Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1

EKONOMI
SEBELUM DAHAGI
Pihak British telah menindas ekonomi negara India. Sejak dari mula lagi syarikat,
perdagangan dan perindustrian di beberapa tempat di negara itu terutamanya Bengal
telah ditindas dengan teruknya. Syarikat Hindia Timur yang dilengkapkan dengan
kuasa

politik

menggerakkan

pertumbuhan

perdagangan

British.

Tetapi

ia

melumpuhkan perkilangan India dengan mengadakan cukai tarif yang tinggi di


England bagi barang-barang India. Oleh itu, menjelang pertengahan kurun ke 19,
eksport kapas dan sutera India ke England hampir terhenti sementara pasaran India
dibanjiri oleh barang-barang Inggeris.

Ini mengakibatkan keruntuhan industri

perkilangan di India. Lain-lain industri misalnya industri melebur besi telah


dimusnahkan oleh pengimport besi dan besi waja. Ekonomi desa yang berdasarkan
kepada penyatuan pertanian dan industri desa juga musnah. Berjuta-juta tukang,
penganyam, pelebur dan penenun kain terpaksa berpaling kepada pertanian. India
secara perlahan ditukar menjadi satu jajahan pertanian untuk kapitalisme perkilangan
British.1 India membekalkan bahan-bahan mentah dan membeli barang-barang buatan
British.
Suruhanjaya Iman telah dibentuk untuk mengkaji pajakan tanah sewa. Ia telah
merampas 20,000 estet di Deccan dan membawa kesengsaraan kepada ramai orangorang India yang mendapat faedah daripada sistem itu. Perubahan-perubahan dan
percubaan dalam pentadbiran hasil tanah membawa kesengsaraan dan kesusahan
kepada pemilik-pemilik dan penyewa-penyewa.
SELEPAS PERANG DAHAGI
KEWANGAN
Sistem kewangan India menerima akibat yang teruk kesan daripada peristiwa
Dahagi.2 Oleh itu, penyusunan semula kewangan menjadi salah satu masalah yang
terpenting sekali. Satu kurangan yang besar sebanyak $36 juta telah dialami dan
1 R.C Majumdar, British Paramountcy & Indian Renaissance, Bharatiya
Vidya Bhavan, 1963, hlm 415.
2 Gilbert Khoo, Asia dalam Perubahan, Heinemann Educational Books, Selangor,
Malaysia, 1978, hlm 1175.

penyusunan semula terpaksa dibuat dengan tegas. Dalam tahun 1859, James Wilson
telah dilantik menjadi Menteri Kewangan yang pertama kerajaan India. Beliau pernah
menjadi Setiausaha kepada Perbendaharaan dan Timbalan Presiden Lembaga
Perdagangan di England. Tugas-tugas Wilson ialah untuk mengawal penerimaan dan
perbelanjaan serta memusatkan pentadbiran kewangan. Beliau melaksanakan tugas ini
dengan menjadikan kerajaan-kerajaan wilayah sebagai wakil-wakil kerajaan pusat.
Satu sistem belanjawan telah diperkenalkan begitu juga cukai pendapatan sebagai satu
sumber hasil bagi kerajaan. Wilson juga menetapkan satu tarif import yang selaras
sebanyak sepuluh peratus dan merancangkan satu mata wang kertas yang boleh di
tukarkan. Ekonomi yang ketat dilaksanakan di dalam perbelanjaan awam dan tentera
secara beransur-ansur supaya keseimbangan dalam kewangan tercapai.
Tetapi sistem kewangan pusat di mana kerajaan British mengawal semua
kepala perbelanjaan telah didapati tidak sesuai untuk keperluan sesebuah negara
sebesar India. Kerajaan British mendapat kesukaran memikul beban mengendalikan
pentadbiran yang bertambah rumit dan telah didapati bahawa kerajaan-kerajaan
wilayah telah menjadi longgar dan boros. Kawalan pusat yang melampau tidak
menggalakkan jimat cermat dan satu penyusunan semula adalah perlu. Dalam tahun
1870, Lord Mayo, Wizurai dan Gabenor Jeneral pada masa tersebut telah menyusun
satu skim desentralisasi kewangan yang baru di mana satu peruntukan tahunan yang
boleh dikaji semula tiap-tiap lima tahun telah diberikan kepada kerajaan-kerajaan
wilayah yang boleh menggunakannya mengikut sekatan-sekatan tertentu untuk projekprojek yang penting.3 Skim ini telah berjaya dan kurangan yang teruk bertukar
menjadi lebihan yang besar. Dalam tahun 1877, Lord Lytton membenarkan skim ini
diperluaskan dengan beberapa penyesuaian. Beliau membenarkan kerajaan-kerajaan
wilayah menyimpan sebahagian daripada hasil-hasil dan menghapuskan peruntukan
yang tetap.
Dalam tahun 1882, semasa Lord Ripn menjadi Wizurai, beberapa perubahan
lagi telah dibuat ke atas sistem kewangan di India. Menteri Kewangannya, Sir Evelyn
Baring menjadikan sumber-sumber hasil tertentu hak mutlak kerajaan wilayah. Yang
lain-lain telah dikongsi oleh kerajaan pusat dan wilayah. Ia kemudiannya telah
diberikan mengikut kadar yang berbeza-beza supaya mereka dapat menampung
perbelanjaan biasa mereka dan mengadakan pemulihan-pemulihan apabila perlu.
3 Baring kepada Rippon, 29 Julai 1880, KKR. Tamb, MSS 43569.

