Kertas Kerja Lawatan3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
PERSATUAN BAHASA MELAYU K4
(WAJ 3131: PERSATUAN)
SEMESTER 6, 2014

KUMPULAN

: PISMP K4 PENGAJIAN BAHASA MELAYU

AMBILAN

: JANUARI 2012

TARIKH

: 25 SEPTEMBER 2014

TEMPAT

: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, MENARA


DBP, JALAN DEWAN PUSTAKA, 50460
KUALA LUMPUR.

FOKUS

: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PENGENALAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah dirancang
untuk memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan
Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Projek ini merupakan
sebahagian daripada aktiviti kurikulum bagi guru pelatih PISMP.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka
ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di
bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan
merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit
Timbalan, Johor Bharu.
Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan
di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan
segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu,
iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

RASIONAL
Program Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka dilaksanakan
bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pembelajaran WAJ 3131 iaitu
Kokurikulum Persatuan bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)
Ambilan Januari 2012. Oleh itu, amatlah wajar untuk aktiviti ini dijalankan dengan
berkesan bagi memenuhi matlamat yang telah termaktub dalam sukatan pelajaran.
Selain itu, aktiviti Lawatan Sambil Belajar ini juga merupakan salah satu
pendidikan secara langsung dan tidak langsung tentang pembinaan pengetahuan
baru dan kemahiran-kemahiran diri seperti kemahiran asas, pengurusan dan
kepegawaian. Di samping itu, pelajar akan dapat mengenali dan memahami

peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan lagi Bahasa di


Malaysia.

TUJUAN
Projek ini dicadangkan bagi tujuan mengisi program Lawatan Persatuan bagi pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6. Projek ini juga
bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen pelatih terhadap pelbagai aktiviti yang
dilakukan sama ada aktiviti dalaman dan aktiviti luaran. Pada masa yang sama,
lawatan ini memberi focus kepada pembinaan pengetahuan baru dan penguasaan
kemahiran diri iaitu kemahiran asas, kemahiran mengurus dan

kemahiran

kepegawaian dalam sesebuah persatuan. Kesimpulannya, pelatih diharapkan dapat


menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam
pengurusan pendidikan seharian.

OBJEKTIF
Melalui Lawatan Sambil Belajar ini, diharapkan guru pelatih dapat:
4.1

Memenuhi syarat kursus WAJ 3131, Kokurikulum Persatuan.

4.2

Menguasai pengetahuan dan kemahiran (Kemahiran asas, Kemahiran


Mengurus dan Kepegawaian) dalam persatuan.

4.3

Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran nilai profesionalisme


keguruan dalam persatuan.

4.4

Menanamkan minat dan budaya membaca dalam usaha memarbatkan


bahasa di negara ini.

TARIKH
25 September 2014

TEMPAT LAWATAN
Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Menara DBP,
Jalan Dewan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

SASARAN
Pelatih PISMP

: K4 (15 orang)

Pensyarah Pengiring

: En. Mohamad bin Lani


En. Mohd Termizi bin Rafie

Jumlah

: 17 orang

ALAMAT SURAT-MENYURAT
IPG Kampus Ipoh,
Unit Ko-kurikulum,
Ulu Kinta,
31150 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

PENGANGKUTAN
Bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PENAUNG

: TN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI


(Pengarah IPG Kampus Ipoh)

PENASIHAT

: EN. MOHAMAD BIN LANI

MENTOR

: EN. MOHD TERMIZI BIN RAFIE

PENGERUSI

: MUHAMMAD FADHIL BIN AHMAD FAUZI

NAIB PENGERUSI

: NORIZATTI BIN OTHMAN GUI

SETIAUSAHA

: AZMI BIN MOHD YUSOFF

NAIB SETIAUSAHA

: HIKMATUR RAHMAN BIN FAUZIE RIDZWAN

BENDAHARI

: SITI NOOR FATIRAH BINTI FADZIL

AJK KOMUNIKASI

: FATIN ATHIRAH BINTI AHMAD

AJK BUKU PROGRAM : RUSMINAH BINTI ABD HAMID


: NOR `ALIAH ZINNIRAH BINTI ZAKARIA
AJK PENGANGKUTAN : MUHAMMAD ARIF BIN IDRIS
: MUHAMMAD SYAFIQ IZZUDIN BIN CHE ARIFF
AJK DOKUMENTASI

: MIZAN BIN MUHAMAD

AJK SIARAYA

: HAZIRAH BINTI MURSHID

AJK MAKANAN

: MOHD AMIR ASHRAF BIN ABDUL HALIM

AJK CENDERAHATI

: NOOR FATHIYYAH BINTI ISMAIL


MUHAMMAD AFIQ AL-AMRI BIN ABDUL
HAMID AL-BAKRI

ATUR CARA
1) 9.00 pagi : Taklimat ringkas latar belakang DBP
2) 9.30 pagi : Taklimat mengenai Akademi DBP
3) 10.00 pagi : Taklimat mengenai penerbitan majalah
4) 10.30 pagi : Taklimat mengenai penyelidikan sastera
5) 11.00 pagi : Soal Jawab (Sesi perbincangan)
6) 11.15 pagi : Minum pagi
7) 11.30 pagi : Kunjungan ke Galeri DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu
8) 12.00 pagi : Bersurai

PERBELANJAAN
Perbelajaan bagi Program Lawatan Sambil Belajar Semester 6, seramai 15 orang
pelatih dan 2 orang pensyarah di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
adalah seperti berikut:

NO.

PERKARA

UNIT

Makanan (Sarapan)

17

= RM 3.00 x 17

Cenderahati

= RM 51.00
= RM 30.00
RM 81.00

JUMLAH

JUMLAH

PENUTUP
Diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan kepada
kami untuk menjayakan Program Lawatan sambal Belajar ini. Semoga program ini
dapat mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dan dapat dijayakan
dengan baik. Kerjasama semua pihak didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Disediakan oleh :

.
(AZMI BIN MOHD YUSOFF)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu Unit K4
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disemak oleh:

(EN. MOHAMAD BIN LANI)


Pensyarah Penasihat,
Program Lawatan Sambil Belajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disahkan oleh:

(EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOR)


Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh.

Diluluskan oleh:

..
(EN. KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh.

You might also like