Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PENGENALAN

Perkataan batik berasal dari bahasa Indonesia yang bermaksud titik. Penghasil batik
melibatkan kerja melukiskan titik sebenar atau titik berapa bunga dan motif kecil lain di atas
permukaan kain. Di Malaysia, batik merujuk kepada barangan kraf yang dihasilkan melalui
proses menerap lilin dan mencelup kain.

Teknik membatik telah wujud di Mesir dan Parsi pada 2000 tahun dahulu dan tekstil jenis
ini telah digunakan di Jepun dan China pada abad ke-7. Batik hanya diperkenalkan di Tanah
Melayu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka pada abad ke-15 Masihi.
Perkembangan seni batik hanya bermula pada tahun 1930-an. Perintis kepada sejarah
perkembangan perushaan batik di tanah air ialah negeri Kelantan dan Terengganu.

Kini, industri batik bukan sahaja tertumpu di kampung-kmpung, malah telah sampai ke
peringkat pengeluaran secara besar-besaran di kilang-kilang.

FUNGSI KAIN BATIK


Kain batik merupakan kain serba guna pada masa dahulu. Kain batik tradisional
mempunyai pelbagai gaya dan bentuk. Fungsinya adalah seperti yang berikut:

Pakaian harian

Pakaian untuk ke majlis keramaian

Pakaian basahan

Buaian untuk bayi

Kain untuk mengedung anak kecil

Kelubung pengikat kepala

Tempat membawa bekal

Kain penutup mayat dan penutup keranda

Kini, fungsi tradisional yang masih dikekalkan termasuk sebagai pakaian harian, kain
sarung, selendang, sapu tangan dan sebagainya. Fungsi tradisional lain telah beransur-ansur
lenyap dan diambil alih oleh fungsi dimensi baru. Kain batik kini direka khas untuk:

penggunaan harian seperti selimut, kain cadar, alas tilam, sarung bantal dan sebagainya.

hiasan rumah seperti alas meja, penghias kerusi, sarung kusyen, tudung lampu, hiasan
dinding, pengadang ruang dan lain-lain.

perhiasan diri seperti tas tangan, skarf, pakaian formal, kasut, selipar, tali selipar, tali
leher dan sebagainya.

JENIS KAIN BATIK


Terdapat empat jenis kain batik, iaitu batik blok, batik lukis, batik skrin dan batik
pelangi. Batik blok menggunakan sarang lilin dan teknik capan. Terdapat warna hidup dan
segar di kedua--dua belah kain, jalinan halus dan menarik, serta mempunyai kesan retak
seribu. Corak mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin.

Batik blok juga dikenali sebagai batik cap, batik terap atau batik pukul lilin. Batik blok
dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan warna meggunakan sarang (blok cetakan) batik
yang diperbuat daripada keluli.

Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Warna sama siri di kedua-dua belah kain.
Jalinan dan warna adalah penuh gaya serta corak mempunyai identiti tersendiri kerana dilukis
oleh pandai tukang. Batik lukis juga dikenal sebagai batik tulis, batik canting dan batik
conteng.

Batik skrin menggunakan mesin atau skrin tanpa lilin. Warna di sebelah luar kelihatan
berseri tetapi di sebelah dalam agak kusam. Jalinan statik dan seragam serta corak kelihatan
amat teratur dan kurang hidup. Batik skrin juga dikenal sebagai batik saring sutera atau batik
cetak.

Batik pelangi meggunakan pelbagai teknik ikatan dan celupan. Warna di kedua-kedua
kain same segar. Corak tertentu timbul mengikut susunan dan cara ikatan tetapi jalinan
berubah-ubah sedikit walaupun cara ikatan sama kerana lipatan dan ikatan dibuat dengan
tangan.

TOKOH-TOKOH PENGASAS BATIK


Haji Che Su bin Haji Ishak

Lahir pada tahun 1817 di Kelantan.

Mulakan penghasilan batik pelangi tahun 1911.

Mengeluarkan batik blok kayu tahun 1926.

Menghasilkan batik blok bahan besi tahun 1930-an.

Haji Ali bin Ismail

Berasal dari Terengganu.