Baring juga mencadangkan mengenakan prinsip pilihan dengan menugaskan


perbandaran dan daerah desa menguruskan resit-resit tempatan serta bayaran. 4 Dengan
cara ini, kerajaan-kerajaan wilayah menikmati sedikit sebanyak kebebasan.
Semasa pemerintahan Lord Curzon, satu susunan kewangan baru diadakan
dengan pihak-pihak berkuasa wilayah di mana kerajaan pusat perlu membayar
perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan dengan perkara-perkara atau hal-hal yang
menjadi tanggungjawabnya manakala wilayah-wilayah bertanggungjawab ke atas
perbelanjaan untuk pentadbiran am dalam lingkungan wilayah mereka.
Penyusunan semula kewangan di buat sekali lagi dalam tahun 1912 apabila
peruntukan-peruntukan tetap ditukarkan menjadi pembahagian-pembahagian hasil.
Penyelesaian ini menjadi tetap. Walaupun kenaikan cukai-cukai baru dan pinjamanpinjaman tidak dibenarkan, wilayah-wilayah diberi peruntukan untuk projek-projek
kemudahan awam. Dengan itu, kuasa-kuasa kewangan kerajaan wilayah dihadkan.
Dalam tahun 1919, mengikut Akta Kerajaan India, kebebasan kewangan yang
lebih luas diberikan kepada wilayah-wilayah. 5 Satu Jawatankuasa Perhubungan
Kewangan telah dibentuk di bawah Lord Meston untuk mengkaji keadaan kewangan
dan membuat perakuan-perakuan kepada parlimen.
Hasil dari kajian jawatankuasa ini, perhubungan kewangan di antara kerajaan
pusat dan wilayah jelas ditentukan. Sistem telah membahagikan kepala-kepala hasil
setakat mana yang tidak boleh dijalankan. Beberapa sumber hasil yang tertentu
misalnya Eksais, Cukai Tanah, Hutan, Perairan dan lain-lain dijadikan hak kerajaan
wilayah. Sumber-sumber lain yang lebih penting seperti Cukai Pendapatan, Cukai
Kastam, Pos dan Telegraf, Candu dan garam menjadi hak-hak kerajaan pusat.
Wilayah-wilayah

juga

diberikan

lingkungan-lingkungan

yang

tertentu,

hak

mengenakan cukai dan meminjam.

KEBAJIKAN KEBENDAAN
4 Resolusi Kerajaan India (Jabatan Kewangan dan Perdagangan) n0. 3353,
30 September 1881, hlm 8-13.
5 Bisheswar Prasad, The Origin of Provincial Autonomy (Allahabad,
1941), hlm 158.

