a

gg

un
u

ia

km

u
u

r
r
r

Rajah 5: Ketaksamaan
Aspekjantina
Jantinajuga amat
Jurang ketidaksamaan
peluang Pendidikan
pendidikandari
antara
ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di
peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai
contoh perbandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki
manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di
IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa
ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara keduadua jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum
lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang
mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan
menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih
bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti
lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang
keguruan, kedoktoran serta kulinari.

Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza.


Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan
lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut,
peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan
kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi
pendidikan asas kerana peranan golongan ini masih kecil pada ketika itu.
Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat
di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun
begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu
berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar
mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa
wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada
golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat
di peringkat menengah atau rendah.
3.3 Kumpulan Minoriti
Menurut Ting (1987), kumpulan minoriti boleh ditafsir sebagai sebarang
kumpulan yang menganggap diri dan/atau dianggap oleh kumpulan
dominan sebagai unik atas sebab ciri-ciri fizikal, kebudayaan, ekonomi
dan tingkah laku. Mereka

biasanya

dipandang rendah, ditindas,

mengalami diskriminasi dan sikap prejudis oleh kumpulan dominan.


Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus
tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar
kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus
dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana
pembelajaran di sekolah.
Kumpulan minoriti kebanyakkannya hanya menerima pendidikan tidak
formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka.
Kumpulan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang dikatakan
negatif dan yang dikatakan positif.

Jenis Kumpulan
Minoriti

K PBO

Rajah 6: Jenis Kumpulan Minoriti


r i t i
K U eru r i a U bdrm M s n au M ip P g f ml a u P U A tm il U a L NPs an L A l o ei n A M N s g N i a ti n i t f i o f

S I

C O

F I

FA

A T

N T

T O

K U

U M

P U

U L

LA

LO

A N

N G

A N

Rajah 7: Pecahan Kumpulan Minoriti


Orang Asli:
Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana
infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal
mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih
9

tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini


terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula,
bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang
selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.
Di samping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka
kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalm aspek kemajuan pendidikan
dalam masyarakat orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli
yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga keluar mencari makan
seharian suntuk. Tempat kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan
bandar. Taraf sosio-ekonomi mereka juga agak rendah, penyediaan
tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benarbenar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi
perhatian.
Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang
rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar
dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana
kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 %
dan kadar buta huruf 49.2 %

(kadar nasional 6.4 %). Bagi golongan

dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan
menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan
pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih
rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan
berterusan hidup dalam serba kekurangan.
Pribumi (Indigenious)
Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan
Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai
kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal.
ekonomi, social dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun
yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di
Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan
dan Kelabit.
Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik
yang tinggaal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang
perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan
masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi.
10

Ketaksamaan

dalam

pendidikan

tetap

berlaku

dalam

masyarakat

indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di


tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning
sistem) masyarakat tradisional.
Sistem belajar asli memiliki
mempertahankan

nilai-nilai

banyak

budaya

aspek

tanpa

positif,

kehilangan

antaranya
kemampuan

mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia


menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang
kepada budaya hidup tradisional mereka.

Rajah
8: Proses
belajar
masyarakat
Indigenious
Hal ini bertitik tolak
dengan
proses
belajar
dalam konteks
masyarakat
yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam
masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual
dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam sistem belajar asli,
masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.
Pendalaman
Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat
pedalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman

11

dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi
kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan.
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman
juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu
perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan
penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa
sendiri

oleh

murid

setempat

turut

menyulitkan

pengajaran

dan

pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa


tempatan

bagi

menarik

minat

mereka

untuk

belajar

disamping

meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.


Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum
jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini
menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan
kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang
pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang
ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.
3.4 Murid Berkeperluan Khas
Murid pendidikan khas adalah murid yang mempunyai ciri-ciri khusus yang
memiliki ciri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti
pembelajaran seperti murid-murid normal. Kekurangan atau kelemahan
dari aspek kesihatan, fizikal, mental, deria dan tingkahlaku menjuruskan
mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran. Oleh itu mereka
memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi
keperluan mereka.
Masalah-masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka perlu
ditempatkan berasingan daripada murid-murid normal. Mereka amat sukar
untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan memerolehan
dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan mereka
yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahiran
komunikasi dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan
asasi dan perkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi
perhatian yang menyeluruh oleh pihak sekolah disebabkan oleh
kesukaran

untuk

mengukur

tahap

pencapaian

mereka.