Membawa masuk contoh blok kayu dan blok tembaga Batik Jawa dari
Singapura tahun 1930-an.

Haji Mohd. Yusof

Berasal dari Kelantan.

Mulakan perusahaan batik skrin tahun 1933, menggunakan pewarna kimia batik
yang diimport dari Eropah.

TOKOH-TOKOH INDUSTRI BATIK


Haji Yusof bin Haji Abdullah

Berasal dari Kelantan.

Perintis industri batik di Kelantan.

Lebih dikenal sebagai Ayah Soh.

Pakar dalam penghasilan batik blok, batik skrin dan batik tulis.

Pernah menjadi guru pelatih seni batik Perbadanan Kemajuan Kraftangan


Malaysia.

Wan Mohd Ariffin bin Wan Long

Lahir di Kuala Terengganu.

Mendapat latihan semasa bekerja di Perbadanan Kemajuan Kraftangan


Malaysia.

Perusahaan batik beliau terkenal dengan nama Noor Arfa Batik.

Hasil batik dieksport ke luar negara seperti Jepun, Jerman dan sebagainya.

PELUKIS BATIK TANAHAIR


1. Chuah Thean Teng
Karyanya: Musim Buah dan Mengejar ayam

2. Tay Mo Leong
Karyanya: Fishing Village

3. Khalil Ibrahim
Karyanya: Pantai Timur

4. Syed Shaharuddin Bakeri


Karyanya: Fabrik Merah, Biru, Hijau

PELUKIS AGUNG TANAH AIR DAN KARYA PILIHAN

Syed Ahmad Jamal (1929 - 2011)

Lahir tahun 1929 di Muar, Johor.

Menerima pendidikan seni formal di London dan Amerika.

Perintis seni lukis moden Malaysia yang serba boleh.

Beliau melukis, mengajar, mengelola, menilai dan menulis serta banyak menyertai
pameran di dalam dan luar negara.

Pernah memegang jawatan penting sebagai pensyarah dan pengetua Maktab


Perguruan Ilmu Khas dan juga sebagai pengarah Balai Seni Lukis Negara.

Contoh Karya
Tajuk

: Umpan 1959.

Media

: Cat minyak.

Teknik

: Sapuan berus tegas, ruang latar tidak mengandungi cat. Bentuk-bentuk organik
berpusar dan berlingkar gelisar menimbulkan pergerakan.

Gaya

: Catan non-figuratif, antiformal, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas.

Tema

: Abstrak, watak-watak dan peristiwa-peristiwanya digunakan sebagai lambang,


lebih bersifat merangsang penglihatan daripada memperkenalkan imej sebenar.

Yeoh Jin Leng

Lahir pada tahun 1929 di Ipoh, Perak.

Menerima pendidikan seni format di England.

Seangkatan dengan pelukis ekspresionis abstrak pada awal tahun 1960-an.

Menduduki tempat istimewa dalam sejarah seni lukis Malaysia kerana sumbangan

penting kepada catan lanskap.

Seorang pelukis, pendidik seni dan juga pakar seramik.

Contoh Karya
Tajuk

: Sawah Padi 1963.

Media

: Cat Minyak.

Teknik

: Sapuan berus cepat, pantas dan tegas membangkitkan kesan ruang yang
mengagumkan. Aplikasi warna kuning, kuning tua, kuning oker, coklat

dan hitam menimbulkan suasana sawah padi yang kuning keemasan


bersinar-sinar dipanah matahari.
Gaya

: Stail ekspresionisme abstrak terbentuk menerusi sapuan-sapuan berus


ekspresif, bertenaga, dinamik dan spontan. Berjaya menimbulkan suasana

desa yang begitu dekat sekali pada hati penduduk Malaysia.


Tema

: Menggambarkan landskap tempatan, pemandangan sawah padi yang


panoramik pada musim menuai.

Anthony Lau

Lahir pada tahun 1933 di Johor Bahru, Johor.

Menerima pendidikan seni formal di England dan Amerika.

Banyak mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni dengan


konsep-konsep seni terbaru tahun 1960-an.

Sumbangan utama beliau ialah dalam bidang arca.

Mempunyai sikap kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional seni arca.

