Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

1.

0 DRAMA / AKTIVITI BERLAKON


1.1 Konsep

DRAMA
definisi

Melakukan atau melakonkan

Rajah 1: Definisi drama

Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau
melakonkan. Drama merupakan aksi mimetik (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau
mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama merupakan peniruan bagi
kehidupan. Malah drama juga merupakan cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.

Menurut The American College Dictionary drama didefinisikan sebagai karangan


prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik
untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama merupakan suatu komposisi prosa
yang boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui
dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan
seperti kehidupan yang sebenar.

Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas. Wujudnya
penghayatan yang mendalam, ianya berbeza dari segi pembacaan dan juga pementasan.
Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama
merupakan senaskah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang,
pelakon atau bantuan seni yang lain.
2.0 OBJEKTIF DRAMA
1

Satu daripada matlamat pendidikan kini ialah pertumbuhan maksimum seseorang sama ada
sebagai seorang individu dan sebagai ahli sesuatu kelompok masyarakat. Menurut Nellie Mc
Caslin dalam bukunya Creative Drama in the class Room, walaupun dalam penyelidikan
secara keseluruhan mempunyai objektif khas namun pembelajaran drama dalam pendidikan
mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektif-objektif utama yang dimaksudkan
ialah :

P P KeP Peme me um bn pb aib na na ygn gnakg ugaau nu t n aan a nna n n s o s i a l d a n


an si l pba d eik -a kren fir u ik l apsr i eirae amyg tai io fa r na l u n t u k
dd a bak sn ene kkp c e eeaa s rkr toj aae h rst a ia k nm i a a n d e n g a n
kk o r m i t i u k nap l i k h a s k i l a i n
Rajah 2: Objektif - objektif utama drama

2.1 Objektif Psikomotor


2

Drama menekankan tingkah laku dan pergeraka. Hal ini bertujuan mengajar dan memberi
kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar terutama dalam kemahiran membuat sesuatu.
Psikomotor merupakan satu bidang yang penting dari segi pengajaran guru dan pelajar di
sekolah.

Kebolehan

psikomotor

lebih

merupakan

pengajaran

berbentuk

teknikal,

pertukangan, pertanian, gerakbalas yang melibatkan perkembangan fizikal dan koordinasi


neuro-muscular.
Kemahiran ini menjadi lebih utama bagi pelajar-pelajar yang kurang cenderung dalam bidang
akademik. Koordinasi dan kepantasan fizikal biasanya tidaklah dianggap sebagai satu
tingkahlaku yang amat penting dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, erja-kerja amali yang
dirancangkan mestilah bersesuaian dengan kesanggupan fizikal kebanyakan pelajar. Secara
ringkas kategori - kategori utama dalam tata tingkat taksonomi objektif psikomotor ialah :

MKM ee s ml a e kb
M e la k u
udu iak t a n
kan
pug nee nrt ua g k a
g e ra k
mb ea a lr at ai s n
b a la s
dnt e da r nab ki m
ya n pg a
pb ei n r g s e
k o m b p i nl e g
psi
ak sn

K e s e d i M a M a e n em l ua b nk u M t a u e t k a l p a nb e k e nug r gekt i aarn a mnd k ag bk te aa r nl a k sd ab t ena rl abp sie m r t s ab e i n p p g s a i b i m b i n g a n


M e la k u a n g e r a k b a l s y a n g k o m p le k s

Rajah 3: Kategori dalam objektif psikomotor

2.2 Objektif Kognitif

Kognitif bertujuan membina kebolehan dalam pemikiran dan kefahaman. Hal ini banyak
melibatkan aktiviti mental dan perkara yang ditekankan ialah pengetahuan. Objektif kognitif
dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat.

P e nm g a e h t a hm u a a n n

AS pni laitekl iassiisis

Rajah 4: Peringkat objektif kognitif

2.3 Objektif Afektif

Afektif menekankan perasaan sikap emosi dan perkara-perkara yang kurang nyata dalam
sesuatu mata pelajaran. Di sekolah bidang ini kurang dititikberatkan kerana sistem
pendidikan terlalu mementingkan keupayaan atau pencapaian kognitif pelajar. Melalui bidang
ini pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan di samping menerapkan aspek kerohanian
yang menghala ke arah satu pembentukan peribadi yang kukuh dan mulia dan membentuk
satu perwatakan yang tegas dan berwibawa.

