Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sains

5 BRILLIANT
SAINS HAYAT/ HAIWAN
60 minit
3.2.1, 3.2.2

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,


1- Mengemukakan soalan yang relevan untuk mencungkil maklumat
tentang ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada
musuh dan cuaca melampau
2- Membuat penaakulan bagi setiap ciri dan tingkah laku haiwan untuk
melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.
Berkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens
Aktiviti :
1. Murid berada dalam kumpulan seperti mana semasa membina
model haiwan imaginasi.
2. Aktiviti soal jawab ini melibatkan 4 kumpulan serentak.
(Sebagai contoh, kumpulan tersebut ialah A, B, C dan D)
3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan seperti di bawah:
i.
Kumpulan A akan menyerahkan model ciptaan mereka
kepada Kumpulan B
ii.
Kumpulan B akan berbincang dan membina soalan untuk
mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah laku khas
haiwan ciptaan kumpulan A.
iii.
Setiap ahli kumpulan B mesti mengemukakan sekurangkurangnya satu soalan kepada Kumpulan A.
iv.
Kumpulan A mesti menjawab soalan yang dikemukakan.
v.
Selepas menjawab, Kumpulan A juga mesti mempersoalkan
soalan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan B.
vi.
Kumpulan B mesti memberikan penjelasan mengapa soalan
itu dikemukakan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
terhadap model.
vii.
Kumpulan C dan D bertanggungjawab memberi markah
kepada kumpulan A dan B berdasarkan Lampiran 1.

4. Cadangan soal jawab yang mungkin berlaku:


Ahli 1 Kumpulan B
B : Adakah haiwan ini boleh terbang?
A : Ya. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Bahagian belakangnya mempunyai struktur seperti sayap.
Ahli 2 kumpulan B
B : Adakah haiwan ini menyembur racun?
A : Tidak. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Ada serbuk berwarna merah dalam bahagian mulut.
A : Serbuk merah itu untuk menakutkan musuh seperti dakwat
hitam pada sotong
5. Sesi soal jawab berterusan sehingga kesemua ahli Kumpulan B
bertanyakan soalan atau sehingga semua soalan yang dibina
dikemukakan.
6. Secara ringkasnya, peranan kumpulan adalah seperti berikut:
7.
Langkah
3

Kump

Tugas

Catatan

Menyerahkan model mereka kepada


kumpulan B. Setiap ahli kumpulan
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab
yang dijalankan

Menjawab
soalan dari ahli
kumpulan B

Menerima model dari kumpulan A,


membuat pemerhatian dan membina
persoalan. Setiap ahli kumpulan
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab
yang dijalankan

Mengemukakan
soalan kepada
kumpulan A

C&
D

Memerhatikan soal jawab antara


kumpulan A dan B.
Kumpulan C memberi markah kepada
kumpulan A dan Kumpulan D
memberi markah kepada B

Menggunakan
Lampiran 1

hingga 5 diulang dengan menggunakan model Kumpulan B dan


Kumpulan A bertanggungjawab mengemukakan soalan.
8. Langkah 3 hingga 6 diulang dengan menukar peranan kumpulan
iaitu Kumpulan C dan D akan bersoal jawab manakala Kumpulan A

dan B memberi markah.


Penutup:
1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang kepentingan ciri /
tingkah laku khas kepada haiwan.
2. Murid membuat refleksi tentang kepentingan kemahiran menyoal
untuk mendapatkan maklumat.
Kreativiti dan Nilai
Bahan-bahan terbuang, gunting, gam, pensil warna
Lampiran 1

You might also like