Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 40

PENAMATAN

KONTRAK
PERKHIDMATAN

PENDAHULUAN
Setiap yang bermula ada akhirnya.
Setiap kontrak perkhidmatan ada penamatannya.
Penamatan kontrak perkhidmatan merupakan
satu terma yang penting di dalam sesuatu
kontrak perkhidmatan.

Tiap-tiap kontrak perkhidmatan bertulis suatu


fasal hendaklah dimasukkan bagi
memperuntukkan tentang cara-cara di mana
kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan oleh
mana-mana pihak. (seksyen 10(2), Akta Kerja
1955)

JENIS-JENIS PENAMATAN
KONTRAK
PERKHIDMATAN

penamatan dengan notis

penamatan tanpa notis

penamatan disebabkan pemberhentian kerja


(renti kerja sentara)

PENAMATAN DENGAN NOTIS


Setiap kontrak perkhidmatan hendaklah
mengandungi terma menetapkan tempoh notis
yang diperlukan bagi menamatkan kontrak
perkhidmatan tersebut. (seksyen 12(1), Akta
Kerja 1955)
Jika sekiranya tempoh notis tidak dinyatakan
dalam kontrak perkhidmatan, tempoh notis
hendaklah seperti berikut:

4 minggu notis jika pekerja telah bekerja kurang


daripada dua tahun.
6 minggu notis jika pekerja telah bekerja 2
tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun.
8 minggu notis jika pekerja telah bekerja 5
tahun atau lebih. (seksyen 12(2), Akta Kerja
1955)

Keadaan-keadaan Yang
Memerlukan Notis

a) majikan telah memberhentikan atau berniat


untuk berhenti untuk menjalankan perniagaan
bagi tujuan-tujuan di mana pekerja itu diambil
bekerja
b) majikan telah memberhentikan atau berniat
untuk berhenti menjalankan perniagaan di
tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk
bekerja

c) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi


pekerja menjalan kerja dari jenis yang tertentu
telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau
susut
d) kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi
pekerja menjalan kerja di tempat ia dikontrakkan
telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau
susut
e) pekerja telah enggan menerima
pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan
f) pertukaran telah berlaku dalam pemunyaan
perniagaan (seksyen 12(3), Akta Kerja 1955)

Tempoh penamatan untuk kakitangan domestik


hanyalah 14 hari. (seksyen 57, Akta Kerja
1955)
Notis hendaklah dalam bentuk bertulis.
(seksyen 12(4), Akta Kerja 1955)
Sekiranya majikan gagal memberi notis yang
mencukupi, pekerja adalah layak mendapat Gaji
Ganti Notis. Gaji Ganti Notis hendaklah dibayar
dengan sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari
kontrak perkhidmatan ditamatkan.

PENAMATAN TANPA
NOTIS

i) penamatan samada oleh majikan atau


pekerja

ii) penamatan oleh majikan sahaja

iii) penamatan oleh pekerja sahaja

PENAMATAN SAMADA OLEH


MAJIKAN ATAU PEKERJA

Terdapat dua keadaan di mana


penamatan jenis ini boleh dilakukan.
a) pembayaran suatu indemniti (seksyen
3(1) & 57, Akta Kerja 1955)
b) pelanggaran syarat kontrak
perkhidmatan dengan sengaja (seksyen
13(2), Akta Kerja 1955)

Pelanggaran oleh Majikan


Pelanggaran oleh majikan boleh berlaku,
jika beliau gagal membayar upah kepada
pekerja dalam tempoh yang ditetapkan
dibawah Bahagian III Akta Kerja 1955.
(seksyen 15(1), Akta Kerja 1955)

Pelanggaran oleh Pekerja


Pelanggaran oleh pekerja boleh berlaku jika
pekerja terus menerus tidak hadir kerja selama
lebih daripada dua hari kerja berturut-turut tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya
atau ia tidak mempunyai alasan yang munasabah
bagi ketidakhadiran itu. Di mana seseorang
pekerja mempunyai alasan yang munasabah bagi
ketidakhadiran ia hendaklah memberitahu atau
cuba memberitahu majikannya tentang alasan itu
sebelum ketidakhadirannya atau secepat mungkin
yang boleh semasa ketidakhadiran tersebut.
(seksyen 15(2), Akta Kerja 1955)

Contoh Alasan Munasabah

Masalah kesihatan adalah alasan yang


munasabah dan penyingkiran pekerja oleh
majikan adalah tidak sah. (Selangor Omnibus
Co. Sdn Bhd v. Perumal & Anor [1981] MLJ
124)

Pekerja yang tidak hadir (kerana menghadiri


mogok sah) tidak menghadapi risiko kehilangan
kerja. Kontrak perkhidmatan itu digantung dan
tidak ditamatkan kerana mogok itu, dan pekerja
berhak kepada status quonya dan terma dan
syarat yang sama. (South East Asia Fire Bricks
Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products
Manufacturing Emplyoyees Union [1980] 2 MLJ
165)