3.0 CIRI - CIRI DRAMA


a d a

p e r b u a la n

a d a

p e la k u

d ila k o n k a n

a d a

o r a n g

d a n

d u a

p e r w a ta k a n

s e c a r a

y a n g

a r a h

te r tu tu p

e lih a t

a s in g - m

a ta u

a s in g

te r b u k a

a d a

p e r b u a la n

a d a

p e la k u

d u a

a r a h

la k o n a n

d ila k o n k a n

a d a

o r a n g

d a n

p e r w a ta k a n

s e c a r a

y a n g

t e r tu tu p

e lih a t

a s in g - m

a ta u

la k o n a n

a s in g

te r b u k a

Rajah 5: Ciri ciri drama

Heathcote (1984 : 56) telah menurunkan beberapan cirri yang terdapat dalam drama. Antara
ciri-ciri itu ialah :

Drama memerlukan kerjasama antara ahli-ahli yang mengambil bahagian.


Darama menggunakan pengalaman yang lepas.
Darama menimbulkan situasi yang memerlukan komunikasi yang tepat.
Drama melibatkan pengalaman dan dengan itu memerlukan lebih daripada

kebolehan intelek.
Drama mencabar pelajar meneroka kebenaran dengan menghayati sesuatu
kenyataan yang baru.

Jika ditinjau objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan
menengah, kita akan mendapati bahawa salah satu daripada objektif utamanya ialah supaya
pelajar dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang
betul dan tepat dalam pelbagai keadaan perhubungan. Berdasarkan ciri-ciri di atas, teknik
drama amat sesuai digunakan untuk pendidikan Bahasa Melayu di sekolah.

4.0 PRINSIP PELAKSANAAN DRAMA


Drama merupakan salah satu jenis sastera yang berada pada dua dunia seni, iaitu seni
sastera dan seni pertunjukan atau teater. Orang yang melihat drama sebagai seni sastera
menunjukkan perhatiannya pada seni tulis teks drama yang dinamakan juga seni lakon.
Teknik penulisan teks drama adalah berbeza dengan teknik penulisan puisi atau prosa. Baik
drama sebagai karya sastra maupun sebagai bagian dari kelengkapan teater, Teks drama
selalunya menuju ke arah pementasan. Hal inilah yang membezakan genre sastra drama
dengan genre sastra puisi maupun prosa fiksi. Arah terhadap pementasan itu menyebabkan
drama identik dengan pementasan.

Sebagai sebuah teks sastera, drama merupakan suatu jenis sastera yang
mempunyai kaedah yang dikelompokkan ke dalam dua kelompok besar. Pertama, yang
berhubungan dengan kaedah bentuk, iaitu dengan wujudnya watak, jalan cerita, latar ruang
dang waktu. Kedua, ialah berhubungan dengan kaedah stilistika, iaitu bahasa serta dialog
yang digunakan adalah bersesuaian dengan lingkungan sosial, watak serta tanggungjawab
yang disampaikan melalui dialog - dialog yang dikemukakan.
7

Terdapat empat perkara yang perlu diperhatikan di dalam drama iaitu isi dramatik,
bahasa dramatik, bentuk dramatik dan struktur dramatik. Isi dramatik merupakan gagasan
yang akan dikemukakan dalam drama. Contohnya, sepandai - pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah juga. Berdasarkan gagasan tersebut, dapat dikembangkan sebuah
drama bagaimana seseorang harus berjalan pada jalan yang benar, tidak sombong.

Bahasa dramatik adalah bahasa drama yang digunakan, apakah bahasa prosaik,
puitik, atau sosiologik yang akan digunakan. Bentuk dramatik pula merupakan ragam
ekspresi, gaya ekspresi dan juga plot cerita. Ragam ekspresi yang digunakan secara umum
adalah tragedi, komedi, tragedi komedi dan melodrama. Gaya ekspresi pula adalah visi
dan pandangan penulis yang dramanya sesuai dengan kefahaman pengarang. Struktur
dramatik adalah perkembangan antara konflik yang muncul, memuncak, dan berakhir.
Melalui dialoglah berkembangnya jalan cerita. Penunjukan tentang latar yang dikehendaki
dituliskan dengan lebih terperinci.