Contoh Karya
Tajuk

: Rimba 1967.

Media

: Arca besi.

Teknik

: Serpihan batang besi pelbagai ukuran dicetuskan untuk menimbulkan imej


rimba yang tandus. Susunan batang besi yang tinggi, rendah, jarang dan padat
membentukkan timbunan garis berbeza-beza serta kesan tembus cahaya yang
menarik.

Gaya

: Peka kepada ciri-ciri perhubungan antara dahan, batang dan ranting tumbuhan.
Menunjukkan keindahan alam sambil menonjolkan mesej kepentingan
memelihara alam sekitar.

Tema

: Rimba-peniruan alam

Patrick Ng Kah Onn (1932 -1989)

Lahir pada tahun 1932 di Kuala Lumpur.

Menerima pendidikan seni formal di England.

Pengasa dan ahli aktif Kumpulan Seni Lukis Wednesday.

Gaya catan bercenderung kepada tradisi seni Asia.

Peka terhadap tema kedaerahan dan serantau.

Contoh Karya
Tajuk

: Semangat Bumi, Air dan Udara 1958.

Media

: Cat minyak.

Teknik

: Catan yang bersifat spiritual. Menggabungkan unsur-unsur kesenian tradisi


Bali yang berciri Hinduisme dan animisme (kepercayaan bahawa segala benda
mempunyai roh). Figra-figura disusun mengikut irama tarian.

Gaya

: Aplikasi warna dan jalinan yang pelbagai gaya menunjukkan keanekaan


budaya masyarakat serantau.

Tema

: Gambar yang menunjukkan upacara metamorfosis (penjelmaan) perubahan


bentuk dan rupa.

Ismail Zain (1930-1991)

Lahir pada tahun 1930 di Alor Setar, Kedah.

Menerima pendidikan seni formal di London.

Pernah berkhidmat sebagai Nazir Sekolah Kemeterian Pendididkan, Pengarah Balai


Seni Lukis Negara dan Direktor Jeneral Kebudayaan, Kemeterian Kebudayaan dan
FINAS.

Kerap diperkatakan sebagai perintis ekspresionis abstrak di negara ini.

Juga perintis seni lukis elektronik yang berpengaruh.

Contoh Karya
Tajuk

: Pemukaan Dalam Ruang 1971.

Media

: Cat akrilik.

Teknik

: Permukaan kanvas dibahagikan kepada petak-petak berpandukan grid yang


ketat. Terdapat tiga jenis teknik catan dalam gubahan:
Imej berjalinan dalam bentuk bulatan.
Cat beraneka warna dibiar menitik bebas atau mengalir beralun.
Corak hasil mendatar distenstilkan dengan alat penyembur.

Gaya

: Suasana ghairah karya mencetuskan inti keislaman dan kegemilangan Melayu


dalam rekaan hiasan.

Tema

: Catan motif tradisi yang dekoratif menegaskan identiti dan budaya Melayu.

Dzulkifli Buyong

Lahir pada tahun 1948 di Kuala Lumpur.

Digelar anak berbakat luar biasa sejak usia muda.

Mendapat bimbingan daripada Patrick Ng Kah Onn dalam Kumpulan Seni


Wednesday (WAP).

Menerima pendidikan seni formal di Institut Teknologi Mara.

Karya beliau menggunakan media kapur pastel dengan tema catan yang
merakamkan sifat kesucian zaman kanak-kanak.

Contoh Karya
Tajuk

: Kapal Kertas 1966.

Media

: Kapur pastel.

Teknik

: Catan dipersembahkan secara bersahaja, figura yang digayakan mempunyai


daya tarikan spontan dan naif. Kegembiraan hidup kanak-kanak diterjemahkan
melalui aktiviti-aktiviti harian mereka.

Gaya

: Kanak -kanak digambarkan riang bermain dalam persekitaran alam tempatan.


Motif-motif kedaerahan menggambarkan suasana dan budaya di desa.

Tema

: Permainan kanak-kanak.

Redza Piyadasa (1939-2007)

Lahir pada tahun 1939 di Kuatan, Pahang.

Menerima pendidikan seni formula di England dan Amerika.

Pendekatan catan beliau dipengaruhi seni konseptual.

