Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

Pengurusan Makmal
Pendahuluan
Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan,
menjalankan

eksperimen

dan

penghasilan

bahan

di

sekolah

menengah.

Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang
berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain) menurut

Kamus Dewan edisi

keempat . Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan
bahan. Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan
menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya
memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina
khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah menengah,
maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti.Makmal sains biasanya
mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang
disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan
punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor
atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains

Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik Sains


- Meja makmal

- Bangku makmal

- Komputer

- Printer

- DLP

- Meja komputer

- Skrin

-Pembesar suara

- Papan tulis

- Papan putih beroda

- Bakul sampah

- Langsir 1 set untuk bilik

-kabinet

- Almari cermin

- Rak buku

-Penggantung carta

-Rak peralatan sains

- Kit Pertolongan Cemas

19 Pemadam api
20 Penggera kebakaran

2
Objektif Pengurusan bilik sains
1. Dapat mewujudkan bilik sains yang lengkap dengan alatan dan infra struktur bagi
memudahkan aktiviti PdP dijalankan.
2. memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif dan mengembangkan kemahiran
saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan
dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.
3. Dapat menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan
juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.

Matlamat Pengurusan Bilik Sains


1. Untuk merealisasikan pengurusan makmal yang cemerlang ke arah pembentukan
makmal bestari
2. Menjadikan makmal sains sebagai tempat yang menarik dan seronok untuk murid
menjalankan aktiviti.
3. Menjadikan Bilik Sains mampu memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai
bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah
4. Menjadikan pengurus yang baik dalam mengurus aset kerajaan.

Aspek utama pengurusan makmal sains


1. Sumber manusia ( penyelaras pembantu makmal )
2. Keselamatan ( alatan pertolongan cemas,pemadam api,peraturan keselamatan )
3. Fizikal ( stor ,bilik,perabot,sumber elektrik,gas dan air,pengudaraan,pencahayaan
dan projektor.
4. Media pengajaran ( spesimen,cd,internet,buku rujukan,carta,model,alatan dan bahan
sains )

Contoh Makmal Bistari

Dilengkapi dengan air paip dan


saluran gas pada meja makmal

Maklumat berkaitan sains di


papan kenyataan.

Makmal Sains Sekolah


Sudut bacaan yang bermanfaat

Dilengkapi dengan media


elektronik seperti

Pembelajaran secara koperatif


dalam kumpulan kecil.

Makmal yang dilengkapi dengan


papan tulis.

4
Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman mempunyai
2 bilik

sains yang mampu memuatkan 30 orang murid

dalam satu satu sesi pengajaran. Bilik Sains 1 dan Bilik


Sains 2 dilengkapi dengan kemudahan infrasuktur yang
sama.Guru Sains terdiri daripada 3 orang guru yang samasama bertanggung jawab menjaga makmal sains .Sesi
pengajaran sains dijalankan sepenuhnya di dalam Bilik
sains melibatkan semua aktiviti termasuklah menjalankan
eksperimen.

Kelengkapan Infrastruktur dan Susun Atur Perabut


Bilik Sains yang ada disekolah kami boleh dikategorikan sebagai bilik sains yang baik kerana
dilengkapi dengan alatan dan Infrastruktur . Meja dan kerusi yang disediakan adalah kerusi
makmal yang mampu menampung 30 orang murid dalam satu-satu masa. Meja yang ada
juga merupakan meja makmal yang boleh menempatkan 5 orang murid setiap kali
pembelajaran dan 30 buah kerusi bangku . Aktiviti yang dijalankan lebih ke arah
pembelajaran secara koperatif. Meja guru yang panjang diletakkan menghadap meja murid
dan Papan putih dipasang di hadapan kelas bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bagi menyimpan peralatan sains bilik sains dilengkapi dengan almari .Almari dipasang siap
di bahagian belakang bilik . Alatan yang disimpan di situ seperti penunu bunsen,silinder
penyukat,bikar,glob,mikroskop,binokular dan tabung uji. Kabinet ini juga dilengkapi dengan
laci yang boleh dimuatkan alatan yang kecil seperti termometer,jam randik,dan alatan yang
kecil yang lain.Setiap tempat penyimpanan itu dilabelkan secara terperinci. Selain itu bilik ini
juga disediakan bilik tempat penyediaan bahan dan tempat penyimpanan barangan kaca
yang mempunyai cermin.Kabinet besi yang terdapat dibilik penyediaan itu juga digunakan
untuk menyimpan modul

dan buku rujukan bagi pengajaran dan pembelajaran sains.

