Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

QGJ3043

RITMA DAN PERGERAKAN

JENIS TUGASAN:
ANALISIS AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF

TAJUK:
Berdasarkan kepada 8 tema Pergerakan Kreatif, sila buat analisis aktiviti pergerakan
kreatif mengikut tema dengan disertakan gambar pergerakan sebagai contoh.

DISEDIAKAN OLEH:

Nama
No. Matrik
Kumpulan
Nama Pensyarah E-Learning
No. Telefon Pelajar

J.LETCHEMY A/P MADAVAN


D20121061630
UPSI05(144PJJ)
PN.NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID
010-2867307

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 Pengenalan Pergerakan Kreatif

2.0 Jadual Analisis Pergerakan Kreatif

3.0 Penutup - Kepentingan aktiviti pergerakan kreatif dan implikasinya


terhadap perkembangan murid.

13

4.0 Rujukan

14

1.0 Pengenalan Pergerakan Kreatif

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran


Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik
pendidikan, gimanastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Pergerakan Kreatif
merupakan intepretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik
melalui pergerakan. Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas, iaitu tubuh
badan,ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan dan
membantu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing (expressive and functional).
Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai satu pendekatan dalam kaedah
pengajaran kemahiran-kemahiran termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan
aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini,
pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar dan motor halus
manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman
(inspirasi), persekitaran dan imaginasinya kadangkala digabungkan pilihannya atau
diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yag baru. Sebelum kanak-kanak dapat
bergerak sedemikian,perbendaharaan pergerakan perlu diterokai oleh setiap kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka mereka dapat
menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik.
Pergerakan kreatif dijadikan suatu pengalaman untuk menyalurkan perasaan kanakkanak. Pergerakan ini terhasil daripada idea, perasaan serta tanggapan deria dalam
menterjemahkan sesuatu situasi dan rangsangan yang diberi. Hakikat ini menjadi kenyataan
apabila aspek-aspek intelek, emosi dan spiritual kanak-kanak dipadankan bersama-sama
aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan. Mereka yang menceburi
pergerakan kreatif biasanya ingin membentuk sifat-sifat yang fleksibel, mempelajari caracara mengawal pergerakan, mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan
menggunakan anggota serta minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang
bersifat seni. Pergerakan kreatif ini boleh dilakukan bersendirian, berpasangan atau
berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dilakukan dengan mood dan perasaan yang
berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Laban (1975), menjelaskan bahawa
dalam setiap pergerakan kreatif , tema-tema melambangkan idea pergerakan yang
berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang
sedang membesar terhadap aktiviti pergerakan. Pengalaman dalam pergerakan kreatif
membantu kanak-kanak memperkembangkan kesedaran dan kefahaman konsep-konsep
pergerakan yang dapat membantu pelajar melaksanakan dengan lebih terarah kepada sesuatu
jenis tema dalam pergerakan kreatif. Oleh yang demikian, pergerakan pelajar akan menjadi
lebih terkawal dan bermatlamatkan keadaan sesuatu jenis tema. Si idea.Tema adalah
merupakan atar belakang keada setia pergerakan dalam pergerakan kreatif. Ianya bertujuan
untuk mengekelaskan setiap pergerakan dengan
tujuan dan maksud tertentu bagi
meningkatkan inteprestasi idea, perasaan serta tanggapan deria pelajar yang dilahirkan secara
simbolik melalui pergerakan. Kempat-empat unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang,
masa dan daya memudahkan pelajar berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti
ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Tema-tema dbahagikan
kepada dua tahap iaitu tahap asas dan tahap lanjutan. Tema 1 hingga 8 yang dikategorikan
sebagai tema asas merupakan tema pengenalan asas untuk membolehkan plajar bergerak
dengan kesedaran tubuh badan, masa dan daya.

3.0 Analisi pergerakan mengikut 8 tema Pergerakan Kreatif.


TEMA DALAM
HURAIAN UNSUR
PERGERAKAN PERGERAKAN MENGIKUT
KREATIF
TEMA
Tema 1:
a) Pergerakan lokomotor
Kesedaran Tubuh
Pergerakan yang dilakukan
Badan
menggunakan keseluruhan
tubuh badan untuk bergerak
dan berhenti secara bebas
atau terkawal.
Murid bebas
menggunakan anggota
badan untuk bergerak
semasa berjalan.

