Surat Rasmi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Khairol Bariah bt Haroen

Naqibah PISMP 6.03


Kuliah Sains Sosial
IPG- Kampus Pendidikan Islam

Tuan Haji Anwar b Ahmad


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

02 FEBRUARI 2011

Melalui dan kepada :


Naqibah PISMP 6.03

Tuan,
PERNYATAAN KEBENARAN NAQIBAH PISMP 6.03
Merujuk perkara di atas, saya, Khairol Bariah bt Haroen, selaku naqibah kepada
Isma Hazwani bt Ismail, kuliah PISMP 6.03 pengkhususan Sains Sosial ingin
memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya membenarkan anak didik

saya

untuk berkahwin pada 17 Disember 2011.


2. Saya juga berjanji kepada pihak tuan bahawa saya akan bekerjasama dengan
pihak tuan bagi memantau dan

memastikan anak didik saya tetap meneruskan

pengajian di Institut seperti biasa serta mematuhi peraturan yang telah digariskan
setelah mendirikan rumah tangga.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai
Sekian terima kasih

Yang Benar
..

(KHAIRUL BARIAH BT HAROEN)


Naqibah Kuliah PISMP 5.03
Sains Sosial

Hj. Ismail b Mat Zin

Lot 1430, Taman Menteri


34850 Changkat Jering,
Taiping, Perak

Tuan Haji Anwar


Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

02 FEBRUARI 2011

Melalui dan kepada :


Naqibah PISMP 5.03

Tuan,
PERNYATAAN KEBENARAN PENJAMIN
Merujuk perkara di atas, saya,Hj. Ismail b Mat Zin selaku waris dan juga penjamin
pertama kepada anak saya iaitu Isma Hazwani bt Hj. Ismail, kuliah PISMP 6.03
pengkhususan Sains Sosial ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya
mengetahui dan membenarkan anak saya untuk berkahwin pada 17 Disember 2011.
2. Saya juga berjanji kepada pihak tuan bahawa saya akan memastikan anak saya
tetap meneruskan pengajian di Institut seperti biasa serta mematuhi peraturan yang
telah digariskan setelah mendirikan rumah tangga.
3. Saya juga membenarkan pihak institut mengenakan tindakan tatatertib kepada
anak saya sekiranya anak saya melanggar peraturan yang telah digariskan oleh
pihak institut.

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai


Sekian terima kasih

Yang Benar
..
(HJ. ISMAIL B MAT ZIN)
s.k

: 1. Puan Khairol Bariah Binti Haroen


2. Puan Nurkiah bt Abdullah
3. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Isma Hazwani bt Hj. Ismail


PISMP 6.03, Sains Sosial
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tuan Haji Anwar


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

02 FEBRUARI 2011

Melalui dan kepada :


Naqibah PISMP 6.03

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK BERKAHWIN
Merujuk perkara di atas, saya ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
berkahwin pada 17 Disember 2011.
2. Berikut adalah merupakan butir-butir dokumen yang turut saya sertakan
bersama surat permohonan ini .
2.1 surat kebenaran waris / penjaga
2.2 surat kebenaran penjamin
2.3 surat kebenaran naqibah
3. Justeru, saya amat berharap agar tuan dapat mempertimbangkan dengan
sewajarnya permohonan saya ini. Saya berjanji bahawa saya tetap akan
menunaikan kewajipan saya sebagai seorang pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam
dengan sebaik mungkin walaupun saya telah mendirikan rumah tangga dan saya
juga berjanji bahawa saya bersedia untuk dikenakan segala tindakan tatatertib

seandainya saya melanggar perjanjian dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak institut.
Kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar
..
(ISMA HAZWANI BT HJ.ISMAIL)
PISMP 6.03
SAINS SOSIAL
s.k

: 1. Puan Khairol Bariah Binti Haroen


2. Puan Nurkiah Binti Abdullah
3. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Hj. Ismail b Mat Zin


Lot I430 Taman Menteri
34850 Changkat Jering
Taiping, Perak

Tuan Haji Anwar


Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

02 FEBRUARI 2011

Melalui dan kepada :


Naqibah PISMP 6.03

Tuan,
PERNYATAAN KEBENARAN WARIS
Merujuk perkara di atas, saya, Hj. Ismail b Mat Zin selaku waris kepada Isma
Hazwani bt Hj. Ismail, kuliah PISMP 6.03 pengkhususan Sains Sosial ingin
memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya membenarkan anak saya untuk
berkahwin pada 17 Disember 2011.
2. Saya juga berjanji kepada pihak tuan bahawa saya akan memastikan anak saya
tetap meneruskan pengajian di Institut seperti biasa serta mematuhi peraturan yang
telah digariskan setelah mendirikan rumah tangga.
3. Sekiranya anak saya melanggar pra syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
institut, saya membenarkan pihak institut untuk mengenakan apa jua tindakan
tatatertib terhadap anak saya.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai
Sekian terima kasih

Yang Benar
..
(HJ. ISMAIL B MAT ZIN)
s.k

: 1. Puan Khairol Bariah Binti Haroen


2. Puan Nurkiah Binti Abdullah
3. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

You might also like