Mempunyai alasan yang munasabah adalah


tidak memadai. Pekerja mestilah atau cuba
memberitahu majikan secepat mungkin akan
alasan yang munasabah. (United Malayan
Pineapple (Award no. 43 of 1973))

PENAMATAN OLEH MAJIKAN


SAHAJA
Seseorang majikan bolehlah menamatkan
perkhidmatan pekerjanya tanpa notis atas alasan
salahlaku yang berlawanan dengan syarat-syarat
kontrak perkhidmatan yang dilakukan oleh
seseorang pekerja dan penamatan hanya boleh
dilakukan setelah majikan menjalankan siasatan
untuk membuktikan salahlaku (seksyen 14(1),
AK 1955)

Contoh Salahlaku

Tidur semasa menjalankan tugas


Cuai
Mencuri harta majikan dan pekerja lain
Mabuk semasa bekerja
Bergaduh semasa bekerja
Tidak menurut perintah majikan yang sah

Siasatan

Siasatan ini dinamakan siasatan dalaman


Siasatan wajib dilakukan
Jika siasatan salahlaku tidak dilakukan,
penamatan kontrak perkhidmatan adalah tidak
sah kerana siasatan sebelum penamatan adalah
mandatori. (Milan Auto Sdn Bhd v. Wong Seng
Yen [1994] 2 MLJ 135)

Prinsip-prinsip Siasatan
Seseorang tidak boleh menghakimi kesnya
sendiri
Seseorang tidak boleh dihukum sebelum
dihakimi dan diberi peluang untuk membela diri
Keputusan hendaklah jujur dan tidak berat
sebelah (adil)
Alasan-alasan penghakiman hendaklah
diberitahu kepada tertuduh.

Hak Majikan Semasa Siasatan


Semasa siasatan dilakukan, majikan dibenarkan
menggantung pekerja daripada kerja untuk
tempoh tidak melebihi 2 minggu dan semasa
tempoh penggantungan kerja, seseorang pekerja
hendaklah dibayar tidak kurang dari setengah
upahnya Sekiranya selepas siasatan salahlaku itu
tidak dapat dibuktikan, pekerja berkenaan
hendaklah dibayar upah sepenuhnya bagi tempoh
dia digantung kerjanya. (seksyen 14(2), AK
1955)

PENAMATAN OLEH PEKERJA


SAHAJA
Penamatan oleh pekerja boleh dibuat jika dia
atau mana-mana tanggungannya diancam oleh
bahaya atau penyakit yang ia tidak setuju
menghadapi dibawah kontrak perkhidmatannya.
(seksyen 14(3), AK 1955)

PENAMATAN DISEBABKAN
PEMBERHENTIAN/RENTI
KERJA SENTARA
Pemberhentian bermaksud penamatan kontrak
perkhidmatan akibat keadaan berlebihan pekerja
yang boleh timbul daripada beberapa sebab
seperti penutupan syarikat, penyusunan semula
syarikat, pengurangan pengeluaran,
penggabungan syarikat, perubahan teknologi,
pengambilalihan syarikat, kegawatan ekonomi
dan lain-lain.

Langkah-langkah Untuk Mengelak


Pemberhentian
Pengambilan pekerja baru hendaklah dibekukan
kecuali bagi bidang-bidang kritikal
Menghadkan kerja lebih masa
Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan
cuti am
Mengurangkan hari-hari bekerja dalam
seminggu atau mengurangkan bilangan kerja
giliran

Mengurangkan kerja harian


Mengadakan program latihan semula kepada
pekerja
Mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan
pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam
syarikat yang sama (atas persetujuan)

Melaksanakan pemberhentian kerja sementara


misalnya dalam bentuk penutupan sementara
dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan
menbantu mereka mendapatkan kerja sementara
di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan
semula (atas persetujuan)
Pengurangan gaji pekerja yang dibuat secara adil
di semua peringkat sebagai langkah terakhir.
(atas persetujuan)

Langkah-langkah Untuk
Pengurangan Terpaksa
Memaklum dan mengadakan perbincangan
dengan pekerja-pekerja atau KS yang mewakili
mereka secapat mungkin mengenai
pemberhentian pekerja yang akan dilakukan.
Menawarkan skim pemberhentian/persaraan
secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan
yang sebaik mungkin.
Bersarakan pekerja-pekerja yang berumur lebih
dari umur persaraan biasa.

Membantu pekerja-pekerja mencari kerja di


tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian
dibuat dengan kerjasama Jabatan Buruh dan
Jabatan Tenaga Rakyat
Melaksanakan pemberhentian pekerja secara
berperingkat-peringkat dalam tempoh yang lebih
panjang.
Pekerja asing hendaklah diberhentikan dahulu
daripada pekerja tempatan dalam kategori
pekerjaan yang sama
Pemberhentian hendaklah berdasarkan prinsip
LIFO.