Tema 2:
Kesedaran
Rintangan Beban
dan Masa

CONTOH GAMBAR AKTIVITI

Gambar 1 (murid berjalan)

b) Pergerakan bukan
lokomotor
Pergerakan setempat yang
melibatkan keseluruhan
tubuh badan.
Murid melakukan
pergerakan merangkak
seperti kucing berjalan,
dengan menggunakan
bahagian tubuh badan
iaitu tangan, tapak tangan
dan lutut.

Gambar 2 (murid merangkak)

a) Beban
Sesuatu pergerakan boleh
dikawal apabila pergerakan
itu mendapat rintangan
misalnya beban.
o Berat-kuat: Seorang
murid berimaginasi
mengangkat benda berat
dan perlu menggunakan
seluruh kekuatan
badannya untuk
mengangkatnya.

Gambar 3 (mengangkat berat)

o Halus ringan: Murid


melakukan pergerakan
yang lembut dan, halus
dan sensitif menggunakan
dan kekuatan otot yang
ringan semasa bergerak
bebas dan setempat seperti
sedang menyelam dalam
air.

b) Masa
Kesedaran rintangan kepada
masa memberi tumpuan
kepada cara tubuh badan
bergerak dan pengawalan
pergerakan secara serta
merta atau kawal lambat.

Gambar 4 (menyelam)

Gambar 5 (menumbuk seperti seorang


peninju )

o Serta merta -Murid


berimaginasi bahawa dia
adalah seorang peninju
yang ingin menggerakkan
tangan dengan pantas
untuk menumbuk.
o Kawal lambat - Murid
melakukan pergerakan
yang lambat , mengambil
masa, dapat dikawal serta
licin, beralun dan berayun
seperti seekor burung yang
sedang ingin mendarat.

c)

Gambar 6 (murid membayangkan cara


burung terbang tinggi)

Beban dan masa


Gambar 7 (gambar murid berjalan heret
Pergerakan yang
kaki)
menunjukkan perkaitan
antara pergerakan dan
rangkaian pergerakan.
Berat dan Kawal
lambato Murid bergerak seperti
menyeret kaki yang telah
diikat dengan benda berat.
Beban yang dirasai berat
kuat manakala pergerakan
masa adalah kawal lambat.

Halus dan serta mertaSesuatu pergerakan yang


aktif, spontan dan
menunjukkan semangat.

Gambar 8 ( Murid melakukan


pergerakan melompat dengan keduadua belah kaki)

Berat dan serta-mertaSesuatu pergerakan yang


menunjukkan tenaga dan
kekuatan seperti hentakan
dan lompatan.

Halus dan kawallambat- Sesuatu


pergerakan yang
bertenaga dan tenteram
menggunakan keseluruhan
tubuh badan.

Gambar 9 (murid melakukan


pergerakan lompat bintang)

Gambar 10(Murid melakukan


Tema 3
a) Kawasan
Kesedaran Ruang
Penggunaan kawasan dalam
pergerakan memusing badan ke depan)
pergerakan ini memberi
tumpuan kepada ruang diri
dan ruang am.
Ruang Diri - Pergerakan
murid memusing badan
ke hadapan.
Ruang Am - Pergerakan
murid melmat dari satu
temat ke tempat yang
lain.

b) Arah
Pergerakan ini memberi
tumpuan kepada arah
pergerakan iaitu ke hadapan,
ke belakang, ke sisi, ke atas
dan ke bawah.
o Murid melakukan
pergerakan ke sisi, ke
atas dan ke bawah
dengan menekankan
penggunaan arah
5

Gambar 11 (Murid melompat dari satu


ke satu tempat yang lain)

Gambar12 (Murid melakukan


pergerakan berdasarkan bahagian
tubuh badan yang mendahului
pergerakan)

berdasarkan bahagian
tubuh badan yang
mendahului
pergerakan.

c) Laluan
Gambar13 (Murid melakukan
Merupakan penggunaan
pergerakan berjalan di atas lantai
corak pergerakan atas lantai
berdasarkan garisan lurus)
atau di udara berdasarkan
garisan lurus atau
melengkung.
o Murid melakukan
pergerakan berjalan di
atas lantai.

d) Aras
Pergerakan yang melibatkan
keseluruhan badan berada di
satu aras. Tiga aras yang
asas:
Aras tinggi pada paras
bahu.
o Murid melakukan
pergerakan pada paras
bahu dengan berdiri
di atas hujung jari
kaki)
Aras rendah pada paras
pinggang.
o Murid melakukan
pergerakan melutut
yang memerlukan
sokongan di lutut.
Aras sederhana ialah
antara paras bahu dan
pinggul apabila keadaan
badan dicondong ke
depan, belakang atau ke
sisi.

d) Ekstensi
Pergerakan yang melibatkan
keseluruhan badan seperti
membesar, mengecil,
6

Gambar14 (Murid berdiri atas hujung


jari kaki)

Gambar15 (Murid melutut)

Gambar 16 (Murid melakukan


pergerakan badan dicondong ke sisi)

Tema 4
Aliran beban
badan dalam
ruang dan masa.

menjauh dan mendekat.