SINOPSIS
Suria merupakan seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur.
Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang bongkak
dan sombong manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyayang. Pada suatu hari,
Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai peristiwa telah
berlaku di sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan Suria
berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.

Tema

: Penyesalan

Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan
perbuatan jahat dibalas jahat.
Plot

:
1. Permulaan
- Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan untuk memetik bunga.
8

2. Klimaks
- Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua.
3. Peleraian
-

Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan
arnab. Mereka bertemu jalan keluar.

Latar

Tempat :
1. Di dalam hutan
2. Di tepi sebatang sungai
3.

Masa :
1. Senja

Masyarakat :
1. Flora dan fauna
2. Golongan bangsawan dan golongan bawahan

WATAK

Suria
Melur
Arnab
Pokok 1
Pokok2
Bunga 1
Bunga 2
Nenek tua
Katak 1
Katak 2
Mak Cik Jah

PERWATAKAN
Suria:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sombong, degil
Degil
Angkuh
Bangga diri
Mementingkan diri
Berambut panjang lurus
9

7. Cantik
8. Anak Orang Kaya
9. Berkulit kuning langsat
10. Tuan kepada Melur

Melur:
1. Lemah lembut
2. Penyayang
3. Baik hati
4. Sabar
5. Bertanggungjawab
6. Berambut panjang bertocang dua
7. Berhidung mancung
8. Selekeh
9. Miskin
10. Orang suruhan Suria.

Arnab:
1. Berbulu putih
2. Manja
3. Jinak
Pokok 1 dan Pokok 2 :
1. Besar
2. Tinggi
3. Akar yang melingkar panjang
Bunga 1 dan Bunga 2 :
1. Berwarna-warni
2. Wangi
3. Mempunyai banyak kelopak
Nenek Tua :
1.
2.
3.
4.
5.

Bongkok
Muka berkedut
Rambut berwarna putih
Bertongkat
Seorang yang banyak ilmu

Katak 1 dan Katak 2


1. Riang
2. Suka bernyanyi
10

3. Bersifat dendam

GADIS YANG BONGKAK


Sedang Melur berkemas - kemas

11

Mak Cik Jah

: Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke mana tu?
Kan dah lewat petang ni.

Melur

: (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Jah). Errrr.. Mak Jah.... Errr..
(Teragak-agak)

Mak Cik Jah

: (Berkerut kebingungan)

Suria

: (Bercekak pinggang) Hei Melur, cepatlah cikit!! Apa yang kau buat lagi tu?
Lembabnya kau ni!!

Melur

: (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria)

Melur

: Ya Cik, saya datang ni. (Berlari ke arah Suria)

Suria

: (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan).

Melur dan Suria berjalan - jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.

Melur

: Wah, cantiknya bunga di sini kan Cik! (sambil tersenyum)

Suria

: (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka


Melur) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur)
Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau, bukan aku.
( Memijak bunga yang dilemparnya tadi). Ingatlah Meleur, kita ni bagaikan
langit dengan bumi.

Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga
- bunga yang terdapat di sepanjang jalan.
Melur

: (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga
bunga itu.

12

Suria

: (Mendengus kasar) Diamlah kau, menyibuknya kau ini. Daripada kau


bercakap,
baik kau pegang bakul tu elok - elok.

Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang
kesakitan di sebalik semak.

Melur

: Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?

Arnab

: Aduhhhhh.. sakit. Sakit..Tolong aku.

Melur

: (Mencari - cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab
tersebut).

Suria

: Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang).

Melur

: (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab tu


sakit Cik. Marilah kita tolong dia.

Suria

: (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau


nak tolong? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung).

Melur

: (Dengan nada sedih). Kasihan dia Cik, dia pun makhluk Tuhan juga
macam kita.

Suria

: Kalau kau nak, kau lah yang tolong. (Mendengus kasar)

Melur

:(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama.)


Setelah jauh berjalan.

Suria

: Eh, kita di mana ni Melur? (dalam keadaan cemas).

13

Melur

: Sssssa..ya rasa kita sudah tersesat ni.

Suria

: Apa? Kita tersesat? Ini semua salah kau. Kalau kau tidak tolong arnab
bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.

Melur

: (Sambil menangis). Maafkan saya cik.

Suria

: (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai)


Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana - mana.

Melur

: (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik Cik.


(meletakkan barang-barang)

Suria

: (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata).

