Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 42

TAJUK TUTORIAL :

Apakah maksud latihan dan program


perkembangan guru? Huraikan proses
pengurusan latihan dan program perkembangan
guru. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menguruskan sebuah program latihan?
Terangkan kesan-kesan yang wujud hasil daripada
pogram perkembangan staf.

1
PENGENALAN

Fokus PERBINCANGAN ialah:


Maksud latihan dan program
perkembangan guru
Proses pengurusan latihan dan program
perkembangan guru
Langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menguruskan sebuah program
latihan
Kesan-kesan yang wujud hasil daripada
program perkembangan staf 2
BAHAGIAN 1
Apakah maksud latihan dan
program perkembangan guru?

Definisi tentang latihan :


Sikula (1976) mendefinisikan latihan sebagai satu
proses pendidikan jangka pendek,yang
menggunakan kaedah sistematik untuk
menambah pengetahuan dan kemahiran para
peserta.
Manakala,Goldstein (1980) telah mendefinisikan
latihan sebagai suatu proses pemerolehan
kemahiran,konsep atau sikap yang akan
menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.
3
Menurut Kamus Dewan (2002),latihan ialah
pelajaran atau didikan untuk memahirkan
(membiasakan) sesuatu ajaran yang diterima.

Umumnya,latihan ialah segala usaha yang


dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan
kemampuan seseorang untuk melaksanakan
tugasnya atau memainkan peranan yang telah
ditetapkan oleh organisasi.

4
Definisi Perkembangan Staf
Kamus Dewan (2002):
Perkembangan dimaksudkan perihal atau proses
menjadi maju atau tersebar,membiak atau meluas.
Staf ditakrifkan sebagai kumpulan pekerja yang
berkerja bersama-sama iaitu di bawah ketua yang
sama .

Manakala,James A.F.Stoner Charles Wankel (1989):


menyatakan bahawa staf merupakan individu atau
kumpulan yang menyediakan nasihat dan
perkhidmatan untuk pengurus lain.

5
Mengikut penyelidikan Richard,Mathew dan
Robert (1992) dalam buku “ Personal
Administrator ” :
Konsep perkembangan staf banyak dikaitkan
dengan perkembangan personel ,latihan dan
kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek
‘Perkembangan Personel’ ,beliau mengaitkan
dengan perkembangan individu,kumpulan dan
kemajuan dalam sistem pengurusan.

6
KESIMPULANNYA,
Program latihan dan perkembangan staf ialah
-satu set aktiviti yang dirancang oleh organisasi untuk
memberi peluang kakitangan memperoleh
pengetahuan,kemahiran dan kompetensi bagi memenuhi
tuntutan kerja masa kini dan masa depan

- bertujuan membolehkan semua pekerja dalam


organisasi seperti sekolah,memperbaiki atau
menambah pengetahuan dalam bidang akademik
serta tahap profesionalnya dalam penyelesaian
masalah dan membuat keputusan serta
menstruktur suasana pembelajaran yang
menggalakkan pembelajaran secara kooperatif
atau kolaboratif.
7
BAHAGIAN 2
Huraikan proses pengurusan
latihan dan perkembangan guru

8
Sumber
Tujuan Kumpulan Peruntukan maklumat
dan sasaran Kewangan/ berkaitan
Matlamat dan Bajet kursus
keperluan
staf

Kepakaran
Pelaksanaan Dalaman
Pemantauan Kursus (di
dan sekolah)
Penyeliaan

9
Tujuan sesuatu program dilaksanakan
perlu diperjelaskan kepada staf.
Staf mengetahui objektif yang bakal
dicapai.
Staf dapat membuat persediaan mental
untuk menyertai program tersebut.
Sebarang program yang dirancang akan
dibuat melalui jawatankuasa perancangan
program perkembangan staf.

10
Kumpulan sasaran bagi program yang
disediakan perlu ditentukan.
Perancangan sebarang program
perkembangan staf akan dilakukan melalui
jawatankuasa program perkembangan
staf.
Pihak pentadbir boleh mendapat maklumat
keperluan staf dengan melakukan tinjauan
secara formal ataupun tidak formal.

