Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT BERJEMAAH

SEKOLAH KEBANGSAAN JURU,PULAU PINANG 2011


PENDAHULUAN
1.1

Program solat berjemaah ini dicadangkan oleh tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan

Juru

adalah

bertujuan

menunaikan

solat berjemaah

untuk

terutama

memastikan

setiap

murid

solat zohor ketika berada

di

sekolah.Program sebegini adalah sesuatu usaha yang perlu dilaksanakan bagi


menerapkan

nilai-nilai

keagamaan

terutama

agama

Islam

di

dalam

persekitaran sekolah.

OBJEKTIF
2.1

Program ini juga bertujuan bagi memupuk semangat murid-murid untuk terus
mengamalkan solat tidak kira di mana mereka berada.

2.2

Dengan adanya program solat berjemaah ini pihak pengurusan sekolah juga
dapat mengelakkan daripada dipersoalkan oleh Allah Taala di akhirat sana.

2.3

Solat berjemaah juga dapat mendidik murid untuk melaksanakan solat


dengan sempurna.

2.4

Memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa solat berjemaah banyak


kelebihannya daripada segi ganjaran dan kemasyarakatan.

2.5

Program ini juga dapat memberikan pandangan yang positif bagi murid-murid
yang berada di sekolah bahawa mereka juga perlu melakukan solat yang
sama walaupun mereka tidak terlibat dalam program ini.

2.6

Memupuk semangat kekawanan atau sentiasa dalam jemaah apabila


melakukan sesuatu perkara.

TEMA
3.1

Cemerlang Solat,Cemerlang diri.

STRATEGI PERLAKSANAAN
4.1

Perlaksanaan pada peringkat permulaan adalah hanya untuk murid tahun 6


Sekolah Kebangsaan Juru.

4.2

Waktu program solat bermula pada jam1.30 petang setiap hari.

4.3

Murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan akan diasingkan tempat


untuk bersolat.

4.4

Pengawasan akan dilakukan oleh guru-guru yang akan diberikan tugasan


menyelia program berjalan setiap hari.

4.5

Iman pada peringkat awal akan diimamkan oleh guru guru yang ditugaskan
dan pada peringkat seterusnya murid-murid sendiri akan mengambil alih
tugas imam.

TEMPAT PERLAKSANAAN
5.1

Murid-murid

lelaki

akan

bersolat

di

surau

sekolah

dan

murid-murid

perempuan akan bersolat di bilik jQAF.

TEMPOH PERLAKSANAAN
6.1

Bermula dari jam 1.30 petang sehingga jam2 petang setiap hari.

KUMPULAN SASARAN
7.1

Peringkat permulaan adalah semua muridmurid tahun enam

7.2

Peringkat seterusnya akan melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan


Juru.

PENUTUP
Program solat berjemaah untuk murid-murid Islam merupakan lanjutan daripada perlaksanaan
Kem Bestari Solat jQAF.Program ini perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mencapai matlamat
program j-QAF dan matlamat Kerajaan. Pelaksanaan Solat dalam waktu persekolahan diharap dapat
meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan murid untuk menunaikan solat sebagai satu tuntutan

dalam syariat Islam. Kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk
memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MUHSAIN BIN MOHAMED)


Guru Pendidikan Islam jQAF
Sekolah Kebangsaan Juru
Pulau Pinang

You might also like