Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

HBIS 3103 FIQH 1

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

A. Erti Tayammum
Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan).
Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk
dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu atau mandi wajib
disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah. 1
Tayammum pada syara ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku2 dengan debu
tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu atau
mandi wajib .
B. Dalil Perintah Tayammum
Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima waktu sehari semalam wajib
dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk
bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.
Sabda Nabi SAW daripada Huzaifah r.a :

"
"
Maksud Hadis : Dan (di antara keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah)
dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan
untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air.
( Riwayat Muslim )
Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat yang diberikan oleh
Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya berbanding dengan nabinabi terdahulu dan umat mereka masing- masing.

C. Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum


i.

Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum.

Jumhur ulamak menyatakan bahawa tayammum adalah pengganti wudhuk secara darurat (badal
dhoruri), oleh itu sembahyang adalah harus walaupun dalam keadaan hadas kerana darurat.
Sekiranya orang yang bertayammum itu melihat air, maka hadasnya itu kembali semula.
Dalam mazhab Hanafi, tayammum adalah pengganti secara mutlak (badal mutlak) dan bukan
pengganti darurat (badal dhoduri). Justeru, hadas juka boleh terhapus dengan tayammum ketika
ketiadaan air dan kembali semula wujud apabila telah ada air.
2
Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat, wajib meyapu kedua-dua tangan hingga ke siku,
manakala Mazhab Hanbali dan Maliki pula berpendapat menyapu kedua-dua tangan sehingga
pergelangan tangan sahaja, manakala hingga ke siku adalah sunat.

HBIS 3103 FIQH 1

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

ii. Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihadapi atau merbahaya bila
dikenakan air.
iii. Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.
D. Bahan Untuk Bertayammum
Debu tanah yang bersih dan suci3 ialah:
i.

Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti
mengandungi kandungan debu.

ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.


iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak mustamal.
v.

Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.

E. Hikmah Bertayammum
Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan
air.
I. Keringanan kepada umat islam yang uzur;
Ii. Bukti bahawa ajaran islam itu mudah dan mamnpu dilaksanakan.
Iii. Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat walau dalam apa keadaan sekalipun;
Iv. Mendidik diri supaya tidak bersikap takkabbur , dan
V. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t
F. Syarat-Syarat Sah Bertayammum
i.

Menghilangkan najis terlebih dahulu.

ii. Tanah debu yang suci 4.


iii. Bukan dari debu tanah yang mustamal (yang telah digunakan). 5
iv. Ada qasad / niat penggunaan tanah.

Dalam Mazhab Hanafi dan Maliki, apa sahaja yang muncul zahir di atas muka bumi dari juzukjuzuk bumi kecuali emas, perak dan mutiara boleh digunakan untuk bertayammum seperti : debu
tanah (yang terbaik), pasir, batu dan anak batu (walaupun tidak berdebu), jiss (kapur), salji yang
beku yang terdapat di permukaan bumi atau lautan, dan di bolehkan juga ke atas kain atau
hamparan yang bila ditepuk terangkat debu darinya.
4
Dalam Mazhab Hanafi dan Maliki, apa sahaja yang muncul zahir di atas muka bumi dari juzukjuzuk bumi kecuali emas, perak dan mutiara boleh digunakan untuk bertayammum seperti : debu
tanah (yang terbaik), pasir, batu dan anak batu (walaupun tidak berdebu), jiss (kapur), salji yang
beku yang terdapat di permukaan bumi atau lautan, dan di bolehkan juga ke atas kain atau
hamparan yang bila ditepuk terangkat debu darinya.
5

Tidak disyaratkan dalam mazhab yang lain samada mustamal atau tidak. Dalam Mazhab Hanafi,
boleh menepuk pada tanah walaupun ditempat yang sama.

HBIS 3103 FIQH 1

v.

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku

dengan dua kali tepuk7. Tepukan pertama

bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.


vi. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
vii. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja8.
viii. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat9.
G. Rukun Tayammum
i.

Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka10.







Maksudnya : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana
Allah Taala .

ii. Menyapu Muka.


iii. Menyapu Tangan11.
iv. Tertib.12
H. Cara Bertayammum 13
i.

Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.

ii. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Taala .
Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian muka.
iii. Menyapu muka.
iv. Selesai menyapu muka.

