Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LAPORAN

PROJEK TAMAN KEBUN DAPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP)
SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
LUBUK MERBAU
33010 KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPOH MASA :
SEPANJANG TAHUN 2012
DENGAN KERJASAMA :
SEMUA WARGA PPKIBP SKSMI

Tempat
Tempoh masa
Pelaksana

: Taman kebun ( Tapak Pendidikan Khas)


: Sepanjang tahun 2012
: Semua guru, PPM dan murid Pendidikan Khas SKSMI

PENDAHULUAN

Pelaksanaan taman kebun dapur ini telah bermula pada awal tahun
persekolahan sesi 2012. Matlamat utama pembinaannya ialah untuk
mendedahkan

murid-murid

mengenai

pelbagai

jenis

tumbuhan

serta

memupuk minat mereka dalam penjagaan alam sekitar. Taman kebun dapur
merupakan sebuah mercu tanda yang menjadi tumpuan kepada guru-guru,
murid-murid, ibu bapa dan pengunjung-pengunjung yang datang melawat
sekolah. Melalui taman kebun dapur ini, murid-murid didedahkan mengenai
cara penanaman berbagai tanaman seperti sawi, sayur kucai, pokok serai,
pokok pandan dan sebagainya. Kewujudan taman kebun dapur dapat
meningkatkan lagi pengetahuan murid-murid mengenai pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF
i.
ii.

Memupuk nilai murni cintai alam sekitar di kalangan warga sekolah.


Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan

iii.
iv.

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.


Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah supaya lebih ceria.
Menambahkan pengetahuan murid tentang nama tanaman dan teknik cara penanaman

v.
vi.

yang betul.
Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak
jawatankuasa pelaksana Taman Kebun Dapur.
Dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

STRUKTUR ORGANISASI
PENAUNG
Encik Mohamad Husaini bin Saad
Guru Besar SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi
PENGERUSI
Encik Ranjit Singh a/l Pritam Singh
Penolong Kanan Pentadbiran SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi
PENASIHAT PROJEK
Encik Omar bin Abd Aziz
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi
PENYELARAS
Encik Sarbi Bin Mat Nah

SETIAUSAHA
Cik Noor Faiza Binti Mohamad Hashim

AHLI JAWATANKUASA KERJA


Puan Noraida Binti Mokhtar
Cik Maziatul Aznida Binti Hassan
Puan Maziana @ Nor Hamizah Binti Ismail
Cik Aisyah Binti Abu Khalib
Puan Umi Kalsom Binti Musa
Cik Nadia Marina Binti Mohd Yunus

Puan Norhani Binti Abd Razak


Cik Farihah Binti Matpiatul Asmaruddin

JADUAL TUGAS PELAKASANAAN TAMAN KEBUN DAPUR MURID-MURID PPKIBP

HARI
ISNIN

KELAS BERTUGAS
ANUGERAH 1
KETUA PROJEK : MUHAMMAD SAIFUL NAJMI B MOHD SALLEH
ANUGERAH 2

SELASA

KETUA PROJEK : MOHAMAD FIRDAUS B MOHD ZAIRI


ANUGERAH 3

RABU
KHAMIS

KETUA PROJEK : MUHAMMAD NAQIUDDIN B SHARUDDIN


ANUGERAH 4
KETUA PROJEK : MUHAMMAD AIMAN ASYRAAF B MOHD
YUNUS

JUMAAT

SEMUA MURID

Bidang tugas dalam pelaksanaan taman kebun dapur :

Menyiram pokok/tanaman setiap hari


Mencabut rumput
Membuang daun dan ranting kering
Menggembur tanah
Menyemai biji benih
Penjagaan tanaman
Menjaga kebersihan taman kebun dapur
Penjagaan dan penyimpanan peralatan berkebun

LAPORAN
Pelaksanaan Taman Kebun Dapur dimulakan dengan persediaan
melakar pelan untuk membina taman ini. Perbincangan dan pertukaran idea
untuk merancang pelaksanaan taman dan kerja-kerja memulakan projek.
Persediaan ini adalah dari segi bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat kerja- kerja projek. Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti
cangkul, sekop, kereta sorong, sarung tangan, gunting tanaman, pencakar,
gunting besi, pasu bunga, penyiram dan sebagainya.
Dengan bantuan nasihat penasihat projek iaitu Encik Omar bin Abdul
Aziz selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas dan guru- guru lain turut
memberikan sokongan moral yang baik untuk menjayakan projek taman ini.
Langkah pertama yang dilakukan ialah membersihkan tapak taman lama.
Kerja- kerja pembersihan merangkumi mencabut pokok yang telah mati,
mencabut rumput dan lalang, menggembur tanah, mengalih pokok dan
sebagainya.
Langkah seterusnya ialah pokok-pokok yang dialih dan disusun supaya
lebih kemas dan cantik. Pokok-pokok bunga menambahkan keceriaan dan
keindahan kawasan sekolah. Tanah kemudian dibajak untuk semaian biji
benih. Contoh biji benih yang disemai ialah sawi dan terung. Pada awal
proses penanaman, tanaman ini ditutup dengan plastik berlubang supaya
tanaman ini mendapat pencahayaan, pengudaraan dan pengairan yang baik.
Murid-murid diberikan jadual tugasan penjagaan taman kebun dapur.
Antara

bidang

tugas

murid-murid

ini

ialah

menyiram

tanaman,

membersihkan taman kebun dapur dari semasa ke semasa seperti mengutip


daun-daun kering dan mencabut rumput. Penjagaan ini dilakukan secara
berterusan sepanjang tahun. Tanaman yang telah membuahkan hasil
dibahagikan kepada semua guru dan murid.

KEKUATAN
i.
ii.

Murid didedahkan kepada pelbagai jenis tanaman


Murid-murid dapatdapat membersihkan taman dengan menggunakan alat-alat

iii.
iv.

kebun yang sesuai.


Mendidik murid dalam menjaga keindahan alam sekitar
Mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara semua warga SKSMI

KELEMAHAN
i.
ii.
iii.

Murid-murid kurang pengalaman bercucuk tanaman.


Kekangan masa.
Sesetengah murid tidak mahu mengotorkan tangan mereka.

PENUTUP
Secara keseluruhan, pelaksanaan projek taman kebun dapur ini adalah satu latihan dan
pembinaan insan melalui pendedahan kepada corak komunikasi, kerjasama dan kecintaan kepada
alam sekitar. Hasil daripada usaha ini, murid- murid juga belajar untuk memberikan kerjasama
dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidup bermasyarakat.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(CIK NOOR FAIZA MOHAMAD HASHIM)

(ENCIK OMAR BIN ABD AZIZ)

Setiausaha,

Penolong Kanan Pendidikan Khas

Projek Taman Kebun Dapur

SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

SK Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi

You might also like