Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kepentingan Pengamatan Dan Pembelajaran Bagi Kesediaan Belajar Serta

Motivasi Pelajar

Kesediaan Belajar
Motivasi

1.PENGERTIAN KESEDIAAN

Kesediaan belajar merujuk kpd keadaaan dalman individu yang


bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.

Thorndike (1913) mengemukakan Hukum Kesediaan yang dirumuskan


secara ringkas seperti berikut:
Apabila seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan
berjaya melakukannya, maka tindakan ini akan membawa kepuasan
kepadnya.
Apabila seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan
tetapi tidak dapat melakukannya, maka individu itu akan berasa kecewa.
Apabila seseorang individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu, tetapi
dipaksa melakukannya, tindakan paksaan itu pula menimbulkan perasaan
dukacitanya.

Menurut Bruner (1996), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua


pekara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak bilabila masa peringkat perkembangannya.

Piaget (1966), mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat


pembelajaran mengikut pekembangan kognitif kanak, iaitu peringkat deria
motor (0-2 thn), praoperasi (2-6 thn), operasi konkrit (7-12 thn) dan operasi
formal (selepas 12 thn).

Jenis-jenis kesediaan belajar

1. Kesediaan Kognitif

2. Kesediaan Afektif

3. Kesediaan Psikomotor

Kesediaan Kognitif

Kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk


belajar sesuatu.

Ia berkaitan dengan peringkat pkmbngan intelek seperti berfikir,


menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.

Biasanya, prkmbngan intelek seseorang adalah berkadar secara terus


dengan pertambahan umurnya, iaitu murid-murid sekolah rendah hanya
boleh bersedia untuk belajar operasi konkrit, dan apabila telah memasuki
sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi
yang kompleks.

Secara ringkasnya, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah


kesanggupan seseorang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
menerima faedahnya. Dia dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila
pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang
diperlukannya.

Kesediaan Afektif

Kesediaan afektif di bawah konteks kesediaan belajar merujuk kepada


sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk
melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah


dipengaruhi oleh sikap murid, dan bukan beberapa kali seorang murid
mengulang kaji bahan pelajarannya.

Implikasinya ialah jika seseorang murid mpunyai sikap positif, motivasi


diri tinggi, aktif, agresif dan keinginan mencapai kecemerlangan, serta
ketekunan dan minat terhadap pembelajarannya, kesediaan afektifnya
adalah tinggi yang akan membolehkannya memudahkan proses
pembelajaran dan mencapai kecemerlangan daripada usahanya.

Sebaliknya, jika seseorang murid mempunyai sikap negatif terhadap


pembelajaran, misalnya tidak berminat belajar, kesediaan afektifnya adalah
rendah dan akan menyebabkan pembelajarannya tidak dapat dilakukan

dengan kejayaan, walaupun murid itu telah banyak kali melakukan aktiviti
pembelajaran yang sama.

Kesediaan Psikomotor

Kesediaan psikomotor merujuk kepada seseorang yang mempunyai


potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.

Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor


sekiranya tubuh badannya tekah sampai kematangan selaras dengan latihan
fizikal yang diperlukan.

Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota,


pengewalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh badan.

Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang berumur sama


usia adalah berbeza-beza, memandangkan perkembangan fizikal setiap
orang adalah unik dan tersendiri.

Bagaimanapun, kesediaan psikomotor yang tinggi akan membolehkan


seseorang menjalankan aktiviti latihan dalam proses pembelajaran dengan
cekap dan berkesan.

Kesediaan psikomotor ini adalah amat penting untuk pembelajaran


dalam matapelajaran dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani, permainan alat muzik, dan Kemahiran Hidup.

2.MOTIVASI
Tanpa kesediaan belajar, pembelajaran tidak akan wujud. Oleh kerana
kesediaan belajar bergantung kepada motivasi yang sesuai, maka motivasi
adalah penting untuk menggerakkan pembelajaran, sebagaimana yanag
diilustrasikan.

Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik diwujudkan semula jadi daripada rangsangan


dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk
melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran.

Brunner (1966), mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin


tahu dan dorongan mencapai kecekapan sebagai motivasi intrinsik murid
yang baru masuk sekolah.

Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara


semula jadi.

Misalnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah
daya gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalamannya.

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan


tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu yang akan membawa
faedah kepadanya.

Motivasi ekstrinsik ini boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk


seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan
membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka
belajar.
http://sayit92.blogspot.com/2012/07/kepentingan-pengamatan-danpembelajaran.html
. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu
disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman.
2. Pengamatan merupakan satu proses kemahiran yang memerlukan
kecekapan dalam menganalisis bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.
3. Kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan dalam konsep nombor agar
dapat memastikan nombor tersebut betul

4. Kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera


setelah berlakunya proses dalam mental.
5. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.
Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanakkanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat
membantu mereka dalam pembelajaran.
6. Ruth Strang - Reading Diagnosis and Remediation beliau mengatakan
pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan
kederiaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
7. Janet W. Learner (1971) - Children With Learning Disabilities telah
mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.
http://fiza-gaizer.blogspot.com/2010/10/kepentingan-pengamatan-dalam.html

You might also like