Sejak pemberontakan, pihak British telah sedar akan hakikat bahawa India telah
memberi sambutan dingin terhadap pembaharuan-pembaharuan Barat dan masih lagi
konservatif. Mereka memikirkan bahawa jika hati rakyat hendak dimenangi, golongan
atasan dan bangsawan mestilah dipujuk terlebih dahulu. Berbagai percubaan telah
dilakukan untuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan golongan atasan.
Tetapi mereka mula menyedari bahawa golongan atasan adalah golongan yang paling
konservatif dan tidak langsung dapat menerima apa-apa jua bentuk campur tangan.
Oleh itu, British tidak membuat sebarang percubaan mengenai perundangan atau
pemulihan sosial. Tumpuan kerajaan British adalah kepada pelaksanaan yang tegas
terhadap projek-projek kebendaan sementara mengelakkan campur tangan yang
mendalam dalam sistem sosial.6 Tujuannya adalah untuk memperbaiki kebajikan dari
segi kebendaan. Berbagai

jabatan ditubuhkan untuk mengelola dan mengawal

penjualan keluaran-keluaran hutan, candu dan garam. Langkah-langkah juga diambil


untuk mengurangkan kebuluran, penyakit dan lain-lain bentuk kesengsaraan manusia.
Di India, kebuluran sering berlaku dan beberapa kejadian pada pertengahan kedua
abad ke sembilan belas adalah yang paling teruk sekali.7 Terdapat kebuluran di Orissa
pada tahun 1866 dan kebuluran di Deccan pada tahun 1876-1878 yang terkenal
sebagai kebuluran yang sangat teruk. Ia adalah kerana pemerintah British yang tidak
melakukan revolusi pertanian. Kerja bercucuk tanam berada dalam tangan orang
bawahan dan modal untuk menjalankan kegiatan bercucuk tanam diberi dalam jumlah
yang kecil oleh golongan kapitalis kecil kepada orang yang mempunyai pengetahuan
perdagangan yang kecil.8 Dalam pada itu, petani India masih kekal sebagai orang yang
buta huruf, selalu kekurangan modal, baja dan binatang ternakan yang sihat,
membajak tanahnya yang tidak beberapa ekar itu dengan perkakas yang kuno. Hasil
tanah terus menjadi tulang belakang kewangan kerajaan9 dan cara mengutipnya masih
dengan berbagai cara seperti juga sistem hak milik yang telah diwarisi oleh pihak
6 P. Spear, A History of India, Pelican, 1965, hlm 152.
7 D. and A. Thorneer, Land and Labour in India, London, 1962, hlm 70-81.
8 Imperial Gazetter of India, Oxford III, 1907-1909, HLM 90.
9 Pada tahun 1856 tidak lebih dari separuh pendapatan awam India
diperoleh dari hasil tanah menjelang 1886 kira-kira satu pertiga.

British dan ini tidak lebih dari tokok tambah terakhir kepada belulang. 10 Dalam tahun
1833, satu suruhanjaya kebuluran telah dibentuk untuk mengkaji dan memberi
perakuan-perakuan untuk membantu kebuluran dan lain-lain bentuk kesusahan dan
kesengsaraan. Suruhanjaya ini memperakukan supaya satu crore11 setengah rupee
diketepikan dari hasil kerajaan untuk menampung keperluan-keperluan di atas.
Selepas tahun 1881, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang perkilangan
bertujuan untuk melindungi wanita dan kanak-kanak dan memperbaiki keadaan kerja
pekerja-pekerja. Tumpuan juga diberikan kepada pembuangan najis dan satu jabatan
untuk mengendalikan hal ini telah ditubuhkan. Tetapi, oleh kerana kekurangan wang
dan keadaan hidup orang-orang miskin yang sungguh menyedihkan, kadar kematian
di India masih lagi tinggi.
Sepanjang abad ke-19, kerajaan British telah memulakan pembangunan
perhubungan12 dan pengangkutan di India. Selepas Dahagi, jalan raya dan jalan kereta
api dibina dengan meluasnya untuk mengadakan perhubungan dalam kalangan rakyat.
India juga dihubungkan dengan dunia luar melalui telegraf, pos, kapal-kapal laut dan
kawat-kawat. Menjelang tahun 1919, telah terdapat lebih kurang 35,000 batu jalan
keretapi, 50,000 batu jalan raya yang dibina dengan batu dan 150,000 batu jalan raya
yang tidak dibina dengan batu. Kemudahan-kemudahan pos dan telegraf juga telah
diperluaskan. Dalam tahun 1869, Terusan Suez telah dibuka dan India menjadi
bertambah rapat dengan lain-lain bahagian dunia ini. Ini menggalakkan perdagangan
dan pembangunan perusahaan. Kerja-kerja perairan juga telah diperkenalkan. Kerjakerja ini telah pun dimulakan selepas tahun 1820 dan telah diperkembangkan
sepanjang abad ke-19 untuk meluaskan lagi kawasan-kawasan tanaman di negara itu.
Kerja raya ini menggalakkan perkembangan pengaruh Barat dan membentuk satu asas
di mana rangka ekonomi India akan dibina.
Sebagai tambahan kepada pembangunan perairan yang telah dimulakan sebagai
sebahagian dari usaha melawan kebuluran, projek-projek hidroelektrik, kerja-kerja
pelabuhan dan jambatan-jambatan juga dilakukan. Dengan pengenalan mata wang
10 B.H. Baden-Powell, The Land-system of British India (Oxford, 1892), 3
jilid.
11 1 crore= 10 juta
12 D. Thorner, Investment in Empire, Philadelphia, 1950, hlm 168-182.

