Sekolah Dalam Hospital

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Sekolah Dalam Hospital

Pengenalan
Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Hal ini kerana ia menyediakan pendidikan bagi semua kanak- kanak serta remaja yang menjalani
rawatan di hospital. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital

ini

telah dicetuskan oleh isteri

Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, penaung kepada Projek Hati Nurani di
bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen. Di antara objektif projek hati nurani adalah untuk membantu
menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur bagi pelajar dan kanak- kanak

yang

menerima rawatan di hospital.


Perasmian sekolah dalam hospital ini telah dirasmikan oleh Y.A.B . Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut
Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Program SDH ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.
Pada peringkat awal, tiga buah hospital telah dipilih untuk menjadi perintis program sekolah
dalam hospital ini. Ketiga- tiga buah hospital tersebut ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital
Ampang dan Hospital Serdang. Pelaksanaan Sekolah dalam Hospital di Malaysia sememangnya
dilihat sebagai pendekatan terbaik yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan institusi pendidikan
negara lebih berkembang maju dan melalui kitaran pembaharuan seiring dengan kemajuan sistem
pendidikan dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan sekolah atau pendidikan di hospital
telah diamalkan oleh beberapa buah negara maju, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada
dan Australia, sejak tahun 1930-an.
Sebagai contoh, di Australia, program sekolah dalam hospital ataupun dikenali sebagai
Hospital School Services ini telah dijalankan di beberapa buah hospital di Australia. Ia bertujuan
untuk memberi pendidikan serta sokongan moral kepada pesakit-pesakit di peringkat sekolah rendah
dan menengah. Program SDH di Malaysia adalah berpandukan kepada program SDH di Australia
yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia.
Projek sekolah dalam hospital ini secara tidak langsung membantu kanak- kanak mendapatkan
pendidikan

yang

sepatutnya

sepanjang

mereka

menjalani

rawatan

di

hospital.

Objektif

pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika berada di wad,
tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Education For All di mana
ia merupakan hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and
Cultural Organizations).
Pendidikan untuk Semua (EFA) merupakan inisiatif daripada pihak UNESCO yang
mensasarkan 6 matlamat yang perlu dicapai menjelang tahun 2015. Matlamat-matlamat tersebut
merentas semua peringkat pendidikan bermula daripada awal kanak-kanak sehinggalah pendidikan
sepanjang hayat pada peringkat dewasa. Keenam-enam matlamat tersebut juga terangkum di dalam
inisiatif utama Rancangan Malaysia ke-10.
Selain itu, di antara objektif utama program sekolah dalam hospital adalah untuk memastikan
semua kanak-kanak serta remaja yang mendapat rawatan di hospital berpeluang mendapat akses
kepada pendidikan yang berkualiti. Hal ini merupakan tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam

memastikan setiap kanak- kanak di Negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti
tidak kira di mana pun mereka berada.
Program sekolah dalam hospital ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat persekolahan
iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak- kanak berusia antara tiga
hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH ini. Sukatan pelajaran SDH adalah berteraskan
kepada kurikulum kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah sedia ada di peringkat
sekolah rendah dan menengah dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996
dengan kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan pesakit.
Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara berkumpulan di kelas dan
secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan
2 petang hingga 4 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. SDH menyediakan dua ruang pembelajaran
di tingkat yang sama disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah dengan kemudahan
komputer, ruang santai untuk pelajar serta ruang menunggu untuk ibu bapa.
Pengajaran dan pembelajaran

di SDH berfokus kepada empat subjek teras yang utama

sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Seramai 16 orang guru dan
empat orang pembantu murid telah dipilih untuk menjayakan program rintis sekolah dalam hospital
ini. Menurut Nor Zanah Jamari, Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen,guru- guru ini akan menjalani latihan
selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi
menyediakan mereka pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang
bermasalah kesihatan. Antara contoh pengetahuan dan kemahiran asas yang akan diperolehi guru
adalah kemahiran terapi

kaunseling dan psikologi serta kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang akan digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran SDH.
Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa terhadap pembelajaran
anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital. Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika
anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Pelaksanaan SDH
sekurang-kurangnya mengelakkan anak-anak mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran dan
seterusnya membantu dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaaan yang bakal dihadapi.
Sementara itu, Menteri kesihatan Malaysia, Dato Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya
sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Projek Sekolah Dalam Hospital
berkata penubuhan sekolah dalam hospital adalah satu inisiatif bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap
keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai
kesediaan untuk belajar.

