Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kaedah Sejarah

KAEDAH: LAWATAN KE MUZIUM

Pengenalan.

Lawatan ke Muzium meruapakan salah salah satu daripada banyak kaedah pengajaran mata
pelajaran Sejarah. Sebelum sesuatu lawatan dilakukan rancangan dan persiapan rapi dan teliti
hendaklah disediakan supaya program berjalan licin tanpa sebarang masalah yang timbul.
Belajar sambil melawat ke Muzium ini memberikan kesempatan dan peluang kepada pelajar
untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman serta mengalami keadaan
sebenar. Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk lebih memahami dan
menghayati Sejarah negara sendiri dan mendedahkan diri kepada suasana penyelidikan
persejarahan.

Pelajar yang mengikuti lawatan ke Muzium ini lebih berkemahiran dalam bidang
penyelidikan sejarah seperti kemahiran merancang, menyusun dan mengumpul koleksikoleksi penerangan dan maklumat sejarah. Daripada lawatan ini akan menyusul pula
perbincangan dan diikuti dengan menyediakan laporan lengkap dan berguna kepada pelajar
sebagai bahan rujukan. Muzium merupakan bangunan yang menyimpan, memelihara,
mengkaji, dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni dan saintifik.
Lawatan ke Muzium memberikan peluang kepada pelajar melihat sendiri barang-barang
pameran yang terdapat di dalam bangunan itu. Lawatan yang berjaya akan memberikan kesan
kepada pengalaman pembelajaran pelajar.

Fungsi Muzium

Muzium merupakan gedung penyimpanan bahan-bahan bersejarah yang boleh dinikmati oleh
orang ramai dan bertindak sebagai badan penyebar ilmu pengetahuan misalnya melalui
pameran-pameran harian dan pameran yang khas, seperti pameran barang-barang sejarah dari
luar negara. Terdapat banyak muzium di Malaysia misalnya Muzium Negara dan Muziummuzium di setiap negeri, Muzium Tentera, Muzium Polis dan sebagainya. Selain itu, muzium
menjadi tempat pemelihara nilai-nilai kebudayaan bangsa. Terdapat pelbagai barang-barang
yang tinggi nilai seni yang melambangkan kebudayaan negara ini tersimpan di muziummuzium seperti pakaian tradisi, senjata tradisi seperti keris, lembing, badik, dan sebagainya.

Selain itu juga, muzium merupakan satu tempat yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan

kerana terdapat banyak khazanah sejarah yang penting disitu. Pelbagai maklumat penting
dapat diperolehi daripada muzium. Oleh itu, lawatan ke muzium merupakan satu kaedah yang
berkesan dimana pelajar mendapat maklumat berkaitan pelajaran secara terus. Bagi pelajarpelajar yang pernah membuat penyelidikan akan mengalami peristiwa yang boleh dijadikan
pengalaman dan pengajaran kepada mereka. Disamping meningkatkan ilmu pengetahuan
pengunjung secara tidak lansung pihak muzium memupuk kesedaran masyarakat terhadap
sejarah dan kebudayaan bangsa sendiri serta meningkatkan semangat cintakan negara dan
khazanahnya.

Objektif Lawatan Ke Muzium

Mengapakah perlunya pelajar-pelajar melawat ke muzium? Pembelajaran di dalam kelas


adalah bersifat teori dan abstrak, yang memerlukan kepada daya pemikiran imaginatif.
Apabila guru menerangkan sesuatu perkara pelajar hanya diberikan gambaran dan
memerlukan daya imaginasi untuk membayangkannya. Dengan lawatan ke Muzium pelajarpelajar berpeluang melihat dengan mata kasar sendiri dan secara dekat bahan-bahan pameran
yang ada kaitan dengan pembelajaran, dan sebagai bonus bahan-bahan yang tidak berkaitan
dengan pelajaran. Terdapat banyak perbezaannya antara berimaginasi (abstrak) dengan
melihat secara lansung (konkrit) dan ini akan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap
subjek Sejarah. Di dalam muzium awam terdapat pelbagai tinggalan sejarah, barang-barang
antik, benda yang aneh atau luar biasa.