Ini

telah

mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar kepada mereka.

12

7 Kategori Murid
Berkeperluan Khas

Pintar-cerdas Dan
Berbakat Istimewa

Masalah
Fizikal

Terenca
t Akal

Masalah
Penglihatan

Masalah
Pembelajara
n

Masalah Pendengaran Dan


Bermasalah Komunikasi

Kecelaruan
Tingkah Laku

Rajah 9: Kategori Murid Berkeperluan Khas


4.0 CARA MENGURANGKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
Dalam Perutusan Tahun Baru 2006, YB DatoSeri Hishamuddin Tun Hussein
menyatakan merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang antara
Bandar dengan Luar Bandar; jurang antara yang miskin dengan yang kaya;
jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada
sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.
Menurut Sharifah Md. Nor (2003)3, dalam bilik darjah yang terdiri daripada
pelbagai kaum serta budaya, beberapa strategi boleh digunakan oleh guru untuk
memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras atau etnik dan
budaya mereka. Terdapat empat cara atau tradisi yang dicadangkan oleh
Sharifah Md. Nor iaitu integrasi isi, mengurangkan prasangka dan stereotaip,
memupuk budaya sekolah yang positif dan menggunakan bahan-bahan serta
kaedah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik semua pelajar.

Sharifah Md. Nor. (2003). Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi.


Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
3

13

IGMGnteenggrummarsaiKbdtupkslbj(h-ynemaucnoatikdpripgeolsbtgferhudayntlkbaminruyosgepteyrdanpgdijka.lPnlrk-besamerngddngayirbpiblajrekkep-dalyngpomsitfdarbrpnbduagmeositkfeihtngarhaduklbmpcoy.nHglini.aSkemetu,rambtphkjndoanpeelkgiatmrbbkrintudpanedvi-amtlejrrncgadbikdhm.alknpebjroatif.Dlmkedhn,urabjsmntualiserbjdmkopecilyang tohpjrbeilangkum,ohdeistwanmg-.
MAJMimeeaaslupnu-korkndgbhsgtomhdyaalinmkeebszkrpulpjyrsbihtielangasdenguduhy,kkp.Irlimabersjatsilem,bpjgunyunrdlebaikhtprekaim,sfyntgrhddampengjalkyprkslenbihmjuuddiate.Shagpclontry,ngrbblezhmtageuakknnm-bwujdatbmeygajkerskfihmnnlprsaedup.gajr.Sintu, hasmekbrtnivsuady.Selnbh-atumgjr, abolehnukmirahotuenylksrcidampengj.Olhitu,ardmnkbehti-a mlwkrntueyhsivkamngtdehuisblmn.
Guru Rajah
memainkan
peranan
yang
sangat penting
dalam menangani
isu
10: Peranan
Guru
Mengurangkan
Ketaksamaan
Secara Umum

isu

ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan


budaya. kelancaran dan penyampaian PdP yang baik oleh guru mampu
membentuk perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk terus
mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa
diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan
oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata
terhadap semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini
haruslah ditekankan untuk kelancaran sesuatu p&p.

4.1 Kumpulan Minoriti


14

Pera n
an
G uru
Pem bela ja ra n m ena rik
d an in tera k tif

Peka d en g a n
ke p ercay a an m u rid

M em a ha m i
b ud ay a
ku m p u

M en da la m i g a ya
p em b elajara n d an ko g nitif
m u ri

B eru sa h a m en an g a n i
m asa la h ko m u n ika si

Rajah 11: Peranan Guru dalam Mengurangkan Ketaksamaan Peluang


Pendidikan
Kumpulan
Minoriti budaya orang Asli,
Langkah pertama ialah
guru haruslah
memahami
peribumi dan masyarakat pedalaman. Hal ini demikian kerana gaya
pembelajaran meraka adalah berbeza daripada masyrakat bandar dan
budaya lain. Sekiranya guru silap dalam memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, hal ini akan menjadi piunca murid-murid
ini kurang berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran mereka.
Seterusnya, aspek-aspek seperti kurikulum yang tidak mesra budaya,
ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran guru yang tinggi menyebabkan
murid

menghadapi

masalah

pembelajaran,

Maka,

guru

haruslah

mendalami gaya pembelajaran dan kognitif murid-murid orang Asli,


pribumi dan murid pedalaman supaya meraka dapat mengajar dengan
lebih berkesan. Guru juga perlu