Seorang pengarca, pelukis, pereka, penulis dan juga pengkritik seni lukis.

Sumbangan kepada alam seni dan penulisan seni di tanah air amat mengagumkan.

Contoh Karya
Tajuk

: Keagungan Landskap Malaysia 1972.

Media

: Campuran.

Teknik

: Catan landskap disusun dalam tiga petak empat segi bujur dan diberikan
nombor-nombor siri yang distensilkan. Karya dimuatkan dengan istila-istilah

khusus yang merupakan tajuk perbincangan para pelukis dan pengkritik seni.
Gaya

: Catan yang memperlihatkan minat susulan dalam usaha-usaha seni lukis


konseptual.

Tema

: Catan landskap gaya konseptual.

Abdul Latiff Mohidin

Lahir pada tahun 1941 di Negeri Sembilan.

Menerima pendidikan seni formal di Berlin, New York dan Paris.

Pengasa Kumpulan Anak Alam yang ditubuhkan pada tahun 1947

Juga dikenali sebagai penyair.

Gaya catan ekspresionisme beliau sering mencerminkan aroma kesunyian dan


misteri.

Contoh Karya
Tajuk

: Pago-pago 1964.

Media

: Cat minyak.

Teknik

: Sapuan berus tebal, tidak memastikan identiti sebenar. Bentuk berupa


tumbuhan tumbuhan yang dihiasi jalinan.

Gaya

: Bentuk organik berlatar kesunyian landskap yang disinari bulan menimbulkan


suasana romantik dan puitis.

Tema

: Alam yang digambarkan secara metaforik, merakamkan pengembaraan pelukis


yang luas di rantau Melayu-Asia.

Ruzaika Omar Basree

Lahir pada tahun 1948 di Pulau Pinang.

Menerima pendidikan seni format di Institut Teknologi Mara.

Pendekatan catan dipengaruhi gaya Minimalisme, iaitu konsep berhubung dengan


ruang dan masa.

Menggabungkan motif seni ukiran Melayu tradisi dan seni bina dalam catan-catan

yang bersifat arca.

Contoh Karya
Tajuk

: Siri Dungun 1981.

Media

: Cat emulsi atas kayu.

Teknik

: Karya diolah dalam bentuk sebuah jendela rumah tradisi Melayu.


Menggabungkan motif seni bina dan seni ukiran Melayu tradisi dalam catan
yang juga bersifat kearcaan.

Gaya

: Pendekatan catan cenderung kepada gaya Minimaslime. Karya bersumberkan


seni bina tradisi Melayu, memiliki makna tersirat berkaitan dengan Islam.

Tema

: Catan bersifat kearcaan bersumberkan bentuk geometri corak Islam.

Zulkifli Mohd. Dahalan (1952-1977)

Lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Menjadi ahli APS sejak berumur 15.

Menerima tunjuk ajar cara melukis daripada kelas bimbingan APS.

Meninggal dunia pada umur 25 tahun.

Unsur kartun dan karikatur amat nyata dalam catan beliau yang bersifat surealistik
dan mustahil.

Contoh Karya
Tajuk

: Satu Hari Di Bumi Larangan 1977.

Media

: Cat emulsi.

Teknik

: Imej-imej figura kartun dilukis dengan tingkah laku tersendiri di atas kanvas

yang

gagah dan besar. Watak- watak seakan-akan berada di luar alam nyata
bersama-sama dengan imej lain.

Gaya

: Catan bersifat surealistik dan mustahil, menonjolkan satu situasi asing serta
mengupas tema kemasyarakatan dan persekitaran dalam bahasa visual yang
amat nyata.

Tema

: Komen masyarakat dan persekitaran.

Ahmad Khalid Yusof (1934-1997)

Lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1934.

Menerima pendidikan seni formal di England dan di Amerika Syarikat.

Seorang aktivitis seni, juga pentadbir dan pendidik yang berkewajiban.

Mengalih kebolehan beliau dari pelukis abstrak ke pelukis khat.

Kebanyakan karya khat beliau dihasilkan dalam bentuk cetakan.

Contoh Karya
Tajuk

: Alif Ba Ta, 1971.