Gambar17 (pergerakan buka tutup)
o Murid melakukan
pergerakan bukatutup dimana tangan
dan bahagian tubuh
badan digunakan
untuk mendahului dan
membantu pergerakan
besar, jauh dan dekat.
Gambar18 (murid berjalan)
a) Aliran
Aliran badan mengutamakan
kelancaran pergerakan
menggunakan ruang dan
masa.
Aliran Terikat
o Pergerakan murid
berjalan yang boleh
dihentikan dengan
mudah dan badan
berada dalam keadaan
seimbang.
Aliran Bebas
o Pergerakan murid
membuat lompatan
menggunakan
keseluruhan bahagian
tubuh badan serentak
dan melakukan
aktiviti dengan
berterusan, lancar,
licin dan tersusun dan
ianya sukar
dihentikan dengan
serta merta.
b) Ruang
Pergerakan ini memberi
tumpuan kepada kesedaran
tentang cara menggunakan
ruang untuk melakukan
pelbagai pergerakan.
Ruang Terus.
o Ruang yang
digunakan secara
langsung dengan
berada dalam
lingkungan kawasan
yang tidak luas.
Murid melakukan
7

Gambar19 (murid melompat di atas


udara)

Gambar20 (Murid melakukan


pergerakan seerti buaya merangkak
pelbagai arah)

pergerakan yang zigzag seerti seekor


buaya merangkak)
Ruang Tidak Terus
o Ruang yang
digunakan secara
tidak langsung dalam
pelbagai aras dan
dengan menggunakan
kawasan yang luas
dan sepenuhnya.
Murid membuat
pergerakan melompat
dengan menggunakan
keseluruhan tubuh
badan.

Gambar21 (Murid membuat


pergerakan melompat seperti kangaru)

c) Masa
Keseluruhan bahagian tubuh
badan bergerak serentak atau
satu bahagian tubuh badan
mendahului pergerkan.
Pergerakan Serentak
o Semasa murid
melakukan
pergerakan melompat
dan gulingan
keseluruhan tubuh
badan bergerak
serentak.
Pergerakan berturutturut
o Semasa murid
berjalan sebelah kaki
bergerak mendahului
bahagian tubuh badan
yang lain.
Tema 5
Penyesuaian
terhadap rakan

a) Kerja berpasangan.
Murid membuat
pergerakan
seolah-olah mengelap
tingkap yang dilakukan
bersama-sama dengan
pasangan dengan
pergerakan meniru selari.
8

Gambar22 (Murid melakukan


pergerakan melompat)

Gambar23 (Murid melakukan


pergerakan berjalan)

Gambar24 ( Murid melakukan


pergerakan meniru& bertentangan

Tema 6
Penggunaan
tubuh badan
sebagai alat.

b) Kerja berkumpulan.
Penyesuaian terhadap
rakan secara berkumpulan.
Pertukaran tempat,
pergerakan meniru atau
bertentangan dengan
rakan adalah cara-cara
penyesuaian terhadap
rakan.

Gambar25 ( Murid membuat ergerakan


bertentangan dengan rakan)

a) Lompatan asas
Murid melakukan
lompatan secara spontan
dengan melonjak dan
menjelajah di udara
dengan pilihan kedudukan
kaki untuk lompatan tidak
ditetapkan.

Gambar26 ( Murid melonjak sebelah


kaki dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki)

Gambar27 (Murid melakukan


b) Bentuk tubuh badan
pergerakan kepelbagaian bentuk badan
Penekanan ke arah
bersama rakan)
kesedaran pergerakan
yang mempunyai bentuk
dan kesedaran tubuh
badan semasa dalam
keadaan seimbang. Empat
bentuk badan asas adalah
lurus (seperti panah), lebar
(seperti tembok), bulat
(seperti bola) dan pulas
(seperti skru).
c) Gerak Isyarat
Penekanan lakuan gerak
isyarat ialah pembentukan
pergerakan di udara
dengan bahagian tubuh
badan yang tidak
menyokong berat badan.
o Murid melakukan
pergerakan di udara
dengan tangan
dirapatkan bersama
sementara berat badan
disokong oleh kaki.

