Profil Sekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEJARAH SMK BARU BINTULU

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu dahulunya dikenali sebagai Sekolah


Kerajaan Baru Bintulu. Sekolah ini telah dirasmikan pada 3 Januari 1989. Pada waktu
tersebut, SMK Baru merupakan sebuah sekolah menumpang iaitu berkongsi bangunan
dengan SRK Kpg Baru. Tapak dan bangunan sekolah ketika itu adalah bekas bangunan
SMK Bandar Bintulu dan terletak di Kampung Baru yang kini telah dibina sekolah baru untuk
SK Kampung Baru Bintulu yang dijangka beroperasi pada tahun 2012.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Allahyarham Encik Rosli Bin Jolhi yang
menerajui SMK Baru mulai 1989 sehingga 1994. Tugas beliau sebagai pengetua telah
disambung oleh Encik Mat Noh Bin Haji Minan dari tahun 1994 sehingga 1995. Lagu
sekolah, Sekolah KebanggaanKu adalah ilham dan ciptaan beliau. Sebaik sahaja beliau
berpindah, tempat beliau diganti oleh Tuan Haji Ismail Bin Jaya yang mengetuai SMK Baru
Bintulu pada tahun 1995. Encik Awangku Omar Bin Awangku Yahaya pula adalah Pengetua
seterusnya, iaitu dari tahun 1995 sehingga 1996. Encik Mohamad Kasim Bin Arbain yang
merupakan Pegawai Pelajaran Sarikei pada masa sekarang adalah Pengetua SMK Baru
Bintulu yang ke 5 dan paling lama iaitu selama 9 tahun. Beliau juga merupakan Pengetua
yang menerima dan membangun SMK Baru Bintulu ke bangunan baru di Bukit Kemunting
selepas beberapa tahun menumpang di SMK Bintulu. Beliau menerajui sekolah ini dari
tahun 1996 sehingga 2005. Sebaik sahaja beliau berpindah, Encik Zainuddin @ Merjedi Bin
Kuan mengambil alih sebagai Pengetua pada tahun 2005.
Pada Julai 2006, Puan Hajah Serina Binti Sauni yang ketika itu memegang jawatan
sebagai Pegawai Pelajaran Bahagian Bintulu dipindahkan ke SMK Baru sehingga Ogos
2009 sebagai Pengetua. Pada November 2010 sehingga Jun 2011, Encik Then Chiew
Nyeiw telah dipindahkan dari SMK Tung Hua, Sarikei ke SMK Baru Bintulu sebagai
Pengetua. Bermula Jun 2011 sehingga kini, SMK Baru diterajui oleh Puan Rahani @ Rohani
Haji Daud sebagai Pengetua.
Sekolah yang bermula dengan seramai 243 orang pelajar dan dua kelas Peralihan
serta 6 kelas tingkatan 1 dengan 14 orang guru sahaja, kini beroperasi dengan 2000 lebih
pelajar, 64 buah kelas dan 142 orang guru serta 16 orang kakitangan bukan guru pada
tahun 2012. Lokasinya yang terletak di atas Bukit Kemunting, mengadap Sungai Kemena
dan Bukit Kemunting di belakangnya, ia mula membangun dan merealisasi impian
masyarakat di sekitarnya. Pihak Pentadbiran dan warga sekolah sentiasa berusaha
membangun sekolah ini agar setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Dengan
sokongan PIBG dan masyarakat setempat, era baru, pentadbiran baru yang berwawasan,
SMK Baru Bintulu dengan warganya terus menapak dan maju ke depan untuk misi yang
seiring dengan NKRA dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga, perancangan yang dibina dari pelbagai sudut membuahkan hasil yang
amat membanggakan. Program yang mantap dan mengambil kira situasi semasa SMK Baru
Bintulu telah dirangka sama ada dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum,
sahsiah, modal insan dan laluan selepas pelajar tamat persekolahan oleh Pengetua, Puan
Rahani@Rohani Haji Daud demi melihat sekolah tidak ketinggalan dari pelbagai aspek.
Kekuatan SMK Baru Bintulu terletak pada semangat, pemuafakatan dan kepimpinan
tertingginya yang berkarisma. Kekuatan ini menepis segala kelemahan dan akan membawa
SMK Baru Bintulu terus maju ke depan seiring dengan usianya ke 25 tahun pada tahun
2014

VISI, MISI, WATAK, MOTTO DAN WAWASAN

VISI
SMK BARU BINTULU GEMILANG 2012
MISI
MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERJATI DIRI DAN BERSEMANGAT
JUANG DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN

DEMI KESEJAHTERAAN DIRI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


SEJAJAR DENGAN WAWASAN 2020
DAN
MEREALISASIKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA.
WATAK

Vaie Bersinar Terbilang


V
A
I
E

-VISI
-ASPIRASI
-INSPIRASI
-EKSPRESI

MOTTO
LET YOUR VAIE SPIRIT SOAR
BERILMU BERKAT
WAWASAN
MEMPERKEMBANG, MENGANGKAT MARTABAT DAN MENGUKUHKAN
SMK BARU BINTULU
SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN YANG BERWIBAWA DAN BERWATAK
MENEPATI KEHENDAKRUKUN NEGARA
DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
DENGAN SEMANGAT 1 MALAYSIA

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SMK Baru


tanggungjawab kami untuk:

Bintulu

berjanji

akan

menunaikan

i)

Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan, telus, amanah dan


berintegriti.

ii)

Menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif sesuai dengan


keperluan semasa.

iii) Menyediakan pendidikan berkesan untuk melahirkan modal insan


berjati diri cemerlang sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

iv) Melahirkan warga bersemangat 1 Malaysia.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, Masyarakat dan negara.

IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati/ berikrar/
mempertahankan dan memperkukuhkan/ integriti Perkhidmatan Awam dengan
mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah/ salahguna kuasa dan
penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :-

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.


Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan
rasuah.
Bertindak tegas terhadap mereka/ yang melanggar undang-undang,
peraturan dan etika jabatan.
Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak/ untuk menerangi
sebarang perlakuan jenayah rasuah.
Bertindak tegas terhadap mereka/ yang mencuba menggugat integriti dan
imej pegawai awam, dan
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan/ dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

IKRAR GURU
Bahawasanya,
kami guru-guru Negara Malaysia
dengan ini berikrar
mendukung terus cita-cita kami
terhadap tugas kami
pada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami akan berbakti kepada masyarakat
dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan
negara. Kami sentiasa mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara
pada setiap masa.

LENCANA SEKOLAH

Pengertian Warna

Merah, Hitam dan Kuning melambangkan warna bendera negeri Sarawak.

Hijau mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama.

Jingga membawa maksud sinaran, pancaran.

Putih mencerminkan kesucian dan harmoni.

Pengertian Lambang

Padi - Semakin berisi semakin bertunduk, semakin berjaya semakin


merendahkan diri ~ Apa yang ditanam, itulah yang akan dituai.

Buku Menuntut ilmu yang pelbagai dan belajar sepanjang umur.

Bulan Sabit - Agama Islam sebagai agama rasmi.

Obor Bersinar Cemerlang, gemilang, terbilang.

Maksud Perkataan

Sabezau Sungai yang memberi pernafasan/ rezeki dan pengangkutan


kepada masyarakat Bintulu.

Berilmu Berbakti Berusaha menuntut ilmu agar dapat mencurahkan


bakti dan berjasa kepada masyarakat, bangsa dan negara.

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGGAANKU
Cantik dan bersih setiap masa
Aman tenteram tiap ketika
Gurunya dedikasi pelajarnya cemerlang
Rela menempuh cabaran
Bersatu padu amalan kami
Berazam tinggi berhati waja
Hidup penuh berdisiplin hidup penuh berbakti
Itulah pegangan kami
Hidup penuh berdisiplin hidup penuh berbakti
Itulah pegangan kami
SMK Baru SMK Baru
Sekolah kebanggaanku
SMK Baru SMK Baru
Majulah oh sekolahku
Budaya ilmu tetap dijunjung
Sayang-menyayang bertimbang rasa
Kami tekad berjanji kami gigih berusaha
Demi mencapai wawasan
Kami tekad berjanji kami gigih berusaha
Demi mencapai wawasan
SMK Baru SMK Baru
Sekolah kebanggaanku
SMK Baru SMK Baru
Majulah oh sekolahku

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN PADA TAHUN 2014


TINGKATAN 1

TINGKATAN2

Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab (KAA)
Bahasa Arab (KAA)
Sains
Sains
Matematik
Matematik
Sejarah
Sejarah
Geograf
Geograf
Pend.Islam/ Moral
Pend.Islam/ Moral
KHB ERT/ Perdagangan/ Kemahiran KHB ERT/ Perdagangan/ Kemahiran
Teknikal
Teknikal
PJK
PJK
Sivik& Kewargenegaraan
Sivik& Kewargenegaraan
Pen.Seni Visual
Pen.Seni Visual

TINGKATAN 3

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab (KAA)
Sains
Matematik
Sejarah
Geograf
Pend.Islam/ Moral
KHB ERT/
Perdagangan/
Kemahiran Teknikal
PJK
Sivik&Kewarganegaraan
Pen.Seni Visual

TERAS
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Sains(Aliran Sastera)
Matematik
Sejarah
PJK
Pend. Islam/ Pend.Moral
Sivik&Kewarganegaraan

TERAS
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Sains(Aliran Sastera)
Matematik
Sejarah
PJK
Pend. Islam/ Pend.Moral
Sivik&Kewarganegaraan

MATA PELAJARAN ELEKTIF YANG DITAWARKAN


TINGKATAN 4KRK
Biologi
Fizik
Kimia
Mate Tambahan

TINGKATAN 4KAA
Biologi
Fizik
Kimia
Mate Tambahan
PQS
PSI
BAT

TINGKATAN 4S1
Fizik
Biologi/Prinsip
Akaun
Kimia
Mate Tambahan

TINGKATAN 4S2
Kimia
ICT/RC
Mate Tambahan
Fizik

TINGKATAN 4S3
Biologi
Kimia
Mate. Tambahan
SPN/PSV

TINGKATAN 4A
Perdagangan
KM/Geo
PSV

TINGKATAN 4B
Perdagangan
KM/Geo
PSV

TINGKATAN 4C
PSV
PD/ERT

TINGKATAN 4D
PSV
PD/ERT

TINGKATAN 4E
PSV
PD/ERT

TINGKATAN 4F
PSV

TINGKATAN 5KRK
Biologi
Fizik
Kimia
Mate Tambahan

TINGKATAN 5KAA
Biologi
Fizik
Kimia
Mate Tambahan
PQS
PSI
BAT

TINGKATAN 5S1
Biologi
Kimia
Fizik
Mate Tambahan
Prinsip Akaun

TINGKATAN 5S2
Kimia
ICT/RC
Mate Tambahan
Fizik

TINGKATAN 5S3

TINGKATAN 5A

TINGKATAN 5B

TINGKATAN 5C

TINGKATAN 4G
PSV

Biologi
Kimia
Mate Tambahan
SPN

KM/Geo
Perdaganga
PSV

KM/Geo
Perdagangan
PSV

TINGKATAN 5D

TINGKATAN 5E

Perdagangan
PSV

Perdagangan
PSV

TINGKATAN
5F/G/H
PSV/ERT

ENROLMEN 2014

Perdagangan
PSV

You might also like