Media

: Saring sutera.

Teknik

: Seni khat menjadi motif dan elemen-elemen formal untuk menutupi


permukaan karya. Karya yang mewakili bunyi, bayang dan gelombong yang
tidak terhenti. Ruang terbuka dan terapung ditimbulkan melalui susunan ruang

di hadapan dan ke dalam.


Gaya

: Fungsi khat di sini bukan sebagai ilustrasi yang menerangkan sesuatu tetapi
menyarankan konsep dekoratif.

Tema

: Kaligrafi Jawi atau seni khat.

BATIK BLOK
Cara mengecap ini adalah cara paling awal digunakan untuk mengeluarkan batik.
Coraknya agak kasar kerana menggunakan blok kayu yang diukir. Pelopornya ialah Haji Wan
Su di Kota Bharu, Kelantan. Kini, blok kayu telah ditukar dengan kepingan logam seperti
tembaga atau aluminium yang senang dibentuk dan coraknya lebih halus. Blok atau sarang ini
akan dicelup ke dalam lilin yang panas dan cair. Kemudian blok akan segera dicap atas kain
putih yand sedia direntang di atas meja cap. Saiz blok cap ini biasanya berukuran 20 x 20cm.
Meja cap dibuat dengan saiz kira-kira 4 x 8. Permukaannya dilapisi dengan kain guni, span
dan kulit batang pisang. Tujuannya adalah untuk menyerap cecair dari kerja-kerja mengecap.

BAHAN-BAHAN
Kain putih jenis kain kapas.
Warna jenis dye atau naftol.
Campuran lilin aiatu parafin, lilin lebah dan damar. Minyak kelapa juga dicampur untuk
memudahkanlilin licin dan senang cair.
Serbuk soda digunakan untuk mempercepatkan luntur lilin.
Sodium silikat digunakan untuk mematikan warna.

TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT BATIK BLOK


1) Kain putih perlu direbus terlebih dahulu untuk melembutkannya. Kemudian, kain putih
dijemur kering.
2) Kain yang sudah kering, direntang rata di atas meja cap.
3) Lilin dipanaskan dan dicairkan dalam periuk atau kuali yang terletak di tepi meja cap.
4) Lilin tersebut dicampur dengan damar dan sedikit minyak kelapa, parafin serta lilin
lebah.
5) Pekerja akan mencelupkan permukaan blok ke dalam lilin cair. Kemudian, blok dicap ke
atas kain putih.
6) Kerja-kerja mengecap memerlukan pengalaman dan kepakaran agar capan lilin tidak
bertindan sesama sendiri.
7) Untuk mendapat kesan corak lilin yang pelbagai, pekerja akan menggunakan beberapa
blok cap dalam pelbagai bentuk.
8) Kain yang telah dicap akan dicelup ke dalam air berwarna. Biasanya celupan pertama
dicelup dalam warna ternag dahulu.
9) Setelah kering, kain tersebut direntang lagi di atas meja dan dicap lagi dengan corak yang
lain pula.
10) Proses seterusnya, kain itu sekali lagi dicelup ke dalam air berwarna yang lain. Proses ini
berterusan mengikut berapa jenis warna digunakan. Jika ada tiga warna pada kain,
bermakna tiga kali kain itu dicelup ke dalamair berwarna.
11) Akhirnya, seluruh permukaan kain akan disapu lilin atau dicelup ke dalam lilin.
12) Setelah kering, kain itu akan direnyuk dan terhasillah retak seribu yang unik dan
tersendiri.
13) Kain tersebut akan dicelup sekali lagi dalam air warna. Bahagian yang retak seribu tadi
akan diresapi warna dan terhasillah garisan-garisan retak seribu pada kain tersebut.
14) Setelah kain tersebut keing, kain ini akan direbus di dalam air panas yang telah dicampur
serbuk soda untuk melunturkan lilin yang melekat pada kain itu.
15) Setelah semua kesan lilin telah tanggal, kain itu dicelupkan pula ke dalam air yang
dicampur sodium silikat untuk memastikan warna. Kemudian, kain ini dijemur untuk kali
terakhir dan seterusnya boleh dipasarkan.