berusaha menangani masalah

komunikasi dalam bahasa ibunda murid dan belajar adat resam mereka
bagi memastikan salah paham sehingga menimbulkan persepsi tidak baik
pada pandangan mereka berlaku.
Selain itu, kepekaan guru terhadap kepercayaan murid dengan alam
semulajadi, keagamaan dan kerohanian adalah amat penting. Justeru
guru haruslah mengunakan kaedah pembelajaran yang interaktif serta
relerven dengan masyrakat orang Asli dan masyrakat pribumi. Menurut
Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, bahan pengajaran
15

visual, pendekatan menggunakan cerita dan lagu. Hal ini demikian kerana
masyarakat orang Asli dan pribumi sangat suka bercerita tentang peristiwa
lampau mereka. Justeru pembelajaran secara kontekstual amat berkesan
dilaksanakan.
Selain itu, pembelajaran seperti koperatif dan kerja projek secara
berkumpulan dalam persekitan yang agak bebas mampu menarik minat
murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini
demikian kerana murid orang asli dan pribumi ini tidak suka akan
kongkongan dan biasa hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan
mereka seharian.
Secara kesimpulanya, guru haruslah memahami tentang pedagogi pribumi
iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik yang
terdiri daripada orang Asli dan lain-lain kaum pribumi Sabah dan Serawak.
Guru juga harus menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran supaya pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan
dapat diterima oleh murid-murid orang asli dan pribumi.
4.2 Murid Keperluan Khas
Menurut Deal & Peterson (1999) 4, mereka menyatakan memandangkan
budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dengan
orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan
budaya sekolah.

4 Noor Aisiah Md Noor. (2006). Laporan Ketidaksamaan Peluang Pendidikan di

Malaysia: Kajian Kes Terhadap Seorang Murid Berkeperluan Khas yang Sedikit
Lembam. Universiti Kebangsaan Malaysia , 32-56
16

PERAN AN
G URU

Bangunan kelas untuk murid berkeperluan khas tidak dibina secara terpinggir

Guru diberi pendedahan melalui sem inar dan kem mengenai murid berkeperluan khas

Menasihati ibu bapa menghantar anak ke sekolah khas

Mewujudkan interaksi antara murid berkeperluan khas dengan murid normal

Melantik guru khas yang pakar

Menekankan persekitaran pembelajaran yang m esra pelajar

Mewujudkan budaya tolong-m enolong dan bantu


membantu

Rajah 12: Peranan Guru dalam Mengurangkan Ketaksamaan Peluang Pendidikan


Kumpulan Murid Berkeperluan Khas
Langkah pertama ialah guru seharusnya menasihati ibu bapa supaya
menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih sesuai dan mempunyai
pelbagai kemudahan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Ibu bapa
seharusnya sedar tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak
tanpa mengira status keluarga atau maruah keluarga kerana masa depan
anak mereka lebih penting dan semuanya bergantung kepada keluarga.
Coleman et al. (1966) melaporkan bahawa pengaruh sekolah adalah
berkaitan dengan pelajar itu sendiri, perwatakan guru, latar belakang ibu
bapa dan aspirasi pelajar. Ini menunjukkan latar belakang ibu bapa
seperti status ekonomi, pendidikan ibu bapa dan cara ibu baoa memberi
didikan kepada anak mereka juga merupakan faktor kepada pencapaian
anak mereka. Justeru, keputusan yang dilakukan oleh ibu bapa ini
haruslah menitikberatkan soal kepentingan anak mereka supaya mereka
tidak ketinggalan.
17

Seterusnya, cadangan bagi membantu murid berkeperluan khas, pihak


sekolah perlulah memohon daripada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melantik seorang guru yang

lebih pakar untuk

mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Ruang fizikal dan


peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlulah
disediakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Selain itu, guru seharusnya mewujudkan budaya tolong menolong dan
saling menghormati sesama sendiri bagi memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas berinteraksi dan bersosial. Sergiovanni (2000)
menyarankan agar budaya sekolah dijadikan sebagai alat penting untuk
menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah dan
meningkatkan pencapaian pelajar.
Guru sebagai watak utama dalam sekolah perlulah menekankan
persekitaran yang mesra pelajar di sekolah dan berkasih sayang dengan
melibatkan murid ini dengan semua aktiviti dan menggalakkan murid lain
membantu murid berkeperluan khas ini dalam pendidikan supaya mereka
tidak berasa tersisih dan dipinggirkan, seterusnya mempunyai deria sosial
yang memblehkan murid tersebut bersemangat dan mempunyai daya
saing untuk mendapat pencapaian yang sama degan murid biasa yang
lain.
Sebagai tambahan, kelas bagi pelajar berkeperluan khas ini diubah
bersama-sama dengan kelas pelajar-pelajar normal yang lain. Hal ini
demikian kerana kebiasaannya pihak pentadbir sebelum ini biasanya
mengasingkan

mereka daripada

pelajar-pelajar

dari

arus

perdana.