yang sama, satu sistem cukai tarif dan penarikan, secara beransur-ansur sekatansekatan terhadap perdagangan dalam negeri dan kehidupan ekonomi India dengan
perlahan mengalami perubahan.
Kerajaan British telah memberi sedikit galakan atau bantuan kepada
perkembangan perindustrian. Rakyat India menumpukan perhatian kepada pertanian
yang tidak lagi diusahakan untuk penggunaan tempatan. Mereka juga cuba menanam
tanaman-tanaman baru seperti jut dan teh ang kemudiannya ditanam dengan meluas
sekali. Wilayah-wilayah yang lain juga mula menanam tanaman-tanaman khas yang
boleh maju dalam suasana-suasana asli mereka. Contohnya jut di Bengal, kapas di
India Barat, nila di Bihar dan teh di Assam. Dengan perlahan-lahan, kampungkampung kurang mengeluarkan bahan-bahan untuk keperluan sendiri malah
bergantung kepada kawasan-kawasan lain untuk bahan-bahan makanan dan tanamantanaman tertentu. Rakyat tidak lagi tersekat kepada sesuatu tempat tinggal sahaja atau
kepada pekerjaan-pekerjaan yang biasa mereka lakukan. Mereka mula berpindahrandah dan bertukar dari satu pekerjaan kepada pekerjaan yang lain. Kehidupan orang
India telah menjadi anjal dan progresif.
Walaupun begitu, pembaharuan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan untuk
mengubah sistem pertanian. Lagipun, perusahaan tradisional negara India tidak dapat
bertahan di samping persaingan hebat perusahaan Inggeris dan industri-industri baru
gagal memberi pekerjaan kepada seramai orang yang telah menggunakan sistem yang
lama.13 Pada dasarnya, saham India dalam perdagangan antarabangsa sedang
berkembang dengan pesatnya tetapi ini merupakan perdagangan bersifat baru.
Sebahagian besar import adalah barang perkilangan dari Eropah dan eksport pula
merupakan bahan mentah bukan sutera bermutu tinggi dan belacu, gula dan rempah
yang pada satu ketika diniagakan di pasaran dunia. India mengeksport lebih daripada
yang diimportnya den sejumlah besar perdagangan antarabangsanya dikawal oleh
orang Eropah.14 Wang untuk pelaburan terus kurang bekalannya, dan kekayaan India
terus bergantung kepada bahan galian bernilai, tanah dan peminjaman wang dan
bukan bergantung kepada ketidaktentuan bidang perindustrian dan perdagangan.
13 D.R Gadgil, The Industrial Evolution of India in Recent Times (edisi
keempat), Calcutta, 1942, hlm 1-193.
14 S.B Saul, Studies in British Overseas Trade, 1870-1914, hlm 188-207.

Perubahan ini tidak cukup untuk membahagikan India kepada kelas sosial berdasarkan
kepada kategori ekonomi. Kumpulan kecil pemodal muncul di ibu negeri Presidensi
tetapi mereka gagal untuk mengeratkan pertalian yang kuat di seluruh benua kecil
itu.15 Kaum pemodal India moden tidak melibatkan diri dalam sesuatu industri
sebagaimana yang berlaku pada orang Inggeris. Kebanyakan pedagang India tetap
seperti biasa mengikut pekerjaan yang mereka warisi turu-temurun dengan cara yang
tradisional. Kedua-dua golongan ini tidak mahu dan tidak boleh memecahkan sekatan
ini dalam masyarakat mereka yang menghalang pembangunan pesat.

