Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PENGENALAN ILMU

TAMADUN DALAM
PEMBINAAN
TAMADUN MELAYU

Pengenalan Tamadun
Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang
tamadun
sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia
berpunca dari
kesukaran memilih istilah yang tepat bagi
mengungkapkan
konsep tamadun.
Islam madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun
Barat - civilization-kebendaan- material

Definisi:
Pelbagai terminologi yang pernah
digunakan berkaitan dengan
pengertian tamadun. Hal ini boleh
dilihat melalui penggunaannya
dalam bahasa-bahasa berikut:
Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah
digunakan dalam Bahasa Inggeris
berkaitan dengan pengertian

Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah
digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun.
Antaranya ialah al-umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, almadaniyyah dan at-tamaddun.
Bahasa Melayu
Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu
berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban,
tamadun dan madani.
Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah
terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu
meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu
d terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant
penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.
Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi
baharu iaitu madani sebagai tambahan kepada terminologi tamadun.
Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah
yang diperkenalkan oleh al-Farabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu
seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.

IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan


peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada
pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah
RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual
sebagai tonggak
SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah
SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT
bercirikan nilai moral Islam
ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah alMadaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah.
Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama
yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang digambarkan oleh alFarabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu
akidah, syariat dan akhlak.

SARJANA BARAT
Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process
berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang
rapat sekali dengan perbandaran.
Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds
menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria
masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan
kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap
pencapaian sesuatu tamadun.
Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian
Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri
kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu
negara.
Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu
manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti
dan mempunyai empat elemen,
ekonomi,politik,pengetahuan dan seni

KESIMPULAN

Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan


menyeluruh daripada sarjana barat.
Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur
keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu
tamadun.
Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan
sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu
tamadun.
Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi
dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor
iaitu sumbernya (al-Quran dan as-Sunnah) dan asasnya
(akidah, syariat dan akhlak).

CIRI-CIRI TAMADUN
Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang
Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan
perbandaran berdekatan,peningkatan hasil negara
Urbanisasi-pembentukan bandar baru
Organisasi sosial-sistem yang tersusun
Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama
Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih
Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat

MATLAMAT UMUM TITAS

untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu cara


hidup yang lengkap kepada manusia.
Ia juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan
Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi
Muhammad SAW, Khulafa AR-Rashidin dan pada zaman
pemerintahan Islam yang seterusnya
Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan
melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai
zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua
generasi umat Islam dan bukan Islam.

OBJEKTIF TITAS Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan


nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di
negara kita berteraskan tamadun Melayu.
Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa
hormat antara kaum di Malaysia.
Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan
memahami aspek-aspek penting ketamadunan.
Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional
dan terbuka.
Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan
keamanan sejagat.
Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020

You might also like