Buku Panduan Pss 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH

SUATU TEMPAT
Satu suasana pembelajaran yang selesa.

KOLEKSI
Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.

PERKHIDMATAN
Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk pembelajaran.
AGEN PERUBAHAN
Bergerak kearah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH


Membudayakan masyarakat berilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH


Merealisasikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat mengumpul, menyimpan dan
menyalurkan sumber maklumat kepada pelanggan serta berusaha untuk meningkatkan
taraf Pusat Sumber Sekolah ini seiring dengan matlamat wawasan Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan

Motto
BERILMU, BERAMAL BERBUDI
MATLAMAT PSS
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu
sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat

OBJEKTIF PSS
Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber
pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan profesionalisme guru.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

PIAGAM PELANGGAN
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam beriltizam akan bertugas
dengan penuh dedikasi untuk : Menyedia dan memperbanyak bahan-bahan sumber sebagai pemangkin proses
P &P.
Mewujudkan tempat dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dilengkapi
dengan teknologi terkini.
Mewujudkan Pusat Sumber Sekolah yang mesra pelanggan dan sentiasa bersedia
memberi perkhidmatan terbaik.
Memastikan setiap perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti dan memuaskan
hati pelangan.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan,cadangan, syor dan teguran
yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi perkhidmatan
dan kecemerlangan akademik.
FUNGSI DAN PERANAN PSS
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia definisi Pusat Sumber sebagai satu
sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat
kurikulumnya.
Pusat Sumber merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah
melaksanakan
kaedah
pengajaran
yang
lebih
berkesan.Ia
mengumpul,membina,memproses dan mengedar bahan cetak dan bukan cetak
dengan gabungan nilia-nilai kemanusiaan. Ia juga memberikan perkhidmatan yang
memudahkan
penggunaan
alatan/bahan
dengan
perancangan
yang
sistematik(shaharom & Wan Ab Kadir,1996)
Peranannya sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan
negara.Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki
mutu pengajaran dan pembelajaran.
Fungsinya sebagai tempat mengumpul, menghasil,mengorganisasi dan menyebar
atau menggunakan maklumat.

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH


Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi II
Pembantu Penyelaras
Penyelaras Perpustakaan
Penyelaras APD/TV/RP/Siaraya/Asro
Penyelaras bahan bantu Belajar/ICT
AJK

: Pengetua
: PK Pentadbiran (Penyelaras)
: PK HEM
(Penyelaras)
: PK KOKU
(Penyelaras)
: GKMP Kemanusiaan
PT N17
: Pn. Syazwani binti Isnin
:
:
: GKPM Bahasa (Penyelaras Program Nilam)
GKMP Teknik dan Vokasional
Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran
Pengawas Pusat Sumber

UNIT PERPUSTAKAAN
Pengerusi
:
GKMP Kemanusiaan
Setiausaha
:
Pn. Syazwani binti Isnin (Penyelaras Perpustakaan)
AJK
Keceriaan dan Kebersihan
: Pn. Haslizawati binti Abdul Hamid
Penyediaan indek/absrak/koleksi terpilih
: Pn. Hjh. Madihah binti Zakaria
Pembantu proses teknik/mekanikal
:
Pembantu pengurusan hapus kira
: Pn. Noraini binti Mat Nor
Pembantu sirkulasi
: En. Shaari bin Ali
Unit pengawasan perpustakaan
: Pengawas PSS

UNIT APD /BILIK MEDIA

Pengerusi
:
GKMP Kemanusiaan
Setiausaha
:
En. Muhamad Amir bin Samsudin (Penyelaras APD/TV/RP/Siaraya/Astro)
AJK
Pembantu APD
:
Pembantu TV/ radio pendidikan
:
Pembantu pengurusan data/maklumat penggunaan : Pn. Mazura binti Mashur
/ promosi
Pembantu keceriaan/ kebersihan
: Pn
Pembantu siaraya
: En. Mohd Nor Hisham bin Tahir @ Mohd Tahir
Unit pengawasan perpustakaan
: Pengawas PSS

UNIT BAHAN BANTU BELAJAR

Pengerusi
Setiauasa

:
:

Pn. Norshida binti mohamat (GKMP TEK&VOK)

(Penyelaras bahan bantu Belajar/ ICT)


