Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tugasan Autentik

Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan diubah secara
berperingkat menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem penaksiran baru akan diperkenalkan yakni
berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai
peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian
bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanakkanak. Ini adalah kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan
pengalaman
ujian

kumpulan

tertentu

dalam

masyarakat

yang

boleh

mempengaruhi

kesahan

sesuatu

(Stallman&Pearson,1990).
Pentaksiran autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada ketidakadilan ini. Ini adalah

kerana sifat pentaksiran autentik yang menyeluruh boleh diguna pakai dalam menaksir setiap perkembangan
kanak-kanak melalui instrumen yang pelbagai. Penaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk
penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari. Penaksiran autentik ini meliputi penaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, penaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan
yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
penaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering
digunakan dalam penaksiran autentik.
(Sumber:

Buku Educational Assessment

of

Students)

Melalui penaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan
kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. Terdapat
pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan penaksiran autentik ini contohnya
melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa,
penaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses penaksiran yang mana ia menggunakan
spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya
tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar
meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
TUJUAN PENAKSlRAN AUTENTIK
Penaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah
penilaian ini dalam bidang pendidikan. Antara tujuannya ialah:
Membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna.
Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran
komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari
masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
Merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat
dinilai

dengan

lebih

baik

lagi

pada

masa

hadapan.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK


O Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah penaksiran autentik dan tingkahlaku
kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti berikut :
Temubual / Bersoal jawab Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lainlain lagi
Penceritaan semula / Bercerita Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka
Sampel penulisan Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan.
Pameran Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan
persembahan atau pameran.
Eksperimen/ Demostrasi Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut
langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen.
Pemerhatian guru Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar
di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas.
Portfolio Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke
semasa.
Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran
autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
contohnya

dari

segi

kemahiran

berkomunikasi,

bekerjasama,

sahsiah

dan

lain

lain

lagi.
3 Jenis Penaksiran Autentik yang sesuai dilaksanakan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
1.

Eksperimen / Demonstrasi

Eksperimen atau Demonstrasi merupakan salah satu penaksiran autentik yang sering
digunakan dalam mengakses tahap kefahaman murid tentang topik yang diajar. Penilaian ini berkait rapat
dengan mata pelajaran Ibadat dan ia dilakukan di Musalla. Ia berkaitan dengan perlakuan solat yang
merangkumi Solat Fili (Perbuatan Solat) dan Solat Qauli (Bacaan Dalam Solat). Dalam penaksiran ini, murid
dikehendaki melakukan amali solat secara individu dan guru akan membuat penilaian berdasarkan perlakuan
solat yang didemonstrasikan oleh murid.
Penilaian ini juga dibuat dalam mata pelajaran Al-Quran iaitu penilaian bacaan secara Talaaqi
Musyafahah. Ia bermaksud murid dikehendaki membaca ayat-ayat Al-Quran berhadapan dengan guru. Murid
akan diberikan markah dan juga penambahbaikkan terhadap bacaan murid secara langsung . Penaksiran ini
amat sesuai dilaksanakan bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi murid Tahun 5 dan Penilaian Asas Fardhu Ain
bagi murid Tahun 6.

2.

Temuabual/Bersoal jawab
Kaedah ini sesuai digunakan bagi semua elemen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pada tahun 2011,

murid-murid Tahun Satu secara keseluruhannya akan dinilai prestasi mereka melalui Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh menilai tahap kefahaman murid sebaik sahaja selesai proses
pengajaran dan pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran. Murid akan dinilai secara individu dengan
menggunakan instrumen yang berkaitan. Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang diberi oleh murid dan
guru akan menanda tahap prestasi mengikut aras (band) yang telah ditetapkan. Semua standard prestasi
murid bagi semua mata pelajaran akan di key in ke dalam satu program PBS secara online dengan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Berdasarkan pengalaman, kaedah ini memudahkan tugas guru kerana ia tidak mengambil masa yang
panjang dan juga tidak membebankan murid. Murid akan dikategorikan mengikut tahap masing-masing.
Dalam hal ini, Guru Pendidikan dan Guru jQaf akan bergabung tenaga untuk memberi aktiviti pengukuhan dan
pengayaan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dan pemulihan kepada murid yang belum
menguasai kemahiran.

3.

Pemerhatian Guru
Pemerhatian adalah satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid

meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Ia bertujuan membantu murid mengaplikasikan


pengetahuan yang diperolehi daripada mata pelajaran yang berlainan dalam kehidupan seharian. Ia boleh
digunakan untuk mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dan mengesan kekuatan dan kelemahan
murid selepas beberapa kali proses pembelajaran dengan menggunakan instrumen tertentu seperti senarai
semak atau catatan anekdot.
Proses pemerhatian berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar murid membaca Al
Quran secara Tallaqi Musyafahah, seorang guru membuat pemerhatian sama ada murid tersebut telah
menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada murid tersebut perlu mengulang balik atau
beralih ke bacaan yang lebih tinggi. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia
yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini guru tidak perlu mengadakan ujian atau
peperiksaan yang formal tetapi tetap menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan penaksiran yang
sepadu.
Kesimpulan
Penggunaan penaksiran autentik ini merentasi semua peringkat pendidikan. Dengan ini, diharap
pihak kementerian atau badan-badan berkanun dan swasta dapat menghasilkan sesuatu garis panduan baru
tentang

bentuk

penaksiran

yang

lebih

sejagat

dan

mantap.

Penaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan analisis dilakukan tetapi
bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu domain perkembangan kanak-kanak itu juga amatlah

penting. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami, mahir, dan berupaya mengamalkan penggunaan
pelbagai jenis instrumen penaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan . Guru-guru juga harus
melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan agar dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud
ketika sesi pengajaran, pembelajaran dan penasiran.
Secara kesimpulannya, usaha dalam mewujudkan sistem pentasiran autentik yang selaras
memerlukan keperihatinan dan penelitian yang berterusan dari semua pihak. Pemantauan juga perlu
dilakukan dari masa ke semasa agar dapat memastikan pentasiran yang dijalankan adalah telus. Seperti mana
yang berlaku kepada pendidikan yang sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, begitu juga halnya
dengan penaksiran. Ia juga perlu berkembang mengikut peredaran semasa kerana ia memainkan peranan yang
sangat penting dalam membantu kejayaan sistem pendidikan dari peringkat awal kehidupan manusia.

http://ummiwaseem.blogspot.com/2011/07/tugasan-autentik.html
Diakses pada 10/2/2014

You might also like