Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Soalan : Apakah yang diperjuangkan oleh Ghandi dan mengapakah beliau berjaya

menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam menuntut
kemerdekaan India daripada British?

1.0 PENDAHULUAN
Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober 186930 Januari 1948), lebih
dikenali sebagai Mahatma Ghandi adalah seorang penganut Hindu yang komited, bukan
lagi asing kepada masyarakat dunia sama ada di timur mahupun di barat. Nama beliau
telah terukir dalam buku-buku sejarah sebagai pelopor perjuangan kepada kemerdekaan
India. Beliau merupakan pendominasi utama dalam perkembangan nasionalisme di tanah
airnya pada abad ke-19.
Kehidupan beliau berlatar belakangkan sebuah keluarga yang setia kepada lunaslunas agama dan kastanya, Vaisya 1. Bapanya merupakan salah seorang menteri kerajaan
manakala ibunya pula seorang yang alim beragama serta tidak mementingkan kebendaan
dan kemewahan. Amalan harian keagamaan ahli keluarganya telah mengasuh beliau
menjadi penganut Hinduisme yang taat sehingga dianugerahkan gelaran Mahatma yang
bermaksud Roh Yang Agung oleh Rabindranath Tagore. Sewaktu kelahirannya di
Porbandar, keseluruhan negara India yang mempunyai seramai lebih 200 juta
warganegaranya telah tunduk kepada kekuasaan penjajahan Inggeris.
Kebiasaan bagi ahli kelas menengah Hindu menghantar anak-anak mereka
bersekolah aliran Inggeris menyebabkan Gandhi juga tidak terkecuali. Tahap
pembelajarannya di Kathiawad High School dan Samaldas College tidaklah

Kasta Vaisya merupakan kasta ketiga mulia daripada lima kasta. Golongan ini berwarna kulit coklat dan
terdiri daripada kalangan petani, pedagang dan pelukis

memberangsangkan terutama dalam bidang penguasaan Bahasa Inggeris kerana dikekang


oleh sifatnya yang pemalu dan pendiam. Namun begitu, ia tidaklah memadamkan
semangatnya untuk melanjutkan pembelajaran ke England dalam jurusan undang-undang
walaupun ditentang oleh keluarga dan kastanya.
Beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran sebagai
peguam dan pulang ke India pada Jun 1891. Cita-citanya untuk berbakti di tanah airnya
dalam menegakkan keadilan dalam bidang pengajiannya menemui jalan buntu kerana
tidak mendapat sebarang peluang penjawatan menyebabkan beliau menerima tawaran
mewakili seorang saudagar India ke Afrika Selatan 2. Sewaktu berada di sinilah
bermulanya keterampilan beliau sebagai pejuang yang ulung membela nasib bangsanya.

2.0 HALA TUJU PERJUANGAN GHANDI


Pengalaman yang mengubah kehidupan Gandhi bermula apabila berhadapan
dengan dasar apartied yang diamalkan oleh orang kulit putih di Afrika Selatan. Dasardasar yang diluluskan sebagai akta oleh pemerintah kulit putih telah menghapuskan hakhak asasi kaum India dengan sekatan kuat terhadap kebebasan mereka untuk berniaga,
memiliki harta, mendapat pendidikan, berhijrah dan mengundi. Contohnya, peraturan
digubal menghalang orang India daripada keluar rumah pada waktu malam tanpa
kebenaran dan melucutkan hak bertanding dan mengundi dalam pilihanraya majlis
undangan di negeri Natal pada 1894.
Suasana begini telah melahirkan ketidakpuasan hati beliau kerana ketidakadilan
pemerintah terhadap hak bangsanya lalu bertindak membantah melalui saluran akhbar,