AJK
Pembantu APD/carta
:
Pembantu pengurusan data/maklumat penggunaan :
/ promosi
Pembantu keceriaan/ kebersihan
:
Pembantu bahan perisian
:
Unit pengawasan perpustakaan
: Pengawas PSS

PROGRAM NILAM

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
AJK

:
:
:
:
:

PK Pentadbiran
GKMP Bahasa
Pn.Norhafizah binti hassan
Pn. Syazwani binti Isnin (Penyelaras Perpustakaan)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Guru Tingkatan
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Rakan Pembaca
PT N17
Wakil PIBG

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH


SENARAI TUGAS PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PENGETUA)
1.
2.

Merancang belanjawan tahunan PSS.


Memantau perlaksanaan segala projek dan tugas-tugas AJK dari semasa ke
semasa.

3.

Khidmat nasihat dan tunjuk ajar.

4.

Meninjau dan meluluskan segala pembelanjaan yang berkaitan dengan PSS.


SENARAI TUGAS TIMBALAN PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PK1)

1.

Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada


Jawatankuasa Induk PSS.

2.

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS.

3.

Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS.

4.

Memilih dan melantik guru-guru PSS bersama penyelaras.

5.

Menentukan aktiviti-aktiviti tahunan PSS.


SENARAI TUGAS NAIB PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (GK KEMANUSIAAN)

1.

Membantu pengerusi dalam urusan PSS.

2.

Mempengerusikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak dapat menghadiri


mesyuarat.

3.

Merancang kursus dalaman untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, pembantu am PSS
dan pengawas PSS.
SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPM)

1.

Membeli buku-buku, majalah dan lain-lain bahan yang sesuai untuk pelajar.

2.

Menyemak / memperolehi bibliografi dan katalog daripada penerbit-penerbit buku.

3.

Mengemaskini peraturan penggunaan PSS dari semasa ke semasa.

4.

Menyelia perjalanan penggunaan PSS dan aktiviti tahunan.

5.

Memantau kerja penyemakan stok buku pada hujung tahun.

6.

Menyelia perjalanan projek nilam sepanjang tahun.

7.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

8.
9.

Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS.


Berbincang dengan pengerusi dan menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda
mesyuarat.

10.

Memilih dan melatih pengawas PSS.

11.

Mengisi IQ-PSS.
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA UNIT PERPUSTAKAAN

1.

Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan mesyuarat.

2.

Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

3.

Membantu penyelaras menyelia semua aktiviti tahunan PSS.

4.

Mengawas Pengawas PSS.

5.

Menguruskan dan mengemaskini fail dan rekod PSS dari semasa ke semasa.

6.

Memastikan kemudahan-kemudahan PSS sentiasa dalam keadaan mencukupi.

7.

Menyediakan senarai tugas pengawas PSS.

8.

Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar


menggunakan perpustakaan.

9.

Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang


bersesuaian dengan objktif PSS.

10.

Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah.


PENYELARAS PROGRAM NILAM
1. Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada setiap awal tahun.
2.

Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan untuk setiap kelas.

3. Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan.
4. Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
5.

Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.

6.

Membuat pengagihan tugasan guru-guru kelas.

7.

Memastikan program berjalan dengan lancar.

8.

Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat sekolah.

9.

Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM peringkat negeri.

10. Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada Pengetua.


11. Menghantar laporan dan data NILAM ke PKG.
12. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
SETIAUSAHA/PENOLONG SETIAUSAHA GURU NILAM
1. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
2. Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
3.

Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.

4. Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.


5.

Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data) dan menyerahkan


kepada penyelaras program.

6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada
Penyelaras Program dan salinan kepada Pengerusi.
7. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.
GURU DATA NILAM
1. Mengumpul data rekod membaca dan Rakan Pembaca murid daripada Guru Tingkatan
setiap bulan.
2. Memasukkan data ke pangkalan data.
3.

Menganalisis data rekod membaca murid dan rekod aktiviti Rakan Pembaca.

4.

Menyerahkan analisis data rekod membaca murid dan analisis aktiviti Rakan Pembaca
kepada Guru NILAM.

5. Mengemas kini data NILAM.


6.

Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

KETUA BIDANG/KETUA PANITIA


1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus
ke arah pembacaan berkualiti.
3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama-sama
Penyelaras Program.
4.