Perkembangan
Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan
seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.
Hal ini seiring dengan pelaksanaan program sekolah dalam hospital yang mana memberikan peluang

kepada kanak- kanak untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan
dengan masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya
bersesuaian dengan keadaan kanak- kanak tersebut di samping memenuhi keperluan mereka
sebagai pelajar.
Sekolah dalam hospital (SDH) ini merupakan satu program pendidikan yang menggunakan
pendekatan pembelajaran yang berbeza daripada sekolah biasa. Ia merupakan satu bentuk
perkhidmatan pendidikan yang berterusan secara formal dan berstruktur serta berfokus kepada
kesediaan dan keupayaan murid yang sedang menjalani rawatan di hospital. Pendekatan sekolah
dalam hospital adalah berasaskan pendekatan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam
persekitaran yang kondusif, sekaligus membantu menghilangkan rasa bosan pelajar apabila perlu
mendapat rawatan dalam tempoh yang lama di hospital. Ia juga menekankan pembelajaran secara
santai dan menyeronokkan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan muridmurid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai
seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Pendekatan didik hibur yang digunakan dalam pembelajaran SDH ini seiring dengan agenda
kerajaan

yang

berhasrat

memperkenalkan

pendekatan

didik

hibur

di

sekolah

rendah

untuk merealisasikan transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Pendekatan didik
hibur diharap berupaya untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta
berpusatkan murid.Dalam situasi sekolah dalam hospital, pendekatan didik hibur ini diaplikasikan
supaya pembelajaran lebih berfokus kepada murid dan mereka gembira sepanjang mengikuti
pembelajaran walaupun mengalami masalah kesihatan.
Menurut Dr.Zailah Zainudin, pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar terdapat beberapa ciri pendekatan didik hibur dalam pengajaran. Antaranya ialah :
1.

Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur
estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

2.

Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan
sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

3.

Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggutunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

4.

Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti
nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti
tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan
ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

5.

Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara
persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan
penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

6.

Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai
mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

7.

Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud
semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

8.

Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk
memberikan satu persembahan yang menarik.

9. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
10. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan didik hibur ini secara tidak
langsung membantu proses rawatan kanak-kanak terbabit. Hal ini kerana mereka dapat menimba ilmu
melalui pendekatan pengajaran yang menyeronokkan, persekitaran pembelajaran yang tenang,
menarik dan berwarna-warni juga merupakan terapi semulajadi bagi pesakit di hospital. Pendekatan
didik hibur ini turut menjadikan konsep pembelajaran lebih fleksibel dan wujudnya suasana
pembelajaran yang lebih interaktif serta menyeronokkan. Hal ini akan menarik minat murid untuk
terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dan seterusnya
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditentukan.
Program sekolah dalam hospital turut memberi penekanan terhadap peranan guru sebagai
pemudahcara kepada murid untuk belajar. Hal ini dapat difahami melalui keberkesanan kaedah guru
di dalam menyampaikan ilmu kepada murid dalam bentuk yang mudah serta dapat difahami oleh
murid tersebut. Menurut Joyce B & Weil (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin
adalah meningkatkan kebolehan murid murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak
akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini
bermaksud pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah
difahami oleh murid.
Mook Soon Sang (2009) mengatakan bahawa sebagai seorang pemudah cara, tugas utama
seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, guru haruslah menyediakan segala rancangan pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik serta alat bantu mengajar yang mencukupi, memotivasikan murid-murid, menggalakkan

murid- murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
positif supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar, sistematik dan
teratur.
Sementara itu, Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai seorang guru, antara kemahiran
yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah kemahiran pemudah cara. Pemudahcara ialah teknik
yang digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid mencapai matlamat pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai pemudah cara ataupun fasilitator
berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong
murid-murid mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan melalui satu proses yang panjang.
Justeru, peranan guru sebagai pemudah cara amat diperlukan dalam menangani murid-murid yang
akan meneruskan sesi pembelajaran di sekolah dalam hospital ini. Hal ini kerana murid-murid tersebut
memerlukan bimbingan serta perhatian khusus daripada guru bagi memastikan mereka selesa serta
mudah mengikuti pembelajaran meskipun menjalani rawatan di hospital.
Program sekolah dalam hospital ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan
pelajar dan kanak- kanak yang menjalani rawatan di hospital. Seramai 5371 pelajar dari tiga peringkat
persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima
rawatan di ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis kepada program SDH iaitu Institut Pediatrik
Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan juga Hospital Ampang. (Utusan Malaysia, 3 Ogos
2012).
Penubuhan SDH disifatkan sebagai langkah yang harus dipuji oleh para ibu bapa kerana memberi
ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran mereka walaupun dalam keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan.
Kejayaan sekolah dalam hospital di ketiga- tiga hospital yang menjadi perintis bagi program ini
telah membolehkan pelaksanaan sekolah dalam hospital ini diperluas ke seluruh enam lagi hospital
awam di beberapa buah negeri. Antara hospital yang terlibat ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah
(Terengganu), Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (Sabah), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah),
Hospital Sultanah Aminah (Johor), Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (Kelantan) dan
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras (Kuala Lumpur).

