Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di

kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat juga


wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia.
Ancaman-ancaman luar seperti konfrontasi
Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di
Malaysia.
Hubungan yang baik antara etnik mengundang
kepada usaha nasional untuk merapatkan
hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa.
Beberapa dasar digubal oleh kerajaan telah
banyak memberikan implikasi positif kepada
perpaduan etnik di negara ini sehingga kini.

Penglibatan semua kaum dalam


perancangan negara secara tidak
langsung membentuk keharmonian
sehingga kini.
Dari segi politik, orang Melayu diwakili
oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh
MCA dan orang india diwakili oleh MIC.
Perpaduan etnik telah membentuk Parti
Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini
telah berjaya dalam pilihanraya untuk
membentuk kerajaan sendiri.

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan


sehingga kini, negara mengecapi kemerdekaan mencecah ke
usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup mematangkan
dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara
pada hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya
persefahaman dan sikap toleransi di kalangan etnik berbilang
bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh
dan kesinambungan program pembangunan negara telah
banyak membantu dalam membentuk hubungan erat di
kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan
penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan
2020 dan rancangan-rangcangan pembangunan banyak
membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan
etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang
kaum, bangsa dan agama.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020


digariskan pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi melibatkan hubungan etnik
untuk menjadikan negara maju
menjelang tahun 2020. Wawasan 2020
diwujudkan bertujuan untuk membentuk
sebuah negara Malaysia yang benarbenar maju menjelang tahun 2020.

Pencapaian negara selepas hampir 50


tahun merdeka sehingga kini jelas
memperlihatkan perubahan cemerlang
termasuklah dalam memupuk hubungan
etnik di negara ini. Hubungan etnik yang
baik dan harmoni menjadikan Malaysia
cemerlang serta unik di mata dunia.
Hubungan etnik dan pencapaian selepas
hampir 50 tahun dapat dilihat dalam
pelbagai perkara antaranya dalam aspek
politik, ekonomi, budaya dan agama.

Politik
Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang
kepada perpaduan etnik di negara ini.
Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan
Melayu selaku penduduk dominan di negara
ini terpelihara dan pada masa yang sama
kepentingan etnik lain tidak diabaikan
sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup
aman dan makmur di negara ini.
Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke
semasa mengikut kepentingan sejagat dan
menyeluruh.

Selepas 50 tahun merdeka kita dapati


kesinambungan perkongsian pemerintahan
terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan
UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung
sehingga kini walaupun wujud persaingan
dengan parti pembangkang yang lain.

Walaupun dalam bidang pentadbiran


keutamaan diberikan kepada etnik Melayu
namun etnik-etnik lain turut diberi peluang
untuk mewakili etnik mereka melibatkan diri
secara langsung dalam pentadbiran negara.

Ekonomi
Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik
turut menjadi keutamaan.
Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan
dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan
menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini.
Dalam Rancangan Malaysia ke-9, terdapat rancangan
lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional
ke arah mencapai wawasan 2020.
Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan
kesinambungan perancangan kerajaan membentuk
negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi
pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu,
berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran
maju dan berpandangan jauh.

Budaya
Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang
menjadi asas perkongsian semua etnik tanpa
mengira kaum, keturunan dan wilayah.
Kebudayaan nasional menjadi asas kepada
pembentukan bangsa, jati diri nasional dan
perpaduan etnik. Kebudayaan nasional dibentuk
berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan seperti berikut :
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah
berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal negara ini.
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar
boleh diterima menjadi unsure kebudayaan kebangsaan.
iii. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
i.

Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka.


Rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila tiba musim
perayaan.
Semua etnik saling kunjung-mengunjungi antara satu sama
lain walaupun berbeza budaya dan agama.
Amalan ini memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk
mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat
dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina,
Perayaan Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan
memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu serta bukan
beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal
agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu.
Sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas
memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin kukuh,
saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik
dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang
integrasi sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama
dan bangsa.

Agama
Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek
keagamaan. Amalan dan sikap toleransi beragama
sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di
kalangan etnik yang berbilang agama di negara ini.
Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik
Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu.
Wujud juga beberapa etnik menganut agama Kristian.
Agama Islam memberi penekanan kepada aspek
keamanan, hubungan baik sesama umat manusia dan
kebebasan dalam beragama.
Dalam Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa
agama Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada
masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai
negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan

You might also like