Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK 13: SAJAK

Merupakan puisi moden yang mempunyai bentuk yang bebas berbanding dengan

puisi traditional seperti pantun dan syair.


Tidak terikat pada pola khusus walaupun mempunyai ciri matra, rima dan rentak.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. Pengarang bebas memilih baris dan

rentak untuk menghasilkan sajak.


Kesan yang diutamakan dalam sajak ialah keberkesanan pengucapan perasaan
melalui pemilihan dan penggunaan kata serta ungkapan yang saling berkait dan
terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Struktur:
1. Struktur Luaran
Struktur luaran sajak ialah susunan baris atau bait dalam rangkap, susunan dan jumlah
perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap. Istilah lain
untuk susunan baris dan bunyi dalam sajak ialah meter. Meter juga digunakan untuk
mengukur tekanan tinggi dan rendah dalam penyebutan suku kata dalam baris-baris
sajak.
Berdasarkan jumlah baris dalam setiap rangkap, bentuk luaran sajak termasuklah:
a) Distikhon, yang mengandungi dua baris ayat bagi setiap rangkap.
Contoh:
Bagaikan banjir gulung-gemulung
Bagaikan taufan seruh-menderuh
b) Terzina , yang mempunyai tiga baris ayat dalam setiap rangkap.
Contoh: Persembahan kepada Dol Said Pahlawan Naning
Walaupun tuan telah berpisah
sekian lama telah pergi
rangkap 1
menemui Tuhan Rabbul Izzati.
Dah hancur badanmu dikandang tanah
tetapi kamu tetap dikenang
rangkap 2
jadi pujian segenap hati.
c) Kuantren, rangkap puisi yang mempunyai empat baris.
Contoh: Darma
Pertama kepada ibu
Kedua pada bapa
Menguntum darma dan kasih
Memberi dan menerima
Adakah dada yang tiada hancur
Dari senja kubur
Bakar dan lemparkan di api
Anak derhaka yang berani.

rangkap 1

rangkap 2

d) Kuantren, rangkap puisi yang lima baris.


Contoh: Tanah Kelahiran
Dalam kita bersatu
1

Terasa engkau mengusup rambutku


dan betapa manisnya ingatan:
orang-orang berkasih
di bawah angin padang yang jernih.
e) Sextet, sajak enam baris serangkap.
Contoh: Tak dapat kulupakan
tak dapat kulupakan
tak dapat kulupakan
bumi suci zaman remaja
bukit biru tempat bercanda
hijaunya selat teberau
pokok cempedak dipagar limau.
f)

Septet, serangkap puisi tujuh baris ayat.


Contoh: Percakapan Antara Dua Buah Benua
Berapa lama kita mengharungi maya
Bertanyalah kau pada bulan
Pada bintang yang menyinar tertuju rata
Aku ingat pada setan yang menyapa
Kita manusia katanya mudah diperkosa
Aku sekarang serasa tidak mahu percaya
Pada ayah, pada kau pada siapa saja.

g) Oktaf, rangkap puisi lapan baris.


Contoh: Membina Peribadi Itu Harus Tegak pada Paksi Diri
Membina peribadi itu
lebih sukar dari membina bangunan
asas tegaknya paksi
atas goncangan kelilingan
kota diri yang kita bina semalam
hari ini mungkin musnah di kaki
hingga kita begitu sukar
mengenali peribadi sendiri.
h) Soneta, sajak empat belas baris yang menyatakan fikiran atau curahan perasaan
kasih sayang.
2. Struktur Dalaman
Terdiri daripada tema atau maksud, perasaan, nada dan tujuan atau disebut sebagai
pemikiran penyajak. Struktur dalaman sajak lebih bersifat abstrak bergantung pada
fikiran, emosi dan perasaan yang diungkapkan oleh penyajak. Setiap binaan sajak
menggambarkan kesan fikiran dan perasaan, termasuk susunan baris dan rangkapnya
yang terhasil daripada pemakaian bahasa.
Sajak yang susunan barisnya ringkas dan kosa katanya pula terhad, biasanya
melambangkan penyataan fikiran serta perasaan bimbang, gelisah, marah dan benci
Contoh bentuk terlihat pada sajak Ranjang dan Medan Perang karya Baha Zain:
Atas ranjang sempit ini
Ketika melam mengunci diri
2