11
Peruntukan kewangan bagi melakukan
sebarang program perkembangan staf akan
dilakukan oleh sekolah daripada Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.
Pengetua boleh menghubungi pihak swasta
yang ingin menaja kursus secara percuma
ataupun membayar penceramah jemputan.
Bajet boleh dibuat untuk merancang
bilangan projek yang ingin dilaksanakan
sepanjang tahun .
12
Boleh diperolehi daripada Jabatan
Pelajaran Negeri.
Sumber maklumat seperti tenaga
pengajar serta badan-badan yang
menganjurkan kursus-kursus
sedemikian.
Maklumat seperti
tarikh,tempat,bayaran,rangka kursus
dan sebagainya.
13
Kewujudan guru-guru pakar dalam sesuatu
bidang
Boleh dijemput untuk mengendalikan satu
program berkaitan bidang kepakaran mereka.
Bidang berkaitan aplikasi komputer, siaraya
dan pemprosesan buku di pusat sumber
sekolah yang dapat digunakan oleh guru-guru
dalam P&P ataupun dalam pelaksanaan kerja
seharian mahupun sebagai pengetahuan
sampingan.

14
Pengetua akan melantik satu
jawatankuasa untuk melaksanakan
program perkembangan staf di sekolah.
Tanggunjawab jawatankuasa ini adalah
untuk mengelola kursus,mengendalikan
kelengkapan kursus, mengurus
aktiviti,merancang jadual,menguruskan
tempat kursus serta mengendalikan
peserta dan penceramah.

15
Bagi mengukur pencapaian yang telah
diperolehi selepas menghadiri program
perkembangan staf.
Bukan sahaja ukur dari segi pemerhatian
terhadap peningkatan dalam P&P tetapi
dari segi semangat kekitaan di kalangan
staf slps mengikuti pps
Membuat cadangan kepada mana-mana
staf yang berpotensi bagi tujuan untuk
meningkatkan diri sebagai guru.
16
BAHAGIAN 3
Apakah langkah-langkah yang
perlu diambil untuk
menguruskan sebuah
program latihan?

17
1. Latihan dalaman atau luaran
- Latihan yang akan dijalankan boleh
diadakan secara dalaman atau luaran
berdasarkan kepada peruntukan
kewangan atau keperluan staf.
- Jika peruntukan membenarkan, pengetua
boleh mencadangkan untuk mengadakan
kursus di luar dari waktu persekolahan.
- Usaha ini mungkin dapat mengelakkan
rasa bosan di samping dapat
meningkatkan motivasi kakitangan.

18
2. Latihan bermatlamatkan kepentingan

organisasi
- Program yang dirancang bermatlamatkan
kepentingan organisasi, bukan untuk
memenuhi matlamat individu tertentu
sahaja.
- Contohnya peningkatan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknologi
maklumat atau penggunaan komputer.
- Tujuannya untuk memastikan semua
kakitangan sekolah mahir dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
19
3. Latihan berdasarkan keperluan semasa
atau masa depan
- Merancang program perkembangan staf
berdasarkan keperluan semasa atau masa depan.
- Pengetua boleh mendapat maklumat untuk
memenuhi keperluan kakitangan dengan
menggunakan kaedah soal selidik terutama tenaga
pakar dalam bidang yang agak kritikal seperti sains
dan teknikal.
- Pada masa yang sama aspirasi para kakitangan
dapat diketahui melalui soal selidik.
- Keperluan semasa contohnya latihan mengenai
cara memeriksa kertas jawapan Matematik.
- Keperluan masa depan contohnya penggunaan
LCD untuk semua guru.

20
4. Latihan berdasarkan keperluan sekolah
dan keperluan semasa
- Latihan yang hendak diberi juga mestilah
selaras dengan keperluan sekolah dan
keperluan semasa.
- Contohnya latihan tentang kaedah
pembelajaran bestari sebaik-baiknya
diketahui oleh semua guru sebelum dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
kurikulum bestari di sesebuah sekolah.