TEKNIK DAN PROSES MENGHASILKAN BATIK BLOK

BATIK LUKIS
Batik lukis telah mula dihasilkan pada awal tahun 70an di Kelantan dan Terenganu. Pada
mulanya teknik ini digunakan untuk menghasilkan kain hiasan dinding, skaf, kain selendang

dan tali leher. Batik lukis telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana corak
dan warnanya yang menarik selain menggunkan kain yang berkualiti iaitu kain sutera atau
separuh sutera. Corak dan warnanya yang tidak sama bagi setiap helai yang dilukis turut
menyumbang kepada keunikannya walaupun dilukis orang yang sama.

ALAT-ALAT
Canting boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz sama ada bercorong satu, dua atau
lebih. Canting ini biasanya diperbuat daripada tembaga.
Pelbagai saiz berus lembut untuk mewarna.
Periuk untuk memanaskan lilin.
Pemidang atau bingkai untuk meregang kain.
Periuk besar atau kawah untuk merebus kain.

BAHAN-BAHAN
Kain putih jenis cotton voile, kain sutera, kain rayon atau kain putih biasa.
Campuran lilin parafin, damar dan minyak kelapa untuk melukis garisan lilin.
Pewarna dari jenis remazol atau primazin yang boleh didapati daripada pembekal
barang seni.
Bahan pemati warna iaitu cecair sodium silikat untuk mengekalkan warna agar tidak
mudah luntur.
Serbuk soda yang dicampur ke dalam air untuk menanggalkan lilin semasa kerja-kerja
menanggalkan kesan lilin.
TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT BATIK LUKIS

1) Kain dasar dibersih dan dikeringkan.


2) Kain kemudian ditegangkan pada pemidang kayu.

3) Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel di atas permukaan kain.
Pembatik yang mahir tidak pelu berbuat demikian. Mereka hanya perlu melukis garisan
grid untuk panduan susunan corak kemudian.
4) Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair.
5) Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan melakar corak di permukaan kain.
6) Jika garisan kasar dan tebal, berus digunakan untuk menyapu lilin.
7) Bahan pewarna disapukan pada motif mengikut gubahan warna.
8) Kain yang telah siap diwarna dibiarkan kering.
9) Kain kemudian direndam di dalam cecair sodium silikat selama 8 hingga 12 jam. Sodium
silikat juga boleh disapu pada permukaan kain san dibiarkan semalaman untuk
mematikan warna.
10) Kain kemudian direbus di dalam air panas yang dicampur dengan sedikit debu soda.
11) Akhirnya, kain dicuci dan dibilas di dalam air biasa sebelum dijemur di tempat redup
sehingga kering.

TEKNIK DAN PROSES MENGHASILKAN BATIK LUKIS

BATIK SKRIN
Batik jenis ini dihasilkan dengan menggunakan skrin yang telah siap dicorak pada
bahagian permukaan sutera saring. Batik skrin dihasilkan lebih cepat dan harganya lebih
murah berbanding cara pengeluaran batik yang lain. Masa yang lama hanya dihabiskan untuk

membuat corak pada sutera saring. Bentuk corak itu dibuat berdasarkan lakaran yang telah
dibuat pada kertas dahulu. Untuk mendapat kesan corak atau garisan pada permukaan sutera
saring, pelukis corak akan menggunakan kelongsong yang berisi lekar dan melakarkannya.
Kesan garisan lekar ini akan menghalang warna daripada bercantum apabila warna dye
disapu di atasnya.
ALAT-ALAT
Skrin diperbuat daripada bingkai kayu yang kecil sedikit daripada permukaan meja cap.
Gunakan kain sutera saring dan regangkan pada bingkai. Lekar akan dimasukkan ke
dalam kelongsong berbentuk kon dan ditulis atau dilakar seperti pen berdakwat basah di
atas permukaan sutera saring.
Meja pengecap berbentuk empat segi bujur dan setinggi kira-kira tiga kaki.
Permukaannya dilapisi dengan span dan kain guni untuk menyerap cecair lebihan.
Kelongsong lekar berbentuk kon dan diisi dengan lekar pekat digunakan untuk melakar
corak pada permukaan kain sutera saring. Kesannya akan mewujudkan sempadan warna.
Sekuji diperbuat daripada sekeping kayu panjang yang diselitkan kepingan getah lembut
dan nipis untuk mendapat kesan sapuan cat yang rata.
Kawah atau tong drum diperbuat daripada tong logam yang digunakan untuk merendam
dan membersihkan kain yang telah siap dicap.

