Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS ANUGERAH MOTIVASI 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEDAUN WP. LABUAN.
ATURCARA
TEKS PM
(Q)
Ketibaan
Tuan-tuan para hadirin yang dihormati.
Tetamu
Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.
Kehormat Muhamad bin Pindut, Penolong Pengarah Unit
SPBT, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Labuan, merangkap Pegawai Angkat SK Sungai
Bedaun.
Nyanyian
Hadirin diminta untuk berdiri tegak bagi
Lagu
menyanyikan 3 buah lagu iaitu
- Lagu Kebangsaan Negaraku
- Lagu Wilayah Persekutuan Maju dan
Sejahtera, dan
- Lagu Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun
yang akan diiringi oleh Kumpulan Koir Suara
Bedaun.

Pembuka
Majlis

Para hadirin dipersilakan duduk.


Melati kuntum menghias gelas,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Motivasi 2014,
Murid-murid cemerlang kita hargai.
Yang berbahagia, En. Muhamad bin Pindut,
Penolong Pengarah Unit SPBT, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan,
merangkap Pegawai Angkat SK Sungai Bedaun.
En. Eirwan b. Hj. Suhaili, Yang Di-Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai
Bedaun, Yang berusaha En Awat @ Cally b.
Moguring, Guru Besar SK Sungai Bedaun, Ahli
Jawatankuasa PIBG, para guru yang dihormati,
ibu bapa, murid-murid serta hadirin dan hadirat
yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
1

CATATAN

dan salam sejahtera.


Pergi berhuma di Kampung Roban,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Motivasi,
Sek. Keb. Sg. Bedaun bagi tahun 2014.
Syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka dapat kita berkumpul di
dalam Majlis Anugerah Motivasi Sek. Keb. Sungai
Bedaun bagi tahun 2014 ini. Sudah menjadi satu
kelaziman bagi Sek. Keb. Sg. Bedaun untuk
mengadakan majlis seumpama ini bagi meraikan
murid-murid yang telah berjaya menunjukkan
kecemerlangan dalam bidang akademik dan
kokurikulum sepanjang tahun 2014. Semoga
dengan adanya majlis seumpama ini dapat
mendorong anak-anak kita untuk terus berusaha
meningkatkan mutu pembelajaran dan sahsiah
di masa akan datang.

Persemba
han
Pembuka Persemba
han Koir

Ke Kuala Penyu membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan nyanyian yang indah.
Hadirin yang dihormati,
Majlis dimulakan dengan persembahan koir dari
Kumpulan Koir Suara Bedaun. Kumpulan ini akan
menyampaikan dua buah lagu. Lagu pertama
ialah Harapan Kau Dan Aku, gubahan muzik
oleh En. Sagim Suar manakala lirik oleh En.
Ahmad Kamal Marzuki dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Rajang, Sarawak. Lagu yang kedua
2

ialah Arjuna Beta, nyanyian dan ciptaan


sepenuhnya oleh penyanyi terkenal, Fynn Jamal.
Dengan hormatnya, majlis mempersilakan
Kumpulan Koir Suara Bedaun.
-KoirBegitulah tadi persembahan koir yang mantap
yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan Koir
Suara Bedaun.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Bacaan
Doa

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Bagi merafakan kesyukuran kita kepada Allah
SWT, majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil
Ustaz Sahrum bin Samlan bagi memimpin
bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
-DoaAmin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan
Alu-Aluan
Guru
Besar.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya.


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya.
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Bagi meneruskan lagi aturcara kita pada pagi ini,
majlis dengan segala hormatnya menjemput En.
Awat @ Cally b Moguring, Guru Besar Sek. Keb.
3

Sungai Bedaun untuk menyampaikan ucapan


alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-UcapanMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
yang berusaha En. Awat @ Cally b Moguring,
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Bedaun atas
ucapan itu tadi.
Ucapan
Yang
Dipertua
PIBG

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan
Yang Berbahagia En. Eirwan bin Hj Suhaili, Yang
Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan
beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-UcapanMajlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En. Erwan bin Hj Suhaili atas ucapan
beliau sebentar tadi.

Ucapan
Perasmian
Pegawai
Angkat

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berbahagia En Mohammad bin Pindut, Pegawai
Angkat SK Sungai Bedaun untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Motivasi 2014, Sek. Keb. Sungai
4

Bedaun.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-UcapanMajlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Yang Berbahagia En Mohammad bin
Pindut atas ucapan perasmian itu tadi.
Penyampa
ian
Cenderaha
ti Kepada
Perasmi

Sebagai tanda terima kasih, pihak sekolah telah


berbesar hati menyampaikan cenderahati
kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia En
Mohammad bin Pindut, Pegawai Angkat SK
Sungai Bedaun. Untuk itu, majlis menjemput
Yang Berusaha En. Awat @ Cally b. Moguring,
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Bedaun diiringi oleh
Yang Berbahagia En. Eirwan b. Hj. Suhaili, Yang
Dipertua PIBG SK Sungai Bedaun untuk
menyampaikan cenderahati.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Action
Song

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian cenderahati selesai sudah
Persembahan murid menyusul pula.
Majlis dengan ini menjemput tuan-tuan dan
puan-puan untuk menyaksikan persembahan
Action Song yang akan dipersembahkan oleh
The Action Kids yang terdiri daripada muridmurid Tahun 3.
Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi persembahan Action Song yang
mencuit hati kita sebentar tadi. Majlis
5

mengucapkan ribuan terima kasih di atas


persembahan tersebut.
Persemba
han
bercerita

Seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan


adik Syazlin Rodi untuk menyampaikan sebuah
cerita menarik.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Begitulah tadi persembahan bercerita yang
sungguh menghiburkan yang telah disampaikan
oleh adik Syazlin Rodi. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.