Beliau bekerja di sebuah syarikat India yang berpusat di Afrika Selatan, ribuan tenaga kerjanya terdiri
daripada rakyat India yang merantau ke sana

surat rayuan kepada pihak kerajaan serta menghubungi pihak berkuasa di London dan
Calcutta.Usaha berterusan beliau laksanakan sehingga tertubuhnya Kongres India Natal
yang bermatlamatkan mengelola gerakan bantahan ini namun masih gagal. Kegagalannya
menggunakan cara perlembagaan telah mendorong Gandhi mengamalkan kaedah baru
yang dikenali sebagai penentangan pasif 3 berdasarkan ajaran Kuno Ahimsa dan idea
penulisan Thoreau dan Tolstoy. Ternyata melalui kaedah ini yang juga dikenali sebagai
satyaghara atau kuasa kebenaran sedikit sebanyak telah berjaya menentang beberapa
undang-undang yang berat sebelah seperti mewajibkan pendaftaran semua rakyat
keturunan India di Transvaal dengan memperoleh sokongan kerajaan British di London
dan Calcutta.
Perlu dinyatakan di sini bahawa kejayaan perjuangan Gandhi pada peringkat ini
yang menggunakan praktikal penentangan tanpa kekerasan merupakan yang kempen
pertama seumpama ini mencapai kejayaan. Beliau telah berjaya menanam sifat jati diri di
kalangan pengikutnya dengan berikrar kepada tuhan untuk mematuhi Ahimsa dan
sanggup menghadapi pelbagai bentuk dugaan seperti dipenjara, disiksa dan harta
dirampas oleh pihak berkuasa. Apabila keadaan ini berlaku, lebih ramai pekerja India
melancarkan mogok menyebabkan pihak British mela tunduk kepada tuntutan mereka.
Perjuangan ini telah berjaya mengubah nasib 100 ribu masyarakat India di Afrika Selatan
memperolehi layanan darjat yang sesuai dengan pengiktirafan mereka sebagai
warganegara British.
Berakhirlah dasar diskriminasi kaumnya melalui jaminan pihak berkuasa di
Afrika Selatan menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air pada

Dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak adil akan ditentang oleh rakyat secara sengaja tetapi tidak
melakukan keganasan

tahun 1915. Suasana politik di India ketika itu agak lembab kerana sejak 1905 lagi telah
wujud kekacauan akibat perpecahan kaum kerana perbezaan agama, ideologi politik dan
perbezaan kasta yang menyebabkan kuasa Inggeris mudah menindas dan menjajah rakyat
India. Mereka hidup menderita dalam kemiskinan, kebuluran, penindasan, dan
pembunuhan sedangkan kekayaan bumi India terus diceroboh dan diragut oleh pihak
Inggeris. Sekali lagi Gandhi berhadapan dengan situasi perjuangan yang harus
ditempuhnya demi membebaskan penganiayaan terhadap bangsanya.
Di samping itu juga, pencetusan Perang Dunia I telah melemahkan semangat ahliahli Kongres Kebangsaan India untuk berjuang dan menganggap perlu bekerjasama
dengan Kerajaan British. Tidak terkecuali juga Gandhi yang telah mengumumkan untuk
tidak membantu sebarang gerakan yang menentang mereka (orang British) semasa
perang itu. Pada 1918, beliau telah membantu pengambilan anggota baru dalam
angkatan tentera British serta menawarkan dirinya untuk turut membantu usaha perang
tersebut. Keadaan ini mula berubah apabila berlaku pertikaian Puak Sederhana dan
Pelampau seperti Tilak, Besant, Banerjea dan Wacha yang menggugat kedudukan
Kongres. Gandhi telah mengambil kesempatan mendekati rakyat untuk memahami
masalah mereka dengan melawat pusat-pusat politik di seluruh India, menjalinkan
hubungan dengan pemimpin tempatan serta menyertai program kampung-kampung
seperti khemah ibadah, ceramah-ceramah dan ucapan-ucapan. Beliau juga telah
membuka sebuah ashram iaitu perkampungan di tebing Sungai Sabarmati yang
berdekatan dengan bandar Ahmedabad. Perkampungan ini telah menghimpunkan semua
kaum dan kasta yang berikrar untuk hidup mengamalkan ahimsa dan bergotong-royong.