Kabinet disusun di belakang kelas menjadikan kelas lebih teratur dan tidak menggangu
ruang pembelajaran murid.

Kabinet
penyimpan
alatan

Bilik penyimpanan alatan

Bekalan elektrik yang sempurna juga terdapat dilengkapi

dengan lampu dan kipas

menjadikan makmal sains ini lebih berfungsi.Lampu berpendaflour dan 4 kipas angin syiling
disediakan bagi memberi kelesaan kepada murid dan guru.suis dipasang di bahagian
hadapan dan belakang kelas.

6
Pengaliran udara yang baik turut menjadikan bilik sains ini sesuai dijalankan aktiviti
pengajaran dimana terdapat tingkap disekeliling dan keadaan suhu yang sederhana
menjadikan makmal sains ini lebih sejuk dan nyaman.Keadaan ini juga turut dipengaruhi
oleh kemudahan kipas yang sentiasa memberikan pengaliran udara yang baik.Kemudahan
yang disediakan ini banyak memberi manfaat kepada warga sekolah terutamanya.

Suis kipas dan


lampu

Selain itu bilik sains ini dilengkapi juga dengan bekalan air paip dan singki yang dipasang di
hadapan meja guru ,dua di tepi tingkap serta di dalam bilik penyediaan alatan.Ini bertujuan
memudahkan aktiviti eksperimen dijalankan bagi kemahiran manipulatif iaitu membersihkan
peralatan dengan betul.Saliran longkang yang dibina di dalam makmal juga membantu
pengaliran air dari singki ke luar dan membantu pengaliran dan mengelakkan masalah
longkang tersumbat.

Singki di tepi
dan hadapan
kelas

Notis Amaran dan peraturan

Di dalam bilik sains sekolah saya ada ditampal panduan keselamatan dan peraturan di bilik
sains. Di awal persekolahan murid-murid di terangkan tentang keselamatan semasa berada
di bilikl sains. Mereka juga diingat tentang larangan makan dan minum serta membawa beg
masuk ke dalam bilik sains.
Di bahagian sudut info maklumat ,turut dinyatakan tentang perkara yang patut dan tidak
sepatutnya dilakukan semasa berada di bilik sains.Selain itu jadual penggunaan juga di
tampal di sudut info dan ini dapat mengelakkan murid yang masuk ke bilik sains dengan
sewenang-wenangnya. Selain daripada itu pelan kebakaran turut ditampal di papan info di
sudut hadapan hujung kelas bagi rujukan murid dan tindakan yang patut di ambil semasa
berlaku kebakaran.
Selain daripada itu peti kecemasan turut diletakkan di dalam bilik sains bagi membantu
murid yang mengalami kecederaan ringan sahaja,

Peti kecemasan yang diletakkan di


tepi dinding

Info maklumat berkaitan dengan pelan kebakaran

Peringatan mengutamakan keselamatan

carta simbol bahan berbahaya

Kekerapan penggunaan Bilik Sains untuk Pengajaran dan Pembelajaran

9
Penggunaan bilik sains di sekolah ini digunakan sepenuhnya oleh murid tahap 2 iaitu tahun
4 ,tahun 5 dan tahun 6.Banyak aktiviti yang dijalankan di dalam bilik sains ini seperti aktiviti
berkumpulan, eksperimen dan menyiasat tentang kehidupan. Secara keseluruhannya murid
murid menggunakan sepenuhnya bilik sains ini. Jadual di bawah menunjukkan jadual
penggunaan bilik sains sekolah.
Masa/Hari
7.45-8.15