Penyampa
ian Hadiah
Motivasi
Tahap 1

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian hadiah
bagi kategori hadiah motivasi 2014.
Dengan ini, majlis menjemput Yang berbahagia
En. Eirwan bin Hj Suhaili, Yang Dipertua PIBG
Sek. Keb. Sungai Bedaun untuk
menyempurnakan majlis penyampaian
anugerah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Daripada Tahun 1 Baiduri,
Tempat pertama, dipersilakan adik
.....................
Tempat Kedua adik .
Manakala tempat ke tiga adik
Ikut buku program.
(sehingga tahun 3)
Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia
En. Eirwan bin Hj Suhaili, Yang Dipertua PIBG
6

*rujuk
buku
program*

Sek. Keb. Sungai Bedaun atas kesudian beliau


untuk penyampaian anugerah itu tadi.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada muridmurid yang berjaya menunjukkan
kecemerlangan akademik bagi tahun 2014.
Nasyid

Kini, marilah bersama-sama kita menyaksikan


dan mendengar persembahan halwa telinga
yang akan disampaikan oleh
Kumpulan Nasyid Soutul Mawaddah.
Untuk makluman tuan-tuan, kumpulan nasyid ini
telah meraih Naib Johan dalam Pertandingan
Nasyid Peringkat WP. Labuan tahun ini.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Tahniah dan syabas diucapakan kepada
Kumpulan Nasyid Soutul Mawaddah atas
persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.

Persemba
han
Poetry

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan


persembahan Poetry yang akan dipersembahkan
oleh adik Shirlene dan Caroline dari Tahun 5
Baiduri.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik Shirlene dan
Caroline di atas persembahan Poetry yang
mantap sebentar tadi.

Cabutan
bertuah

Majlis dengan ini berhenti rehat seketika untuk


memberi laluan kepada aktiviti cabutan bertuah.
Dengan ini majlis diserahkan kepada
jawatankuasa cabutan tiket bertuah untuk
mengendalikan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
7

Penyampa Majlis diteruskan lagi dengan acara


ian Hadiah penyampaian hadiah motivasi untuk muridMotivasi
murid Tahap 2 bagi tahun 2014.
Tahap 2
Dengan ini, majlis menjemput Yang berusaha Pn.
Norliha bt. Bayong, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyempurnakan majlis penyampaian
anugerah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*jika
hadiah
khas
tiada,
gantikan
penyamp
ai dengan
GB*
*rujuk
buku
program*

Daripada Tahun 4 Baiduri.


Tempat pertama, dipersilakan adik
.
Tempat Kedua, adik .
Manakala Tempat Ketiga, adik
*Ikut buku program
(sehingga tahun 6)
Terima kasih kepada Yang berusaha Pn. Norliha
bt. Bayong, Penolong Kanan Pentadbiran atas
kesudian beliau untuk menyampaikan anugerah
itu tadi.
Tahniah di ucapkan kepada murid-murid yang
berjaya menunjukkan kecemerlangan akademik
bagi tahun 2014.
Qalam
Jamaie

Kini, marilah bersama-sama kita menyaksikan


Qalam Jamaie yang akan dipersembahkan oleh
Kumpulan Mawaddah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Tahniah dan syabas diucapakan kepada
Kumpulan Mawaddah atas persembahan
mengasyikkan sebentar tadi.

Penyampa

*rujuk
8

ian sijil

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


pengawas sekolah 2014, pengawas pusat
sumber 2014 dan sijil tamat sekolah rendah bagi
murid tahun 6.

buku
program*

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha,


Puan Rosnah bt. Osman, Penolong Kanan HEM
untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil
kepada murid-murid yang terlibat.
Bagi sijil Pengawas Sekolah 2014, dipersilakan
adik.
Bagi sijil Pengawas Pusat Sumber 2014,
dipersilakan
adik.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil
Tamat Sekolah Rendah bagi murid tahun 6,
Dari Tahun 6 Baiduri, dipersilakan adik

Tahun 6 Delima, dipersilakan adik

Tahun 6 Mutiara, dipersilakan adik

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada ... atas kesudian puan menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Hadiah
Khas
LINUS
Anugera
h Nilam

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


Hadiah Khas LINUS, Anugerah Nilam 2014 dan
penyampaian Sijil Penyertaan Pencapaian
Tertinggi SK Sungai Bedaun.