Sementara itu, janji British untuk memberikan Swaraj atau pemerintahan sendiri
tidak dikotakan selepas berlaku peperangan sedangkan ramai anggota askar India telah
terkorban. Sebaliknya, Akta Rowlatt dan Massacre yang menghalalkan perbicaraan tanpa
juri dan hukuman penjara tanpa perbicaraan telah diwartakan. Berdasarkan perasaan
tertipu, Gandhi mula mempertikaikan kewibawaan dan menentang British dengan
melancarkan mogok sehari melibatkan premis perniagaan dan tenaga kerja yang dikenali
sebagai Hari Berkabung Satyagraha. Orang ramai digesa menghadiri rapat umum,
mengadakan sembahyang khas dan berpuasa. Gerakan ini telah mendapat sambutan yang
amat menggalakkan terutama di kota Bombay, Ahmedabad dan Lahore. Namun begitu,
tanpa restu beliau telah tercetus kekacauan dan keganasan yang meragut nyawa rakyat
India dan orang Eropah.
Akibatnya, pada 12 April 1919 telah berlaku peristiwa pembunuhan kejam oleh
angkatan Brigadier Jeneral Reginald Dyer yang melepaskan tembakan membunuh 379
orang serta mencederakan lebih 1200 orang dalam perhimpunan haram di Amritsar. Dyer
juga memerintahkan semua individu yang disyaki terlibat melakukan keganasan dihukum
sebat. Keadaan yang meruncing ini telah memaksa Gandhi membatalkan gerakan ini
secara serta merta dengan perasaan kecewa kerana tidak berjaya menyemai ahimsa di
kalangan penyokongnya. Peristiwa ini telah menggerakkan beliau menceburi bidang
politik secara langsung dengan mengambil alih pucuk pimpinan gerakan kebangsaan
India kerana sedar perlunya British meninggalkan India.
Perlu dinyatakan bahawa kesan Perang Dunia I telah membawa kemerosotan dan
kemelesetan kedudukan ekonomi India. Keadaan ekonomi India telah mencapai paras
bahaya apabila bekalan makanan turut terjejas apabila bekalan tidak mencukupi serta

harganya yang kian meningkat. Pastinya ia menghasilkan ketegangan sosial yang


mengakibatkan kekacauan yang meluas. Keadaan ini telah menarik perhatian pihak
berkuasa British dan para nasionalis menyediakan sebuah rangka perlembagaan baru bagi
memindahkan kekuasaan pentadbiran yang lebih kepada majlis perundangan, jabatanjabatan tertentu diletakkan di bawah kawalan menteri-menteri tertentu dan hak mengundi
diperluaskan kepada golongan berpendapatan rendah. Terhasillah

Perlembagaan

Montagu-Chelmsford yang mengecewakan pihak nasionalis kerana soal keselamatan dan


kewangan negara masih di bawah kekuasaan British. Namun, Gandhi telah memujuk ahli
Kongres yang bersidang bertolak ansur dalam melaksanakan perlembagaan baru ini.
Beliau masih meletakkan kepercayaan terhadap kejujuran British menunaikan
janjinya serta merasakan rakyat India masih tidak berupaya untuk mentadbir diri sendiri
kesan kegagalan mengamalkan nilai mulia ahimsa, kebenaran, pengorbanan dalam
Gerakan Satyagraha Rowlatt. Beliau bercadang untk bergiat lebih aktif dalam gerakan
kelolaan Kongres bagi tujuan memupuk nilai mulia ini di kalangan rakyat India.
Rentetan daripada itu juga, sewaktu golongan Muslim India dalam kebimbangan
kerana kejatuhan empayar Turki di tangan kuasa Perikatan telah mewujudkan Gerakan
Khilafat. Gerakan ini bergerak di bawah kekuasaan para cendiakawan Islam yang
merampas kuasa dalam Liga Muslim pada Disember 1918. Berdasarkan keputusan
persidangan Khilafat di peringkat seluruh India, persepakatan telah dicapai untuk
menggunapakai gerakan satyaghara pada Oktober 1919. Ini membuktikan wujud
kesepaduan penganut Hindu dan Islam dalam menghadapi tentangan pihak luar. Oleh itu,
Gandhi telah mengambil peluang keemasan ini untuk memupuk perpaduan di antara
penganut Hindu dan Muslim yang sekian lama bergolak sejak kewujudan Gerakan

