Hubungan Etnik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengenalan

Etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti
ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan
dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Menurut Kamus Dewan,
etnik ialah berkenaan bangsa manusia, ia juga tidak memaksa perubahan terhadap
kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya
bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik yang
mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan.
Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi
boleh dianggap sebagai etnik. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut
demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di
Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang
berbeza. Dalam konteks bahasa, harmonis memaparkan maksud mengharmonikan
dan mendamaikan iaitu mengharmonikan serta mendamaikan sesuatu keadaan, tempat
mahupun negara atau sesuatu masyarakat.
Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana di diami oleh
pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya,
agama dan kesenian yang pelbagai dan unik. Di samping itu, Malaysia juga telah
menjadi salah satu negara yang sedang membangun menghampiri ke arah negara
maju walaupun baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Hal ini mampu
dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara
semua etnik yang ada. Pada pendapat saya, Kerajaan Malaysia telah berjaya
memupuk keharmonian hubungan etnik dari segi pendidikan. Ini adalah disebabkan
wujudnya dasar kerajaan yang telah disusun rapi mengikut acuan zaman. Bak kata

pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Antara usaha kerajaan untuk memupuk
semangat perpaduan melalui sistem pendidikan ialah :-

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan


Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk
menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem
pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman
disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini
adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi dan menyediakan sukatan pelajaran yang sama
kandungannya.

Pembentukan Sekolah Wawasan


Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (linkway). Antara tujuan dan matlamat sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan
perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
dan untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
Selain itu, ianya dapat melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Di
sekolah wawasan juga dapat menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti
lain di sekolah.

Pembentukan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan


RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan dijalankan untuk
menunjukkan perpaduan antara kaum di negara kita. Rancangan ini suatu komponen
yang sangat penting dalam usaha mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru.
Pelajar pelajar daripada ketiga tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
bersama sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan. Aktiviti
dibahagikan kepada aspek kebudayaan, akademik, permainan dan sebagainya. Dari
segi kebudayaan, RIMUP diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya
Aidilfitri dan Deepavali. Melalui RIMUP, pelajar boleh saling mengenali budaya dan
adat kaum masing masing.

Kesimpulan
Hubungan baik antara etnik di Malaysia perlu di kekalkan demi mencapai
kesejahteraan dan keharmonian. Melalui perancangan yang telah diatur oleh kerajaan
perlu dipuji. Ini adalah untuk mewujudkan kesepaduan antara kaum di Malaysia. Pada
pendapat saya, perancangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya
memupuk keharmonian dan kesepaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Ini telah
terbukti bahawa sehingga kini masyarakat Malaysia berbilang kaum dan bangsa dapat
hidup bersama di bawah satu bumbung dengan harmoni.
Penerapan nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia perlu diteruskan.
Dengan adanya penerapan nilai murni ini, secara tidak langsung dapat menyemai sikap
bertanggungjawab dan bertoleransi antara masyarakat di Malaysia.

Bibliografi
1. Modul pembelajaran WAJ3106, Hubungan Etnik, Institut Pendidikan Guru, 2012
2. Ruslan Zainuddin, 2010, Hubungan Etnik Di Malaysia, Oxford Fajat Sdn.Bhd.
3. http://azctu553kandungan.blogspot.com/2012/09/kandungan-kursus-bab-satukonsep-konsep.html
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenisjenis/1199-sekolah-wawasan.html
5. http://www.scribd.com/doc/24510925/dasar-pelajaran-kebangsaan

Refleksi
Tugasan penulisan ilmiah dalam hubungan etnik ini merupakan satu cabaran baru
kepada saya. Ini disebabkan saya tidak pernah belajar secara khusus. Dengan
pengalaman yang sedia ada, saya dapat memahami kehendak soalan iaitu tugasan
berkumpulan dan individu. Saya juga terharu dan berterima kasih kerana ada antara
guru sanggup meluangkan masa untuk menerangkan dan menceritakan kepada saya
sedikit sebanyak mengenai pengalaman mereka mengajar di sekolah yang terdapat
pelbagai etnik dan kaum.
Pensyarah telah memberikan tugasan ini secara kumpulan. Ahli kumpulan saya
terdiri daripada tiga orang. Banyak contoh yang boleh saya perolehi di internet dan
bahan rujukan di sekolah serta perpustakaan tetapi untuk mengolah secara terperinci
adalah amat sukar kerana ianya memerlukan pemahaman yang mendalam dan teliti.
Pada asalnya, apabila kami mendapat tugasan ini. Kami agak keliru dan kurang
memahami untuk menyiapkan tugasan ini. Atas izin Tuhan yang Maha Esa, saya
mendapat bantuan daripada rakan guru dan berkolaburasi bersama rakan kumpulan
yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar bagi memahami cara untuk
menyediakan tugasan ini.
Selain itu, ada juga kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini
antaranya masa. Pembahagian masa untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan masa
yang lama. Ini kerana selain untuk menyiapkan tugasan ini saya juga adalah seorang
guru dan suami serta bapa kepada keluarga saya. Saya terpaksa mengorbankan masa
saya bersama keluarga untuk menyelesaikan tugasan saya.
Dalam melaksanakan tugasan ini persediaan awal telah diatur. Untuk mengajar
tidaklah begitu sukar. Dengan adanya pengalaman mengajar dan kemahiran mengajar
yang sedia ada, saya dan rakan saya dapat melaksanakan pengajaran ini dengan lebih
teratur. Kawalan kelas yang baik dan perasaan ingin tahu oleh pelajar telah
membuatkan saya dan rakan saya dapat mengajar dengan lebih lancar.

Dengan selasainya tugasan ini, ianya memberikan saya satu dimensi baru
mengenai acara olahraga. Ia juga menjadikan saya seorang yang teliti dan
mengaplikasikannya di sekolah kelak.
Mohd Khairulfaiz Bin Tahir
PPG PJK
Ambilan Februari 2012

You might also like