Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

6.

0 REFLEKSI
NAMA : THANUSHA DEWI MOHANAN

NO K.P : 911118-05-5144

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan nikmat dan kurnianya,
Tugasan RBT 3123 Pengurusan Keselamatan Bengkel ini dapat saya selesaikan
dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Hj.
Abdul Shukor Bin Hj. Nordin kerana beliau kerana telah banyak membantu saya dan
rakan-rakan saya dari segi memberi penerangan serta panduan bagaimana cara untuk
melaksanakan tugasan ini seperti yang diperuntukkan. Penerangan beliau mengenai
tugasan telah banyak menolong saya dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan
ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan baik.
Melalui tugasan ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam aspek
keselamatan melalui pengalaman lawatan ke industri. Menurut Strasser, Aaron dan
Bohn (1981), keselamatan adalah satu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah
laku manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan
bahaya, dengan itu mengurangkan kemalangan. Melalui lawatan ke industri ini, saya
telah mendapati terdapat tiga konsep keselamatan yang diutamakan di sebuah industri
iaitu mengutamakan keselamatan di tempat kerja, perbuatan semasa mengendalikan
pekerjaan dan keadaan persekitaran yang sihat. Tidak dinafikan manusia memerlukan
keselamatan tetapi adakalanya tindakan manusia boleh menganggu keselamatan iaitu
menjadi punca berlakunya kemalangan. Oleh itu, saya mendapati faktor tingkah laku
manusia mestilah diambil kira dalam mereka bentuk program, peralatan, bengkel atau
apa sahaja yang melibatkan keselamatan.
Selain itu, melalui tugasan ini saya telah mengenal pasti punca berlakunya
kemalangan di industri. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga sumber
utama iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor pentadbiran. Sebagai contoh
kawasan tempat kerja yang tidak diberi perhatian, misalnya tidak dibersihkan daripada
tumpahan minyak, basah, licin dan berselerak boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Saya juga telah mengenal pasti bahawa terdapat kemalangan yang terjadi
akibat kesilapan manusia. Sebagai contoh kecuaian, kurang pengetahuan mengenai

kerja yang dilakukan, kurang memberi tumpuan kepada kerja serta tiada pengetahuan
mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan menjadi punca
kepada berlakunya kemalangan di industri.
Justeru, melalui lawatan industri ini saya dapat mengenal pasti pecegahan
kemalangan dan amalan keselamatan yang dilaksanakan di industri. Pernahkah anda
mendengar ungkapan Preventation Is Better Than Cure? Ungakapan ini merujuk
kepada penjagaan kesihatan supaya mencegah kesakitan. Begitu juga saya telah
memahami bahawa keselamatan perlu dikekalkan dengan mencegah kemalangan
daripada berlaku. Maka, pencegahan kemalangan mesti dijadikan matlamat utama
dalam keselamatan. Kemalangan berlaku kerana bersebab, tetapi langkah-langkah
perlu diambil untuk mengawal kemalangan.
Di samping itu, semasa melawat industri, saya dapat melihat dan memahami
tentang pengendalian bahan, alatan dan mesin yang dilaksanakan di industri
berkenaan. Saya juga dapat menentukan tempat kerja yang teratur, kemas dan bersih
yang diamalkan oleh kawasan industri berkenaan. Saya telah memahami walaupun
peralatan dan mesin yang telah dicipta oleh manusia untuk meningkatkan kebolehan
fizikal mereka, namun pada masa yang sama kita juga telah mewujudkan suasana
persekitaran yang dipenuhi dengan bahaya.
Tambahan pula, saya menggunakan pelbagai sumber rujukan untuk
mendapatkan maklumat dan nota-nota yang diperlukan untuk tugasan ini. Saya juga
telah mengambil kesempatan untuk menemu duga beberapa pekerja yang bekerja di
kawasan industri berkenaan untuk memperolehi maklumat lanjut. Saya telah meminjam
beberapa buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara menjaga keselamatan di tempat
kerja di pusat sumber. Selain itu, saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan
maklumat berkenaan pengurusan dan keselamatan industri yang baik dan efektif.
Setelah membaca banyak bahan daripada buku dan internet dan perbincangan
bersama rakan-rakan mengenai organisasi keselamatan bengkel, saya dan rakan-rakan
telah memperolehi banyak pengetahuan dan maklumat yang berfaedah. Di sinilah saya
dapat bekerjasama dengan rakan-rakan. Saya dapat membina keyakinan saya dalam
memberikan pendapat hasil daripada kajian sendiri serta menerima pendapat rakanrakan. Di sinilah antara satu pembelajaran berlaku secara tidak langsung.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
pensyarah serta rakan saya kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan agak sempurna dan baik. Saya juga berasa amat seronok
sepanjang menyelesaikan tugasan. Pada masa yang sama, saya berharap saya dan
rakan saya dapat memanfaatkan maklumat-maklumat yang telah kami perolehi ini
dengan baik supaya dapat menjawab dalam peperiksaan kelak. Saya berasa gembira
dan puas hati dengan hasil kerja saya dengan adanya pelbagai pihak yang memberikan
sokongan padu agar tugasan yang diberikan dapat dihantar pada tempoh masa yang
telah ditetapkan.
Sebagai seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada
pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini.
Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka,
kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah
kita dapat. Saya berjanji akan mengamalkan nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari
sepanjang membuat tugasan ini, akan saya mengamalkan dalam kehidupan seharian
saya agar saya dapat memiliki peribadi yang baik dan terunggul sebagai seorang guru.
Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini dirasakan sangat
singkat. Dalam menyiapkan tugasan lain juga,. saya bertungkus-lumus menyiapkan
kerja ini juga. Melalui tugasan ini, saya berharap segala kelemahan saya dalam
menyiapkan tugasan ini akan dapat saya perbaiki dari semasa ke semasa. Secara
jujurnya, saya sudah buat yang terbaik untuk tugasan ini. Sekali lagi saya ingin
menegaskan bahawa segala kelemahan dan kekurangan saya dalam tugasan ini akan
saya ambil pengajaran dan akan memperbaiki diri saya sepanjang saya bergelar guru
pelatih sebelum bergelar seorang guru di sekolah pada masa hadapan.

You might also like