Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA

JALAN DATO ISMAIL HASHIM


11900 BAYAN LEPAS,
PULAU PINANG

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2015


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

30 Disember 2015
Selasa
8.30 pagi
Bilik Mesyuarat SKSA

Tidak Hadir
1. Cik Razlinda Bt. Azali@Ghazali
2. Cik Anusuya Nair A/P Atchuthan
3. Cik Nur Hidhayatul Haq Bt. Mohamed ( Cuti bencana alam )
4. Cik Deeviya Nambiar A/P Prabhakaran
5. Cik Farah Waheeda Bt. Johari
6. Pn.Haniza Bt. Hassan
7. Pn. Hazirah Bt. Mat Rejab ( Cuti bersalin )
8. Pn.Kamalia Bt. Mat Shamsudin ( Cuti bencana alam )
9. Pn Nor Baisah Bt. Ab. Kadir ( Cuti bencana alam )
10.Pn.Wan Marziyana Bt Wan Ibrahim ( Cuti bencana alam )
11.Pn. NorHayati Bt. Abdul Karim
12.Pn.Noor Azira Bt. Seman ( Cuti bencana alam )
13.Pn. Nur Fauziyati Bt. Rashid ( Cuti bencana alam )
14.Pn.Zaiton Bt Hasbullah ( Cuti bersalin )
15.Pn. Rohaiza Bt. Zakaria ( Cuti bersalin )
16.Pn. Shahnin Bt. Ibrahim ( Cuti bersalin )
17.Pn. Suganthi A/P Danapal
18.Pn. Wan Athiah Bt. Che Lah
19.En. Mohd. Fazrul Nizam Bin. Mohd Yusoff ( Cuti bencana
alam )
20.En Mohd. Hafiz Bin Abdul Ghani
1.

2.

Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan melahirkan ucapan terima


kasih atas kehadiran hadirin dan menyatakan rasa penghargaan atas
kesudian semua AJK Unit HEM terhadap pelantikan dan penerimaan
jawatan untuk sesi 2015 .

1.2

Beliau berharap semua ketua unit akan bekerjasama menjalankan tugas


yang diberikan.

Perbincangan

2.1

PROGRAM GURU PENYAYANG


Pengerusi menekankan kepentingan program ini yang merupakan
anjuran KPM yang perlu di jayakan oleh guru-guru. Beliau mengucapkan
terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru pada sesi
persekolahan 2014 dan berharap pada tahun ini semua guru yang
bertugas akan melaksanakan tugas yang diberi dengan lebih efisien..
Tindakan: Guru bertugas

2.2

Unit Data HEM


Pengerusi menyatakan data Sistem Maklumat Murid (SSM) bagi muridmurid tahun lima sudah dikemaskini manakala bagi tahun satu diminta
guru kelas memasukkan data murid. Proses kemaskini akan dilakukan
apabila Pn. Siti Mariam telah membuat back-up data.Penyerahan data
SMM adalah pada minggu pertama bulan Februari. Guru kelas pertama
dan kedua diminta berkerjasama dalam mengisi data SMM.
Tindakan: Unit Data HEM

2.3

Unit Kantin
Unit kantin akan seiring melaksanakan tugas bersama guru-guru RMT.
Apabila ada Pegawai Kesihatan datang memantau kantin, AJK Kantin
diminta memberi kerjasama. Pegawai Kesihatan akan memantau pada
16/1/2015-21/1/2015.
Tindakan: Unit Kantin dan RMT

2.4

Unit Kumpulan Wang Pelajar Miskin ( KWAPM )


PK HEM memaklumkan pada tahun lepas terdapat 38 orang murid yang
menerima bantuan KWAMP.
Tindakan : Unit Kumpulan Wang Pelajar Miskin ( KWAPM )

2.5

Unit Kebersihan
PK HEM menyatakan tiada apa-apa lagi program yang akan dijalankan
setakat ini.
Tindakan : Unit Kebersihan

2.6

Unit Penyiasatan Murid Tercicir


Merupakan unit yang baru diwujudkan dan diketuai oleh Pn. Siti Aminah
bt. Mohd Noor. Unit ini memerlukan bantuan guru kelas untuk mengenal
pasti murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Dilaksanakan

melaui 3 peringkat iaitu guru kelas diminta untuk menelefon waris untuk
mengetahui sebab ketidak hadiran murid. Peringkat kedua, apabila ibu
bapa tidak memberi jawapan, guru kelas akan mengeluarkan surat
amaran sebanyak tiga kali. Peringakat seterusnya,guru bimbingan dan
kaunseling akan mengambil tindakan susulan.
Tindakan : Unit Penyiasatan Murid Tercicir
2.7