21
5. Latihan yang dapat memastikan guru
junior mendapat kerjasama dan motivasi
- Memastikan yang guru-guru junior
mendapat kerjasama dan motivasi yang
tinggi daripada program ini.
- Perancangan hendaklah dilakukan agar
aktiviti yang dirancang disesuaikan
dengan bidang yang boleh diceburi oleh
mereka dan sesuai dengan tahap
pemikiran mereka.
- Guru-guru sebegini memerlukan motivasi
yang tinggi agar anjakan pradigma
mereka dapat diterima.
22
6. Latihan yang mencabar dan praktikal
- Latihan yang dipilih mestilah lebih
praktikal dan mencabar untuk kerjaya
mereka.
- Dengan ini, guru-guru yang lebih
bermotivasi selepas menjalani kursus
perkembangan staf sudah tentu dapat
mengaplikasikannya dalam pengajaran
dan pembelajaran.

23
7. Latihan berkaitan dengan bidang
pendidikan
- Latihan yang dirancang haruslah
menjurus kepada bidang-bidang yang
berkaitan dengan pedagogi, penilaian,
teknologi pendidikan, komputer dan lain-
lain yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.

24
8. Latihan diperuntukkan dengan sumber
kewangan yang mencukupi
- Pengetua perlu memastikan setiap latihan
yang akan dijalankan mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi.
- Jika terdapat masalah, pengetua boleh
membuat permohonan sumber kewangan
dari JPN, PIBG, badan korporat atau
sumbangan dari komuniti.

25
9. Latihan memberi manfaat kepada
kumpulan majoriti

- Memastikan latihan yang dirancang ini


memberi manfaat kepada kumpulan
majoriti dan bukan minoriti.
- Dimana kumpulan minoriti ini akan
mengubah sikap mereka dalam tempoh
masa yang tertentu kerana desakan
daripada kumpulan majoriti dan pihak
pentadbir organisasi.

26
BAHAGIAN 4
Terangkan kesan-kesan
yang wujud hasil
daripada program
perkembangan

27
Kesan-kesan Yang Wujud Hasil
Daripada Program Perkembangan
Staf
Joyce dan Showers (1982) telah

mengenalpasti 4 aras kesan atau


impak bagi program perkembangan
staf, iaitu mengikut maksud tindak
balas peserta.

28
1. Kesedaran
Para peserta menyedari akan
kepentingan maklumat baru yang
disalurkan melalui program
perkembangan staf. Mereka akan
mula memberi tumpuan
terhadapnya.

29
2. Konsep dan Pengetahuan Yang
Tersusun
Konsep baru itu akan difahami dan
disusun sebagai langkah kepada
perubahan.

3. Prinsip dan Kemahiran


• Prinsip dan alat tindakan akan difahami, dan para
peserta boleh berfikir dengan lebih berkesan
tentangnya serta mempunyai kemahiran yang
diperlukan bagi bertindak untuk menggunakannya.

30
4. Penggunaan dan Penyelesaian
Masalah
Para peserta akan memindahkan
maklumat yang baru mengikut gaya
penyelesaian masalah kepada
keadaan prosessional hidup sebenar.

31
Kesan latihan yang baik terhadap organisasi

Memungkinkan seseorang pekerja


mencapai prestasi kerja yang ditetapkan
oleh organisasi dengan lebih cepat.
Hasil sampingan daripada peningkatan
kemahiran dan kecekapan pekerja ialah
pengurangan kadar pembaziran,
kemalangan, dan kerosakan kelengkapan.

32
Kesan latihan yang baik terhadap organisasi

Ketidakpuasan, rungutan, ketidakhadiran


dan pusingan ganti pekerja dapat
dikurangkan kerana latihan dapat
meningkatkan kemungkinan kejayaan
usaha-usaha yang dilakukan pekerja.
Kejayaan para pekerja capai dalam tugas-
tugas mereka akan meningkatkan
kepuasan kerja mereka.

33
Kesan latihan yang baik terhadap organisasi

Apabila seseorang pekerja


memperoleh pengetahuan dan
kemahiran, nilainya kepada
organisasi akan bertambah dan
dengan adanya pengetahuan dan
kemahiran tersebut akan dapat
menyediakannya untuk kenaikan
pangkat.