Kekasih bermain cinta


Sejurus mengeluh
Terlali dan kesal.
Fungsi:
Fungsi sajak bergantung pada cara penyajian atau penyampaiannya. Setiap jenis sajak
mempunyai cara penyampaiannya yang berlainan. Setiap cara penyampaian tersebut
membawa fungsi yang berbeza dan tersendiri. Terdapat sajak yang disampaikann secara
bercerita, mengungkapkan perasaan dan fikiran peribadi penyairnya. Ada juga sajak yang
mengungkapkan watak atau aksi tokoh yang menghadapi persoalan hidupnya.
Jenis
Balada

Definisi
Sajak naratif yang

Contoh
Balada Seorang Gadis

Fungsi
Membayangkan betapa

bersifat romantik

Kecil Karya Zubir Ali

malang dan deritanya

atau sentimental.

nasib gadis yang hidup di

Asalnya, balada

tengah-tengah kancah

dicipta untuk

peperangan, Sajak ini

dinyanyikan.

menggambarkan
peristiwa yang
menimbulkan rasa
simpati dan rasa

Dramatik

Sajak ini

Sajak Dialog Karya

kemanusiaan.
Dalam penyampaiannya,

mempunyai dialog

Kassim Ahmad,

kebanyakan penyair

di dalamnya,

memilih bentuk monolog.

diucapkan oleh

Di Bawah Bintang

Melalui bentuk ini

watak atau tokoh

Mengerdip Karya A.

diperlihatkan tokoh yang

yang dipilih oleh

Samad Said,

sedang menghadapi

penyair.

keadaan kritis
Penjual Bunga Karya
Muhammad Haji

Elegi

Sajak atau lagu

Salleh.
Sajak Elegi karya

Sajak ini menguncapkan

puisi yang

Rivai Apin

ratapan terhadap

mencetuskan rasa

kematian seseorang.

keluh-kesah,
dukacita kerana
sedih, rindu, atau
3

Epigram

hiba
Sajak yang berupa

Sajak Adat Dunia

Kebanyakan sajak ini

nasihat atau

Karya Ys Darwis Amin;

membincangkan soal

pengajaran tentang

hidup serta menasihatkan


Pesanan Karya

manusia bahawa berhati-

Noraini Mohamad;

hati melakukan pekerjaan


supaya tidak terpesong.

Menyerah Kalah
Hymne

Sajak yang

Karya Usman Awang.


Sajak Kebenaran Ilahi

Sajak tentang seseorang

menggambarkan

Karya Masuri S.N;

yang mencintai dan

sesuatu perasaan

mengagungkan
Kalimat Awal Kalimat

Tuhannya.

Akhir Karya Nahmar


Naratif

Sajak yang

Jamil.
Sajak-sajak Karya

Menceritakan sesuatu

mengandungi

W.S.Rendra: Nyanyian

berdasarkan tajuk.

cerita yang jelas.

Angsa, Khutbah,

Pengucapannya

Pesan Pencopet

agak berbentuk

kepada Pacarnya.

prosa tetapi tetap


mempunyai kesan
sajak.
Okasional

Sajak yang ditulis

Sajak Kemanusiaan

Sajak ini ditulis selepas

selepas berlaku

Karya Usman Awang,

Presiden J.F.Kennedy

peristiwa yang

ditembak mati.

penting.