Unit PPDa/ Program PINTAR


Merupakan program di bawah Permata Pintar yang di adakan tiga kali
setahun.Berdasarkan laporan pada tahun 2014, terdapa 100 lebih murid
pada peringkat UKM 1. Pada peringkat kedua, sebanyak 15 murid telah
terpilih menduduki ujian UKM 2 dan seorang terpilih untuk peringkat PKC.
Laporan PPDa perlu dihantar setiap tiga bulan.
Tindakan : Unit PPDa/ Program PINTAR

2.8

Unit Pelancongan / Lawatan


Pada tahun 2014 telah diadakan lawatan ke menara kawalan.
Tindakan : Unit Pelancongan / Lawatan

2.9

Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


PK HEM menyatakan semua tahun telah mendapat buku teks kecuali
bukan warganegara sahaja.
Tindakan : Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

2.10

Unit Anti Denggi


Berdasarkan laporan unit, masih belum ada lagi kes denggi yang
dikesan.
Tindakan : Unit Anti Denggi

2.11

Unit Jadual Kedatangan / Enrolmen


PK HEM menyatakan buku kedatangan murid akan diberi pada 13/1/2015
kepada guru kelas untuk diisi maklumat yang berkaitan dan diserahkan
kembali pada 16/1/2015 ke pejabat. Guru kelas juga di minta mengisi
enrolmen murid pada hari pertama persekolahan.
Tindakan : Unit Jadual Kedatangan / Enrolmen dan guru kelas

2.12

Unit Keselamatan / Kebakaran / Kecemasan (3K)

Latihan kebakaran akan dijalankan dua kali setahun.


Tindakan : Unit Keselamatan / Kebakaran / Kecemasan (3K)
2.13

Unit Kebajikan Murid


Pada tahun ini, sekolah telah mendapat banyak bantuan dari pihak luar.
Baki dana melebihi seribu. Kutipan duit akan dijalankan tiga bulan sekali.
Tindakan : Unit Kebajikan Murid

2.14

Unit Bimbingan dan Kaunseling


Program sedia ada akan diteruskan dan akan menambah lagi program.
Tindakan : Unit Bimbingan dan Kaunseling

2.15

Unit Pengawas Sekolah / PSS / Ketua Kelas


Pada sesi persekolahan 2015, bilangan pengawas sekolah yang dilantik
ialah 102. Watikah pelantikkan akan diberi pada bulan Februari.
Tindakan : Unit Pengawas Sekolah / PSS / Ketua Kelas

2.16

Unit Kesihatan
Pada tahun 2014, terdapat 3 murid yang masih belum dicucuk.
Tindakan : Unit Kesihatan

2.17

Unit Rancangan Makanan Tambahan (RMT) / PSS


Terdapat 39 murid dari tahun dua hingga enam yang dipilih untuk
menerima RMT pada sesi 2015. PK HEM meminta tindakan dari AJK unit
untuk mengedar borang terima RMT dan Program Susu Sekolah.
Pengusaha kantin menyatakan terdapat segelintir murid-murid lain yang
turut sama makan makanan RMT dan pihak kantin sukar untuk mengenal
pasti walaupun murid-murid telah diberi tanda nama. Ini kerana terdapat
murid-murid RMT yang telah berlaku kehilangan tanda nama tersebut.
Tindakan : Unit Rancangan Makanan Tambahan (RMT) / PSS

2.18

Unit Disiplin Murid


PK HEM memberitahu bahawa masalah disiplin di kalangan murid
semakin berkurangan. Ini ternyata apabila buku disiplin semakin nipis.
Tindakan: Unit Disiplin Murid

3.

4.

Hal-hal Lain
3.1

PK HEM berharap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Unit-unit HEM


akan berjalan lancar pada sesi persekolahan tahun ini.

3.2

Pada hari pertama persekolahan, guru kelas dikehendaki mengisi


kedatangan online SPS sebelum 9 pagi.

Penangguhan Mesyuarat
4.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Penasihat dan


mengharapkan komitmen dan kerjasama yang sewajarnya daripada
semua yang hadir.

4.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,
____________________
(Pn. Habibah Bt. Mustafa)
Setiausaha Unit HEM 2015,
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Disahkan oleh:
______________________
(Pn. Norizan Bt. Mohd Zain)
Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

You might also like