Gambar28 ( Murid melakukan


pergerakan dengan cara tangan
dirapatkan sementara badan disokong
oleh kaki)

Tema 7
Lapan lakuan
daya asas

Gambar 29(Murid melakukan


a) Lejang
Pergerakan cepat, kuat dan pergerakanmelejang ke udara)
bertenaga, serta-merta dan
secara langsung.
o Murid melakukan
pergerakan
melangkah, melompat
atau galop ke udara
bermula di bahagian
tangan, lutut dan siku
serta menghentak
kaki.
b) Radak
Perbuatan menusukkan
benda yang panjang serta
tajam kepada sesuatu
benda lain. Murid
membuat pergerakan
radak ke kiri.

Gambar30 (Murid membuat


pergerakan radak kanan)

c) Apung
Pergerakan lemah-lembut,
halus, ringan,
menggunakan jari dan
tangan, kawal lambat dan
tidak terus.
o Murid melakukan
pergerakan degan
menggunakan
pergelangan tangan
atau jari, siku
digunakan untuk
mendahului
pergerakan. Tangan
dan kaki bergerak
bebas di ruang.
c) Luncur
Pergerakan yang licin,
tenaga dan tidak berlikuliku, kawal-lambat dan
terus.
o Murid melakukan
pergerakan
mengengsot dengan
pergerakan kawal
lambat dan terus.

Gambar 31(Murid melakukan


pergerakan apung)

10

Gambar 32(Murid melakukan


pergerakan luncur)

d) Pulas
Pergerakan yang
dilakukan secara
bertentangan arah antara
bahagian pinggul dan
bahagian atas badan.
Tubuh akan mengecil,
membesar, mengetat dan
melonggar.
o Murid melakukan
aktiviti pergerakan
seperti sebatang skru
yang dipulas .

Gambar33 (Murid melakukan


pergerakan pulas seperti skru)

e) Tekan
Gambar 34(Murid membuat
Pergerakan tegas, kuat dan pergerakan tekan dengan tangan)
bertenaga. Tekan boleh
dilakukan dengan keduadua belah tangan, kaki,
lutut atau jari ke atas
seseuatu permukaan atau
anggota badan yang lain.
f) Cecah
Pergerakan yang
dilakukan serta-merta
secara halus dan terus
dengan cepat dari satu
tempat ke tempat yang
lain.

g) Ketis/Renjis
Aksi ketis atau renjis ialah
pergerakan yang cepat,
riang dengan gerak isyarat
yang berselerak.

Tema 8
Ritma-ritma
berkaitan dengan
pekerjaan

a) Lakuan Pekerjaan 1
Domestik
o Pekerjaaan yang
dilakukan di dalam
rumah seperti
membasuh, menyapu,
11

Gambar35 (Pelajar membuat


pergerakan cecah dengan kaki dan
tangan)

Gambar 36(Murid membuat


pergerakan ketis dan renjis)

menggoreng,
menumbuk,
menggosok pakaian,
menjahir baju,
menenun kain
songketm mencuci
pinggan dan
memberus lantai.

Pertanian
o Pekerjaan yang
dilakukan di luar
rumah seperti
mencangkul tanah,
membanting padi,
menanam
padi,menebang dan
membelah kayu.
b) Lakuan pekerjaan 2
Perkhidmatan
Pekerjaan yang
berkaitan dengan
perkhidmatan awam
seperti menaip (jurutaip),
kawad (tentera) meenebas
dan mencantas (buruh dan
memberi gerak isyrat (olis
trafik).
Perindustrian
Pekerjaan yang
berkaitan dengan
aktiviti dalam industri
seperti memunggah
barang dan mengangkat,
memasang bahagian
kereta dan membungkus
barang dan sebagainya.