Pemberhentian Disebabkan Lebihan


Pekerja
Keadaan lebihan pekerja hendaklah benarbenar berlaku.(Marlin Rajiman v. MA Services
Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 404)
Pemberhentian hendaklah berdasarkan prinsip
LIFO. Kegagalan majikan untuk memenuhi
keperluan prinsip LIFO menjadikan
pemberhentin pekerja atas alasan lebihan pekerja
menjadi tidak sah. Koperasi Jayadiri (M) Bhd
v. Lai Chui Yin (Award 35/1993,74)

Adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja


tempatan bagi tujuan untuk mengambil pekerja
asing (seksyen 60M, AK 1955).
Sekiranya majikan hendak mengurangkan tenaga
kerjanya oleh sebab lebihan pekerja, maka
majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan
seseorang pekerja tempatan melainkan setelah
menamatkan perkhidmatan semua pekerja asing
yang bekerja dengannya dalam bidang-bidang
yang serupa dengan bidang-tugas pekerja
tempatan.(seksyen 60N, AK 1955)

Faedah-faedah Penamantan &


Pemberhentian
Menteri adalah dibenarkan melalui peraturan yang
dibuat oleh AK 1955 mensyaratkan bagi hak-hak
pekerja untuk mendapat bayaran dari majikan
tentang
a) Faedah-faedah Penamatan
b) Faedah-faedah Pemberhentian/Renti Kerja
Sentara (seksyen 60J(1), AK 1955)
Faedah-faedah dinyatakan oleh Peraturanperaturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan &
Renti Kerja Sentara) 1980 (Peraturan 1980))

Syarat Untuk Mendapat Faedahfaedah Penamatan


Pekerja itu hendaklah bekerja dengan
majikannya untuk tempoh tidak kurang daripada
12 bulan. (peraturan 3, Peraturan 1980)
Tempoh 12 bulan ini boleh termasuk dua atau
lebih tempoh bekerja dengan majikan yang
berasingan asalkan tempoh di antara kontrak
tersebut tidak melebihi 30 hari (peraturan 3(2),
Peraturan 1980)

Keadaan-keadaan Untuk
Memperolehi Faedah Penamatan
Untuk mendapat bayaran faedah penamatan,
seseorang pekerja hendaklah ditamatkan
perkhidmatan kerana apa jua sebab kecuali,
a) apabila pekerja itu mencapai umur persaraan
seperti yang terkandung di dalam kontrak
perkhidmatan,
b) pemecatan atas alasan-alasan salah laku
berdasarkan siasatan atau,
c) penamatan secara sukarela kecuali disebabkan

i) kemungkiran secara sengaja oleh majikan


(seksyen 13(2) AK 1955) ataupun
ii) pekerja atau tanggungannya diancam bahaya
secara serta merta (seksyen 14(3), AK1955).
(peraturan 4(1), Peraturan 1980)

Keadaan-keadaan Untuk Tidak


Memperolehi Faedah Penamatan
Pekerja adalah tidak berhak kepada faedah
penamatan dalam keadaan-keadaan berikut
a) jika kontrak perkhidmtannya diperbaharui
atau diambil bekerja semula oleh majikannya,
b) jika majikan membuat penawaran
pembaharuan atau pengambilan semula tidak
kurang daripada 7 hari sebelum penamatan
kontrak sebelumnya atau

c) jika pekerja, setelah menerima notis


penamatan telah meninggalkan majikan tanpa
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa membayar
indemniti kepada majikan. (peraturan 4(2)(3)(4),
Peraturan 1980)

Keadaan-keadaan Untuk Mendapat


Faedah Pemberhentian
Pekerja hendaklah tergolong di dalam kelompok
pekerja di mana:
a) di mana majikan tidak memberi kerja
sekurang-kurangnya 12 hari kerja dalam tempoh
4 minggu berturut-turut dan,
b) pekerja tersebut tidak mendapat sebarang
saraan dalam tempoh tersebut yang tidak
termasuk cuti-cuti yang layak diperolehi oleh
pekerja. (peraturan 5(1), Peraturan 1980)

Kaedah-kaedah Pembayaran Faedah


Penamatan & Perberhentian
10 hari upah jika bekerja kurang dari 2 tahun
15 hari upah jika bekerja selama 2 tahun atau
lebih tetapi kurang dari 5 tahun
20 hari upah jika bekerja selama 5 tahun ataupun
lebih
bagi tempoh yang tidak genap setahun, ia adalah
dikira secara pro-rata mengikut genap bulan
yang hampir sekali.(peraturan 6(1), Peraturan
1980)

Tempoh Pembayaran Faedah-faedah


Segala pembayaran hendaklah dibuat tidak lewat
dari 7 hari selepas kontrak ditamatkan dan untuk
pemberhentian apabila tempoh 4 minggu
berterusan telah berakhir. (peraturan 11(1),
Peraturan 1980)

KESIMPULAN
Penamatan merupakan satu terma yang penting
di dalam sesebuah kontrak perkhidmatan
Apabila terdapat penamatan pekerja terbabit
akan memperolehi faedah-faedah tertentu jika
segala syarat-syarat dipenuhi.

You might also like