Tindakan ini juga diambil bagi mewujudkan suasana yang sama rata dan
tidak mendatangkan perasaan disisih dalam kalangan pelajar dan guru
yang mengajar pelajar berkeperluan khas ini.
Guru sendiri juga amat memainkan peranan penting. Oleh itu, guru
haruslah

didedahkan

dengan seminar

dan

kem-kem yang

boleh

memperkenalkan kepentingan murid-murid berkeperluan khas ini. Hal ini


demikian adalah bagi memastikan guru-guru dapat menerima kehadiran
murid-murid berkeperluan khas ini dan dapat membantu mereka dalam
pelajaran juga sekaligus akan merapatkan jurang pendidikan yang
dihadapi sekarang. Hal ini demikian kerana, menurut Dr Yusuf Musa
(1989), persepsi seseorang sukar diubah kerana mereka telah lama hidup
18

di alam itu. Jadi, masa yang dijangka diharap akan berjaya digunakan
sepenuhnya bagi mengubah persepsi para guru dalam menerima muridmurid berkeperluan khas ini.
Cara yang terakhir ialah mengadakan aktiviti yang melibatkan penglibatan
murid berkeperluan khas dengan murid normal secara serentak.
Contohnya ialah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti lawatan sambil belajar
dan perkhemahan yang melibatkan kedua-dua aliran (perdana dan
berkeperluan khas). Cara ini akan dilaksanakan bagi mewujudkan
suasana sosial yang sihat dan berkesan diantara murid berkeperluan khas
dan murid-murid normal. Dalam masa yang sama, hubungan silaturahim
antara mereka akan menjadi semakin akrab.
5.0 PENUTUP
Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar
merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara
lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan
perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara.
Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam
menangani isu ini. Pelbagai bantuan, dana dan program-program telah
dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat
menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.
Sebagai wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga harus
mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira
kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan
yang

penting

untuk

mengatasi

masalah-masalah

ketaksamaan

peluang

pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan.


Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam kita
memajukan golongan ini. Anak-anak ini adalah aset negara pada masaakan
datang. Jatuh bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada majunya
golongan muda-mudinya. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan
fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif tidak
tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah
negara maju pada tahun 2020.

19

6.0 SENARAI RUJUKAN


Rujukan Buku:
Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur:. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kuala Lumpur
Noraini Idris & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran : Teori dan
Praktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad & Zuraidah
A.Majid. (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor
Darul Ehsan :Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sharifah Md. Nor. (2003). Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi.
Selangor Darul Ehsan : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rujukan Internet:
Wasilah. (2012, Januari 18). Perbezaan Ras / Etnik Di Dalam Bilik Darjah. Diakses
pada Februari 20, 2013, dari Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK
Kolombong: http://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/perbezaan-ras-etnik-didalam-bilik.html

20

Ketaksamaan Peluang Pendidikan. (2009, Disember 6). Diakses pada Februari 23,
2013, dari kheru2006 blogspot:
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm
Nik Mohd Muhazmee Bin Nik Mustapha. (n.d.). Pengasingan Dihadapi Murid
Berkeperluan Khas. Diakses pada Februari 19, 2013, dari E-Buletin Jabatan
Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas:
http://ebuletinjipik.wordpress.com/hasil-kajian-pelajar/ketidaksamaan-peluangdihadapi-oleh-murid-berkeperluan-khas-isu-dan-pelan-tindakan/
Syed Ismail. (2011, Mei 11). Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan.
Diakses pada Februari 19, 2013, dari Cikgu Semasa:
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluangpendidikan.html
Rujukan Jurnal:
Noor Aisiah Md Noor. (2006). Laporan Ketidaksamaan Peluang Pendidikan di
Malaysia: Kajian Kes Terhadap Seorang Murid Berkeperluan Khas yang
Sedikit Lembam. Universiti Kebangsaan Malaysia , 32-56.
Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid. (2008). Peluang Dan Cabaran Pendidikan
Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar : Satu Kajian Kes Isi Rumah
Melayu Miskin Di Jajahan Bachok, Kelantan. Universiti Sains Malaysia , 1-36.
Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohamad Johli Salleh. (2009). Memperkasakan
Pendidikan Luar Bandar. Prosiding "Persidangan Kebangsaan Pendidikan
Luar Bandar 2009" , 1-11.
Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail. (2011).
Hubungan antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Pelajar Miskin di
Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) , 31-40.