POLITIK
SEBELUM DAHAGI
Pemerintah British iaitu Lord William Bentick telah dilantik menjadi Gabenor
Jeneral India. Beliau telah melakukan perubahan dalam politik iaitu menghapuskan
mahkamah-mahkamah rayuan dan mahkamah-mahkamah jajahan yang telah
ditubuhkan terlebih awal. Beliau telah menambahkan kuasa kehakiman hakim-hakim
15 V. I Pavlov, The Indian Capitalist Class : A Historical Study, New Delhi,
1964

tempatan dan menambahkan gaji mereka. Semasa beliau menjadi Gabenor, Bentick
mengamalkan pada kebanyakan masa dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri. Tetapi beliau terpaksa campur tangan juga apabila dirasakan perlu.
Beliau mengambil alih negeri kecil Coorg di selatan India atas permintaan pendudukpenduduknya. Raja Mysore terpaksa disarankan dan negerinya diletakkan di bawah
pemerintahan pegawai-pegawai British. Dalam tahun 1832 wilayah kecil Carchar di
sempadan timur laut Bengal juga di ambil alih di atas permintaan pendudukpenduduknya.
Semasa Lord Dalhousie memerintah, Empayar British telah diperbesarkan.
Banyak lagi negeri-negeri India dimasukkan di bawah kawalan British di atas alasan
Undang-undang Lesap Waris. Ini bermakna bahawa negeri-negeri yang bergantung
kepada dan di bawah lindungan British, apabila gagal untuk mendapatkan putera
mahkota, kerajaan mereka akan dipulangkan semula kepada kuasa tertinggi. Kuasa
tertinggi ini telah pun dipegang oleh pihak British setelah kejatuhan Empayar
Mogul.16 Pihak British tidak membenarkan pemerintah-pemerintah negeri ini
mengambil anak angkat tanpa kelulusan mereka. Undang-undang ini bukanlah sesuatu
yang baru atau ciptaan Lord Dalhousie. Ini adalah satu amalan lama dan Lord
Dalhousie hanya menggunakannya sepenuhnya. Negeri-negeri yang jatuh ke tangan
British menerusi peraturan ini adalah Satara dalam tahun 1848, Jaitpur dan Sambalpur
dalam tahun 1849, Baghat dalam tahun 1850, Udaipur dalam tahun 1853 dan Jhansi
dalam tahun 1854.
Dengan menggunakan Undang-undang Lesap Waris ini, Dalhousie juga menyekat
beberapa orang pemerintah iaitu gelaran dan pencen mereka apabila mereka tidak lagi
mempunyai sebarang kuasa mutlak.17 Dalam tahun 1853, negeri Karnatik telah
diambil alih oleh British dengan cara ini. Kejadian yang sama telah berlaku di Tanjore
di mana pemerintahnya meninggal dunia dalam tahun 1855 tanpa meninggalkan
putera mahkota. Selain dari itu, dalam tahun 1853 apabila Baji Rao iaitu seorang
16 Gilbert Khoo, 1978, Asia dalam Perubahan, Heinemann Educational Books,
Selangor, Malaysia.

17 Gilbert Khoo, Asia dalam Perubahan, Heinemann Educational Books, Selangor,


Malaysia, 1978, hlm 1171.

bekas Peshwa mati, pencen sebanyak 80,000 yang telah diberikan oleh Sir John
Malcom telah tidak dibenarkan oleh Dalhousie disambung kepada anak angkatnya.
Sebagai tambahan kepada penaklukan secara langsung Undang-undang Lesap Waris,
doktrin kebaikan untuk yang diperintah telah digunakan oleh kerajaan British
sebagai satu lagi alasan untuk mengambil alih beberapa buah negeri sekiranya salah
perintah dan kezaliman berlaku. Satu contoh yang jelas ialah negeri Oudh. Pemerintah
Oudh dan pembesar-pembesarnya telah biasa dengan kemewahan dan keseronokan
yang berlebihan. Untuk beberapa tahun, kekecohan telah menjadi bertambah buruk.
Dalhousie bercadang mengambil alih pentadbiran dan