Aligarh yang diketuai oleh Syed Ali Khan. Gandhi amat menghargai kesempatan ini
dengan menyatakan bahawa kesempatan begini untuk menyatukan orang Hindu dan
Muslim tidak akan timbul bagi seratus tahun.4 Bagi orang Muslim, suasana
ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles5 manakala orang Hindu pula telah
tersinggung dengan Laporan Hunter6 telah menjurus kepada pelancaran Gerakan Tidak
Bekerjasama terhadap pemerintahan British.
Gerakan Tidak Bekerjasama ini telah mendapat sokongan pemulauan terhadap
pilihanraya majlis undangan, sektor pendidikan, mahkamah perundangan, soal swadeshi,
pasukan keselamatan dan pembayaran cukai kepada pemerintah. Pilihanraya majlis
perundangan yang diadakan pada November 1920 telah gagal apabila majoriti pengundi
enggan keluar mengundi. Seterusnya, gerakan ini meminta para pelajar dan pentadbir
sekolah, maktab dan universiti kerajaan memutuskan hubungan dengan kerajaan British.
Penolakan terhadap sistem mahkamah perundangan kerajaan juga digesa dengan
perletakan jawatan peguam-peguam manakala bagi soal swadeshi, gerakan pemulihan
perusahaan tradisional diusahakan seperti pengeluaran benang dan kain murah yang
dipanggil Khaddar serta mengelakkan diri dari terlibat dengan barang-barang asing.
Wujud juga usul yang mengatakan amat bersalah jika rakyat India bersekongkol dengan
kerajaan British dalam pasukan keselamatan apabila menganggotai pasukan polis atau
tentera. Selain itu, terdapat rancangan enggan membayar cukai kepada kerajaan terutama
di kalangan para petani yang mengalami kemelesetan tanaman.

R. Suntharalingam, 1985, Pergerakan nasionalisme di Benua Kecil India Suatu Tinjauan Sejarah, USM,
hlm 206
Perjanjian Versailles telah diumumkan pada Mei 1920 oleh British yang telah memisahkan kawasan
Empayar Turki dan menidakkan kekuasaan Raja Turki ke atas Mekah dan Madinah
Laporan Hunter berkaitan peristiwa pembunuhan di Amritsar yang menyalahkan Gerakan Satyaghara
Rowlatt sebagai punca keganasan. Laporan ini diterimapakai oleh British pada Mei 1920

Namun begitu, sebelum rancangan ini dapat dilancarkan dengan rasmi, telah
berlaku beberapa siri kekacauan dan keganasan7 yang memaksa Gandhi membatalkan
gerakan ini. Keadaan ini amat mengecewakan beliau kerana sekali lagi gagal memastikan
gerakan yang dilaksanakan melalui ideanya tidak mengenepikan prinsip ahimsa oleh
pemimpin-pemimpin tempatan yang dipertanggungjawabkan. Tidak dapat dinafikan juga
kegagalan gerakan ini juga kerana beberapa tentangan pemimpin yang berkepentingan
peribadi dan ketegangan semula pertikaian Hindu dan Muslim dalam soal penyembelihan
lembu. Sejurus pembatalan gerakan ini diumumkan, Gandhi telah dipenjarakan selama 6
tahun akibat didapati bersalah menghasut rakyat India hingga mencetuskan keganasan..
Kerajaan British mula sedar kehebatan pengaruh beliau yang mampu menyatukan rakyat
India bersedia menanggung apa jua risiko demi membebaskan tanah air mereka daripada
terus dijajah.
Beliau telah dibebaskan pada tahun 1924 kerana masalah kesihatan apendisitis
yang memerlukan pembedahan segera. Ketika itu, situasi Kongres berada dalam keadaan
tidak stabil akaibat pertelagahan penganut Hindu dan Islam yang semakin meruncing.
Oleh itu, beliau telah menumpukan perjuangannya kepada penyatuan semula dua
komuniti yang bertelagah ini. Namun begitu, pergeseran terus berlaku sehingga terjadi
beberapa rusuhan dan pergaduhan kaum pada 1923. Pada 1926, terjadi kemuncak rusuhan
di Calcutta yang telah mengorbankan 67 orang manakala lebih 400 orang tercedera.
Kerajaan British mula merasakan perlu melakukan sesuatu tindakan bagi
menangani ketegangan ini membuat beberapa cadangan baru dalam satu suruhanjaya
yang digelar Suruhanjaya Simon. Seramai 7 orang pegawai British dengan diketuai oleh