Memantau pelaksanaan Program NILAM.

5.

Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.

GURU KELAS/TINGKATAN
1. Mewujudkan sudut bacaan kelas di kelas masing-masing.
2.

Menyampaikan rekod bacaan ke PSS.

3. Mendapatkan rekod bacaan dari PSS.


4. Mengedarkan buku bacaan.
5. Membuat pinjaman buku dari PSS.
6. Menyemak dan merekod data bacaan.
7.

Menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid.

8. Memastikan projek berjalan mengikut perancangan.


9. Mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid (jika ditentukan oleh sekolah).
GURU PERPUSTAKAAN
1. Membuat penggredan buku.
2.

Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan Program NILAM.

3. Memastikan pemilihan dan perlantikan pengawas perpustakaan dilaksanakan oleh


setiap guru kelas.
4. Memastikan pengisian nama kad ahli dijalankan oleh pengawas perpustakaan.
5. Menyediakan atau mengelaskan buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen kepada muridmurid mengikut kategori yang sesuai.
6. Memberi latihan intensif kepada pengawas perpustakaan untuk mendedahkan
pengetahuan tentang cara memasukkan data pinjaman dan pemulangan buku ke dalam
Sistem Rangkaian Komputer.
7.

Memproses buku-buku baru supaya dapat dipinjam oleh murid-murid.

8.

Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal).

9. Membuat pengagihan tugas pengawas perpustakaan.


10. Membuat penilaian rekod peminjaman dan pemulangan individu serta laporan bacaan
individu.
11. Mengadakan pameran buku-buku terbaru untuk murid-murid.
12. Membantu setiausaha menganjurkan aktiviti untuk menyokong Program NILAM.

13. Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid.


GURU MATAPELAJARAN
1. Membantu dalam pemilihan bahan bacaan.
2. Menggalak dan membimbing murid membaca buku-buku fiksyen.
3. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah
pembacaan aktif.
4.

Memastikan dan menggalakkan murid-murid membuat laporan bacaan individu mata


pelajaran berkenaan.

5. Menyemak Buku Laporan Program NILAM dan memberi komen jika ada.
6.

Mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid .

SENARAI TUGAS GURU PUSAT AKSES/ EDUWEB TV

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS


Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
Menyedia katalog Edu WebTV dan lain-lain media Teknologi
Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
Membuat penilaian terhadap penggunaan Edu Web TV dari semasa ke semasa.
Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan Edu Web TV dan
bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS.
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS
kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas.
8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan tahap
pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber
perisian media teknologi di PSS.
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS.
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS.
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan
dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua

DISKRIPSI TUGAS UNIT BBM (Guru Bilik Media)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

PENGURUSAN

Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.


Menyelaraskan dan memastikan BBM dimasukkan ke dalam Stok Daftar
Media/Pengautomasian Bahan.
Memproses BBM mengikut sistem pengelasan Dewey.
Merancang dan menyediakan aktiviti untuk mempertingkatkan penggunaan BBM.
Merancang perkembangan staf bagi meningkatkan kesedaran pengguna.
Bertanggungjawab dalam menyelaraskan penggunaan BBM, pinjaman dan pulangan
bahan.
Menganalisis penggunaan bahan BBM untuk mengetahui tahap penggunaan dalam
bentuk data dan graf.
Mengambil tindakan untuk mempertingkatkan penggunaan bahan BBM sekiranya perlu.
Merancang memperbanyakkan koleksi BBM terutama sekali hasil guru-guru.
Mencadangkan anggaran belanjawan tahunan bagi menyelenggarakan BBM.
Mengedarkan senarai BBM kepada pengguna-pengguna PSS.
Melabelkan sudut-sudut dalam bilik BBM.
PENYELENGGARAAN

1.
2.

Memastikan BBM sentiasa dalam keadaan baik dan sedia digunakan.


