Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERCUBAAN STPM PENGGAL 3 / STPM 2014 / SKEMA JAWAPAN.

Bahagian A (Fizikal).
Soalan 1 :
(a). Maksud kitar karbon : Pengambilan dan pengembalian karbon dalam bentuk karbon dioksida dari ruang
atmosfera dan sistem bumi yang lain secara berterusan melalui pelbagai proses seperti fotosintesis dan respirasi
tumbuhan dan haiwan.
(b). Kepentingan kitar karbon terhadap alam sekitar manusia :
i. Komponen dalam alat pemadam api - disebabkan gas karbon dioksida bertindak sebagai gas yang tidak
membantu dalam pembakaran.
ii. Digunakan dalam komponen dalam industri minuman bergas - minuman berkabonat.
(c). Kesan peningkatan karbon terhadap alam sekitar fizikal :
i. Fenomena kesan rumah hijau - berlaku apabila gas karbon dioksida dan gas pencemar lain diperangkap di
ruang permukaan bumi.
ii. Peningkatan suhu global - kesan rumah hijau yang berlaku boleh menyebabkan peningkatan suhu global
jika berlaku dalam skala yang besar.
Soalan 2 :
(a). Maksud interaksi antara sistem : Saling kebergantungan antara sistem-sistem yang ada di bumi untuk
mewujudkan keseimbangan dan keberterusan alam sekitar yang sedia ada.
(b). Gangguan terhadap sistem ekologi dan sistem atmosfera akibat kebakaran hutan :
i. Sistem ekologi - kejadian tanah runtuh akibat ketiadaan akar pokok yang mencengkam tanah disebabkan
pokok yang sudah musnah akibat kebakaran.
ii. Sistem atmosfera - peningkatan suhu diakibatkan kawasan hutan telah musnah di mana hutan berperanan
dalam menyederhanakan suhu.
(c). Dua langkah bukan perundangan yang boleh mengurangkan gangguan kepada sistem ekologi :
i. Menanam semula pokok - menanam semula pokok terutamanya di kawasan pembalakan untuk mengelakkan
kejadian hakisan dan tanah runtuh.
ii. Kempen kesedaran - boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO).cth.kempen
kitar semula.
iii. Pendidikan - pendidikan formal di sekolah di mana penerapan dalam penjagaan alam sekitar dalam mata
pelajaran tertentu contohnya dalam kajian tempatan,geografi,sivik dan pendidikan moral.

Bahagian B (Manusia).

Soalan 3
(a). Pencemaran udara : merupakan kemerosotan kualiti udara dan perubahan sifat atmosfera dengan kehadiran satu
atau lebih bahan tercemar seperti asap, gas dan debu.
(b). Punca berlakunya pencemaran udara di salah sebuah negara pasifik :
i. Pembakaran terbuka - pembakaran sampah di tapak-tapak pelupusan sampah dan tapak pertanian
menyebabkan pencemaran udara.
ii. Aktiviti perindustrian - pelepasan asap kilang daripada aktiviti perindustrian tanpa ditapis menyebabkan
ruang udara dipenuhi bahan pencemaran.
(c). Kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar manusia :
i. Menjejaskan kesihatan manusia - debu dan habuk menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit seperti
asma, sakit kerongkong, sakit mata dan radang paru-paru.
ii. Menjejaskan aktiviti ekonomi - seperti pelancongan-udara yang tercemar menyebabkan pelancong yang
datang semakin kurang kerana boleh mengancam kesihatan mereka.
Soalan 4.
(a). Tiga bentuk kerjasama antarabangsa dalam membincangkan masalah alam sekitar : Persidangan
Stockholm, Persidangan Rio & Persidangan Johannesburg.
(b). Dua kepentingan kerjasama antarabangsa dalam mengurangkan masalah alam sekitar :
i. Masalah alam sekitar merupakan masalah global oleh itu masalah itu perlu ditangani secara bersama
diperingkat antarabangsa.
ii. Bantuan dari negara maju/kaya diperlukan negara mundur dan miskin memerlukan bantuan dari segi
kewangan dan teknikal untuk mengatasi masalah alam sekitar.
(c). Masalah penipisan lapisan ozon dan masalah jerebu boleh dikurangkan dengan adanya kerjasama antarabangsa
kerana masalah ini merupakan masalah global dan bukan disebabkan sebuah negara sahaja. Dengan adanya kerjasama
antarabangsa, semua negara boleh menyumbang idea tentang cara untuk mengurang masalah tersebut disamping boleh
berkongsi kepakaran dan kewangan agar semua negara tidak terjejas oleh masalah tersebut.

You might also like