Ciri Bahasa:
1. Unsur Bahasa
Bahasa dalam sajak, bukan sahaja bahasa harian, malah melibatkan penggunaan
pelbagai unsur bahasa, antaranya personafikasi, metafora, simile, perulangan,
hiperbola, inverse, dan perlambangan.
a. Personafikasi
Gaya bahasa ini memberikan sifat manusia terhadap benda, keadaan, atau
suasana. Unsur ini disebut perorangan.
Contoh:
Kesepian mencengkam perasaannya.
Petang membelai rambut diri.
4

b. Metafora
Unsur ini memberi sifat objek secara perbandingan teras. Misalnya, Matahari
diibaratkan seperti raja siang, bulan diibaratkan sebagai dewi malam.
Contoh:
Dia sampai ke rumah sebelum dewi malam menjelma.
c. Simile
Gaya bahasa ini ialah bahasa perbandingan yang digunakan

untuk

menyamakan antara dua benda. Unsur ini menggunakan perkataan seperti


umpama, bagai, dan laksana sebagai perbandingan.
Contoh:
Wajahnya cantik laksana puteri.
Bibirnya merah bagai delima merekah.
d. Perulangan
Dalam sajak terdapat perulangan kata (diksi), ungkapan, bait, dan baris.
Perulangan terdapat tiga bentuk.
(a) Perulangan awal baris (anafora)
(b) Perulangan tengah baris (response)
(c) Perulangan akhir baris (epifora)
e. Hiperbola
Unsur ini digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-lebihkan sesuatu

f.

daripada keadaannya yang sebenar.


Contoh:
Cintanya seluas dunia
Harapan ayah menggunung tinggi
Inversi
Unsur bahasa ini menggunakan pembalikan susunan kata dalam ayat. Bahagian
yang penting didahulukan bertujuan menjadikan ayat lebih menarik dan
berkesan.
Contoh:

Telah kukirim surat untukmu.


Dalam redup matamu kulihat sinar.
g. Perlambangan
Unsur bahasa ini merupakan penggunaan kata yang bukan bermaksud sebenar
tetapi membawa pengertian yang lain.
Contoh:
Kumbang dilambangkan kepada lelaki.
Bunga dilambangkan kepada gadis.

2. Unsur Bunyi
Penggunaan bunyi dapat memberikan kesan keindahan dalam sajak. Antara unsur bunyi
yang biasa dalam sajak adalah
a. Aliterasi
Unsur bunyi jenis ini merupakan perulangan bunyi konsonan yang sama dalam
sajak.
Contoh:
Masih memandu kereta lama

(Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan m pada tiga perkataan
dalam baris yang sama.)
b. Asonansi
Unsur bunyi ini merupakan perulangan bunyi vokal (a,e,i ,o,u) yang sama pada
perkataan yang berturutan dalam baris-baris sajak.
Contoh:
Memasuki ruang dan bersatu di dalamnya.
(Dalam baris ini terdapat perulangan bunyi vokal a pada lima perkataan pada baris
yang sama.)
c. Rima
Unsur bunyi yang sama pada setiap hujung baris dalam bait sajak. Rima sajak bebas
tetapi terdapat juga sajak yang mempunyai pola rima pantun dan syair.
3. Nada
Nada boleh dikaitkan dengan pengarang apabila berhadapan dengan subjek yang
dijadikan fokus karyanya. Nada dalam sajak merupakan hasil dorongan dalam diri
a.

pengarang.
Protes
Nada ini hasil daripada perasaan marah pengarang yang ingin melawan dan
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau situasi.
b. Sinis
Nada ini dihubungkan dengan perasaan pengarang yang tidak senang terhadap

c.

d.

sesuatu situasi atau seseorang.


Melankonik
Nada ini terhasil daripada perasaan sedih dan pilu pengarang yang dilahirkan dalam
karyanya.
Romantis
Nada ini menggambarkan perasaan rindu dan tenang pengarang apabila berada di
tempat yang indah atau ketika pengarang mengasihi atau menyayangi sesuatu.

You might also like