Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cara-Cara Menjaga Kebersihan Alam Sekitar

Isu-isu berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan dalam surat
khabar. Hal ini kerana alam sekitar di negara kita didapati semakin tercemar. Pada
pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh
masyarakat. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan alam
sekitar ialah setiap individu atau rakyat di negara ini. Setiap individu atau rakyat mestilah
mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Contohnya kita mesti bertindak
untuk melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar jika ternampak
pihak tertentu mencemarkan alam sekitar. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih dan
ceria akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Selain individu, pihak masyarakat juga boleh memainkan peranan penting.


Masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara
nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai cintakan kebersihan sungai dan laut.
Masyarakat juga mesti mengelakkan diri daripada melakukan pembakaran terbuka yang
boleh mencemarkan alam sekitar terutama pada musim panas.
Pihak pengusaha industri atau kilang juga boleh memainkan peranan dalam
menjaga kebersihan alam sekitar. Pengusaha industri atau kilang mestilah memastikan
bahan buangan tidak dibuang ke dalam sungai atau laut. Bahan-bahan buangan kilang
mestilah dihantar ke tempat yang dikhaskan oleh pihak kerajaan. Selain itu, jika kilang
mereka mengeluarkan asap, asap tersebut mestilah dirawat terlebih dahulu bagi menjaga
kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, pengusaha pertanian juga boleh memainkan peranan yang penting.
Pengusaha pertanian tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membakar hutan untuk
membuka kawasan pertanian yang baru. Bahan kimia seperti baja dan racun serangga
yang digunakan pula hendaklah sentiasa dipantau supaya tidak memasuki sungai yang
boleh menyebabkan air sungai tercemar. Semua tong racun serangga juga hendaklah
dibuang di tempat yang dikhaskan oleh pihak berkuasa.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk menjaga kebersihan alam
sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan dan kuasa undangundang. Pihak kerajaan boleh mengeluarkan perbelanjaan tertentu untuk membersihkan
kawasan tertentu, khususnya kawasan kunjungan pelancong. Jika terdapat pihak yang

sengaja mencemarkan alam sekitar, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan undangundang yang tegas.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara untuk menjaga kebaersihan alam
sekitar. Kebersihan alam sekitar perlu dijaga setiap masa kerana alam sekitar yang bersih
menggambarkan sikap rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Pada pendapat saya,
semua pihak mesti berganding bahu untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Alam sekitar
yang bersih dan ceria boleh menjadi aset kepada negara dalam memajukan sektor
pelancongan.

You might also like