Melur menangis meratapi nasib sambil membelai belai arnab yang dirawatnya tadi. Tibatiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria.

Katak 1

: (Memerhati keaadan sekeliling). Wah, cantiknya tempat ini!

Katak 2

: Betul lah! Jom kita pergi mandi.

(Lagu)
Lompat si katak lompat (lompat)
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi

14

Cepatlah adik cepat


Cepatlah gosok gigi
Yipee.....

Suria

: (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut). Siapalah yang buat bising ni?

Melur

: (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan
katak yang bernyanyi riang.

Suria

: (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut).


Shuh! Shuh! Pergi main jauh - jauh !!!

Katak 1

: Perempuan jahat!!! Perempuan Jahat!!!

Katak2

: Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi).

Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain - main
dengan arnab.

Melur
lah
Arnab

: (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh). Apalah nasib aku. Sudah


selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya.... nasibku ini.
: Janganlah bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti ditolong Tuhan.

Akibat keletihan Suria telah bermimpi.

Suria

: (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan).


Di manakah aku ni? (Kebingungan).
(Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan
15

yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba.

Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan.

Suria

: Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang merentap kakinya)

Bunga 1 : Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu?


Suria

: (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih besar


berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur?

Bunga 2 : Kau lupa kah? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau.
Arnab

: Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk.

Bunga 1

: Aku yang kau pijak-pijak.

Mereka mengutuk Suria beramai - ramai sambil mengeruminya.

Engkau yang sombong,


Engkau yang bongkak,

(Ulang 2x)

Engkau pemarah

Suria

: (Menggigil ketakutan lalu pengsan)

Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
mengerumi Suria berlalu pergi.

16

Nenek tua

: (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau


Suria. Sikap kau yang sombong, bongkak dan tidak berperikemanusiaan.
Kau seorang yang berhati batu dan tidak mementingkan perasaan orang
lain terutamanya Melur yang selalu menjaga kau. Kau tak mungkin
berubah. Tak mungkin. (Berlalu pergi sambil menggelengkan kepala.)

Suria terjaga

Suria

: (Mencari-cari nenek). Nenekneneknenek..

Lampu diterangkan.

Melur

: Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba..... Cik suria!!!


(Terkejut dan terus

Suria

meluru ke arah Suria)

: (Terjaga daripada tidur)


Maafkan aku Melur .maafkan aku arnab.. (sambil menangis)

Melur

: (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas pelukan Suria).

Lampu digelapkan dan tirai ditutup.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 AMANAH


(Pengajaran Aspek Seni Bahasa Tahun 4)

17

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 4 Amanah

Bilangan Murid

: 30 orang

Tarikh

: 20 April 2014 (Ahad)

Masa

: 7.45 - 8.45 pagi (60 minit)

Tema

: Kemasyarakatan

Tajuk

: Gadis yang bongkak


STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan


menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan


intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan
yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

Objektif
i.
ii.
iii.

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


Menceritakan kembali cerita daripada bahan yang telah dibaca
Melakonkan watak watak yang terdapat di dalam drama.
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Sistem Bahasa :

Morfologi
: Proses pembentukan kata pengimbuhan, penggandaan
Sebutan dan Intonasi : Intonasi - ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru
Peribahasa
: Hati batu, baik hati

Pengisian Kurikulum
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik


Nilai : Kasih sayang, hormat menghormati, kesyukuran
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap persekitaran
Kreativiiti: Pergerakan kreatif imaginasi dan visualisasi
Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) : Kreativiti dan inovasi

Kepelbagaian Kaedah & Teknik :


i.
ii.
iii.

Kemahiran berfikir : Menghubung kait


Didik hibur
Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan lirik lagu
18

iv.

Kajian masa depan

Bahan Bantu Mengajar:


1
2
3
4

Jenis
Komputer riba
Gitar
Teks Gadis yang Bongkak
Kotak Beracun
:

Bilangan
1
1
30
1

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mempunyai pengalaman bercerita.