34
Kesan latihan yang baik terhadap organisasi

Latihan yang berterusan dapat membantu


pekerja dengan menyesuaikan mereka
dengan teknik-teknik dan cara kerja baru
serta perubahan dalam organisasi.
Hal ini amat penting terutama sekali di
dalam bidang-bidang yang perubahan
teknologinya berlaku dengan cepat.
Latihan dan pembangunan merupakan
pelaburan organisasi dalam sumber
manusianya
35
Kesan-kesan Yang Wujud Hasil
Daripada Program Perkembangan
Staf
Kesan tersebut dapat ditinjau dari
segi kelebihan dan kekurangannya
melalui 3 aspek, iaitu:
Kakitangan (staf)
Organisasi
Pihak luar organisasi

36
1. Kakitangan (staf)
Kelebihan Kekurangan
 Memberi pendidikan,  Beban guru mungkin akan
pengetahuan dan latihan dalam bertambah pada jangka masa
bidang yng baru atau menambah pendek.
pengetahuan dalam bidang yang  Guru terpaksa mengadaptasi atau
sedia ada. menyesuaikan diri dalam sesuatu
 Mendapatkan motivasi untuk bidang yang mereka kurang
menjalankan tugas mereka dengan berminat.
lebih efektif.  Guru terpaksa meluangkan masa
 Berpeluang menonjolkan bakat sewenang-wenangnya terhadap
dan kemahiran yang selama ini sesuatu yang mereka sudah cukup
terendam apabila mereka mahir.
diamanahkan untuk memberikan  Keegoan guru yang senior
latihan atau menunjuk cara. mungkin akan mewujudkan
perselisihan faham di kalangan
guru. 37
2. Organisasi
Kelebihan Kekurangan
 Dapat memotivasikan staf  Perpindahan staf atau guru ke
justeru dapat meningkatkan sekolah lain akan merugikan
prestasi perkhidmatan mereka pihak organisasi, termasuklah
ke tahap yang lebih cekap dan sekolah.
lebih cemerlang.  Perancangan yang kurang teliti
 Merupakan satu pelaburan akan menyebabkan keborosan
yang bersifat jangka masa atau pembaziran sumber
panjang. kewangan.
 Dapat menangani masalah yang  Permintaan sumber kewangan
wujud di sekolah . akan mewujudkan satu
kesalahanggapan terhadap
organisasi dan pihak pentadbir.

38
3. Pihak Luar Organisasi

Kelebihan Kekurangan

 Meningkatkan kepuasan  Permintaan terhadap sumber


terhadap produk dan kewangan akan
perkhidmatan yang dihasilkan membebankan.
oleh organisasi.
 Tahap kesetiaan terhadap
pihak organisasi akan
meningkat.

39
Kesimpulan
Program perkembangan staf diperlukan untuk
meningkatkan keupayaan staf untuk memenuhi
tuntutan perubahan.
Miles (1983) meneliti tahap-tahap perubahan di
mana bermulanya inovasi atau pembaharuan,
dan program perkembangan staf akan dilakukan
sebagai satu permulaan.
Kenyataan akan terjadi apabila perlaksanaannya
dijalankan di dalam bilik darjah. Lambat-laun, ia
akan menjadi sebahagian daripada cara yang
pihak sekolah mengendalikan urusan
pentadbirannya.

40
Kesimpulan
Pembangunan sumber manusia dalam sesebuah organisasi,
termasuklah institusi sekolah amat penting bagi
memastikan bahawa pekerja dapat dilengkapi kemahiran
dan pengetahuan yang terkini.
Untuk meningkatkan kemahiran pekerja amat memerlukan
usaha yang terancang dan berterusan serta perlu mendapat
kerjasama dari semua pihak.
Salah satu pendekatan yang sering digunakan oleh
organisasi ialah dengan memberikan latihan kepada para
pekerjanya. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan ini
seterusnya akan membantu dalam perkembangan kerjaya
mereka.

41
42

You might also like