Mengadakan proses pelupusan dan pilih buang bahan bacaan setahun sekali, rekodkan
ke dalam Fail Pelupusan dan buku rekod Pilih Buang.
3. Memastikan letak atur BBM sesuai dan mudah diambil.
4. Membaikpulih BBM yang sedia ada dan direkodkan ke dalam Buku Selenggaraan.
5. Penggunaan Kod Warna untuk setiap Mata Pelajaran lebih efisyen.
6. Menyediakan panduan penggunaan BBM.
7. Menyediakan peraturan penggunaan BBM.
8. Mengautomasikan semua BBM.
9. Memproses BBM mengikut sistem yang telah ditentukan.
10. Menyediakan panduan penggunaan bilik BBM.
11. Menyediakan peraturan penggunaan bilik BBM.
12. Mengedarkan senarai BBM baru kepada pengguna-pengguna.
13. Melabelkan sudut-sudut dalam bilik BBM.
14. Menjaga kebersihan bilik bersama-sama pengawas PSS.
15. Menyediakan jadual tugas pengawas PSS.
16. Mengurus stok, inventori dan harta modal.
DISKRIPSI TUGAS UNIT AUDIO VISUAL DAN MULTIMEDIA (Guru Bilik Media)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

PENGURUSAN

Mengadakan mesyuarat atau perjumpaan dari masa ke semasa.


Memastikan koleksi CD ROM dan Disket P&P mencukupi dan memenuhi kehendak
pengguna.
Menguruskan koleksi CD ROM dan Disket P&P.
Mengurus dan membantu pengautomasian Pusat Sumber Bestari dengan kerjasama
semua unit PSS.
Memastikan kebersihan Bilik Tayangan.
Menceriakan Bilik Tayangan.
Menyediakan jadual penggunaan Bilik Tayangan untuk pelajar dan guru.
Menyediakan rekod tempahan Bilik Tayangan.

9.
10.
11.
12.
13.
14.

Menyediakan peraturan penggunaan Bilik Tayangan.


Menyediakan peraturan penggunaan komputer multimedia.
Menyediakan panduan penggunaan komputer multimedia.
Menyediakan peraturan penggunaan CD ROM dan Disket.
Menyediakan panduan penggunaan CD ROM dan Disket.
Mengadakan aktiviti galakan menggunakan Komputer Multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran.
15. Menyediakan rekod penggunaan Bilik Tayangan.
16. Menyediakan graf penggunaan untuk mengetahui tahap penggunaan sepanjang tahun.
17. Merancang anggaran belanjawan tahunan untuk penyelenggaraan.

PENYELENGGARAAN

1. Memastikan perkakasan dan perisian berfungsi dengan baik ( semak secara mingguan atau
bulanan ).
2. Menyemak virus secara mingguan atau mengikut keperluan dan direkodkan.
3. Melaporkan kerosakan kepada pihak berkenaan dan direkodkan dalam Rekod
Selenggaraan.
4. Mengurus stok, inventori dan harta modal.
5. Memastikan komputer-komputer PSS dalam keadaan bersih dan sedia digunakan.
6. Melabelkan komponen-komponen Komputer dengan tanda hakmilik PSS dan nombor
perolehan.

PENGURUSAN BAHAN P & P

1. Merancang bahan P&P bersama panitia mata pelajaran dengan menggunakan kemudahan
Internet, CD ROM dan Disket dengan kerjasama Unit Audio Visual.
2. Mengedarkan senarai tajuk dan sinopsis bahan kepada pengguna-pengguna.
3. Memberi latihan penggunaan komputer dan perisian kepada pelajar dan guru.
4. Merancang dan mengendalikan perkembangan staf.
DISKRIPSI TUGAS PEMBANTU PSS
1. Bertanggungjawab kepada Guru Perpustakaan dan Media dan AJK Kerja PSS.
2. Membantu GPM mengurus perkhidmatan pinjaman dan menyimpan rekod- rekod
mengenai bahan-bahan, kewangan PSS dan rekod yang bersabit dengan PSS.
3. Membantu guru-guru dalam urusan memesan dan menerima buku-buku dan lain-lain
bahan. (Menyediakan senarai pesanan, menaip surat, dan menyemak bahan yang baru
dibeli.)
4. Membantu mengelas dan mengkatalog buku-buku dan bukan buku.
5. Membantu memproses buku dan bukan buku untuk pinjaman dalam bentuk automasi.
6. Menyusun, menyemak dan membaikpulih buku-buku yang rosak, menjilid majalah dll
Yang perlu.
7. Mengawal disiplin pelajar-pelajar semasa berada dalam PSS.
8. Mengurus hal pinjaman, menyemak buku yang dipulangkan.
9. Membuat notis peringatan kepada peminjam yang lewat memulangkan buku.
10. Menyediakan analisis pinjaman.