Langkah /

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Masa

19

Catatan

Set Induksi

Persembahan Cerita
Pendek

(5 minit)

1. Guru bercerita kisah Arnab dan Kura


Kura dengan iringan petikan gitar

Arnab dan Kura


Kura

guru sendiri.
2. Dua orang

murid

yang

memakai

BBM :
Gitar, topeng arnab
dan kura kura

topeng arnab dan kura kura masuk ke


dalam

kelas

ketika

guru

sedang

bercerita.
3. Murid murid menonton persembahan
cerita Arnab dan Kura Kura.
4. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang watak yang terdapat di dalam

KBT :
KP

Verbal

linguistik
KB

Menghubungkait

persembahan tadi.
BCB :
Mendengar dengan
aktif,

memproses

maklumat
Nilai : Berkeyakinan

Langkah 1
( 10 minit )

Permainan

kotak

beracun
Soalan

1. Guru meminta murid duduk dalam satu


bulatan besar di mana guru berdiri di

dalam

kotak

tengah bulatan.

Dialog
Sajak
Pantun
Syair

(Rujuk Lampiran 1)

Mendengar dengan
aktif, menjana idea

beracun:

BCB :

BBB: Kotak beracun


Teknik:

Permainan

Bahasa
2. Guru memainkan muzik sambil murid
mengedarkan

kotak

beracun

di

sepanjang muzik dimainkan.


3. Apabila muzik diberhentikan, murid
yang memegang kotak bercaun akan
didenda.
4. Murid tersebut akan diminta untuk
mengambil
20

satu

kertas

soalan

Nilai: Berani, Yakin

daripada kotak beracun tersebut.


5. Murid tersebut akan diminta untuk
membaca

dialog

yang

diperolehi

dengan menggunakan intinasi dan


nada yang sesuai.

Langkah 2
( 10 minit )

Teks Cerita Gadis

1. Guru mengedarkan teks cerita Gadis

BBM: teks cerita

yang Bongkak

yang Bongkak kepada murid.


2. Guru meminta murid membaca teks

Gadis yang
Bongkak

yang diberikan dengan intonasi yang


kuat dan jelas.
3. Guru bertanya kepada murid mengenai
cerita yang terdapat di dalam teks.
4. Guru memilih murid secara rawak
untuk

bangun

dan

menceritakan

kembali cerita Gadis yang Bongkak


dengan lebih terperinci.
.
Langkah 3

Dialog

(15 minit )

(Rujuk lampiran 3)

1. Murid diminta untuk membaca dan


memahami dialog yang terdapat di
dalam teks Gadis yang Bongkak.
2. Murid diminta melakonkan dialog
tersebut dalam kumpulan masing
masing.

21

Nilai : Berani, patuh

Langkah 4
( 15 minit )

Melakonkan

kembali

Drama Arnab dan Kura

Kura

berdasarkan

teks yang telah dibaca.

1. Guru

meminta

murid

melakonkan

kembali cerita yang terdapat dalam teks


Gadis yang bongkak.
2. Guru memilih beberapa orang murid
untuk memegang watak - watak yang
terdapat dalam teks.
3. Guru memilih seorang murid untuk
menjadi pencerita bagi drama tersebut.

BCB : Mendengar
dengan aktif
BBB: Teks cerita
Teknik

Drama:

Teater Bercerita
Nilai : Yakin
Strategi: Penilaian

Penutup

Rumusan

( 5 minit )

Persoalan

murid
Tugasan rumah

1. Guru membuat rumusan ringkas bagi

Ilmu

P&P pada hari ini


2. Guru menyatakan nilai nilai yang

Muzik

terdapat di dalam drama Gadis yang


bongkak.
3. Tugasan rumah : Murid diminta untuk

Nilai

Pendidikan

Mematuhi

arahan

membina satu dialog mudah.


Kreativiti dan inovasi
Teknologi maklumat
dan komunikasi

KKT : Didik
hibur

REFLEKSI
22

STEHANIE UNSIL ANAK RAKEY


910502-13-5056

Sebagai guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Semester 5, kami telah diwajibkan untuk mengikuti Kursus BMM3104 P
Pengajian Kemahiran Bahasa Melayu yang melibatkan pengetahuan dan
kefahaman

komponen

mikro

makro,

Teori

Huraian

Bahasa

dan

Teori

Pemerolehan Bahasa serta mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Malah,


mata pelajaran ini melibatkan pemahaman terhadap falsafah, objektif dan
organisasi kandungan kurikulum Bahasa Melayu serta meningkatkan lagi
pemahaman dalam membandingbezakan beberapa konsep kaedah kaedah
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kerja kursus pendek ini sememangnya
telah memberi impak yang besar kepada diri saya dari segi pengetahuan dan
pemahaman saya dalam transformasi pendidikan negara, di mana perkara ini
patut diketahui oleh bakal guru sebagai panduan mengajar kelak.
K

Kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya dan juga rakan sekelas saya, PISMP
Muzik Semester Lima untuk berfikir secara lebih kreatif dalam mencapai matlamat dalam
melaksanakan tajuk kerja kursus ini dengan berkesan di mana kami harus melihat ke
hadapan dan meletakkan situasi kami sebagai seorang guru kelak. Transformasi kurikulum
23

pendidikan negara membawa kepada penambaikan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu,
sebagai seorang bakal yang menjadi guru, pengetahuan tentang kandungan yang sedia ada
dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah perlu.

Melalui tugasan ini, saya mampu melihat dengan lebih lanjut tentang kemahiran
bahasa seperti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran bahasa. Malah, saya
harus meneliti dan meneroka sendiri kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, saya terpaksa mencari maklumat
berkenaan dengan teknik teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti
1. Teknik Drama
Mimos
Arca
Improvisasi
Main peranan
Simulasi
Teater
Bercerita
Pentomin
Mestamu
Dikon
2. Teknik Bercerita
3. Nyanyian

Setelah mendapatkan semua maklumat ini, saya melihat tajuk ini agak membebankan di
mana selama ini saya tidak melihat bahawa semua aktiviti yang telah dilakukan di dalam
kelas selama ini merupakan suatu teknik dalam proses pembelajaran. Kini, saya harus
meneliti sendiri bagaimana teknik teknik ini membantu guru atau murid dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Tugasan ini sememangnya berbentuk penerokaan seseorang individu dan menekankan
kebebasan individu dalam membawa diri sendiri ke dalam situasi seorang guru masa
hadapan. Secara tidak langsung, saya telah meneroka sendiri tentang kepelbagaian teknik
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan mengaplikasikannya dalam sesi
pengajaran mikro dan makro yang dilakukan dalam kelas. Malah, teknik teknik tersebut
bukanlah perkara perkara yang asing lagi kerana, semua teknik teknik ini pernah dilalui
sejak di bangku sekolah lagi. Pembelajaran di dalam kelas sememangnya amat menarik
apabilan guru mengaplikasikan pelbagai teknik dalam pengajarannya sekaligus mampu
menyediakan pakej aktiviti pengajaran pengajaran Bahasa Melayu yang berkualiti.
24

Selain itu, kami juga pernah didedahkan dengan tajuk yang berkaitan dengan teknik
teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu pada semeseter semester yang lalu . Kini, saya
hanya perlu mengaplikasikan semua pengetahuan yang diperoleh dari bilik kuliah untuk
melaksanakan kerja kursus ini. Maklumat maklumat yang diperolehi telah banyak
membantu saya dalam menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian
dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah yang sesuai dalam satu sesi pengajaran. Teknik
teknik tersebut sememangnya mempelihatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan berterusan.

Secara jujurnya, pada ketika saya mendapat tajuk kerja kursus ini, saya terpinga
pinga dan tertanya tanya apakah yang perlu saya lakukan untuk memulakan kerja kursus
ini. Selama ini, saya masih belum pasti dengan komponen komponen pengajaran mikro
dan makro serta teknik pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah. Selama ini, saya
hanya bertindak sebagai penonton dan peserta kepada aktiviti pengajaran yang dilakukan
oleh guru di dalam bilik darjah.

Di bangku sekolah, saya hanya berperanan sebagai pelajar dan melihat sendiri
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru saya. Kini, sebagai
bakal guru, sayalah yang menjadi akan penganjur kepada aktiviti untuk anak anak didik
saya agar perjalanan sesi pengajaran itu mencapai objektif yang disasarkan. Oleh itu, pada
awal perbincangan saya, rakan sekelas bersama pensyarah, saya hanya berdiam diri kerana
saya kurang pasti dengan tajuk kerja kursus ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya berusaha
mencari sebanyak maklumat yang diperlukan bagi memberi pemahaman yang lebih tentang
kehendak kerja kursus ini.