7.0 REFLEKSI
Selepas menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana mampu
menyiapkannya dengan baik dan sempurna. Sepanjang proses menyiapkan
21

tugasan ini, saya berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang
memerlukan kesabaran dan ketabahan saya.
Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang baru. Antaranya
ialah mengenai kursus Budaya dan Pembelajaran terutamanya mengenai isu
ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Jika selama ini, saya hanya
mengetahui secara dasar sahaja, namun setelah menyiapkan tugasan ini, saya
telah mendalami isu ini sebaik-baiknya. Pada masa yang sama, tugasan ini telah
membuka mata dan minda saya mengenai isu-isu pendidikan di Malaysia.
Melalui tugasan ini, saya juga telah menyedari bahawa tugas sebenar sebagai
seorang guru di sekolah nanti bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi seorang
guru pada masa akan datang adalah berbeza dengan guru pada masa dahulu
dan sekarang. Oleh itu, saya perlulah sentiasa bersedia agar saya mampu
menjadi seorang guru yang mampu memainkan peranan dalam bidang
pendidikan.
Selain itu, tugasan ini juga telah mempersiapkan diri saya sebagai seorang bakal
guru. Contohnya, di sekolah, sudah tentunya terdapat murid yang berasal
daripada kelas sosial yang berbeza. Guru tidak sepatutnya berlaku berat sebelah
dalam melayan murid-murid di dalam bilik darjah. Seorang guru seharusnya
mengambil perhatian semua murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
supaya mereka tidak berasa tersisih. Jadi, mereka boleh menumpukan sepenuh
perhatian kepada apa yang diajar oleh guru kerana mereka dapat belajar dalam
suasana yang kondusif.
Tugasan ini juga telah menyedarkan saya agar saya lebih tabah dan sabar dalam
membuat sesuatu perkara. Contohnya ialah dalam usaha mencari maklumat
yang bersesuaian dengan topik yang dibuat. Sekiranya sikap berputus asa yang
wujud dalam diri saya, sudah pastinya saya tidak akan berjaya mencari artikelartikel yang bersesuaian dengan tajuk tugasan ini sama ada melalui internet,
jurnal mahupun buku-buku di perpustakaan. Di sinilah saya mula belajar untuk
mencari maklumat secara bersesuaian kerana ia memudahkan dan menjimatkan
masa. Kesabaran saya dalam menyiapkan tugasan ini yang pada masa yang
sama perlu membuat tugasan lain juga turut mengajar saya agar sentiasa pandai
membahagikan masa. Bagi saya, sekiranya kita ingin mencapai sesuatu
kejayaan,

kita

hendaklah

berusaha

dengan

bersungguh-sungguh

tanpa

mengenal erti putus asa. Maka, kerajinan kitalah yang akan menentukan
kejayaan diri sendiri.
22

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya perlu berkomunikasi dan berhubung


dengan rakan-rakan saya terutamanya rakan-rakan yang sama tajuk dengan
saya untuk mendapatkan bantuan dan perkongsian maklumat. Perkongsian
maklumat amatlah penting dan berguna untuk memudahkan kerja dan usaha
yang lebih lagi adalah perlu untuk menghuraikan maklumat yang dikongsikan
tersebut. Selain itu, khidmat bantuan daripada rakan-rakan juga amat penting
kepada saya dalam menyiapkan esei terutamanya berkaitan permasalahan yang
saya hadapi dalam menghuraikan isi-isi yang telah diperolehi. Begitu juga, saya
turut menghurlurkan bantuan kepada rakan-rakan yang menghadapi kesulitan
terutamanya menerangkan kepada mereka mengenai apa yang mereka tidak
fahami. Sekaligus, saya turut belajar kembali semasa saya menerangkan kepada
mereka.
Dengan ini, saya berharap agar tugasan ini dapat diteruskan untuk penuntutpenuntut yang akan datang kerana ia memberi banyak impak positif dan sebagai
persediaan untuk menjadi pendidik pada masa akan datang. Ini adalah kerana
melalui tugasan ini, telah mempersiapkan mental supaya bersedia untuk
menjalankan tugas sebagai pendidik yang akan berhadapan dengan masyarakat
yang pelbagai pandangan, kaum, ideologi dan agama.

23

You might also like