Selain itu, objektif lawatan ini ialah untuk memberikan satu kelainan dalam kaedah
pembelajaran yang tidak lagi berlaku di dalam kelas sahaja. Pembelajaran hari ini bukan
sahaja boleh berlaku dalam kelas tetapi pembelajaran boleh berlaku ditempat-tempat lain juga
misalnya di muzium ini. Pembelajaran sebegini memberikan ruang dan suasana yang berbeza
dan menarik minat pelajar-pelajar disamping pendedahan terhadap maklumat secara terus.
Lawatan ke muzium merupakan satu perubahan yang baik untuk memberikan kefahaman
terhadap pelajar tentang peristiwa masa lalu dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini akan
membuka minda pelajar-pelajar dan membentuk fakulti keintelektualan dalam diri mereka.
Kekuatan Kaedah

Kaedah lawatan ke muzium ini mempunyai beberapa kelebihan tertentu. Para pelajar akan
melalui pengalaman yang berharga semasa lawatan kerana secara langsung mereka mendapat
pelbagai maklumat-maklumat penting. Pengalaman merupakan hal yang paling bernilai dan
guru yang paling baik adalah pengalaman diri sendiri kerana pengalaman membawa
seseorang secara terus terhadap perkara yang dibincangkan, difikirkan, diminati, dan
seumpamanya. Pengalaman yang berguna menjadi asas kepada pelajar untuk menghadapi
keadaan-keadaan yang lain dengan kegiatan-kegiatan lain kemudiannya.

Selain itu, kaedah ini akan membuat pelajar lebih sedar terhadap persekitaran sejarah. Aktiviti
lawatan itu akan mengubah corak pemikiran mereka dengan sikap-sikap yang lebih matang.
Mereka mula memahami pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru mereka dan akan
meningkatkan kemahiran belajar dan minat terhadap mata pelajaran sejarah. Jika sebelum ini
pembejaran di dalam kelas membosankan, dengan adanya lawatan ke muzium pelajar-pelajar
akan lebih seronok dengan bahan-bahan sejarah yang dilihatnya. Mereka akan lebih teruja
untuk mempelajari sejarah dalam masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai
dan sikap patriotik dikalangan pelajar-pelajar. Mereka menyayangi khazanah-khazanah
berharga dan sekaligus menghargai sejarah bangsa mereka sendiri.

Selain itu, lawatan ke muzium ini akan memberikan satu pendedahan baru kepada pelajar dan
bertujuan memupuk keperibadian seorang penyelidik sejarah. Ini akan mendedahkan pelajarpelajar tentang kaedah untuk menganalisis, merumus, dan menilai fakta-fakta sejarah yang
diperolehi mereka. Ini merupakan satu latihan kepada mereka dalam proses membuat sesuatu
kajian yang perlu mereka ketahui. Langkah-langkah tersebut akan meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari di dalam kelas dan melalui buku teks. Muzium
memberikan gambaran yang konkrit dan kerana itu muzium dapat menjadi media pendidikan
yang efektif.

Kelemahan Kaedah

Selain kelebihan-kelebihan yang ada, kaedah lawatan ke muzium juga memiliki beberapa
masalah ataupun kekurangan-kekurangannya. Belajar sambil melawat memerlukan satu
perancangan yang teliti dan baik untuk menjayakannya. Ini bertujuan supaya objektif lawatan
dan matlamatnya tercapai dan tidak sekadar pergi membuang masa sahaja. Sekiranya
perancangan dibuat sambil lewa boleh menjejaskan kualiti lawatan ke muzim dan menjadikan
lawatan ke muzium sesuatu yang hambar dan tidak berfaedah kerana objektif yanf ditetapkan
tidak terlaksana. Walau bagaimanapun, lawatan tetap berlaku cuma sekadar mencari
keseronokkan.

Selain itu, lawatan ke muzium memerlukan kos yang tinggi jika melibatkan muzium-muzium
yang jaraknya jauh dan sekiranya lawatan berlangsung beberapa hari ia mengambil masa
yang lama disamping banyak prosedur yang perlu dilakukan. Guru terpaksa mendapatkan
kelulusan pihak-pihak tertentu seperti pengetua dan ibu bapa dan juga bertanggungjawab
terhadap keselamatan dan makan minum pelajar-pelajar. Perkara-perkara sebegini perlu
diatasi dan diuruskan dengan cekap untuk menjayakan misi lawatan tersebut.

Pihak muzium juga akan mengalami beberapa kesulitan dalam sesuatu lawatan kerana pihak
muzium tidak mampu melayani sekaligus kelompok pelajar yang besar terutamanya dalam

persoalan perbincangan tentang bahan pameran. Oleh itu, penggunaan muzium adalah
terbatas kepada sekolah kerana membawa kelompok pelajar yang besar ke dalam muzium
adalah tidak mungkin. Dan kunjungan hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam setahun untuk
mengelakkan gangguan terhadap waktu pembelajaran dalam kelas dan lawatan ini mestilah
disertakan dengan kegiatan-kegiatan pembelajaran yang efektif dan berguna.

Dari segi pembelajaran, pelajar-pelajar akan kurang berminat terhadap pembelajaran dalam
kelas kerana tidak berminat mendengar guru mengajar dan sebaliknya suka kepada aktiviti
lawatan yang telah mereka lalui itu. Perhatian dan tumpuan dalam kelas makin berkurangan
kerana terpengaruh dengan lawatan ke muzium. Mereka lebih berminat sekiranya perkara
yang diajar itu disertakan dengan bukti-bukti konkrit di depan mata. Ini akan mengganggu
tumpuan pembelajaran mereka. Oleh itu, sumber atau bahan pengajaran yang digunakan oleh
guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat mereka
terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik.