hanya

memberikan

pemerintahnya kedaulatan yang hanya pada nama sahaja. Tetapi kerajaan di England
memerintahkan penaklukan secara langsung dalam tahun 1856 dan Nabob Wazid Ali
Shah diturunkan dari tahta kerajaan dan dibuang negeri ke Calcutta.
SELEPAS DAHAGI
PENTADBIRAN
Sistem kerajaan baru telah diisytiharkan kepada rakyat India oleh Lord Canning yang
telah menjadi Wizurai yang pertama di Allahabad pada 1 November 1858. Di dalam
pengisytiharan yang memperkenalkan kerajaan baru itu. Ratu Victoria berjanji bahawa
semua persetiaan dan ketetapan yang telah dibuat dengan mereka dan di bawah nama
Syarikat Hindia Timur yang Terhormat adalah diterima dan akan dikekalkan dengan
baik.
Kami tidak berniat untuk meluaskan lagi wilayah-wilayah kepunyaan kami
dan sementara kami tidak membenarkan apa-apa pencerobohan terhadap kuasa dan
hak-hak kami, kami tidak akan menceroboh ke atas hak-hak orang lain. Kami akan
menghormati hak-hak, maruah dan kehormatan putera-putera tempatan seperti hak
kami dam kami akan menikmati kemakmuran dan kemajuan sosial yang hanya dapat
dicapai melalui keamanan dalam negeri dan kerajaan yang sempurna.
Pengisytiharan itu juga menyatakan,
Adalah kehendak kami supaya setakat mana yang boleh, rakyat kita tidak kira
keturunan dan kaum, bebas dan secara adil diterima ke dalam jawatan-jawatan
perkhidmatan kami menjalankan tugas-tugas yang mana mereka mempunyai
kelayakan melalui pendidikan, kebolehan dan kecekapan.

10

Ratu British telah menjanjikan kebebasan dan keampunan kepada semua yang
masih menentang British tetapi yang didapati tidak bersalah membunuh rakyat
British. Pengisytiharan itu berakhir dengan satu lagi janji iaitu kemajuan
kebendaan bagi orang-orang India.
Pada kemakmuran mereka terletak kekuatan kita, pada kesenangan mereka terletak
keselamatan kita dan pada penghargaan mereka terletak hadiah yang paling baik
bagi kita.18

Kerajaan telah meninggalkan amalan Undang-Undang Lesap Waris dan ketua-ketua


tempatan dianugerahkan sanad atau piagam-piagam yang membolehkan mereka
mengambil anak-anak angkat menggantikan mereka. Sanad ini memberi jaminan
kepada pengekalan negeri-negeri tempatan. Ini juga adalah cara untuk mengambil hati
raja-raja India. Semasa Dahagi, kesetiaan pemimpin-pemimpin Rajput, Maratha dan
Sikh merupakan sumbangan besar ke arah menyekat merebaknya pemberontakan itu.
Untuk menghargai jasa-jasa mereka, bukan sahaja wilayah-wilayah mereka dilindungi
tetapi beberapa daripada mereka diberikan penghargaan kebendaan di atas kesetiaan
dan khidmat mereka. Mereka kini dianggap sebagai sahabat dan ahli sesuatu Oder
dan negeri-negeri mereka dianggap sebagai sebahagian dari Empayar India.
Walau bagaimanapun, cuma terdapat satu pemerintahan di India iaitu kerajaan
British dan peringkat kedaulatan yang diberi kepada tiap-tiap negeri adalah satu
perkara lain yang terpaksa dibuat melalui persetiaan-persetiaan. Di India dalam tahun
1858, terdapat lebih kurang 600 buah negeri di India dan lebih 500 di antaranya
adalah wilayah-wilayah kecil yang mempunyai hubungan yang kurang jelas dan tidak
tetap dengan British. Tetapi lebih kurang 40 buah negeri-negeri yang lebih besar
mempunyai hubungan dengan British yang ditentukan oleh persetiaan-persetiaan.
Tetapi hak-hak persetiaan tiap-tiap negeri adalah berbeza tertakluk kepada bidang
penaklukan oleh kerajaan penjajah.
Dalam masa 50 tahun selepas pemberontakan, perkembangan politik bergerak
perlahan-lahan. Kerajaan British melindungi negara itu, mengawal hal ehwal luar
negerinya dan mengekalkan dasar mengasing-asingkan satu negeri dengan yang lain.
Dalam hal ehwal dalam negeri, tiap-tiap negeri mempunyai kuasa penuh kecuali
biasanya terdapat seorang Residen atau wakil British untuk menasihati raja.
18 V. A Smith Oxford History of India, hlm 727-780.

