Malaysia Masih Perlu 46 Peratus Lagi Tenaga Mahir

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Malaysia masih perlu 46 peratus lagi tenaga

mahir Utusan Malaysia 8.10.2013


KOTA KINABALU 7 Okt. - Negara masih memerlukan kira-kira 46 peratus tenaga
mahir tempatan untuk menjadi negara maju bagi menampung kehendak pasaran yang
diperlukan industri berkenaan.
Ahli Majlis Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Rahim Abu Bakar berkata, pada masa
ini negara sekadar mencatat 28 peratus tenaga mahir tempatan manakala selebihnya
dikuasai tenaga asing.
Katanya, peratus tenaga mahir tempatan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan
beberapa negara maju seperti Jerman, Australia, Perancis dan Singapura yang
melahirkan hampir 70 peratus tenaga mahir berkemahiran tinggi bagi menampung
keperluan industri mereka.
"Kesilapan besar kita ialah memandang sepi dan membiarkan sektor tenaga mahir
dikuasai oleh tenaga asing dalam membangunkan negara," katanya ketika berucap
dalam majlis Konvokesyen Institut Latihan Mara (IKM) Kelapan Kota Kinabalu di sini
hari ini
Seramai 550 penuntut lepasan sijil IKM Kota Kinabalu menerima sijil masing-masing
dalam majlis konvokesyen itu.
Sempena konvokesyen itu, penuntut Sijil Teknologi Elektrik Kuasa, Wahab Ambo
Rappe dipilih sebagai penuntut cemerlang keseluruhan sekali gus meraih Anugerah
Platinum dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.61.
Rahim berkata, pihak IKM akan memperkukuhkan Dasar Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (PVT) Mara untuk menjamin masa depan pelajar serta membantu memacu
kecenderungan dalam bidang kemahiran dan teknikal.

You might also like