Implikasi
Program sekolah dalam hospital ini dilihat satu pendekatan baru yang digunakan oleh pihak kerajaan
khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Yayasan Nurul Yaqeen bagi mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran ketika mereka
sedang menjalani rawatan di hospital. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin turut mengatakan bahawa SDH adalah konsep baru di negara dalam mengelakkan keciciran
dalam kalangan pelajar walaupun mereka mendapat rawatan di hospital.
Terdapat beberapa implikasi positif hasil daripada pelaksanaan program sekolah dalam
hospital ini. Antaranya ialah, pelaksanaaan SDH ini dilihat sebagai alternatif baru dalam dunia

pendidikan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang terpaksa meningggalkan
alam persekolahan berikutan menghadapi masalah kesihatan dan dirawat di hospital.
Selain itu, program sekolah dalam hospital ini juga merupakan sebahagian daripada langkah
penyembuhan kanak- kanak dari sudut psikologi. Hal ini kerana, kanak-kanak dapat bermain dan
belajar dengan gembira selepas menjalani rawatan di hospital. Hal ini disokong oleh Dr.Norliza
Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Kanan Pediatrik dan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL)
yang mengatakan SDH adalah sebahagian daripada proses rawatan kanak- kanak. SDH membantu
menyembuhkan penyakit kanak- kanak menerusi proses rawatan yang tidak bersifat farmaseutikal,
sebaliknya menggunakan kaedah psikologi. Setelah tertekan dengan rawatan penyakit yang diterima
di hospital, kanak- kanak dapat bermain dan belajar dengan kaedah yang menyeronokkan di SDH.
Mereka bebas memlih subjek yang ingin dipelajari sama ada belajar di wad pesakit atau di kelas yang
disediakan. Kanak-kanak juga boleh berkenalan dengan rakan baru serta menghabiskan masa
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sekaligus dapat mengulangkaji pelajaran yang tertinggal.
Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan
bertaraf dunia. Sistem pendidikan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan modal insan
berpengetahuan dan berkemahiran, yang mampu bersaing di pasaran kerja global malah untuk
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Ini
semua dapat dicapai melalui proses pendidikan secara formal di sekolah. Melalui SDH, pembangunan
modal insan masih lagi dapat diteruskan tetapi di luar amalan persekolahan yang konvensional.Hal ini
kerana murid- murid akan diberikan ruang dan peluang menimba pendidikan selaras dengan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan meskipun berada di hospital. Proses pendidikan berjalan seiring
dengan pembinaan modal insan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (2006-2010).
Program sekolah dalam hospital ini dilihat membawa suatu pembaharuan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya membawa banyak manfaat kepada kanak- kanak yang
mempunyai masalah kesihatan dalam menerima pendidikan yang sewajarnya untuk mereka
sepanjang tempoh rawatan di hospital tersebut.
Rumusan dan Cadangan
Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju serta menyokong penuh program sekolah dalam
hospital ini. SDH merupakan usaha kerajaaan dalam menyediakan peluang pendidikan yang terbaik
bagi pelajar yang menjalani rawatan di hospital supaya tidak ketinggalan di dalam pembelajaran
mereka.
Program sekolah dalam hospital ini merupakan satu inovasi baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia bagi memastikan pendidikan untuk pesakit muda ini tidak disia-siakan sebaliknya diteruskan
dengan pelaksanaannya selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin
Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia turut menyatakan bahawa program SDH ini merupakan
langkah yang amat bernas dan tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia
tempat tinggal terbaik buat generasi akan datang. Program SDH ini mendapat sokongan penuh

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan yang masing-masing menyediakan khidmat


berkaitan bagi memastikan agenda berkenaan mencapai kejayaan.
Pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini masih lagi baru dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Umumnya, tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan program seperti ini. Antara
cadangan yang boleh dilakukan untuk program sekolah dalam hospital ini adalah dengan memberi
promosi serta hebahan kepada orang awam tentang pelaksanaan SDH. Hal ini bertujuan untuk
memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan serta membantu orang awam memahami
dengan lebih mendalam lagi berhubung dengan pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini.
Hebahan serta promosi ini juga mungkin boleh digunakan untuk mendapatkan sokongan serta
sumbangan untuk membantu projek SDH ini demi kelangsungan pendidikan bagi anak- anak yang
mendapatkan rawatan di hospital.
Selain itu, Kementerian Pelajaran mungkin boleh menyediakan latihan-latihan dan kursuskursus yang berkaitan dengan pengetahuan serta kemahiran asas untuk mengendalikan sesi
pengajaran dan pembelajaran SDH kepada semua guru. Hal ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan awal serta menyediakan tenaga pengajar untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran SDH.
Guru-guru akan dilatih serta akan berkebolehan dalam menguruskan murid-murid untuk terus
belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif serta meningkatkan lagi motivasi mereka supaya
merasa tidak dipinggirkan dalam pendidikan walaupun mempunyai masalah kesihatan dan menjalani
rawatan di hospital.
Kesimpulannya, program sekolah dalam hospital ini masih lagi perlu kepada penambahbaikan
dalam usaha membantu kanak- kanak mendapatkan pendidikan yang sepatutnya ketika mereka
berada di hospital. Badan-badan bukan kerajaan yang lain turut diseru bersama- sama membantu
usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia ini
menyediakan perkhidmatan pembelajaran yang terbaik untuk kanak- kanak ini.

You might also like