Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANDUAN RUMUSAN BAHASA MELAYU SPM

Proses mencari dan mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan.


Proses mengasingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti.
Panjang rumusan mestilah mematuhi arahan ( tidak melebihi 120pp)
Jumlah isi minimum ( tersurat dan tersirat ialah 8 dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah
patah kata)
Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus.
Rumusan sebaik-baiknya ditulis dalam 4 peranggan iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi
tersirat dan kesimpulan.

PENDAHULUAN
Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
a.Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
b.Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
Faktor / sebab / punca/ elemen
Akibat / kesan / impak / implikasi / natijah
Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
Kelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan / batasan / masalah
Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas.
Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha / tindakan-tindakan/pendekatan /
CONTOH SOALAN : Baca petikan dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang faktor-faktor (KATA
KUNCI ISI TERSURAT) penderaan pembantu rumah dan kesan (KATA KUNCI ISI TERSIRAT) penderaan
terhadap mereka.
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/menyatakan
Sinonim : Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab penderaan pembantu rumah di
negara kita pada masa ini.

ISI TERSURAT
Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan/ teks dan dapat dikesan berdasarkan arahan
soalan.
Jika arahan soalan adalah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi
tersurat.
Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.
Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan
ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal.
Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan-perkataan yang berikut, jika
digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)

Nasriah Binti Saad 2014

Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat


1. Punca = Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
2. Kesan = Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan /
membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.
3. Langkah = Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib
Catatan : Selain mengenal pasti arahan dalam soalan dan kata kunci dalam ayat-ayat petikan , pelajar
boleh juga menentukan isi tersurat berdasarkan ayat-ayat yang menggunakan Penanda
Wacana sebagaimana jadual yang berikut:
Mengenal pasti Penanda Wacana Dalam Petikan
1. Walaupun / Namun begitu. Pertentangan maklumat
2. Selain itu, Lebih daripada itu,Di samping, dan, serta, Kesinambungan maklumat / idea /tambahan
3. Natijahnya, akibatnya, Kesan
4. Juga, malahan Kesinambungan
5. Hal ini demikian kerana , Oleh sebab itu, Sebab

ISI TERSIRAT
Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan
soalan
Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah
menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan.
Jumlah isi tesirat adalah 2 atau 3 isi, tetapi markah maksimum hanya 4 markah.

KESIMPULAN
Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan .
Unsur pertama ialah menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata...
mestilah/ haruslah / hendaklah.
Unsur kedua ialah menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan
kata ... agar / supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan
segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi ( kesan merupakan isi tersirat )

Nasriah Binti Saad 2014

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci ) .....................................................................


.

Antara (Kata Kunci S) ialah/ adalah.....


S1
Seterusnya,
S2
Selain itu, .
S3
dan ..
S4
Di samping itu, ...
. S5
Akhir sekali,
. S6
Antara ( Kata Kunci T) ialah/adalah
.......................................................................................................................................... T1
dan ......................................................................................................................................
............................................................................................................................................................... T2

Kesimpulannya, pihak sasaran.. mestilah/ haruslah


..(cadangan : menyokong/ membanteras/
menangani terhadap isu ) supaya/ agar ( kesan/ alasan ) isi tersirat.
...

(____________ patah perkataan)

Nasriah Binti Saad 2014

You might also like