11

Pemindahan kuasa ke atas India daripada Syarikat kepada Mahkota British


tidak menjejaskan pentadbiran. Mengikut Akta Piagam 1853, Majlis Gabenor Jeneral
telah diperbesarkan menjadi 12 orang ahli untuk tujuan-tujuan perundangan. Ahli-ahli
ini termasuk Gabenor Jeneral sendiri, Ketua Turus Agung, empat orang ahli biasa
Majlis Kerja Tertinggi, dua orang hakim dan empat orang wakil kerajaan-kerajaan
Bengal, Madras, Bombay dan Wilayah Barat Laut. Untuk tujuan mendekati pendapatpendapat orang India, kerajaan telah meluluskan Akta Majlis-majlis India dalam tahun
1861. Mengikut Akta ini, Majlis Gabenor Jeneral diperbesarkan daripada empat
kepada lima orang ahli. Tiap-tiap ahli bertanggungjawab ke atas beberapa jabatan
kerajaan. Dengan itu, ahli-ahli ini merupakan satu kabinet. Majlis ini diperkukuhkan
oleh ahli-ahli tambahan yang berjumlah di antara enam atau dua belas orang dan yang
mewakili berbagai-bagai kepentingan untuk tujuan-tujuan perundangan.
Majlis-majlis perundangan yang serupa untuk hal ehwal tempatan ditubuhkan
di Bengal, Madras, Bombay dan kemudiannya di Wilayah-wilayah Barat Laut dan
Punjab. Orang-orang India dilantik untuk pertama kalinya menganggotai majlis-majlis
ini. Tetapi mereka terdiri daripada orang-orang bangsawan, putera-putera, tuan-tuan
tanah, pentadbir-pentadbir negeri dan pemimpin-pemimpin agama. Walaupun tugas
majlis jenis ini terhad kepada mempertimbangkan perkara-perkara yang dibawa
kepadanya, namun majlis-majlis ini memberi makna kerana ini menandakan
permulaan penyertaan India di peringkat atas kerajaan. Dalam tahun 1862, Lord
Canning yang telah menjadi Wizurai yang pertama melantik tiga orang India sebagai
ahli yang menduduki Majlis Perundangan yang baru dibentuk. Mereka ialah Maharaja
dari Patiala, Raja dari Benares dan Sir Dinkar Rao. Ini merupakan satu tanda dalam
evolusi kerajaan perwakilan di India.19 Ia adalah kerana selepas ini orang-orang India
dipilih bukan sahaja dari negeri-negeri tetapi dari kawalan taklukan British dan dari
kalangan peguam-peguam dan lain-lain pegawai perkhidmatan yang telah bersara.
Tetapi, penyerapan orang-orang India adalah perlahan.
UNDANG-UNDANG DAN KEADILAN
Selain daripada pentadbiran, sistem kehakiman juga dirombak semula. Sebelum
Dahagi, berbagai-bagai undang-undang telah ditadbirkan seperti Undang-undang
Hindu, British atau Islam. Selepas tahun 1858, undang-undang ini diselaraskan.
19 Ibid, hlm 1173.

12

Kanun keseksaan India yang telah digubal oleh Lord Macaulay dan Suruhanjaya
Undang-undang yang pertama telah diterima dalam tahun 1861. Kanun Peraturan
Awam dan Jenayah telah dikuatkuasakan. Kanun-kanun ini telah dipinda dan
diubahsuai daripada masa ke semasa apabila perlu. Sistem mahkamah yang berbezabeza telah dihapuskan dan digantikan oleh satu sistem yang baru. Mahkamahmahkamah tinggi telah ditubuhkan di Calcutta, Madras, Bombay dan kemudiannya di
Allahabad dan lain-lain wilayah.20 Mahkamah-mahkamah Tinggi ini adalah
mahkamah-mahkamah rayuan untuk kes-kes awam dan jenayah. Dalam hal-hal yang
tertentu, rayuan boleh juga dibuat kepada Majlis Privy di England.

RUJUKAN
Gilbert Khoo, 1978, Asia dalam Perubahan, Heinemann Educational Books, Selangor,
Malaysia.
Ainon Bakar, 1987, Kemunculan Nasionalisme India: Persaingan Persubahatan Pada
Akhir Abad Kesembilan Belas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

20 Ibid. Hlm 1174.

You might also like