Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Contoh Laporan Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Ting.

2
Contoh muka hadapan :
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 2
Tema : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah
Tarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011
Tempat : Kelas ______
Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli
Ahli Kumpulan Projek :
Pengerusi : _______________________
Setiausaha : _______________________
Bendahari : _______________________
AJK
: _______________________
_______________________
_______________________
------------------------------------------------------------------------------------Contoh Kandungan :
KANDUNGAN
BIL

PERKARA

OBJEKTIF

PERANCANGAN

BELANJAWAN PROJEK

KERJA AMALI

REFLEKSI

CADANGAN DAN KOMEN

PENGHARGAAN

GAMBAR

RUJUKAN

10

LAMPIRAN :
BORANG REFLEKSI INDIVIDU
MINIT MESYUARAT
LAPORAN KERJA AMALI

CARTA GANTT

MUKA SURAT

------------------------------------------------------------------------------------Contoh objektif projek :


OBJEKTIF

i)

Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar kelas 2 ___ melalui aktiviti


yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

ii)

Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas supaya lebih selesa


dan kondusif .

iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli kelas melalui aktiviti melukis mural
berkenaan semangat patriotik dan penyemaian amalan membaca
------------------------------------------------------------------------------------Contoh perancangan :

PERANCANGAN
Projek ini telah dirancang sejak bulan Julai 2011. Perancangan awal dilakukan
supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan
berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus atas
cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai salah satu usaha untuk
mengindahkan kawasan sekolah.
Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua dan
sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Sebagai
salah satu usaha untuk menambah motivasi pelajar-pelajar kelas ini guru penasihat telah
mencadangkan agar aktiviti melukis mural dijalankan dengan menulis kata-kata motivasi
ataupun kata-kata yang dapat memupuk semangat patriotisme.

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek


ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I).
Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli
kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini.
------------------------------------------------------------------------------------Contoh belanjawan :

BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH

Pendapatan
Sumber Paniti Sivik
Sumber Ahli

RM
RM12

JUMLAH

RM12

Perbelanjaan
Cat
Berus Lukisan
Kertas A4
Binding
Fotokopi
Gambar
Printing
JUMLAH

RM
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
RM2
RM12

------------------------------------------------------------------------------------Contoh laporan kerja amali :

KERJA AMALI
Pada 2 Ogos 2011, kami seramai 6 orang telah bermesyuarat dan membuat
pembahagian tugas. Kami juga telah merancang dan memilih kata-kata yang sesuai bagi
menghiasi projek khidmat masyarakat ini. Kami telah sepakat memilih kata-kata berikut
yang akan dilukis pada dinding kelas kami:

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN


Sepanjang minggu bermula dari 2 Ogos 2011 sehingga 5 Ogos 2011 kami telah
menjalankan aktiviti melakar mural supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih kemas dan
lancar. Aktiviti melukis mural ini juga merupakan salah satu aktiviti bagi pelajar-pelajar
tingkatan 2 sempena minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah. Kami

sangat berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat mencurahkan bakti dalam
usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.
Kami berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah ditetapkan selain
menyuburkan budaya gotong-rotong dikalangan golongan remaja khususnya para pelajar.
------------------------------------------------------------------------------------Contoh

refleksi

REFLEKSI
Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal
hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik
pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli
kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V).
-------------------------------------------------------------------------------------

Contoh cadangan dan komen :


CADANGAN DAN KOMEN
Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasil aktiviti
melukis mural di kelas kami. Daripada pemerhatian kami, suasana kelas bertambah ceria
dan persahabatan antara pelajar-pelajar kelas ini semakin erat melalui aktiviti gotongroyong yang telah dijalankan.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari
projek ini. Di antaranya kami dapat:

Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.


Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.
Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.
Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.
Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan
Menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti gotong-royong
Mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling bekerjasama dan
percaya-mempercayai.
Mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan

Membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat


Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :
Peruntukan kewangan yang terhad.
Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti.
Semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama
kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru
penasihat, ibu bapa serta ahli kumpulan yang mendorong kami lebih yakin untuk
merealisasikan projek ini.
Kami ingin mencadangkan supaya di masa akan datang diadakan kempen-kempen
kesedaran mengenai pentingnya amalan gotong-royong dalam kehidupan sehari-harian.
Penekanan adalah lebih kepada golongan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Di
harap aktiviti gotong-royong akan terus subur di kalangan warga sekolah, jiran tetangga
dan juga masyarakat amnya.
-------------------------------------------------------------------------------------PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pengetua, guru penasihat, guru kelas dan ibu bapa kerana memberi sokongan untuk
menjayakan projek ini.
Ahkir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa depan
benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga berasa sunguh
gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat.
Sekian, terimakasih.
Laporan disediakan oleh:
Tandatangan
(
Nama Setiausaha
)
Setiausaha,
Projek Mengindahkan Kawasan Sekolah,
SMK Dato Abdul Rahman Andak,
Simpang Renggam, Johor.

You might also like