BAHAN-BAHAN
Kain kapas putih atau sudah berwarna (warna terang).
Warna dari jenis dye.
Lekar untuk melukis corak pada skrin.
TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT BATIK SKRIN

1) Rancang corak pada kertas, kemudian pindahkan lakaran itu pada sutera saring.

2) Pastikan corak dan warna untuk setiap skrin. Satu skrin untuk satu lapisan warna.
3) Kain putih perlu direbus dahulu supaya lembut.
4) Kain yang telah kering direntang rata atas permukaan meja.
5) Letakkan skrin atas permukaan kain dan masukkan warna ke atas skrin.
6) Dua orang pekerja diperlukan untuk menyapu warrna dari hujung ke hujung dengan
menggunakan sekuji.
7) Bingkai skrin dan kain tersebut diangkat serta disidai untuk seketika agar warnanya
kering.
8) Jika kain tersebut mahu ditambah warna lain, kain itu akan diletakkan sekali lagi di atas
meja cap dan skrin bercorak yang lain akan digunakan.
9) Setelah siap, kain tersebut akan dijemur dan diwap untuk mengekalkan warnanya.
10) Kain tersbut akan direndam dan dibersihkan dengan merendamnya dalam air panas yang
bercampur pelembut (biosoft) bagi mengeluarkan warna berlebihan.

BATIK BLOK

Blok Pengecap

Contoh Batik Blok

Contoh pelbagai jenis alat untuk batik lukis

Contoh Batik Lukis

BATIK SKRIN

Cara membuat batik


skrin

Contoh Batik Skrin

BATIK
PELANGI
Batik pelangi juga
dikenali sebagai batik
ikat dan celup telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu pada tahun 1770-an. Perusahaan

batik pelangi yang awal sekali dimulakan oleh Batik Minah Pelangi di Terengganu pada abad
ke-18. Haji Che Su bin Haji Ishak dari Kota Bahru juga memulakan perusahaan batik pelangi
pada tahun 1911 di Kelantan, menggunakan kain jenis Kan Pereir yang diimpot dari
Thailand dengan pewarna asli biru atau hitam yang dibuat sendiri dari buah dan kulit kayu
tumbuhan tempatan. Kini, kain ikat dan celup jarang dihasilkan. Oleh kerana tekstil jenis ini
tidak menggunakan lilin dan corak hiasan juga tidak berciri batik, sesetengah pihak tidak
menganggap kain batik pelangi dalam kumpulan tekstil jenis batik.

BAHAN-BAHAN
Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan.
Tali (tali rafia), benang, gelang getah.
Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya.
Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine).
Bekas untuk pewarnaan (baldi).
Sodium silikat (pemati warna).
Sarung tangan.

TEKNIK DAN PROSES MEMBUAT BATIK PELANGI


1) Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup.
2) Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang
penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna
pada kain.

Contoh Batik Pelangi

RUMUSAN

Perkembangan batik di Malaysia bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-14. Batik yang berasal dari Tanah Jawa dibawa ke Melaka melalui aktiviti
perdaganagan dan diplomatik. Perkataan batik berasal dari perkataan titik yang bermaksud
titik-titik lilin yang digunakan sebagai salah satu ciri-ciri penghasilan seninya.

Terdapat empat jenis kain batik iaitu batik blok, batik lukis, batik skrin dan batik pelangi.
Batik blok menggunakan sarang lilin dan teknik capan. Batik blok juga dikenali sebagai batik
cap atau batik terap. Batik lukis menggunakan canting dan lilin. Batik lukis juga dikenali
sebagai batik tulis, batik canting atau batik conteng. Batik skrin menggunakan mesin atau
skrin tanpa lilin. Batik skrin dikenali sebagai batik saring sutera atau batik cetak. Batik
pelangi menggunakan pelbagai teknik ikatan dan celupan. Walaupun batik pelangi telah
dimulakan di Terengganu sejak abad ke-18, sesetengah pihak tidak menganggap kain batik
pelangi dalam kumpulan teksil jenis batik.