Berlaku keganasan di Chauri Chaura, Bengal, Assam, Wilayah Bersatu, Malabar, Bombay dan banyak
lagi hingga mengorbankan nyawa tanpa dapat dikawal oleh Gandhi

Lord Simon telah melakukan lawatan ke seluruh India bermula pada 1927 sehingga 1930
bertujuan menilai keberkesanan sistem sedia ada. Namun begitu, suruhanjaya ini telah
mendapat tentangan hebat oleh pemimpin nasionalis India terutamanya Gandhi yang
beranggapan ia merupakan satu penghinaan kepada India kerana keahliannya tidak
melibatkan walau seorang warga India. Keadaan ini telah menafikan hak India untuk
menentukan hala tuju perlembagaan negara mereka sendiri.
Gandhi telah memimpin Kongres membuat desakan agar diadakan rundingan
Meja Bulat di antara British dan India diadakan. Pada 31 Disember 1929, Perarakan
Garam telah diadakan dengan perbarisan sejauh 200 selama 2 hari dengan menggenggam
garam bermula dari Ashram hingga ke tepi laut sebagai satu simbolik untuk menyindir
pihak British8. Tindakan keengkaran awam ini telah tercetus hampir di seluruh wilayah
India menyebabkan Gandhi dan 60,000 pengikutnya telah ditangkap dan dipenjarakan
tanpa dibicara. Namun, bantahan lebih hebat terus berlaku hingga mengorbankan dua
orang sementara 320 orang tercedera. Peristiwa ini telah menggemparkan dunia
menyebabkan British dikecam menyebabkan berlaku rundingan di antara Gandhi dan
Lord Irwin yang memberi kemenangan kepada gerakan satyaghara.
Kongres telah diberi keahliannya dalam Persidangan Imperial Kedua London
pada Oktober 1930. Gandhi telah menjadi wakil tunggal dalam Persidangan Meja Bulat
ke-2 pada Ogos 1931 dan berjaya meyakinkan rakyat British dalam perjuangan
keadilannya. Walau bagaimanapun, persidangan ini tidak berjaya memberi sebarang
perkembangan membentuk pemerintahan sendiri. Sekali lagi Gandhi mengetuai gerakan
keengkaran awam hingga beliau dan beberapa pemimpin Kongres telah ditahan.
8

Garam merupakan bahan penting kepada India yang telah dimonopoli perdagangannya oleh British
dengan mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat India yang miskin, sedangkan bahan itu diperolehi
percuma dari laut.

Persidangan Meja Bulat ke-3 telah diadakan pada 1932 dengan meluluskan Rang
Undang-undang Kerajaan India pada tahun 1935. Namun, masih wujud penentangan
Kongres pimpinan Gandhi yang mahukan pemerintahan sendiri manakala British hanya
bersedia memberi taraf Dominan sahaja.
Tercetus Perang Dunia II telah melibatkan peperangan antara British dan Jerman
pada 1939. Pihak Kongres pimpinan Gandhi telah mengambil tindakan tidak mahu
mempertahankan India dari serangan musuh selagi tidak diberikan status kemerdekaan
serta merta. Gandhi sudah tidak mempercayai lagi janji British yang ingin memberi
kemerdekaan India selepas perang selesai. Ini telah menyebabkan British telah
mengharamkan Kongres dan sekali lagi Gandhi dan pemimpin nasionalis dipenjarakan.
Pertengahan tahun 1940-1941, telah berlaku kejayaan kuasa Jepun menempatkan
tenteranya di sempadan Assam dan bermulalah tamatnya zaman kolonial empayar
British. Gandhi telah melancarkan gerakan meninggalkan India pada 1942 dengan
menyatakan kesediaan rakyat India menangani kehadiran kuasa Jepun tanpa sebarang
kekerasan. Gerakan keengkaran awam telah kembali mengkucar-kacirkan keadaan
menyebabkan British tidak ada pilihan lain selain menangkap kembali Gandhi dan
beberapa pemimpin Kongres pada Mei 1944. Tanggal 15 Ogos 1947 kemerdekaan India
telah tercapai, namun terpecah kepada dua negara yang berasingan iaitu India dan
Pakistan.
Perpecahan ini sangat mengecewakan Gandhi, namun beliau tidak berupaya
mengatasi kehendak Parti Liga Muslim yang dipimpin oleh Muhammad Ali Jinnah
manakala Jawaharlal Nehru mengetuai Kongres. Keganasan teruk yang berlaku seperti di
Calcutta yang mengorbankan seramai 4000 orang serta mencederakan 15,000 orang telah