Strategi Perlaksanaan

Lawatan ke muzium boleh meningkatkan minat pelajar-pelajar kerana aktiviti seperti ini
memberikan keseronokkan disamping pelbagai maklumat baru dan meninggalkan kesan
kepada pelajar-pelajar. Untuk menjadikan sesuatu lawatan itu berjaya dan lebih bermakna ia
perlulah disepadukan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Ini untuk mengaitkan dan membuktikan kepentingan mempelajari sejarah.
Terdapat dua pembahagian melalui kaedah lawatan ke muzium ini iaitu peringkat sebelum
dan selepas lawatan dilakukan.

a) Sebelum Lawatan

Perkara paling penting dalam proses lawatan ke muzium ialah kemahiran pelajar-pelajar
mengumpul dan merekod data-data serta maklumat. Namun, sebelum sesuatu lawatan
dilaksanakan beberapa perkara perlu dilakukan oleh guru dan pelajar-pelajar untuk
menjayakan program. Guru perlulah membuat keputusan tentang tujuan lawatan itu. Setiap
peraturan yang ditetapkan pihak sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan hendaklah dipatuhi.
Program pendidikan luar memerlukan penumpuan yang lebih kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan urusan keselamatan pelajar dan keselamatan peralatan. Guru perlu
memaklumkan program yang mahu dibuat kepada ibu bapa tentang tujuan, kos dan lain-lain.

Persediaan-persediaan lain perlu disiapkan dengan teliti untuk memastikan matlamat lawatan
tercapai. Taklimat kepada peserta adalah penting untuk memberitahu peranan dan tugasan

mereka semasa lawatan nanti. Guru menyediakan beberapa tajuk dan dikelompokkan pelajarpelajar kepada beberapa kumpulan untuk setiap tugasan yang perlu mereka laksanakan.
Pastikan pelajar-pelajar fahami secara jelas objektif lawatan itu. Ini bertujuan menjadikan
lawatan ke muzium ini memberikan kesan yang dikehendaki dan mencapai matlamat yang
ditetapkan.

b) Selepas Lawatan.

Aktiviti selepas lawatan merangkumi usaha-usaha mentafsir, menganalisis segala maklumat


yang telah dikumpulkan dan proses penilaian terhadap tugasan yang dibuat pelajar-pelajar
oleh guru penyelia. Ini merupakan peringkat pembelajaran yang penting apabila pelajarpelajar didedahkan dengan kaedah penyelidikan yang menggalakkan proses pemikiran kreatif
dan kritis. Pelajar-pelajar mendapat dua pengalaman dalam lawatan ke muzium iaitu
pengalaman sebagai pemerhati dan sebagai peserta dimana gabungan keduanya ini boleh
mengayakan pengalaman pelajar-pelajar.
Selain itu, guru boleh meningkatkan tahap penguasaan ilmu pelajar terhadap topik
pembelajaran dengan menyuruh mereka mencari maklumat-maklumat tambahan dengan
merujuk sumber-sumber yang lain. Setiap maklumat yang didapati perlulah diproses oleh
pelajar-pelajar dan membuat pnghuraian dan kesimpulan berdasarkan maklumat itu.
Sekiranya terdapat isu-isu yang kurang difahami dan mengelirukan satu perbincangan lanjut
perlulah dilakukan bersama-sama guru dan setiap hasil yang diperolehi oleh pelajar perlulah
dipersembahkan kepada kelas. Ini bertujuan memberi kesan yang lebih baik dengan
pandangan dan ulasan rakan-rakan pelajar. Hasil kajian melalui lawatan itu perlulah
disediakan oleh pelajar sama ada dalam bentuk laporan kajian, karangan dan persembahan
lisan.

Kesimpulan

Kaedah lawatan muzium yang menjadi salah satu daripada kaedah pengajaran sejarah ini
berupaya meningkatkan minat dan kefahaman pelajar-plajar terhadap mata pelajar sejarah. Ini
memberikan satu lagi dimensi dalam pendidikan sejarah kepada pelajar-pelajar dan sebagai
satu alternatif pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Menerusi lawatan ini
pelajar-pelajar mampu membina corak pemikiran yang lebih terbuka, toleransi dan lebih
matang. Pelajar-pelajar didedahkan dengan nilai-nilai sejarah dan kebudayaan yang bernilai
terutamanya dlam penyelidikan. Selain itu, pelajar sendiri telah melibatkan diri dalam kaedah
penyelidikan yang melibatkan pemerhatian, pengumpulan maklumat, mentafsir maklumat,
penulisan dan sebagainya.

You might also like