*pengesa
han
diperluka
n*
*perlu

Sijil
Penyert
aan
Pencapa
ian
Tertinggi

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha,


En Awat @ Cally b. Moguring, Guru Besar SK
Sungai Bedaun untuk menyempurnakan majlis
penyampaian anugerah kepada murid-murid
yang terlibat.
Bagi penerima Hadiah Khas LINUS, dipersilakan
adik.
Bagi penerima Anugerah NILAM 2014,
dipersilakan
adik.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil
Penyertaan Pencapaian Tertinggi SK Sungai
Bedaun.
Bagi Sijil Penyertaan Pencapaian Tertinggi Bola
Tampar Lelaki, dijemput
adik ......................................................................
.................... untuk mewakili peserta Bola
Tampar Lelaki untuk menerima sijil penyertaan.
Seramai lima orang peserta Bola Tampar SK
Sungai Bedaun telah terpilih untuk mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan.
Bagi Sijil Penyertaan Pencapaian Tertinggi Bola
Jaring, dijemput
adik ......................................................................
.................... untuk mewakili peserta Bola Jaring
untuk menerima sijil penyertaan. Seramai empat
orang peserta Bola Jaring SK Sungai Bedaun
telah terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
Bagi Sijil Penyertaan Pencapaian Tertinggi
Olahraga, dijemput
adik ......................................................................
.................... untuk menerima sijil penyertaan.
10

nama*

Adik ... telah mewakili negeri ke peringkat


kebangsaan.
Bagi Sijil Penyertaan Pencapaian Tertinggi
Kompang Formasi, dijemput
adik ......................................................................
.................... untuk mewakili peserta Kompang
Formasi untuk menerima sijil penyertaan.
Kompang Formasi SK Sungai Bedaun telah
berjaya mewakili negeri untuk pertandingan
peringkat kebangsaan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ... atas kesudian tuan menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Penyampa Seterusnya, adalah penyampaian hadiah untuk
ian Hadiah anugerah khas.
Anugerah
Khas
Terdapat empat anugerah khas yang bakal
disampaikan, iaitu Anugerah Pencapaian UPSR
5A tahun 2013, Kehadiran Penuh 2014, Pelajar
Terbaik Kokurikulum 2014 dan Pelajar Terbaik
Kurikulum 2014.
Bagi menyempurnakan majlis, majlis
mempersilakan Yang berbahagia En. Mohamad b.
Pindut, Pegawai Angkat SK Sungai Bedaun untuk
menyampaikan anugerah khas ini.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah
Pencapaian UPSR 5A tahun 2013. Majlis
menjemput adik... (buku program) untuk
menerima anugerah. Seterusnya, adik ...
Seterusnya ialah Anugerah Kehadiran Penuh
2014. Anugerah ini diberikan kepada murid yang
telah menghadiri sesi persekolahan 2014 dengan
kehadiran penuh. Anugerah ini diberikan
11

*perlu
minta
nama*

kepada .................................................................
....................................
Kini, kita beralih pula kepada anugerah Pelajar
Terbaik Kokurikulum Tahun 2014. Pencapaian
murid yang menerima anugerah ini sangat
mengagumkan sehingga mengharumkan nama
SK Sungai Bedaun secara tidak langsung. Dua
orang murid yakni Olahragawan dan
Olahragawati akan menerima anugerah ini.
Anugerah Olahragawan SK Sungai Bedaun bagi
tahun 2014 disandang oleh
adik ..........................................................
Tahniah diucapkan kepada ...
Manakala, Anugerah Olahragawati SK Sungai
Bedaun bagi tahun 2014 disandang oleh
adik ..........................................................
Tahniah diucapkan kepada ...
Kini, kita beralih pula kepada anugerah Pelajar
Terbaik Kurikulum Tahun 2014. Murid ini telah
meraih pencapaian akademik yang amat
membanggakan sepanjang tahun ini.
Sememangnya murid ini layak untuk meraih
anugerah ini.
Pelajar Terbaik Kurikulum SK Sungai Bedaun
Tahun 2014 dianugerahkan kepada
adik ....................................................................
Tahniah diucapkan kepada ...
Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima
anugerah khas tahun 2014.

12

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada ... atas kesudian tuan menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
Cabutan
bertuah

Majlis dengan ini berhenti rehat seketika untuk


memberi laluan kepada aktiviti cabutan bertuah.
Dengan ini majlis diserahkan kepada
jawatankuasa cabutan tiket bertuah untuk
mengendalikan majlis.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutup /
Pengumu
man

Di sini terdapat satu pengumuman, dijemput


para tetamu kehormat dan guru-guru untuk
menikmati jamuan di Kantin.

Penutup

Tahniah diucapkan kepada semua penerima


hadiah dan anugerah. Semoga kecemerlangan
mereka dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Saya Muhammad Afiq bin Sahari, dan saya Nurul
Syazana binti Mohd Sam, mewakili semua warga
SKSB ingin memohon maaf andainya terlanjur
kata, terkasar bahasa serta terdapat kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, wabillahhi taufik wal hidayah
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
13

14

You might also like