menyukarkan misinya menyatukan kembali dua komuniti India ini.Beberapa kali beliau
berniat untuk berpuasa sampai mati jika keganasan tidak dihentikan dan berusaha gigih
mengadili keadaan agar ketegangan dapat dikendurkan. Usahanya itu telah menghadirkan
rasa ketidakpuasan hati penganut Hindu yang fanatik hingga mengorbankan nyawanya
pada 30 Januari 1948 apabila terkena tembakan Nathuram Godse yang bertegas
mengatakan Gandhi lebih menyebelahi orang Muslim Pakistan.
Tamatlah riwayat seorang pejuang tulin yang berjuang dengan suara kasih sayang,
tolak ansur dan keamanan. Beliau telah menghabiskan usianya dengan perit maung
menghadapi pelbagai rintangan demi semata-mata untuk memastikan rakyat dan tanah
airnya memperolehi keadilan dan hak sebenar tanpa mengira kaum dan agama. Itulah
arah tuju perjuangan seorang pejuang yang bernama Mahatma Gandhi, Bapa
Kemerdekaan India.

3.0 PENYATUAN PELBAGAI KAUM DAN AGAMA


Satu lagi persoalan yang perlu dihuraikan ialah bagaimana Gandhi berjaya
menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama khususnya
dalam menuntut kemerdekaan India daripada British. Kejayaan ini bermula melalui
keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh beliau dengan perwatakan sederhana dan
pergaulannya yang tidak mengenal darjat. Beliau telah berperanan mengubah seluruh
pergerakan nasionalisme untuk mendampingi permasalahan yang dihadapi oleh golongan
bawahan hinggakan nasionalisme mula menjadi benar-benar nasional.9
Gandhi telah memainkan peranan utama dalam penyatuan antara golongan Hindu,
Muslim, Sikh, Kristian dan Parsi. Ketegangan yang sering berlaku melibatkan dua
9

Neil Ryan, 1967, India : Nasionalisme dan Kemerdekaan, London, Longman, hlm 26

komuniti utama iaitu penganut Hindu dan Islam bermula pada tahun 1880-an dan 1890an apabila lahirnya ketidakpuasan hati di kalangan orang Islam yang dipimpin oleh
reformis Syed Ahmad Khan. Pemulauan Kongres oleh orang Islam telah berlaku kerana
menganggap mereka hanya diperalatkan tanpa pembelaan, apatah lagi apabila sedar
kedudukan orang Islam di India ketika itu agak ketinggalan dari segi ekonomi dan
pendidikan jika dibandingkan dengan orang Hindu. Selain itu juga, faktor keahlian ahli
Kongres menyaksikan hanya 17 orang ahlinya Muslim daripada 756 orang ahli
keseluruhan menyebabkan tertubuhnya Liga Muslim pada 1906.
Gandhi sering mengutamakan persaudaraan Hindu-Muslim dalam perjuangannya
kerana menganggap perpaduan India adalah amat penting dan India adalah kepunyaan
semua tanpa mengira kaum dan agama. Pernah dinyatakan sebelum ini bahawa Gandhi
dengan bijak telah mengambil kesempatan terhadap isu ketidakpuasan hati kedua-dua
pihak terhadap British dalam usaha menyatukan hala tuju perjuangan demi perpaduan
India. Orang Hindu yang tersinggung dengan Laporan Hunter yang menyalahkan
Gerakan Satyaghara Rowlatt sebagai punca keganasan berkaitan peristiwa pembunuhan
di Amritsar manakala di waktu yang sama orang Islam tidak berpuas hati terhadap
Perjanjian Versailles yang mengancam kekuasaan kerajaan Islam dalam Empayar Turki
telah berjaya dipadukan oleh Gandhi hingga berjaya mencetuskan kerjasama
melaksanakan Gerakan Tidak Bekerjasama dan Gerakan Keengkaran Awam.
Namun begitu, pembatalan kedua-dua gerakan ini oleh beliau sendiri akibat
keganasan yang menyalahi prinsip Ahimsa dan Satyaghara telah kembali memecah belah
kedua-dua kumpulan ini. Pakatan Gandhi-Irwin juga telah mewujudkan pertelingkahan di
antara kaum Hindu dan Muslim. Keadaan ini tidak dibiarkan begitu sahaja tetapi beliau