Hasil batik merupakan warisan seni kraf negara. Kerajaan telah memainkan peranan yang
sangat penting dalam memartabatkan pengeluaran hasil ini sebagai sesuatu yang menjadi
kebanggaan negara. Batik telah dijadikan sebagai pakaian rasmi negara terutama untuk majlis
rasmi kerajaan dan antarabangsa. Batik banyak digunakan dalam kalangan bangsawan dan
pembesar istana. Batik juga dijadikan salah satu hadiah antara kerajaan.Usaha yang
berterusan ini memberi galakan secara langsung agar perusahaan batik terus maju seiring
dengan taraf pemakaian batik dalam negara selain memenuhi keperluan pelancongan. Hal ini
sekali gus meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan selain mempromosi barangan kraf
negara ke luar negara.

RUJUKAN

1) Raja Baharudin Raja Husain, Mat Aris Suradi, Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes, 2011.
Selangor: Galeri Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Pan Asia Publications Sdn. Bhd.

2) Kathleen Chee , 2014. Selangor: Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.

3) www.dakwah.com.my/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=243:konsep-seni-menurut-perspektifbarat&catid=107:seni-dan-budaya&Itemid=347

4) www.slideshare.net/syarmienn93/konsep-seni-barat

5) http://www.google.com/imghp?
hl=en&ei=nEQTU9rMIYnlrAeozoCYAw&ved=0CAMQqi4oAg

KONSEP SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah
berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. kesenian
islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam terus
berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang
menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara.
Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan
keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sebenarnya, kesedaran mengenai keindahan adalah
satu faktor yang amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah
hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang Islam.
Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta dengan satu jiwa
lain, iaitu pengamat.
Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh
jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara
tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.
Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. AlGhazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia
yang sesuai dengan fitrahnya.
Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang
diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran
Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal dan
berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana
kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan
Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan
antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan
Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.
Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep
tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia
yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak.
Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan

tidak lari daripada batas-batas syariat.

PANDANGAN BARAT TENTANG KESENIAN


Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni
mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan
merasai kesan-kesan tersebut.
Clive Bell (Syed Ahmad Jamal, 1994) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila
menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang
asing.
Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni
memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk
imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan
melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam
kebudayaannya.
Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal, 1994) berpendapat bahawa, karya seni itu
suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan
yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong
pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah
kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan
aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang
boleh dipelajari.
Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat,
estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau
suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.
Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya,
keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima
dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan
lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya

dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti
ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

SENARAI KANDUNGAN
No.
1.

2.

Perkara
Kraf Tradisional - Batik
i. Pengenalan
ii. Fungsi Kain Batik
iii. Jenis Kain Batik
iv. Tokoh-tokoh Pengasas Batik
v. Tokoh-tokoh Industri Batik
vi. Pelukis Batik Tanah Air
Batik Blok

Halaman
1 - 7

8 - 13

i. Pengenalan
ii. Teknik dan Proses Membuat Batik Blok
iii. Contoh Batik Blok
3.

Batik Lukis
i. Pengenalan
ii. Teknik dan Proses Membuat Batik Lukis
iii. Contoh Batik Lukis

14 - 19

4.

Batik Skrin
i. Pengenalan
ii. Teknik dan Proses Membuat Batik Lukis
iii. Contoh Batik Skrin

20 - 24

5.

Batik Pelangi
i. Pengenalan
ii. Teknik dan Proses Membuat Batik Pelangi
iii. Contoh Batik Pelangi

25 - 27

6.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam & Pandangan Barat


Tentang Kesenian

28 - 30

7.

Lakaran

31 - 32

8.

Rumusan

33 - 34

9.

Rujukan

35 - 36

NAMA

: VINNESA VAISHANAVI ANNE

TINGKATAN

: 3 SUCI

GURU PENASIHAT
BAND

: PN. ANNOR YUSNITA BT. MD. YUNUS


: B6 DH2 E1

You might also like