Dalam Mazhab Hanbali dan Maliki, wajib hanay sehingga pergelangan tangan sahaja, manakala
sehingga siku adalah sunat sahaja.
7
Dalam Mazhab Maliki dan Hanbali, memadai hanya dengan sekali tepukan sahaja.
8
Dalam Mazhab Hanafi, diharuskan walaupun sebelum masuk waktu kerana tayammum adalah
bersuci yang mutlak.
9
Dalam Mazhab Hanafi, samada tayammum itu untuk fardhu atau sunat, ianya tetap boleh
digunakan untuk seberapa banyak solat fardhu dan sunat.
Dalam Mazhab Hanbali, diharuskan untuk beberapa solat fardhu dan juga untuk solat qada yang
tertanggung.
10
Dalam Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali, niat mestilah kerana mengharuskan sembahyang atau
seumpamanya, tidak sah niat untuk mengangkat hadas kerana tayammum tidak dapat
mengangkat hadas dan ia hanya dilakukan ketika darurat sahaja.
Dalam mazhab Hanafi disyaratkan untuk sahnya niat tayammum yang menjadikan sembahyang
sah, mestilah seseorang itu berniat dengan salah satu daripada tiga perkara iaitu : 1) Samada niat
menyucikan daripada hadas, atau 2) Mengharuskan sembahyang , atau 3) Niat melakukan ibadah
yang dimaksudkan yang tidak sah tanpa taharah.
11
Dalam mazhab Maliki dan Hanbali, memadai menyapu tangan hingga ke pergelangan sahaja,
manakala menyapu sehingga ke siku hukumnya sunat sahaja.
12
Dalam mazhab Hanafi dan Maliki, tertib dalam tayammum hanya sunat sahaja.
13
Ini adalah cara dan kaedah mengikut mazhab Syafie.

HBIS 3103 FIQH 1

v.

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan. (Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu.
dari debu tanah yang telah digunakan).

vi. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jari tangan
kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
vii. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
viii. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
ix. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
(a) Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu
tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu , maka sunat sahaja menanggalkannya.
(b) Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.
Perkara-Perkara Sunat Semasa Bertayammum

i.

Membaca .ketika mula menepuk

ii. Menyapu muka dari atas ke bawah.


iii. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari kiri.
iv. Menipiskan penggunaan debu seperti dengan cara menepuk dua tepi tangannya.
v.

Menjarangkan anak jari ketika menepuk debu.

vi. Menyelati anak-anak jari jika debu telah mengenai di antara anak-anak jarinya. Jika
tidak mengenai debu di antaranya wajiblah diselati.
vii. Jangan diangkatkan tangan ketika menyapu kecuali telah sempurna menyapunya.
viii. Mengadap kiblat.
ix. Melebihi sapuan daripada bahagian yang wajib disapunya.
x.

Sunat menanggalkan cincin yang dipakai bagi tepukan yang pertama.

xi. Membaca doa wudu setelah selesai tayammum.


xii. Tidak menyapu lebih daripada sekali.
xiii. Menghilangkan saki baki debu tanah yang disapu pada anggota tayammum pada telapak
tangan.
xiv. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri.
xv. Melakukannya dengan berturut-turut.
J. Perkara- perkara yang makruh ketika bertayammum.
4

HBIS 3103 FIQH 1

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

i. Mendahulukan anggota kiri.


Ii. Bercakap ketika bertayammum; dan
Iii. Tidak menipiskan debu.
K. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Tayammum.
i.

Apabila berlaku salah satu perkara yang membatalkan wudu.

ii. Air diperolehi sebelum memulakan sembahyang bagi mereka yang bertayammum kerana
ketiadaan air.
iii. Hilangnya merbahaya kerana sakit atau sebagainya.
iv. Keluar dari agama Islam (murtad).
Gambar cara bertayammum.

HBIS 3103 FIQH 1

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

Bibbliografi.
Nidzamudin Zakaria, Siti Fairuza Haji Asmigi, Noor Lizza Mohamed Said,
Mohd. Zamro Muda, muhammad Zaini Yahya (2013). HBIS3103 FIQH 1. Universiti
Terbuka Malaysia.
http://sekadarfikrah.blogspot.com/2012/12/cara-tayamum.html
Dr. Wahbah Zuhaily. FIQIH ISLAM WA ADILLATUHU - (Jilid 1 - 10). Gema Insani

Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim. SHAHIH FIKIH SUNNAH .Pustaka Azzam
6

HBIS 3103 FIQH 1

NAZIMAH BINTI MANSOR (811114015358001)

You might also like