terus berusaha meredakan keganasan Hindu-Muslim yang berlaku dengan melawat


tempat-tempat tercetusnya keganasan pada 1946 walaupun pada dasarnya, beliau sudah
bersara daripada bidang politik. Inilah yang dikatakan nasionalis tulin yang terlibat dalam
politik moral. Beliau telah mencadangkan konsep hijrat dilaksanakan iaitu penghijrahan
keluar daripada tempat-tempat tercetus keganasan yang melampau terutamanya di
kawasan Sindh.
Sewaktu keganasan perkauman berlaku di Bihar, Gandhi telah melancarkan
mogok lapar sehingga mati jika keganasan tidak dihentikan. Selain itu, beliau juga telah
berusaha gigih melalui sesi ceramah dan ucapan berkaitan kesedaran pentingnya
perpaduan Hindu-Muslim semasa tinggal merantau ke 48 buah kampung dalam tempoh 5
bulan (November 1946 Mac 1947). Beliau menganggap peluang kemerdekaan India
dengan penubuhan sebuah negara bangsa amat bergantung kepada keamanan dan
perpaduan yang wujud. Ini menunjukkan bahawa beliau sanggup mengorbankan
nyawanya demi perpaduan negaranya.
Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa melalui peranan Gandhi di dalam
perjanjiannya dengan Lord irwin telah mencetus ambang kemerdekaan buat negara India.
Pada tahun 1935, British telah meluluskan Akta Kerajaan India yang memberikan
autonomi kepada wilayah-wilayah dan mencadangkan ditubuhkan satu kerajaan
persekutuan dengan satu perlembagaan baru untuk India. Liga Muslim, pada awalnya
telah memberi persetujuan dan sokongan terhadap perlembagaan ini sekaligus
menguatkan lagi keupayaan India untuk mencapai kemerdekaan. Rentetan daripada itu,
resolusi Tinggalkan India yang diluluskan Kongres di bawah pimpinan Gandhi pada

Julai 1942 telah membuka jalan ke arah kemerdekaan India yang secara rasminya
diumum pada 15 Ogos 1947.
Walaupun cita-citanya yang menginginkan India sebagai satu negara yang
bersatu, namun beliau tetap gagal apabila India telah berpecah kepada satu bahagian yang
daisngkan iaitu Pakistan. Desakan pemimpin Kongres dan Liga Muslim yang sudah tidak
dapat dibendung lagi telah memencilkan idea atau kehendak beliau. Perpisahan ini dibuat
atas dasar bertujuan menyelamatkan India daripada keganasan. Walau bagaimanapun,
Gandhi tidak pernah berputus asa untuk menyatukan kedua-dua kumpulan ini sedaya
upayanya hingga ke akhir hayatnya. Perlu dinyatakan juga di sini bahawa beliau
kehilangan nyawanya akibat tindakannya yang cuba memberi keadilan kepada Pakistan
demi memastikan pertelagahan dapat diselesaikan.

4.0 KESIMPULAN
Jelaslah melalui penjelasan yang dibuat telah membuktikan bahawa Gandhi
merupakan seorang pejuang nasionalis yang mementingkan unsur kemanusiaan tanpa
mengira kaum, bangsa, agama dan latar belakang. Strategi beliau dalam perjuangan amat
mementingkan kaedah yang betul dan berkesan tanpa mengabaikan falsafah moral.
Personaliti dan karismanya telah memberi perangsang dan kekuatan kepada rakyat India
untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka. Beliau telah menghabiskan
hayatnya dengan memberi kesedaran melalui sesi ceramah, ucapan-ucapan yang menyeru
ke arah kebaikan tanpa mengharapkan balasan kekayaan harta benda. Sememangnya,
beliau tergolong dalam tokoh pejuang yang harus dicontohi dan dikenang selamanya.

You might also like