Isnin

8.15-8.45

Selasa
5 Cekal

Rabu

5 Cekal

5 Cekal

8.45-9.15

Khamis

6 Cekal

5 Cekal

9.15-9.45

5 Ceria

3 Cekal

9.45-10.15

5 Ceria

3 Cekal

10.15-10.35

10.35-11.05

Jumaat

5 Cekal

5 ceria

11.05-11.35

3 Ceria

11.35-12.05

3 Ceria

5 Ceria

12.05-12.35
12.35-1.05

6 Cekal

1.05-1.35

6 Cekal

Jadual penggunaan bilik sains

6 Cekal
5 Ceria

6 Cekal

10
Aktiviti aktiviti yang dijalankan di dalam bilik sains .

Pengurusan Aset
Aset merujuk kepada harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan
yang diberi atau yang disewa beli dengan wang kerajaan,yang diterima melalui sumbangan

11
atai hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan. Manakala aset alih ialah aset yang
boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain termasuk aset yang dibekalkan atau
dipasang dengan bangunan.
Buku Stok Bilik Sains disediakan dalam tiga jenis. Buku Stok Bekalan Pejabat - untuk
merekodkanperalatan dan bahan kimia yang luak serta nilai harganya adalah rendah Buku
Stok Inventori - untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya kurang RM500.00 Buku
Stok Harta Modal - untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00
dan keatas.
Di makmal sains sekolah ini pengurusan aset dijalankan sebaik mungkin. Bilangan dan
keadaan perabot sentiasa dipantau ( Rujuk lampiran )Setiap kerosakan akan dilaporkan dan
tindakan drastik akan di ambil dengan membaik pulih kepada keadaan asal. Ini bertujuan
mengelakkan pembaziran yang lebih besar berlaku.Kabinet dan almari bercermin sentiasa
dijaga bagi mengelakkan kerosakan. Buku stoks sains disimpan di pejabat dan dipantau oleh
pentadbir sekolah dan sepatutnya setiap kali pembelian ketua panitia akan mengisi dan
mengemaskini buku stok. Buku stok yang saya perolehi di pejabat tidak dikemas kini sejak
2013 lagi. Memandangkan bangunan bilik sains secara diduduki pada tahun 2010. Stok yang
lama telah dilupuskan. Alatan yang ada bermula pada tahun 2012 dan tiada kemaskini dibuat
selepas tarikh tersebut. (Rujuk Lampiran)

12

Penambahbaikan
Dalam pengurusan bilik sains sekolah ,banyak perkara yang perlu ditambah dalam
meningkatkan pengurusan dan penyusunan bilik sains sekolah. Kelengkapan kabinet dan
alatan sains boleh dikatakan mencukupi namun ada alatan seperti bateri , mentol, kertas
litmus yang tidak boleh digunakan dan dikira lupus. Bagi mengatasi masalah tersebut alatan
atau bahan akan dimohon untuk kegunaan 2015 dengan menggunakan peruntukan PCG
bagi panitia sains.Penambahan alatan bagi menggantikan yang
penggunaannya perlu dibuat dari semasa

telah rosak dan habis

dan Alatan yang masih boleh digunakan

diletakkan di almari kaca bagi tujuan penyimpanan. Bagi

alatan yang mudah rosak ,ia

disimpan dengan elok di tempat penyimpanan yang telah ditetapkan.contohnya seperti


magnet disimpan dengan cara penyimpanan yang betul bagi mengelakkan magnet hilang
daya kemagnetan.
Pengurusan aset perlu ditingkatkan memandangkan buku stok alatan tidak dikemaskini
secara terpeinci. Perkara ini perlu dibawa ke mesyuarat pentadbiran dan mesyuarat panitia
dimana semua guru sains perlu bertanggungjawab dalam pengurusan stok bilik sains.Guru
sains perlu diberi kursus tentang pengurusan bilik sains dan pengurusan buku stok.Jika ini
didedahkan secara meluas ,guru guru dapat manfaat dalam pengurusan bilik sains.
Langkah-langkah keselamatan di perbanyakkan dan ditampal di setiap ruang di dalam bilik
sains. Guru sains juga boleh memperbanyakkan salinan dan di tampal di setiap buku kerja
sains murid.
Susunan meja dan kerusi rasanya tidak perlu di ubah suai memandangkan kedudukannya
lebih tersusun dan memudahkan aktiviti kumpulan dijalankan . Selain itu eksperimen dapat
dijalankan dengan baik.Penggunaan papan putih juga banyak membantu kepada aktiviti PdP
di dalam kelas.
Bilik sains sekolah ini masih lagi belum boleh diiktiraf kan sebagai makmal bestari kerana
infasukturnya masih lagi belum lengkap . Penggunaan LCD belum dilengkapi bersama
dengan penggunaan komputer di dalam bilik sains memandangkan setiap kali mesyuarat