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK KAMPUNG GELAM

Peraturan Am

Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat dan kertas sahaja ke dalam PSS.
Beg, fail persendirian, buku-buku teks persendirian dan
sebagainya mestilah
disimpan di luar PSS.
Sebarang bahan PSS tidak dibenarkan dibawa keluar kecuali setelah bahan tersebut
direkodkan oleh pembantu PSS atau Pengawas PSS.
Membawa keluar buku atau bahan-bahan PSS tanpa kebenaran bertulis adalah
dianggap melakukan satu kesalahan.
Pelajar dilarang MAKAN dan MINUM di dalam PSS.
Pengguna PSS adalah dilarang membuat BISING, BERBUAL, dan BERBINCANG
selama berada di dalam PSS.
Semua pengguna PSS diwajibkan mematuhi peraturan amalan SENYAP sepanjang
masa.
Setiap pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan PSS sepanjang
masa.
Menjaga keselamatan PSS adalah menjadi tanggungjawab bersama.
Pengguna
dikehendaki
memasukkan
buku/bahan
bacaan
yang
telah
digunakan/dibaca ke dalam bakul yang disediakan sebelum keluar.
Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan semua bahan
yang hendak dibawa keluar untuk tujuan pemeriksaan jika diminta.
Pelajar dikehendaki menarik perlahan-lahan kerusi untuk mengelak daripada berbuat
bising ketika menggunakannya.
Pelajar hendaklah beratur ketika hendak masuk, keluar dan semasa berurusan
meminjam atau memulangkan buku/bahan.
Semua pelajar dikehendaki keluar dengan segera dalam keadaan beratur dan
senyap apabila loceng penamat dibunyikan.
.

Peraturan Penggunaan PSS Pada Waktu belajar


.
Guru yang membawa pelajar masuk ke PSS hendaklah sentiasa berada bersama
pelajarnya.
Hanya dua kelas pelajar sahaja dibenarkanberada di dalam PSS pada satu-satu
masa.
Alat-alat/ bahan yang ada di dalam PSS tidak dibenarkan dibawa keluar kecuali
dengan kebenaran bertulis daripada Penyelaras PSS atau Pengerusi/ Ketua Unit
Perpustakaan.

Peraturan Pinjaman & Pemulangaan Bahan/alat


Peraturan Pinjaman Bahan/Alat
Setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam dua (2) buah buku sahaja
dalam satu-satu masa untuk tempoh maksima satu (2) minggu persekolahan.
Para pelajar tidak dibenarkan meminjam buku bagi pihak orang lain.

Semua peminjam adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan


buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng dan sebagainya.
Buku rujukan, majalah, jurnal, risalah dll, tidak boleh dipinjam.
Peminjam boleh memperbaharui tarikh pinjaman buku PSS selepas habis tempoh
pinjaman, kecuali buku tersebut telah ada rekod tempahan oleh pelajar lain.
Semua buku/bahan yang ingin dibawa keluar daripada PSS hendaklah dengan
kebenaran Penyelaras PSS/Guru PSS 1/Pengawas PSS.
Buku Berbintik Merah ( Red Spot ) boleh dipinjam untuk tempoh satu (2) hari
sahaja dengan merekod pinjamannya dalam Buku Rekod Pinjaman Terhad.
Peraturan Pemulangan Bahan/Alat
Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang telah
ditetapkan.
Denda sebanyak 20 sen sehari bagi sebuah buku buku akan dikenakan
sekiranya peminjam lewat mengembalikan buku yang dipinjam.
Buku bahagian Red Spot akan dikenakan denda bayaran sebanyak 30 sen
sehari. Pengiraan termasuk masa cuti.
Peminjam bertanggungjawab ke atas buku yang dipinjamkan. Sekiranya gagal
memulangkan buku tersebut, peminjam dikehendaki mengantinya atau
membayar ganti rugi sejumlah dua kali ganda harga buku berkenaan.
Pelajar yang sangat lewat memulangkan buku, namanya akan dipamerkan di
papan-papan kenyataan.

PROGRAM PROGRAM ANJURAN PUSAT SUMBER

You might also like