12

Gambar37 (Murid melakukan


pergerakan memberus lantai)

Gambar38 (Murid melakukan


pergerakan seperti mencangkul tanah)

Gambar39 (murid melakukan


pergerakan seerti menebas rumput)

Gambar40 ( Murid melakukan aktiviti


pergerakan mengangkat barang)

3.0 Penutup

Seperti kita semua maklum, pergerakan kreatif merupakan penterjemahan idea,


perasaan, isi hati serta tanggapan deria yang diluahkan secara simbolik. Dengan kata lain,
pergerakan kreatif berpotensi melahirkan generasi baru yang memiliki daya ekspresi, inovatif
dan kreatif. Keupayaan ini yang dipupuk melalui pergerakan kreatif, dapat diaplikasikan
dalam bidang-bidang pembinaan negara dan bangsa seperti pembinaan infrastruktur terkini,
teknologi maklumat, teknologi bidang komunikasi dan sebagainya. Sebagai representatf
perlambangan, pergerakan kreatif berperanan untuk memantapkan lagi nilai-nilai sosial dan
emosi para pelajar apabila mereka menyertai dalam aktiviti pergerakan kreatif secara
kumpulan dengan melibatkan elemen tubuh badan, ruang, masa dan daya. Dari segi
perkembangan insaniah, pergerakan kreatif yang melibatkan secara langsung semangat
kerjasama, kekitaan dan perpaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik tetap
memperkukuhkan lagi semangat hidup bersatu, merayakan kepelbagaian ke arah
pencapaian matlamat Gasasan 1Malaysia dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Memang benar
bahawa gaya hidup moden di era siber ini diancam oleh pelbagai tekanan dan cabaran dari
segi emosi dan mental. Penglibatan para pelajar dalam pergerakan kreatif, yang
berlandaskan penghayatan nilai-nilai estetika dan seni, dapat berperanan sebagai wadana
untuk meluahkan dan menterjemahkan perasaan dan emosi mereka. Ekoran ini, para murid
dapat mengimbangkan hidup mereka di antara ketamakan pencapaian rezeki hidup dengan
kehendak rohani dan sosial.
Implikasi seterusnya ialah murid-murid yang aktif dalam pergerakan kreatif didapati
memaparkan kecergasan fizikal dan mental yang menghindari risiko jangkitan penyakit
sedentari seperti diabetes dan kronori ja ntung. Aktiviti pergerakan kreatif menyediakan
ruang dan peluang yang agak luas untuk memantapkan lagi dan seterusnya menerapkan
beberapa kemahiran dalam kehidupan harian mereka. Manusia sebagai haiwan sosial yang
hidup bersandaran antara satu sama lain memerlukan kepimpinan yang unggul mengarahkan
kehidupan mereka untuk mencapai matlamat hidup. Aktiviti pergerakan kreatif dilaksanakan
di bawah pimpinan seseorang pelajar dan guru. Lantaran ini, para pelajar diasah untuk
memimpin sesuatu pergerakan kreatif dan juga mereka dilatih menjadi pengikut yang setia.
Menurut Joyce Brooman (1991) aktiviti fizikal yang dikendalikan secara berkelompok
menyentuh tentang memimpin dan mengikut. Dengan ini dapatlah kita mengamati implikasi
pergerakan kreatif dari segi daya kepimpinan dalam proses pemantapan para murid. Sebagai
contohnya, kepimpinan berkesan dalam pengendaian kelab gimnastik amat diperlukan untuk
menggembeleng tenaga murid-murid untuk melaksanakan program-program tahunan kelab
berkenaan. Selain daya kepimpinan, aktiviti pergerakan kreatif juga memberi peluang
keemasan kepada para pelajar untuk menjadi seorang pengikut yang menurut perintah.
Dengan ini, dalam usaha memfokuskan kelancaran pergerakan kreatif, semua guru haruslah
berusaha secara sistematik untuk menyediakan kesempaan yang seluas-luasnya untuk
meniupkan semangat kepimpinan melalui teladan menerusi pergerakan kreatif. Maka, saya
merayu kepada para pengubal dasar pendidikan supaya merancang secara berfokus aktivitiaktiviti pergerakan kreatif yang bakal mendorong penyertaan murid-murid secara selamat dan
seronok untuk menghasilkan modal insan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

13

4.0 Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pergerakan Kreatif. Batu Caves, Selangor:


Syarikat Mohamad Roduan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurilulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1988). Buku Panduan Guru Tahun 2 Pendidikan Jasmani.
Kuala Lumur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1983). Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun
Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazuki Mohd Yasim. (2011) QGI3043-Ritma dan Pergerakan (Modul Pendidikan Jarak
Jauh UPSI. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Tanjung Malim.

Salmah Ayub, (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Kuala Lumpur: F10 Enterprise.

Wee Eng Hoe, (2001). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah Alam: Karisma
Publications.Sdn.Bhd.

14

You might also like