13
panitia dan mesyuarat guru perkara ini sudah diusulkan namun sekolah mengalami masalah
kekangan kewangan . Langkah mengatasi masalah ini ialah membawa murid ke makmal
komputer

bagi

melayari

laman

sesawang

untuk

tujuan

pengajaran

dan

pembelajaran.Contohnya tayangan video tentang alam semesta dan juga kejadian fasa- fasa
bulan serta tayangan slaid yang lain.
Keselamatan bilik sains juga perlu ditingkatkan lagi dengan pemasangan alat pemadam api
di dalam bilik sains. Buat masa ini alat pemadam api diletakkan di luar bangunan yang jauh
dengan bilik sains.Perkara ini juga pernah diusulkan dalam mesyuarat panitia,namun tiada
tindakan yang diambil bagi meningkatkan keselamatan bilik sains.Kelengkapan bilik sains
juga ditingkatkan dengan adanya akuarium di hadapan kelas dimana murid-murid dapat
melihat dengan jelas tentang hidupan air. Begitu juga dengan maklumat maklumat yang
terdapat di dinding kelas bilik sains. Murid dapat merujuk maklumat berkaitan mata pelajaran
sains hanya dengan menjadikan dinding sebagai sumber ilmu. Fakta fakta sains ditampal
disekeliling bilik sains. Dibahagian belakang kelas juga sudut bacaan disediakan bagi
membantu murid mendapatkan info tambahan bagi sains. Penyediaan sudut info maklumat
dan sudut bahan bacaan adalah salah satu daripada konsep Makmal Bistari. Dalam hal ini
sebahagian sahaja yang dapat kita ikuti dalam mewujudkan Makmal Bestari kerana bilik
sains ini tidak ada kemudahan talian internet dan LCD bagi pengajaran bestari di dalam
kelas.

Sudut bacan

akuarium

14

maklumat di dinding kelas


Penutup
Melalui ciri-ciri makmal bestari didapati bilik sains sekolah masih lagi belum mampu untuk
mencapai gelaran makmal sains bistari. Ia berdasarkan kepada infrasuktur dan alatan yang
ada di dalam bilik sains. Pengurusan bilik sains juga kurang mantap dengan penggunaan
bilik kerja yang hanya semata-mata digunakan unuk menyimpan peralatan dan bahan
rujukan. Selain itu bilik sains sekolah rendah juga tidak dibekalkan dengan bahan kimia dan
eksperimen yang dijalankan adalah secara asas sahaja.Disamping itu juga makmal bestari
juga dikaitkan dengan penggunaan LCD dan akses internet untuk pengajaran

dan

pembelajaran. Jika dilihat di bilik sains ini, untuk mengakses internet pelajar perlu bergerak
ke makmal komputer dan belum lagi boleh sama dengan ciri-ciri makmal bestari.Dari segi
pengurusan aset, kelemahan yang paling ketara ialah pengendalian buku stok dimana tidak
dikemaskini secara teratur.
Secara keseluruhan boleh dikatakan bilik sains ini dalam kategori baik kerana infrasuktur
yang lengkap,susun atur meja dan kerusi serta perabot dalam keadaan teratur dan baik
serta arahan keselamatan dan peraturan penggunaan bilik sains yang lengkap di dinding
serta kemudahan lain seperti sudut bacaan dan satu set akuarium yang lengkap dengan
hidupan air.
Kesimpulannya bilik sains ini perlu di naik tarafkan lagi dan pengurusan bilik sains perlu
dicemerlangkan dan

penggunaan komputer dan internet perlu diperluaskan agar dapat

mencapai ciri ciri makmal bestari seperti yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

15

You might also like