Sesungguhnya, proses pencarian maklumat ini, bukanlah suatu yang mudah seperti
yang disangka. Ketika mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini,
teknik teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu dan juga Komponen Kemahiran Bernilai
Tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu, saya telah meminjam beberapa buah buku di
perpustakaan kampus dan juga mencari maklumat di internet. Kebanyakkan buku yang saya
peroleh adalah lebih kepada KBSR kerana transformasi kurikulum yang baru sahaja
25

dijalankan. Di sini, saya meminta bantuan daripada rakan rakan saya untuk bertukar
tukar idea dan bahan rujukan bagi melaksankan kerja kursus ini dengan jayanya.

Halangan seterusnya ialah, saya telah mengalami kesukaran dalam menghasilkan


dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan kaedah yang
sesuai dalam satu sesi pengajaran. Saya perlu menyediakan RPH yang berlandaskan aktiviti
berlakon atau drama di dalam kelas. Ini memerlukan imaginasi yang tinggi bagi mencapai
suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas di mana, saya
belum pernah mempunyai pengalaman melaksanakan aktiviti berlakon bagi murid murid
saya. Namun begitu, saya bersyukur kerana mempunyai rakan rakan sekelas yang sudi
berkongsi idea dalam mempelbagaikan menyiapkan kerja kursus ini dan juga pensyarah
tidak berhenti memberi teguran positif serta bimbingan sepenuh masa. Pada masa ini, saya
mendapati bahawa kaedah komunikasi yang digunakan sewaktu perbincangan adalah lebih
memudahkan

proses

pembelajaran

sekaligus

membantu

secara

langsung

dalam

menyempurnakan kerja kursus.

Di samping itu, kami membuat perbincangan bersama pensyarah berkenaan kerja


kursus ini. Pada saat ini, dapat dilihat perbezaan pendapat daripada setiap individu yang
ada. Saya dapat belajar melalui pendapat dan ilmu rakan rakan berkenaan dengan tajuk
kursus ini. Saya juga dapat memberi ruang kepada diri saya untuk mendengar pendapat
orang lain bagi mengembangkan aspek-aspek yang perlu di dalam kerja kursus ini. Dengan
kata lain, saya telah melihat kelemahan diri saya melalui tahap pemikiran rakan rakan yang
lain dan berusaha untuk memperbaiki diri saya. Hal ini demikian, guru harus peka dan cekap
dalam memperbaiki kelemahan diri kerana gurulah yang sentiasa diperhatikan oleh
masyarakat pada masa hadapan.

Di dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas, guru masih lagi memainkan peranan
utama sebagai penggerak pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Teknik
teknik yang sedia ada ini bergerak sebagai panduan bagi guru dalam melaksanakan
tanggungjawabnya di sekolah. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah melihat
begitu besarnya tanggungjawab seorang guru. Pengetahuan tentang teknik teknik
pengajaran adalah tidak cukup sekiranya tidak mampu mengaplikasikan teknik teknik
tersebut dengan baik di dalam kelas. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa guru masih
26

perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka
dan juga murid. Hal Ini akan menggalakkan murid secara aktif dalam pembelajaran
seterusnya meningkatkan kecekapan guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.

Contohnya, bagi pelajar yang lemah dalam komunikasi, guru perlu menjalankan
aktiviti yang melibatkan komunikasi yang banyak di dalam kelas. Di samping itu, guru
haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi. Perhatian yang
dirasai akan mendorong mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik improvisasi
di mana bagi meningkatkan daya imaginasi murid di mana daya imaginasi murid dapat
ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke
tahap optimum. Justeru itu, murid akan lebih berfikiran kreatif dan juga kritis.

Saya juga mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan
bersahaja adalah penting bagi mengelakkan tekanan emosi di dalam kelas. Sebagai bakal
guru, saya harus bijak merancang segala penyelesaian yang wujud di dalam kelas saya dan
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid dari
awal hingga akhir pengajaran saya. Sama ada kurikulum KBSR atau KSSR, tujuan utama
pendidikan ialah potensi dan kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang
melalui semua aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Kesimpulannya, saya berasa amat bertuah mendapat kerja kursus ini dan akan
menggunakan pengalaman ini dengan sebaik yang mungkin. Pengalaman di sepanjang
penyempurnaan kerja kursus ini serba sedikit memberi saya suatu perspektif yang positif
terhadap gaya pembelajaran yang berkesan dan bekerja secara kumpulan.

27

28

You might also like